Najib Tak Pernah Dedah Terima Berbilion Ringgit Juga Tak Pernah Tegur Arahan Jho Low


 
Najib Razak tidak pernah mendedahkan kepada lembaga pengarah atau pengurusan 1MDB bahawa dia menerima berbilion ringgit wang milik dana kekayaan negara Malaysia itu,kata bekas ketua pegawai kewangannya (CFO).
Saksi pendakwaan ke-12, Azmi Tahir juga memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini bahawa bekas perdana menteri dan menteri kewangan itu juga tidak pernah menegurnya kerana mengikut arahan Low Taek Jho berhubung pemindahan kewangan daripada dana itu.
Azmi berkata demikian ketika menjawab soalan timbalan pendakwaraya, Gopal Sri Ram dalam sesi pemeriksaan semula ketika perbicaraan rasuah terhadap Najib yang didakwa menyelewengkan dana RM2.8 bilion 1MDB.
Sri Ram, menunjukkan kepada mahkamah beberapa transaksi perbankan melibatkan 1MDB dan beberapa entiti antarabangsa antara 2013 dan 2014, antaranya Granton Property Holding Limited, Tanore Finance dan Vista Equity Partners Limited (Barbados).
Granton, Tanore dan Vista Equity adalah tiga entiti yang didakwa dikawal oleh Eric Tan Kim Loong, yang dikatakan sekutu kepada dalang utama 1MDB, Low Taek Jho, yang kini menjadi buruan.
Pihak pendakwaan berhujah bahawa melalui aliran kewangan yang berbelit-belit dan pengubahawan wang haram, berbilion ringgit dana 1MDB telah disedut daripada syarikat itu dan dimasukkan ke akaun bank Najib, dengan normbor akaun 680 dan 880.
Azmi ketika ditunjukkan pelbagai rekod bank oleh Sri Ram, bersetuju bahawa AS$681 juta dana 1MDB dimasukkan ke akaun bernombor 694 milik Najib antara 21 Mac dan 10 April 2013.
Saksi itu juga bersetuju dengan pendakwa raya bahawa lebih RM45 juta dana daripada 1MDB masuk ke akaun bernombor 880 milik Najib melalui lima bahagian antara 23 Okt dan 19 Dis 2014.
Sri Ram: Adakah dalam mana-mana pertemuan antara kamu dan dia (Najib) ketika dalam pengurusan (1MDB) atau dengan lembaga pengarah, adakah dia mendedahkan dia menerima wang ini?
Azmi: Tak pernah.
Ketika menjawab beberapa soalan Sri Ram, Azmi berkata dia tidak pernah menerima walau satu sen pun daripada 1MDB sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai CFO dari 2012 hingga 2017.
Saksi itu juga bersetuju dengan DPP bahawa Najib tidak pernah bersemuka dengannya kerana mematuhi arahan Low berhubung pemindahan dana daripada 1MDB.
Sri Ram: Adakah Najib pernah menegur anda kerana melakukan ini (ikut arahan Low)?
Azmi: Tak pernah.
Sebelum ini, Azmi memberi keterangan bahawa dia mengikut arahan Jho Low kerana percaya ahli perniagaan itu mewakili Najib.
Pasukan pembelaan Najib sebelum ini berhujah bahawa tertuduh tidak tahu mengenai salah laku dalam 1MDB, dan penyelewengan itu didalangi oleh Low dan anggota pengurusan lain, termasuk Azmi.
Sebaliknya, pihak pendakwaan mendakwa bahawa kesalahan dalam 1MDB dilakukan Jho Low dan di bawah kuasa Najib.
Prosiding di hadapan Sequerah diteruskan petang ini dengan pasukan pembelaan meneruskan pemeriksaan balas terhadap bekas setiausaha syarikat 1MDB Lim Poh Seng, yang merupakan saksi ke-18 pihak pendakwaan.
Perbicaraan itu juga dijadualkan berlansung esok hingga Khamis minggu ini.
Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.28 bilion dana 1MDB.
Selain merupakan bekas perdana menteri dan menteri kewangan, Najib juga pernah menjadi pengerusi lembaga penasihat 1MDB.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/najib-tak-pernah-dedah-terima-berbilion.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ex Chairman Najib Asked Me In Phone Call To Meet Pac Chairman Before 1mdb Inquiry Told To Omit Pm Jho Low References

Ex Chairman Najib Asked Me In Phone Call To Meet Pac Chairman Before 1mdb Inquiry Told To Omit Pm Jho Low References

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 129 hits
Datuk Seri Najib Razak arrives at the Kuala Lumpur High Court May 18 2022 Picture by Ahmad ZamzahuriKUALA LUMPUR May 18 A former chairman of 1Malaysia Development Berhad today said then prime minister Datuk Seri Najib Razak had in 2016 made...
Panas Fahmi Fadzil Akhirnya Dedah Taktik Kotor Team Najib Dalam Debat Perdana

Panas Fahmi Fadzil Akhirnya Dedah Taktik Kotor Team Najib Dalam Debat Perdana

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 111 hits
May 18 2022 Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Fahmi Fadzil kurang berpuas hati terhadap penganjuran Debat Perdana antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysi...
Saksi Dedah Najib Keluarga Bercuti Naik Kapal Layar Atas Jemputan Putera Kuwait

Saksi Dedah Najib Keluarga Bercuti Naik Kapal Layar Atas Jemputan Putera Kuwait

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 267 hits
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Najib Razak dan ahli keluarganya telah bercuti atas kapal layar ke selatan Perancis perairan Greece dan Itali sejak 2009 hingga 2013 atas jemputan Putera Kuwait Putera Saudi dan Putera Abu ...
Zizie Izette Mengaku Tidak Bers4iah Bersub4hat Dgn Suami Terima Suapan Bernilai Jutaan Ringgit

Zizie Izette Mengaku Tidak Bers4iah Bersub4hat Dgn Suami Terima Suapan Bernilai Jutaan Ringgit

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 141 hits
KUALA LUMPUR Penguasa Kanan Suruhanjaya Penceg4han R4suah Malaysia memberitahu Mahk4mah Sesyen di sini pada Selasa bahawa Datin Seri Zizie Izette A Samad pernah memaklumkan ada menerima wang RM2 8 juta kerana bertindak sebagai orang yang me...
I M Not Jho Low S Aunt Ex 1mdb Secretary Tells Court

I M Not Jho Low S Aunt Ex 1mdb Secretary Tells Court

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 260 hits
Former 1MDB company secretary Goh Gaik Kim told the Kuala Lumpur High Court today that she is not the aunt of fugitive businessperson Low Taek Jho who is also known as Jho Low Goh 54 who was 1MDB s company secretary from March 31 2011 to Ap...
Arahan Najib Suatu Bentuk Ugutan Saksi 1mdb

Arahan Najib Suatu Bentuk Ugutan Saksi 1mdb

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 129 hits
Rakan kongsi urusan KPMG Malaysia Datuk Johan Idris menyifatkan arahan Datuk Seri Najib Razak kepada firma audit itu supaya melengkapkan dan menandatangani auditnya terhadap penyata kewangan 1Malaysia Development Berhad bagi 2013 dalam temp...
Saya Menangis Cha Eunwoo Dedah Pernah Merayu Untuk Kembali Bersama Bekas Kekasih

Saya Menangis Cha Eunwoo Dedah Pernah Merayu Untuk Kembali Bersama Bekas Kekasih

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 126 hits
Siapa sangka lelaki kacak seperti Cha Eun woo pun pernah ditinggalkan oleh teman wanitanya Pada siaran 22 Mei program Running Man ahli ASTRO Cha Eun woo Moon bin dan San ha telah hadir sebagai tetamu Dalam episod itu semua ahli dan tetamu b...
Mengaku Diri Masih Single Jue Aziz Dedah Ambil Anak Angkat

Mengaku Diri Masih Single Jue Aziz Dedah Ambil Anak Angkat

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 119 hits
Sebelum ini pelakon Jue Aziz memuat naik sekeping foto di Instagram yang menunjukkan dirinya sedang berada di atas pelamin dengan seorang jejaka Susulan daripada posting tersebut rata rata netizen mend4kwa Jue Aziz selamat bertunang dengan ...
Saifuddin Dedah Anwar Beri Mandat Berunding Dengan Umno Singkir Muhyiddin

Saifuddin Dedah Anwar Beri Mandat Berunding Dengan Umno Singkir Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 136 hits
agendaily com12 5 2022Gambar kenanngan indah Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution bertemu Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Mandat diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berunding dengan parti luar daripada Pa...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

Terengganu Fc Umum Harga Tiket Agarbomb Performance Cup 2024

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

Hada Labo Hydrating Water Gel

Lost Opportunities In Labuan

Cops Fire 5 Shots During 70km Car Chase Near Baling

I Was Never Arrested Merely Barred From Overseas Travel Ex Src Director

Kejadian Berlaku Depan Mata Masih Trauma Isteri Suspek Kes Tembak Di Klia Bersuara



10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Terbaru Best Di Platform Online Netflix Malaysia 2024 Mesti Tonton


Artis Cahaya Manis Music Duruk Ngabang Chord

Yoursay Time And Patience Running Out For Anwar

Put Targeted Subsidy Plan In Place Quickly To Combat Diesel Smuggling Govt Urged

Zii Jia Won T Join National Team For Thomas Cup Training

Koleksi Video Melawat Taiping 2024

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd