Najib Terbit Hutang Baru Walau Langkau Kadar Siling Jika Perlu Demi Selamatkan Ekonomi




Kerajaan boleh menerbitkan hutang baru sehingga jumlah hutang negara melebihi kadar siling ditetapkan ketika ini – iaitu 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) – jika perlu, demi membantu rakyat dan menyelamatkan ekonomi negara susulan pandemik Covid-19, kata bekas perdana menteri Najib Razak.
Ia walaupun kadar hutang negara sudah sedia tinggi yang didakwanya ekoran tindakan kerajaan PH sebelum ini yang menambah hutang baru, kata Najib dalam siaran langsung di Facebook hari ini.
“(Kadar hutang negara) sudah naik kepada 53 peratus (daripada KDNK), hampir cecah siling 55 peratus.
“Pada saya kita perlu buat apa yang patut dibuat, termasuk kalau siling 55 peratus terpaksa dinaikkan, kita tak ada pilhan walaupun rating kredit Malaysia menurun.
“Tapi pada saya menyelamatkan ekonomi negara dan menyelamatkan kepentingan rakyat adalah lebih utama daripada rating kredit,” katanya.
Untuk rekod, negara pernah mencapai kadar hutang 53 peratus daripada KDNK sebelum ini, antaranya pada akhir 2013, menurut laporan Bernama.
Pada 4 Julai lalu, Najib berkata hutang rasmi negara telah mencecah RM800 bilion. Menurut laman web Bank Negara, sehingga suku pertama 2019, hutang negara berada pada paras RM776.8 billion.
Najib berkata lagi, kerajaan pada masa ini tidak boleh terlalu memikirkan reaksi pasaran dan penarafan ekonomi dan banyak negara akan mengambil pendekaan sama bagi menyelamatkan ekonomi masing-masing.
Pada 27 Februari lalu, Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri interim mengumumkan pakej rangsangan ekonomi susulan wabak Covid-19.
Sebulan kemudian, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion, bagi menghadapi wabak itu serta kesannya, termasuk dengan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak 18 Mac.
Pakej Prihatin antara lain agihan one-off menerusi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) melibatkan empat juta isi rumah yang berpendapatan kurang RM4,000 sebulan, dan 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan antara RM4,001 hingga RM8,000.
Mereka yang belum berkahwin juga mendapat bantuan itu jika berpendapatan RM4,000 ke bawah.
Selain itu, Kementerian Kewangan juga sedang memperhalusi sebuah pakej rangsangan khas bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Beberapa pihak sebelum ini menyifatkan pakej rangsangan yang diumum Muhyiddin tidak mengutamakan golongan tersebut, antaranya Presiden PKR Anwar Ibrahim dan pakar ekonomi Muhammed Abdul Khalid.
Baca: Pelanggan Makcik Kiah juga perlu dibantu
Dalam pada itu, Najib menyifatkan situasi yang dihadapi Malaysia kini sebagai lebih daripada luar biasa, justeru pakej rangsangan ekonomi semata-mata tidak memadai.
“Kita berada bukan dalam keadaan luar biasa, tapi kritikal. Kita perlu bukan sahaja pelan ‘stimulus’, tetap pelan pemulihan ekonomi.
“Kalau suntikan saja, beri bayaran wang tunai saja kepada rakyat, ia tak beri kesan sepenuhnya dalam keadaan yang kita hadapi hari ini,” katanya lagi, yang menggesa kerajaan mencari jalan untuk merancakkan lagi ekonomi domestik dan memberi jaminan terhadap peluang pekerjaan rakyat.
Katanya, ia boleh dicapai dengan meneruskan projek mega, misalnya projek MRT3 yang sebelum ini dibatalkan.
Selain itu, beliau berkata soal bekalan makanan juga perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan.
“Selagi tak selasai ancaman Covid-19 ekonomi tak akan pulih, tangani dulu Covid-19 (dan) secara serentak kita buat langkah besar-besaran tangani ekonomi negara,” katanya lagi.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/04/najib-terbit-hutang-baru-walau-langkau-kadar-siling-jika-perlu-demi-selamatkan-ekonomi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=najib-terbit-hutang-baru-walau-l

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Temubual Bersama Ds Najib Razak Bertajuk Covid 19 Dan Cabaran Ekonomi

Temubual Bersama Ds Najib Razak Bertajuk Covid 19 Dan Cabaran Ekonomi

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 356 hits
Ikuti temubual bersama mantan Perdana Menteri Malaysia YB Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak esok 4 April 2020 jam 11 00 pagi bersama The Outlook Asia yg akan dibawakan secara online Tajuk yg akan dibincangkan adalah Covid 19 Dan Cabaran Ek...
Segerakan Pakej Rangsangan Ekonomi Umum Bantuan Sebaik Dipastikan Dan Diluluskan Najib

Segerakan Pakej Rangsangan Ekonomi Umum Bantuan Sebaik Dipastikan Dan Diluluskan Najib

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 296 hits
Datuk Seri Najib Razak memahami ramai yang akan dukacita dan bertambah risau apabila tempoh Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan dua minggu lagi ke 14 April Dalam satu hantaran di Facebook Najib menyeru rakyat mempercayai bahawa kr...
Kerajaan Memperuntukkan Rm60 Juta Untuk 120 000 Pemandu Seru Pandu Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Baru

Kerajaan Memperuntukkan Rm60 Juta Untuk 120 000 Pemandu Seru Pandu Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Baru

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 212 hits
Sewaktu pengumuman Pakej Ransgangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang sedang berlangsung Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan wang sebanyak RM60 juta untuk 120 000 para pemandu perkhid...
Keluar Rm6 000 Kwsp Langkah Drastik Selamatkan Ekonomi

Keluar Rm6 000 Kwsp Langkah Drastik Selamatkan Ekonomi

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 189 hits
Selasa lalu sejurus selepas Muhyiddin Yassin mengumumkan beberapa inisiatif bagi meringankan beban rakyat dalam menghadapi krisis Covid 19 satu insentif paling menonjol dan mendapat perhatian pelbagai pihak Pengumuman bahawa ahli Kumpulan W...
Najib Tolak Dakwaan Ph Berjimat Mungkinkan Pakej Rangsangan Ekonomi

Najib Tolak Dakwaan Ph Berjimat Mungkinkan Pakej Rangsangan Ekonomi

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 229 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak berkata kerajaan Pakatan Harapan menambah hutang langsung kerajaan sebanyak RM140 bilion PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak menolak kenyataan bahawa kerajaan Pakatan Harapan menyelamatkan banya...
Pertama Kalinya Bi Catat Indeks Literasi Ekonomi Syariah Ri Baru Capai 16 3 Persen

Pertama Kalinya Bi Catat Indeks Literasi Ekonomi Syariah Ri Baru Capai 16 3 Persen

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 182 hits
Indeks Literasi Eksyar merupakan salah satu indikator cerminan tingkat literasi masyarakat Indonesia terhadap ekonomi syariah Juga termasuk tingkat inklusi masyarakat terhadap layanan keuangan syariah khususnya keuangan sosial syariah seper...
Kadar Jenayah Pulau Pinang Menurun Sejak Perintah Kawalan Pergerakan

Kadar Jenayah Pulau Pinang Menurun Sejak Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 439 hits
Ketua Polis Pulau Pinang Sahabudin Abd Manan berkata kadar jenayah menurun di negeri ini sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan 2 minggu berkuatkuasa pada 18 Mac sehari selepas kes sama dilaporkan menurun di Petaling Jaya Sahabudin b...
Demi Sesuap Nasi Individu Berkostum Ini Tetap Bekerja Walau Pasaraya Sepi Akibat Darurat

Demi Sesuap Nasi Individu Berkostum Ini Tetap Bekerja Walau Pasaraya Sepi Akibat Darurat

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 286 hits
Biarpun pasaraya sepi dalam tempoh darurat seorang individu yang bekerja sebagai penghibur tetap bekerja mencari rezeki Menurut pengguna Twitter rakannya dari Bali telah mengirim video seorang individu berkostum watak itu kepadanya Individu...
Dr Tifauzia Tyassuma Buzzer Membunuh Demi Nasi Dan Receh

Dr Tifauzia Tyassuma Buzzer Membunuh Demi Nasi Dan Receh

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 291 hits
Nama dr Tifauzia Tyassuma belakangan semakin sering diperbincangkan warganet Ahli epidemiologi itu terkenal dengan pemaparannya yang gamblang mengenai penanganan wabah virus corona tipe baru di Indonesia Sebagai akademisi bidang epidemiolog...
Kerana Harta Kakak Ipar Maut Kakak Cedera Parah

Cool Heads Must Prevail In These Difficult Times

Norza S New Role To Ensure Road To Gold Programme Runs Smoothly

Surviving The Arctic Tundra In Canada A Test Of Human Endurance

Dokumentasi Hidupan Laut Bagaimana Kehidupan Kuda Laut

Krisis Air Di Selangor Sampai Bila Tanpa Penyelesaian

40 Ucapan Idul Fitri 2025 Lengkap Dengan Kartu Dan Gambar

Hari Ini Ada Acara Kunjungan Hormat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menikmati Durian Black Thorn Di Titi Kerawang Stall Balik Pulau

Tik Tok Kena Banned

How To Buy And Sell Domains For Profit

Menteri Besar Terengganu Umum Cuti Hari Ahad 30hb Mac 2025 Cuti Kelepasan Am Sempena Aidilfitri

5 Resipi Rendang Sedap Bukan Berasas Daging Ayam

Pasaran As Cuba Untuk Pulih Prospek Serangan As Terhadap Iran Menyokong Harga Minyak