Najib Tidak Selamanya Harus Berbangga Dengan Gelaran Raja Troll Negara




Baik di pihak kerajaan, mahu pun pembangkang, Najib Razak ketika ini telah berjaya menampilkan dirinya sebagai individu paling popular di media sosial negara ini.


Ia bukan saja bersandarkan kekerapannya menulis dalam bentuk kritikan ringan, sindiran atau bernada sinis terhadap banyak isu berkaitan kerajaan tetapi juga disusuli dengan kerapnya beliau turun padang bertemu kelompok masyarakat tertentu bagi tujuan mempromosi dirinya.


Dalam waktu-waktu kebelakangan ini juga, bekas Perdana Menteri itu kelihatan lebih santai, ceria dan banyak berjenaka.


Lantaran popularitinya itu, beliau kini digelar sebagai Raja Troll Negara dan Najib sendiri nampaknya senang serta gembira dengan gelaran baru itu.


Dalam bahasa orang bandar, khususnya kepada penggila media sosial dan orang muda, gelaran Raja Troll ini mungkin sesuatu yang membanggakan dan menampakkan kejayaan, tetapi dalam bahasa orang dewasa dan luar bandar, ia tidak ubah seperti gelaran Pak Lawak saja tarafnya.


Sesetengah orang melihat gelaran Raja Troll itu pula sama seperti meletakkan Najib setaraf dengan Sultan Melaka atau Ayahanda Rani Kulop saja layaknya.


Dalam hal ini, harus diingati bahawa Najib adalah seorang bekas Perdana Menteri yang merupakan satu jawatan yang tinggi dalam negara.


Adakah ternampak suatu kelebihan dan manis di mata masyarakat apabila seorang bekas Perdana Menteri bertukar menjadi Pak Lawak atau disamakan dengan Sultan Melaka atau Ayahanda Rani Kulop?


Apa sebenarnya yang mahu Najib capai dalam keaktifannya di media sosial sekarang ini?


Sebenarnya, tidaklah menjadi kesalahan untuk Najib menjadi aktif di media sosial, termasuk melakukan posting menyindir, menyinis atau mengusik mana-mana pemimpin atau dasar kerajaan, tetapi beliau seharusnya melihat skop keaktifannya dalam ruang yang lebih besar lagi.


Sesekali melawak dan menjadi Pak Lawak barangkali tidak mendatangkan masalah, tetapi sebagai bekas Perdana Menteri yang keaktifannya sekarang ialah untuk mengurangkan sokongan rakyat terhadap PH dan berusaha mengembalikan BN sebagai kerajaan semula, Najib juga harus lebih banyak tampil dengan watak yang serius dan sesekali menghamburkan serangan yang benar-benar membuatkan Tun Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng misalnya, terkedu untuk menjawabnya.


Sehingga ini, apa yang kelihatan, paparan yang ditampilkan Najb di media sosialnya lebih menjurus kepada sesuatu yang bernada sinis, menyindir dan mengusik semata-mata, sedangkan banyak isu-isu dasar, skandal dan melibatkan kepentingan rakyat dalam kerajaan sekarang memerlukan garapan yang lebih serius bagi menyedarkan rakyat.


Sebab itu juga agaknya Tun Mahathir tidak pernah memberi respon terhadap apa juga yang ditulis Najib di media sosialnya kerana beliau mungkin menganggapnya sebagai lawak semata-mata.


Walhal, ketika Tun Mahathir mengetuai Pakatan Harapan dulu, hampir setiap serangannya kepada kerajaan berjaya membuatkan Najib sebagai Perdana Menteri ketika itu terpaksa memberi respon terhadapnya.


Apalagi sebagai bekas Perdana Menteri, Najib tentunya mempunyai kelebihan serta pengetahuan tertentu dalam melantunkan serangan dan kritikannya kepada kerajaan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Tun Mahathir sebelum ini.


Mungkin aura Tun Mahathir berbeza dengan Najib, lebih-lebih lagi kerana beliau juga sedang dihadapkan dengan puluhan pertuduhan mahkamah, tetapi sementara kesempatan bebas masih ada dan terlalu banyak isu berlegar dalam negara yang melemaskan rakyat, beliau harus mengambil peluang yang ada itu.


Menjelang sembilan bulan wujudnya kerajaan baru, Najib tidak seharusnya terus gembira dengan gelaran Raja Troll atau Pelawak semata-mata, tetapi beliau mesti bergerak ke arah baru dengan menampilkan keyakinan rakyat terhadap kekuatan pembangkang sebagai elemen "check and balance" dalam negara ini.


Sekali dua melawak atau tampil berjenaka bolehlah diterima, tetapi rakyat yang mula tidak puas hati, kecewa dan sesetengahnya sengsara dengan kerajaan baru ini, tidak akan terubat luka di hati mereka dengan diajak ketawa semata-mata.


Rakyat perlukan sesuatu yang serius dan meyakinkan demi masa depan mereka. Rakyat akan melihat ada harapan jika pembentangan sesuatu isu, kritikan, serangan terhadap kerajaan dilakukan dengan nada yang serius, bukannya dalam jenaka.


Untuk itu, Najib perlu juga kerap tampil dengan kritikan yang serius dan penuh fakta, sama ada melalui media sosial atau penampilan terbuka, untuk menggambarkan keseriusan perjuangannya menentang Pakatan Harapan.


Dengan gelaran Raja Troll atau Pelawak, mungkin ramai yang gembira dan tumpang ketawa, tetapi yang selalunya mampu membangkitkan semangat untuk perubahan kerajaan ialah amanat yang keras, keringat dan airmata. (ShahbudinHusin 20/01/2019).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/najib-tidak-selamanya-harus-berbangga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raja Troll Bersuara Lagi Ini Kata Kata Najib Sebaik Calon Bn Menang Prk Cameron Highlands

Raja Troll Bersuara Lagi Ini Kata Kata Najib Sebaik Calon Bn Menang Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 484 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak tidak mahu ketinggalan mengucapkan tahniah ke atas kemenangan calon BN Ramli Mohd Nor dalam PRK Cameron Highlands Menyifatkan kemenangan itu sebagai kemenangan rakyat Najib berterima kasih kepada pengundi y...
Najib Razak Kini Dinobatkan Raja Troll Kebangsaan Ketahui Dari Mana Asal Usul Malu Apa Bossku

Najib Razak Kini Dinobatkan Raja Troll Kebangsaan Ketahui Dari Mana Asal Usul Malu Apa Bossku

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 1273 hits
Selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin mendapat perhatian dan sanjungan warga internet atau netizen sehingga ada yang menobatkan beliau sebagai Raja Troll Program terbaharu beliau Malu apa bossku yang ...
Dalam Sejam 21k Like Troll Terbaru Najib Ini Buat Netizan Terhibur

Dalam Sejam 21k Like Troll Terbaru Najib Ini Buat Netizan Terhibur

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 845 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi memberi respons hantaran Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad susulan perang troll antara mereka pagi tadi Dalam hantaran di Facebook miliknya Najib menjelaskan tentang ...
Troll Najib Terhadap Ph Dapat Perhatian Sanjungan Rakyat

Troll Najib Terhadap Ph Dapat Perhatian Sanjungan Rakyat

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 546 hits
Selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin mendapat perhatian dan sanjungan warga internet atau netizen sehingga ada yang menobatkan beliau sebagai Raja Troll Program terbaharu beliau Malu apa bossku yang ...
1mdb Najib Saman Peguam Negara Kp Sprm Amar Singh

1mdb Najib Saman Peguam Negara Kp Sprm Amar Singh

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 312 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memfailkan saman terhadap Peguam Negara Tommy Thomas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kome...
Raja Troll Perli Azmin Guan Eng Tiada Whatsapp Group

Raja Troll Perli Azmin Guan Eng Tiada Whatsapp Group

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 383 hits
MALAYSIAKINI Bekas perdana menteri Najib Razak menyindir Menteri Kewangan Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamad Azmin Ali berhubung status projek Laluan Rel Pantai Timur bernilai RM81 bilion Ia selepas Lim berkata beli...
Lim Mahadir Terpaksa Akui Najib Buat Yang Terbaik Untuk Negara

Lim Mahadir Terpaksa Akui Najib Buat Yang Terbaik Untuk Negara

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 390 hits
Tak faham ini Minggu lepas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah kerajaan PH tiba tiba mengeluarkan kenyataan untuk memuji kerajaan BN semasa saya Perdana Menteri Kata strategi kita baik Kita di landasan yang betul Kita...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pantai Lagenda

Arenaa Batik Boutique Hotel

Happy Birthday Adik Mijan

Gambar Raya 2025 Di Melaka

Lirik Lagu Kekasih Bayangan Cakra Khan

Growth Mindset In Startups