Najib Trump Sama Tapi Tak Serupa


 


Donald Trump mencipta sejarah (for the wrong reasons) pada Selasa 4 April lalu dengan menjadi presiden pertama AS (sama ada bekas presiden atau yang masih pegang jawatan) ditangkap dan dilempar 34 dakwaan pemalsuan catatan perniagaan dan juga terkait dengan kes “wang tutup mulut” pelakon porno, Stormy Daniels.
Saya tidak berhasrat memperincikan setiap tuduhan yang dikenakan ke atas bekas presiden AS berusia 76 tahun itu. Agensi berita antarabangsa sudah menyiarkannya secara menyeluruh. Yang ingin saya ketenggahkan ialah sejak 20 Mac lagi, Trump memberitahu umum beliau menjangka dirinya akan ditangkap. Menulis dalam laman rangkaian sosialnya, Truth Social, Trump mendakwa kebocoran maklumat daripada pejabat peguam daerah Manhattan menunjukkan dirinya akan diangkap pada Selasa, 4 April. Ini boleh dilihat sebagai langkah “pre-emptive” untuk mengurangkan kejutan dalam kalangan para penyokong dan menyediakan mereka menghadapi sebarang kemungkinan. Lantas Trump menggesa penyokongnya melancarkan protes besar-besaran bila tangkapan dilaksanakan.
Apa pun ketika beliau dibawa ke mahkamah di New York pada Selasa lalu, tidak ramai penyokong turun ke jalanan untuk memprotes. Bukan tidak ada tetapi jumlah agak kecil. Mungkin ini mengecewakannya. Yang menarik ialah Trump mendakwa apa yang dilakukan ke atasnya ialah “political prosecution”. Pendakwaan politik. Juga menarik Trump pada 15 Nov 2022 mengumumkan menerusi ucapan di hadapan penyokong di estet Mar-a-Lago miliknya di Florida bahawa beliau akan menjadi calon pemilihan presiden AS yang diadakan tahun depan.
Bagi saya jika dilihat kedua-dua aspek iaitu tuduhan “political prosecution” dan “candidacy” pilihan raya presiden AS 2024, beliau mengorak langkah awal memperkuatkan dakwaan beliau dikenakan pendakwaan politik “untuk menhalangnya mendapat semula jawatan presiden. Malah ada dalam kalangan pemimpin parti Republican menegaskan “mereka benar-benar takut akan dia dan mahu sekat kemaraannya”. ‘Mereka’ jelas merujuk parti Democrat.
Yang pasti perbicaraan Trump (jika dijalankan) akan mengambil masa lama dan pasti dijalankan semasa kempen pilihan raya berlangsung, malah ketika pemilihan itu sendiri dilaksanakan kelak. Mengikut perundangan AS sesorang yang sedang dibicarakan boleh menyertai pilihan raya. Lalu terulanglah kepada rakyat AS sama ada mahu atau boleh menghadapi situasi dimana seorang calon presiden sedang berdepan perbicaraan. Bagaimana pula Trump mahu mengimbangi waktu dan tenaga di antara mahkamah dan berkempen ke seluruh pelosok negara?
Yang nyata Trump “simply refuses to go away and fade away quietly”. Ingat semasa beliau dikalahkan Joe Biden pada pemilihan presiden 2020? Beliau mendakwa “kemenangannya telah dicuri” daripadanya. Beliau turut menuduh penipuan berlaku. Ingat rusuhan di Capitol Hill pada 6 Jan 2021 berikutan kekalahannya itu? Kekacauan dilakukan penyokongnya. Dilihat bagai satu “percubaan rampas kuasa” yang dikatakan direstui atau digalakkan oleh Trump. Ini satu lagi kes yang Trump akan berdepan.
Meskipun begitu seperti dikatakan tadi Trump mahu kekal dalam senario politik AS.
Kenalannya, Najib Razak juga mencipta sejarah sepertinya. Juga “for the wrong reasons” menjadi perdana menteri pertama Malaysia ( bekas perdana menteri atau yang masih memegang jawatan) dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai tuduhan rasuah dan salah guna kuasa. Didapati bersalah lalu dipenjara. Najib ada lagi kes yang sedang dihadapi.
Ads by KioskedSeperti Trump, Najib juga mendakwa beliau menghadapi “polical prosecution”. Beliau mendakwa tidak dapat pengadilan serta bermacam dakwaan yang tidak perlu saya ulangi kerana ramai sudah mendengarnya. Malah tiga bulan lalu Najib memfail petisyen kepada kumpulan bekerja Majlis Hak Asasi Manusia PBB supaya beliau dibebaskan atau perbiaraannya diadakan semula. Langkah yang agak pelik dan nyata tidak berjaya meraih apa yang diharapkan. Kita tahu 31 Mac lalu Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusan majoriti menolak permohanan Najib untuk dilakukan semakan terhadap keputusan menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atasnya dan denda RM210 juta, sabit kesalahan rasuah kes SRC International melibatkan RM42 juta.
Walaupun itu keputusan majoriti membabitkan empat hakim, seorang hakim yakni Abdul Rahman Sebli, hakim besar Sabah dan Sarawak, membuat keputusan menentang. Ertinya keputusan 4-1. Apa pun tetap majoriti.
Pun begitu tindakan Rahman kini cuba digunakan peguam Najib untuk menghidupkan perjuangan. Namun bagi Badan Peguam penghakiman berbeza dalam permohonan semakan kes SRC International membabitkan Najib bukan alasan untuk semakan atau perbicaraan semula pada masa hadapan.
Kata presidennya, Karen Cheah, penghakiman berbeza dalam sistem perundangan hanyalah perbezaan pendapat tetapi yang sebenar diguna pakai ialah penghakiman majoriti. Oleh itu, menurut Cheah, keputusan majoriti 4 berbanding 1 bermakna kes SRC International harus dianggap “res judicata” yang bermakna ia telah diadili oleh mahkamah yang berwibawa dan oleh itu mungkin tidak diteruskan oleh pihak yang sama.
Umum tahu kes SRC International Najib sudah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persektuan, dan kemudian disemak oleh hakim Mahkamah Persektuan yang berbeza. Habis cerita. Muktamad. Itu lojiknya. Tetapi anehnya peguam Najib mahu menggunakan suara tunggal iaitu yang 1 berbanding suara 4 untuk mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong. Ertinya apa yang dikatakan oleh Rahman digunakan.
Kata Shafee Abdullah, peguam utama Najib, penghakiman majoriti dan penghujahan Rahman akan dipersembahkan kepada Agong untuk dibandingkan “mana penghakiman yang lebih baik”.
Soal “perbicaraan adil” sudah berulang kali digunakan oleh Najib, ahli politik partinya, peguam, dan penyokong sejak 2018 lagi ketika beliau pertama kali didakwa di mahkamah.
Seperti Trump, Najib juga “refuse to go away quietly”. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/04/najib-trump-sama-tapi-tak-serupa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Anggap Persaingan Tapi Sama Sama Berjuang

Jangan Anggap Persaingan Tapi Sama Sama Berjuang

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 184 hits
JANGAN ANGGAP PERSAINGAN TAPI SAMA SAMA BERJUANG Assalammualaikum wbt Berlawan secara sihat itu bagus Tetapi berapa ramai orang boleh berlawan atau bersaing secara sihat dengan setulus hati Ada bukan tidak ada tetapi tidak ramai yang melaku...
Anwar Jangan Mengalah Lebih Cantik Kalau Berani Ulang Lagi Tuduhan Yang Sama Terhadap Tun Mahathir

Anwar Jangan Mengalah Lebih Cantik Kalau Berani Ulang Lagi Tuduhan Yang Sama Terhadap Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 304 hits
Tun Mahathir Mohamad memberi tempoh tujuh hari kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menarik balik dakwaan bahawa beliau mengayakan diri dan ahli keluarganya semasa berkuasa dahulu Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar membuat dakwaa...
Proses Jkp Selasa Ini Matlamat Farid Masih Sama Mahu Selamatkan Rumah Tangga Pengurus

Proses Jkp Selasa Ini Matlamat Farid Masih Sama Mahu Selamatkan Rumah Tangga Pengurus

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 235 hits
Pengurus kepada Farid Kamil Azahari Hamid mengesahkan aktor terbabit dan isterinya Diana Danielle akan memulakan proses di bawah Jawatankuasa Pendamai bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka Selasa ini
Wizz Baker Arkey At88 Bilang Sama De Chord

Wizz Baker Arkey At88 Bilang Sama De Chord

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 542 hits
C m A E B C mhmmm begitu indah semua Asaat awal tong jumpa Eko yakinkan sama sa Bkalau ko yang terindah C mtra bertahan lama Atiba tiba saja Eko bilang bahagia Btapi bukan deng sa C msa pu sayang su pergi Ajauh tra kan kembali Ebiar sudah s...
Muka Tak Sama Dengan Ic Pun Boleh Lepas

Muka Tak Sama Dengan Ic Pun Boleh Lepas

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 273 hits
Mohd Jamilul Anbia Md Deninanbia hmetro com myANTARA MyKad milik warga tempatan yang disediakan sindiket bagi membolehkan Pati melepasi pemeriksaan di lapangan terbang Kuala Lumpur Raut wajah dimiliki 100 peratus berbeza berbanding MyKad di...
Mereka Pasti Cari Satu Sama Lain Penonton Seronok Lihat Keakraban Song Jihyo Jeon Somin

Mereka Pasti Cari Satu Sama Lain Penonton Seronok Lihat Keakraban Song Jihyo Jeon Somin

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 188 hits
Sentiasa dikelilingi oppa nakal namun hubungan adik beradik antara Song Ji hyo dan Jeon So min nyata kukuh dan keakraban mereka boleh diperhatikan pada saban episod Running Man ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terbaru program berkenaan dapat ...
Video Arteria Dahlan Tantang Balik Mahfud Md Kita Siap Sama Sama Cari Dosa

Video Arteria Dahlan Tantang Balik Mahfud Md Kita Siap Sama Sama Cari Dosa

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 190 hits
Dia menegaskan jika Mahfud ingin membongkar dosa dosa para anggota dewan yang terhormat maka pihaknya pun siap melawan balik
Dia Koyak Kotak Toys Hilangkan Mainan Terpaksa Bayar Rm300 Ibu Ni Kongsi Alami Pengalaman Sama Macam Tomok

Dia Koyak Kotak Toys Hilangkan Mainan Terpaksa Bayar Rm300 Ibu Ni Kongsi Alami Pengalaman Sama Macam Tomok

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 460 hits
Beberapa hari ini ramai yang bercerita tentang kejadian yang menimpa Tomok ketika dia keluar membeli belah di sebuah butik terkemuka apabila anak perempuannya Siti Khadijah tertumpah pewarna kuku pada beberapa helai seluar jean dan pakaian ...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord