Najib Telah Hilang Kelayakan Sebagai Mp Keputusan Speaker Kekalkannya Adalah Salah


 
Jika dibaca Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan amat jelas bahawa Najib Razak telah hilang kelayakan menjadi ahli Parlimen.
Perkara 48(1) menyatakan seperti berikut:
“Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika-
48 (1)(e) : dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas;”
Keempat-empat syarat kehilangan kelayakan sebagai ahli Parlimen itu ada pada Najib Razak.
Pada 23 Ogos 2022 Mahkamah Persekutuan Malaysia yang menjadi mahkamah tertinggi dalam Persekutuan Malaysia telah menjatuhkan hukuman bahawa Najib dipenjarakan selama 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta.
Sehingga hari ini Najib Razak tidak mendapat pengampunan bebas.
Keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah keputusan terakhir dalam sistem mahkamah di Malaysia. Tidak ada mahkamah yang lebih tinggi lagi daripada Mahkamah Persekutuan dalam sistem perundangan di Malaysia.
Walaupun Najib Razak ada memfailkan permohonan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong tetapi prosiding pengampunan diraja itu belum didengar. Lembaga Pengampunan Diraja bukannya mahkamah.
Pengampunan Najib kepada Yang di-Pertuan Agong mesti atas nasihat Perdana Menteri. Jika sekarang, nasihat itu mesti datang dari Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di bawah Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri.
Dari segi undang-undang, sabitan kesalahan Najib Razak dalam pertuduhan dalam Kes SRC International adalah kekal. Hukuman Penjara 12 tahun dan denda RM210 juta adalah berkuatkuasa sekarang.
Tidak ada penggantungan perlaksanaan (stay of execution) diberikan oleh Mahkamah Persekutuan kepada Najib Razak.
Ini bermakna semua syarat kehilangan kelayakan sebagai ahli Parlimen ada pada Najib sekarang. Agak pelik dan aneh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun memutuskan bahawa Najib masih kekal sebagai ahli Parlimen Pekan.
Memang benar Najib Razak telah memfailkan prosiding semakan (review) di Mahkamah Persekutuan supaya Mahkamah Persekutuan mendengar permohonan Najib agar keputusan lima orang hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tunku Maimun pada 23 Ogos lalu disemak oleh corum hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang lain.
Tetapi permohonan semakan oleh Najib Razak itu bukannya satu penggantungan perlaksanaan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta.
Tidak ada dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa jika seseorang ahli parlimen merayu kepada Lembaga Pengampunan Diraja atau memohon semakan mahkamah maka kelayakannya sebagai ahli parlimen tetap kekal.
Sebaliknya apa yang dinyatakan dengan jelas di bawah Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan ialah jika pesalah itu (yang telah dijatuhi hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda yang tidak kurang daripada dua ribu ringgit) dan dia tidak mendapat pengampunan bebas maka dia hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen.
Sebagai seorang ahli Parlimen dan juga anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Kebebasan Asasi dan Hak-hak Di bawah Perlembagaan saya menuntut supaya Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun mengkaji balik keputusannya tentang kelayakan Najib Razak sebagai seorang ahli Parlimen.
HASSAN ABDUL KARIM
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Kebebasan Asasi dan Hak-Hak di Bawah Perlembagaan
8 September 2022








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/najib-telah-hilang-kelayakan-sebagai-mp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mp Pkr Pertikai Keputusan Kekalkan Najib Sebagai Ahli Parlimen

Mp Pkr Pertikai Keputusan Kekalkan Najib Sebagai Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 105 hits
agendaily com09 09 2022Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang Hassan Karim mempertikaikan status Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai Ahli Parlimen Pekan Keputusan dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Harun mengekalkan status Datuk Seri ...
Jika Najib Tak Salah Kenapa Tiada Sokongan A Bangsa Lim

Jika Najib Tak Salah Kenapa Tiada Sokongan A Bangsa Lim

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 127 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 31 2022 5 00 PMVeteran DAP Lim Kit Siang hari ini meminta Pesiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk menamakan satu negara Komanwel yang percaya bahawa Najib Razak tidak dibicara dengan adil dalam kes SRC Internat...
Anak Najib Making Fool Of Herself Publisiti Teramat Murah Hilang Akal

Anak Najib Making Fool Of Herself Publisiti Teramat Murah Hilang Akal

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 307 hits
Sokongan ke atas UMNO merudum selepas tonton ucapan melampau desperate kemaruk gila kuasa di Taklimat Presiden
Jika Tak Salah Buat Apa Mohon Pengampunan Najib Secara Sah Mengaku Kesalahannya

Jika Tak Salah Buat Apa Mohon Pengampunan Najib Secara Sah Mengaku Kesalahannya

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 183 hits
Sejak 2 September 2022 setelah rasmi menjadi banduan di Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan jenayah melibatkan RM42 juta wang SRC International Najib memfailkan petisyen pengampunan ke Lembaga Pengampunan ...
Zulkifli Hasan Muhammadiyah Dan Nu Adalah Salah Satu Bapak Kandung Bangsa

Zulkifli Hasan Muhammadiyah Dan Nu Adalah Salah Satu Bapak Kandung Bangsa

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 125 hits
Ketua Umum Partai Amanat Nasional yang juga Menteri Perdagangan Zulkifli Hasan menilai organisasi Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama memiliki peran penting dalam sejarah bangsa Indonesia
Dipenjara 12 Tahun Denda Rm210 Juta Najib Masih Kekal Sebagai Mp

Dipenjara 12 Tahun Denda Rm210 Juta Najib Masih Kekal Sebagai Mp

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 117 hits
Berikut adalah sebahagian dari Perkara 48 yang dipetik dari Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan tentang kriteria yang boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen Tertakluk kepada peruntukan Perkara ...
Keyakinan Rakyat Sudah Hilang Benarkah Najib Sakit

Keyakinan Rakyat Sudah Hilang Benarkah Najib Sakit

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 263 hits
Sakit atau telah disakiti Bila Rakyat tertana tanya kenapa semuanya nak dipercepatkan kenapqa anwar yg hanya ada satu kes boleh ambil masa sehingga lebih 6 tahun lamanya kenapa lebih berpuluh kali boleh ditangguhkan kenapa tiada tindakan ge...
Khairuddin Senaraikan Jasa Najib Sebagai Ingatan Buat Pas

Khairuddin Senaraikan Jasa Najib Sebagai Ingatan Buat Pas

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 92 hits
Yasmin RamlanBekas ahli jawatankuasa PAS Mohd Khairuddin Aman Razali mengingatkan anggota parti itu supaya mengenang jasa bekas perdana menteri Najib Razak Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menegur pihak yang berseronok atas musibah yang menimp...
Bye Bye Status Najib Sebagai Ahli Parlimen Pekan Berakhir Esok

Bye Bye Status Najib Sebagai Ahli Parlimen Pekan Berakhir Esok

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 124 hits
September 5 2022 KUALA LUMPUR Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Harun berkata status Najib Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan akan berakhir esok Beliau berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu hari ini Status akan be...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Penerima Zakat Untuk Fii Sabilillah Apakah Terbatas Hanya Pada Jihad

Salam Nuzul Alquran Kuiz Menguji Pengetahuan Tentang Al Quran

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah