Najib Troll Tok Pa


 



Najib tempelak Tok Pa, jangan hanya beretorik kosongMay 27, 2021 Tok Pa kata kerajaan menghargai dan faham dengan kritikan Rakyat terhadap cara pengendalian kerajaan bagi keadaan Covid yang semakin kritikal
Kerajaan juga kata bahawa kuasa untuk menghentikan penularaan Covid ada pada tangan setiap Rakyat Malaysia.
Dia suruh kita jangan kecam kerajaan atau berpolitik sahaja dan sebaliknya, berilah idea yang bernas.
1. Meskipun ada Rakyat yang masih tidak ikut SOP tapi ianya bukan hanya kesalahan atau tanggung jawab Rakyat sahaja.Sorry, Tok Pa. Kenyataan kamu ini cuma jawapan retorik kosong kerajaan
Ianya bukan salah Rakyat yang tidak dibenarkan melancong apabila 3 varian berbahaya berjaya menular ke dalam Malaysia.
Ianya sukar untuk salahkan 60,000 murid-murid bawah umur 12 yang positif Covid setelah kerajaan buka semula sekolah bersemuka pada ketika kes baharu masih tinggi.
Bagaimana Rakyat mahu lockdown kendiri jika 60% rakyat dalam sektor swasta dan 20% dalam sektor awam tetap diwajibkan ke tempat kerja?
Bagaimana peniaga kecil dan pekerja harian nak lockdown kendiri jika kerajaan tak beri bantuan kewangan? Mereka nak makan apa?
Ianya juga bukan salah Rakyat apabila pekerja-pekerja asing kilang yang memakai gelang pink merayau ke sini ke sana seperti berlaku baru-baru ini.
Hari ini kes baharu pecah rekod lagi. 7,478.
Perlu tahu bahawa keadaan Covid kini adalah top 10 dalam dunia dan kita juara Covid ASEAN walaupun telah diberi kuasa penuh darurat.
Pelabur asing siapa yang berani datang ke negara yang sistem kesihatan dan kerajaannya sedang lumpuh serta keadaan Covid tidak terkawal seperti dilapor media antarabangsa?
Bukan hanya masalah Covid berpanjangan malah masalah ekonomi turut akan berpanjangan dengan keadaan sekarang.
Kerajaan bukan langsung tak ada wang untuk beri bantuan dan lockdown penuh untuk tempoh 21 hari sahaja untuk meredakan keadaan untuk mengurangkan pengorbanan nyawa, menghalang sistem kesihatan terus lumpuh dan front-liners kita rebah.
Dana tambahan sebanyak RM115 bilion telah diperolehi kerajaan setakat tahun ini. Ke mana perginya dana ini jika ianya bukan digunakan untuk membantu Rakyat dalam lockdown?
Kuasa penuh darurat mahu tapi akhirnya semua salah Rakyat juga?
Kuasa penuh darurat dan kuasa meminjam/berbelanja sesuka hati sudah dapat tapi tak mahu Rakyat kritik kerajaan pula?
Mahu Rakyat beri idea?
Kita bukan tak pernah beri idea tapi adakah kerajaan mahu dengar nasihat tak?
Sebagai contoh, say dah lama suruh naikkan semula tempoh kuarantin bagi pengembara asing ke 14 hari tapi kenapa pula kerajaan perlu tunggu 5 bulan untuk melaksanakan hanya selepas varian baru dah masuk?
Dari dulu lagi, saya dah nasihat untuk tidak buat darurat sebab ianya tidak membantu melawan Covid dan hanya akan membawa kesan negatif kepada reputasi serta keyakinan pelbaur dan contoh terbaik pengawalan Covid yang berjaya ialah PKP 1.0 tanpa darurat.
Adakah kerajaan mahu dengar?
Sejak permulaan PKP 2.0, saya dah nasihatkan untuk jangan membazirkan wang dan masa Rakyat dengan PKP separuh masak supaya PKP tidak berulang-ulang. Tapi kerajaan tak hirau.
Dah lama kita tuntut kerajaan untuk menunaikan janji dan menaikkan jumlah peranti diberi kepada keluarga golongan B40 supaya pdpr boleh dilaksanakan dan tekanan untuk membuka semula sekolah secara bersemuka boleh dikurangkan.
Tapi kenapa pula janji 150,000 peranti diberi pada bulan Februari dicapatikan dan ditangguh ke akhir bulan September dan kenapa hanya 150,000 sahaja?
Dan saya ulang sekali lagi bahawa membuat PKP 3.0 yang sama atau lebih longgar berbanding PKP 2.0 tidak akan membawa hasil yang berlainan.
Tetapi kenapa tegas untuk diulang sekiranya dah terbukti cara PKP 2.0 tidak berjaya?
Tok Pa, sila tegur sikit boss baru kamu.
Najib Razak





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/najib-troll-tok-pa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raja Troll Najib Apa Kata Orang Ramai

Raja Troll Najib Apa Kata Orang Ramai

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 364 hits
GINO MARVELLSatu perkara yang rakyat sering bualkan Najib troll sana troll sini Dan kebanyakan orang umno kini giat cakap Muhyiddin sembap assmin terbabap tak suka itu tak suka ini maki mael sabri maki org lain Depa hat org umno baru ni kun...
Najib Sekadar Hebat Troll Buat Apa Yakinkan Mp Umno Keluar Tergolek Dog La Pn

Najib Sekadar Hebat Troll Buat Apa Yakinkan Mp Umno Keluar Tergolek Dog La Pn

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 227 hits
Kaka Ida Abdullah Mohon Bossmu yakinkan MP UMNO keluar dari kerajaan gagal barulah hero Jadi fbfamous buat apa UMNO keluar PN tergolek la kerajaan gagal
Judge To Rule June 15 If Lokman Adam Guilty Of Contempt Over Intimidation Of Najib 1mdb Trial Witness

Judge To Rule June 15 If Lokman Adam Guilty Of Contempt Over Intimidation Of Najib 1mdb Trial Witness

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 235 hits
Former Umno member Datuk Lokman Noor Adam should be found guilty of contempt of court as he seriously interfered with the administration of justice by asking for Datuk Seri Najib Razak s ongoing trial over 1Malaysia Development Berhad to be...
I Was Angry At Being Duped By Letter Says Najib

I Was Angry At Being Duped By Letter Says Najib

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 332 hits
Former prime minister Najib Razak took the stand as a witness in the corruption trial of former Sabah state minister Peter Anthony KUALA LUMPUR Former prime minister Najib Razak told the sessions court here today that he was angry at being ...
Saya Marah Kerana Diperdaya Najib

Saya Marah Kerana Diperdaya Najib

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 361 hits
3 333 total views 3 333 views today Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpurbahawa beliau berasa marah kerana diperdaya berkaitan surat sokongan supaya kontrak kerja operasi dan penyelenggaraan sistem ...
I Pray That Justice Is Done Najib On Rm42m Src Appeal

I Pray That Justice Is Done Najib On Rm42m Src Appeal

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 305 hits
Najib Abdul Razak today prayed for justice in his appeal to quash his conviction and sentencing in the RM42 million SRC International corruption case The former prime minister expressed hope he would be granted the opportunity to clear his ...
Gagal Bayar Cukai Pendapatan Anak Najib Terima Notis Bankrap Lhdn

Gagal Bayar Cukai Pendapatan Anak Najib Terima Notis Bankrap Lhdn

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 247 hits
May 18 2021 Mohd Nazifuddin Najib akan memfailkan permohonan untuk mengetepikan notis itu dan menangguhkan notis kebankrapan KUALA LUMPUR Selain Najib Razak anak lelakinya Mohd Nazifuddin juga menerima notis kebankrapan daripada Lembaga Has...
Najib S Son Served With Bankruptcy Notice Over Rm37 6 Mln Unpaid Income Tax

Najib S Son Served With Bankruptcy Notice Over Rm37 6 Mln Unpaid Income Tax

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 341 hits
Bernama file photo shows Mohd Nazifuddin at a press conference in March after attending the 196th Olympic Council Malaysia executive member meeting KUALA LUMPUR Former prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak s son Datuk Mohd Nazifuddin ha...
Proses Rayuan Selesai Najib Berharap Keadilan Akan Timbul

Proses Rayuan Selesai Najib Berharap Keadilan Akan Timbul

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 339 hits
malaysiakini comDiterbitkan 18 May 2021 4 00 pmDikemaskini 5 06 pmSelepas pasukan pembelaan selesai memberikan hujahan mereka untuk merayu sabitan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atasnya Najib Razak hari ini berharap agar keadilan dapat dit...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Normalisasikan Wanita Tegur Ibu Beri Anak Makanan Belum Dibayar

Dendam Kena Paksa Belajar Pelajar Spm Mengamuk Ibu Dan Abang Jadi Mangsa

Malaysia Negara Ke 10 Paling Menakutkan Untuk Memandu

Sajikan Dengan Keaslian Jadikannya Rasa Italian Meraikan Warisan Kulinari Itali Di B I G Publika

Resepi Ayam Kukus Mudah

Sedap Rupanya Daging Berlengas Berselera Encik Suamiku Makan