Jemaah Haji Pelajar Akan Terbabit Jika Kojadi Perlu Pulang Rm15 Juta Diberi Yayasan 1mdb Kata Najib


FMT Reporters
-June 29, 2019 11:05 PM

Bekas perdana menteri Najib Razak pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Shah Alam hari ini.
PETALING JAYA:   Bekas perdana menteri Najib Razak tidak menolak kemungkinan pelbagai pihak akan terlibat sekiranya koperasi milik MCA, Koperasi Jayadiri Sdn Bhd (Kojadi) terpaksa memulangkan dana RM15 juta yang diterima daripada Yayasan 1MDB.

Najib berkata, Kojadi yang menyediakan kemudahan mikro-kredit kepada anggotanya hanya menerima wang Yayasan 1MDB dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan wang daripada akaun Ambank beliau yang kini disiasat pihak berkuasa.

“Dana Yayasan 1MDB disumbang oleh 1MDB dan penderma korporat lain. Wang itu disumbang terus daripada Yayasan 1MDB dan tidak ada kena-mengena dengan akaun bank saya.

“Sehingga kini, SPRM tidak tuntut Kojadi mengembalikan geran. Jika Kojadi terpaksa memulangkan dana RM15 juta, maka penerima lain juga terpaksa mengembalikan bantuan mereka daripada Yayasan 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini merujuk kepada senarai saman pelucutanhak sivil ke atas 41 individu dan entiti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Terdahulu, ketua Pemuda DAP Wilayah Persekutuan Lee Bing Hong membuat laporan polis terhadap Presiden MCA, Wee Ka Siong susulan pertikaian tentang Kojadi berhubung dana diterima koperasi itu daripada 1MDB.

Dalam laporannya, Lee mahu polis meneliti aduan pengerusi Kojadi, Ng Peng Hay, yang menyatakan beliau bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung dana RM15 juta yang diperoleh koperasi milik MCA itu daripada 1MDB pada 2012.

Najib berkata, antara pihak akan terkesan adalah 57,000 pemandu teksi yang menerima subsidi tayar bernilai RM520 setahun melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA), yang dibiayai Yayasan 1MDB.

Bahkan katanya, ribuan penerima geran pendidikan kepada pelajar terpilih seperti geran Akademik Jabatan Perkhidmatan Awam, Dana PIBG dan Geran Akademik Jabatan Agama Islam Malaysia turut terkesan.

“Selain itu, ribuan penerima program Nadi Kasih yang digunakan untuk membaiki dan membaik pulih rumah usang golongan miskin, selain 5,711 jemaah yang menerima tajaan untuk menunaikan ibadah Haji.

“Penerima program Ihsan Samudera yang memberi bantuan kepada 55,574 nelayan melalui Persatuan Nelayan dalam bentuk bot, pukat, enjin bot dan jaket keselamatan turut bakal terkesan,” katanya.

Najib berkata, sekiranya dana daripada agensi kerajaan yang disumbang sebagai bantuan dianggap sebagai wang haram, maka keseluruhan penerima bantuan seperti penerima BR1M perlu kembalikan wang mereka kepada kerajaan.

“Ia bukan seperti bayaran RM305 juta kepada syarikat 100% milik swasta untuk membuat laporan terowong misteri Pulau Pinang yang tak siap selepas 6 tahun,” katanya, merujuk kepada bayaran yang dibuat kepada Consortium Zenith untuk kajian kebolehlaksanaan terowong bawah laut Pulau Pinang.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) suka membuat kerja tidak masuk akal demi melanjutkan propaganda politik mereka,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/jemaah-haji-pelajar-akan-terbabit-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kojadi S Funds From Yayasan 1mdb Not Illegal Says Mca President

Kojadi S Funds From Yayasan 1mdb Not Illegal Says Mca President

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 388 hits
MCA president Wee Ka Siong is questioning how the money party linked co operative Koperasi Jayadiri Sdn Bhd received from Yayasan 1MDB is deemed illegal when it had paid taxes to the Inland Revenue Board Wee said Kojadi chairperson Ng Peng ...
Ciapan Palsu Berhubung Jemaah Haji Ditaja Guna Dana 1mdb Laporan Pdrmsia Dibuat

Ciapan Palsu Berhubung Jemaah Haji Ditaja Guna Dana 1mdb Laporan Pdrmsia Dibuat

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 301 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Mahkamah Diberitahu Rm304 Juta Dari Kementerian Kewangan Saudi Kata Najib

Mahkamah Diberitahu Rm304 Juta Dari Kementerian Kewangan Saudi Kata Najib

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 299 hits
June 24 2019 12 15 AMPETALING JAYA Najib Razak hari ini mempersoalkan langkah Pakatan Harapan mendesak Umno dibubarkan atas alasan ia menerima RM212 juta daripadanya yang didakwa gabungan parti pemerintah itu sebagai dana 1MDB Bekas perdana...
Geran Rm15 Juta Kojadi Benda Boleh Politik

Geran Rm15 Juta Kojadi Benda Boleh Politik

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 250 hits
DAP sedang menggunakan isu pemberian geran sebanyak RM15 juta kepada Koperasi Jayadiri untuk menyerang parti MCA Hari ini Ketua Pemuda DAP WP telah membuat laporan polis tentang isu ini terhadap presiden MCA dengan mendakwa dana itu adalah ...
Rm270j Sprm Tuntut Bukan Duit 1mdb Kata Najib

Rm270j Sprm Tuntut Bukan Duit 1mdb Kata Najib

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 352 hits
RM270j SPRM tuntut bukan duit 1MDB kata Najib Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 21 Jun 2019 10 44PM
Fuhh Najib Haji Hadi Jadi Penasihat Kerajaan Kj Tiada Dalam Senarai

Fuhh Najib Haji Hadi Jadi Penasihat Kerajaan Kj Tiada Dalam Senarai

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 668 hits
Takiyuddin jadi menteri pertahanan dah boleh start belajar pasal ketenteraan tu Lokman Lobak pulak ada dalam kabinet Kabinet bayangan dikeluarkan
Kes 1mdb 7 Ogos Untuk Dengar Rayuan Datuk Seri Najib

Kes 1mdb 7 Ogos Untuk Dengar Rayuan Datuk Seri Najib

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 312 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Najib Kata As Gugur Dakwaan Tapi Malaysia Tetap Dakwa Riza 5 Tuduhan Cuci Wang

Najib Kata As Gugur Dakwaan Tapi Malaysia Tetap Dakwa Riza 5 Tuduhan Cuci Wang

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 293 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mengkritik kerajaan berhubung kes pelucuthakan terhadap anak tirinya Riza Aziz Najib berkata walaupun dakwaan telah digugurkan oleh Jabatan Kehakiman AS tetapi Malaysia tetap mendakwa Riza Aziz ata...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kubu Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing