Najib Terus Dapat Sokongan Kerana Pemurah Dan Dasar Mengutamakan Rakyat Penganalisis Politik



PETALING JAYA: Pemerhati politik berkata, populariti Najib Razak dalam satu bancian terbaru berhubung calon perdana menteri adalah hasil dasar awam yang berkesan serta kemampuannya untuk bekerja dengan banyak orang daripada pelbagai latar belakang.
Penganalisis politik Barjoyai Bardai dan Kenneth Cheng percaya Najib kekal berpengaruh kerana beliau merupakan perdana menteri pemurah dengan dasar yang mengutamakan rakyat, berbanding kapitalis pasaran bebas.
Seorang penganalisis lain Kartini Aboo Talib dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, kempen “Bossku” Najib merupakan salah satu slogan paling berkesan di media sosial yang memaparkannya sebagai mangsa pergelutan kuasa terutamanya di tangan Dr Mahathir Mohamad.
Najib memperoleh hampir separuh undian dalam bancian terbaru oleh UtusanTV yang menyaksikan 53,105 orang menyertainya.
Hampir separuh memilih Najib sebagai calon pilihan perdana menteri berikutnya.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendapat tempat kedua dengan 11,050 undi, diikuti Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mendapat 6,938 undi.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad memperoleh 424 undi, sementara menteri Kabinet Mohamed Azmin Ali 176 undi.
 
Bancian UtusanTV menunjukkan pilihan perdana menteri responden. Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Razak berkata, Najib memulakan banyak program kebajikan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M (kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup) yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini.
Najib juga mengubah sistem ekonomi Malaysia daripada sebuah sistem kapitalis pasaran bebas yang mementingkan penswastaan kepada model yang lebih berteraskan masyarakat.
Barjoyai berkata, beliau tidak terkejut jika ramai orang muda menyokong Najib susulan program awamnya.
Bagaimanapun katanya, amalan rasuah bukanlah sesuatu yang boleh diterima dan Najib kini berdepan perbicaraan di mahkamah kerana dakwaan rasuah melibatkan 1MDB.
Beliau berkata, kerajaan Najib berkesan dari segi proses penyampaiannya dan “mempunyai falsafah”. Beliau menggunakan strategi lautan biru dan mempunyai agenda pembangunan jangka panjang.”
Hadi menduduki tempat kedua susulan sesetengah responden merasai kerajaan “pimpinan Islam” (Kedah, Kelantan dan Terengganu dipimpin oleh PAS) dan “mereka percaya jika ini diperkuatkan, Malaysia boleh muncul sebagai sebuah negara pimpinan Islam yang berkesan.”

Namun penganalisis politik Kenneth Cheng berkata, ia juga mungkin berpunca daripada perasaan nostalgia terhadap sebuah kerajaan yang stabil seperti yang diketuai oleh Najib sebelum ini.
Tanpa mengambil kira skandal 1MDB, Najib merupakan perdana menteri yang kompeten dengan beberapa projek awam yang memberi manfaat kepada rakyat seperti projek kereta api transit dan Klinik 1Malaysia.
Cheng, seorang anggota Agora Society berkata, pengundi Cina dan India melihat Najib sebagai perdana menteri yang liberal.
“Jika anda teliti betul-betul, hanya kes 1MDB merosakkan (reputasi Najib).”
Barisan Nasional (BN) bagaimanapun telah kehilangan sokongan pengundi Cina pada saat Najib mengambil alih kepimpinan kerajaan pada 2009.
Cheng berkata, “Najib cuba menarik semula pengundi Cina, tetapi pada masa itu ia sudah terlambat.”
Beliau berkata, susulan itu Najib memberi tumpuan kepada agenda Bumiputera, “yang sememangnya merupakan asas sokongan kepada beliau.”
Cheng percaya, sukar bagi Najib untuk menjadi perdana menteri sekali lagi.
“Beliau perlu menjadi presiden parti dan berdepan dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Beliau tidak akan melakukannya.
“Peluang beliau tampak tipis,” katanya.
Kartini berkata, beliau tidak pasti sama ada Najib akan terus menjadi pilihan rakyat.
“Terdapat fraksi dalam Umno dan respons yang diterima daripada ahli yang berlainan mungkin akan memberi hasil yang berbeza,” katanya kepada FMT.
Bagaimana dasar awam Najib seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan dasar diplomatik proaktif dengan China merupakan langkah tepat bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
“Mungkin itu yang menyebabkan beliau terus mendapat sokongan,” katanya.

The post Najib Terus Dapat Sokongan Kerana Pemurah dan Dasar Mengutamakan Rakyat – Penganalisis Politik appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/08/najib-terus-dapat-sokongan-kerana-pemurah-dan-dasar-mengutamakan-rakyat-penganalisis-politik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat P Pinang Diseru Beri Sokongan Penuh Program Imunisasi Daftar Segara

Rakyat P Pinang Diseru Beri Sokongan Penuh Program Imunisasi Daftar Segara

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 127 hits
Pada 25 Februari 2021oleh PENTADBIROleh B SuffianSemua rakyat Pulau Pinang diseru memberikan sokongan penuh terhadap Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow Beliau berkata sokongan itu boleh dilakukan dengan m...
Jangan Seret Kami Penyokong Dan 32 Juta Rakyat Malaysia Dgn Politik Benci Dendam Dan Agenda Peribadi Korang

Jangan Seret Kami Penyokong Dan 32 Juta Rakyat Malaysia Dgn Politik Benci Dendam Dan Agenda Peribadi Korang

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 188 hits
Masalah sungguh bila pemikiran tak boleh Reform ni SAKATua yg jauh lebih zalim pun DSAI maafkan dan terima dia ketuai PH sbelum PRU14 Inikan Ezam yang dikelilingi Reformis BUKAN PANkhianat DSAI dan DHM dok promote Politik Konsolidasi dgn PN...
Jangan Bazir Wang Untuk Pru Rakyat Sekarang Perlu Sokongan Pulih Ekonomi

Jangan Bazir Wang Untuk Pru Rakyat Sekarang Perlu Sokongan Pulih Ekonomi

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 249 hits
malaysiadateline com AMANAH berpendapat pilihan raya umum tidak perlu diadakan sekarang walaupun Covid 19 telah selesai dengan adanya vaksin kerana tempoh penggal yang ada masih panjang Timbalan Presiden AMANAH Datuk Seri Salahuddin Ayub be...
Wakil Rakyat Lompat Parti Diumpan Politik Wang Kata Musa Hitam

Wakil Rakyat Lompat Parti Diumpan Politik Wang Kata Musa Hitam

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 310 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Ahli parlimen yang melompat parti dilihat seolah mempersendakan politik di negara ini dan ia ada kaitan dengan politik wang kata bekas Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam Beliau berkata politik wang adalah ideologi...
Inisiatif Vaksinasi Perlahan 10 Hari Berlalu Baru 80 366 Rakyat Disuntik Jika 2 Dos 16 Tahun Najib Razak

Inisiatif Vaksinasi Perlahan 10 Hari Berlalu Baru 80 366 Rakyat Disuntik Jika 2 Dos 16 Tahun Najib Razak

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 277 hits
PKP 2 0 separuh masak berakhir semalam selepas dilaksanakan 52 hari secara berterusan Walaupun prestasi PKP 2 0 agak mengecewakan kesan ekonomi pada Rakyat adalah terlampau besar jika PKP disambung lagi Namun Malaysia masih merupakan negara...
Mapim Politik Negara Sangat Jijik Rakyat Tak Boleh Buat Apa Apa

Mapim Politik Negara Sangat Jijik Rakyat Tak Boleh Buat Apa Apa

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 199 hits
Malaysiakini Politik negara kini kata Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia sudah merudum teruk sehingga berada pada tahap yang sangat jijik Menurut Mapim hal itu berlaku kerana demokrasi dipermainkan dan rakyat pula dipaksa untuk me...
Suhu Politik Negara Akan Terus Mendidih

Suhu Politik Negara Akan Terus Mendidih

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 230 hits
N Faizal GhazaliFenomena lompat parti dalam kalangan wakil rakyat mutakhir ini dilihat akan menyumbang kepada kitaran pertarungan politik yang berterusan kata penganalisis politik Mazlan Ali Menurutnya ketidakstabilan majoriti kerusi antara...
Ppbm Umno Bersaing Tarik Wakil Rakyat Sabah Lompat Parti Kata Penganalisis

Ppbm Umno Bersaing Tarik Wakil Rakyat Sabah Lompat Parti Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 308 hits
Durie Rainer FongKOTA KINABALU Gabungan Rakyat Sabah mungkin mendapat manfaat daripada tindakan Ahli Parlimen pembangkang melompat parti untuk menyertainya namun penganalisis berkata ia boleh menjadi titik pertembungan dalam hubungan antara...
Mengapa Terus Kaitkan Anwar Dengan Sd Sokongan Umno

Mengapa Terus Kaitkan Anwar Dengan Sd Sokongan Umno

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 155 hits
Masih ada yang nak kaitkan DS Anwar dengan UMNO menggunakan SD ahli parlimen UMNO yang menyokong DS Anwar Menyokong dan bekerjasama itu lain Sebagai contoh Menteri Agama adalah penyokong tegar Liverpool Betullah tu Tapi adakah menteri itu b...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Wordpress Block Patterns Give You Superpowers

Video 2 Helikopter Bertembung Ketika Raptai Di Pangkalan Tldm Lumut

9 Tips Mengajar Murid Kelas Belakang

Status Puasa Qadha Puasa 6 Syawal

Pesawat Helikopter Tldm Di Lumut Terhempas

Lirik Lagu Kembali Pulang Feby Putri Ft Suara Kayu