Najib Tak Menyesal Selepas Didapati Bersalah Kata Hakim


Najib Razak tidak menyatakan penyesalan selepas beliau didapati bersalah atas 7 pertuduhan rasuah membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Hakim perbicaraan Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata, bekas perdana menteri itu malah mempertahankan beliau tidak tahu mengenai RM42 juta itu, dalam mitigasinya.
Pada 28 Julai, Nazlan membenarkan Najib sendiri berhujah di mahkamah selepas sesi peguam belanya, Muhammad Shafee Abdullah.
Najib, dalam mitigasinya berkata beliau tidak pernah meminta RM42 juta, tidak pernah merancangnya, dan juga tidak pernah ditawarkan kepadanya.
“Beliau juga menyatakan tidak tahu mengenai RM42 juta itu,” kata Nazlan dalam penghakiman bertulisnya yang terbit semalam.
Nazlan tidak dapat menafikan sumbangan Najib kepada kesejahteraan dan pembangunan rakyat, mungkin dengan pelbagai cara, sepanjang 9 tahun menjadi perdana menteri.
“Dalam sejarah politik, sama ada beliau lebih banyak melakukan kebaikan berbanding kerosakan akan terus diperdebatkan, tetapi proses itu tidak sesuai dengan ideal pentadbiran yang bersih dan tidak bertolak ansur dengan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.
Katanya lagi, persoalan sama ada kompas moral bangsa perlu dinilai semula juga perlu dibincangkan dalam perbincangan berasingan.
“Apa yang mahkamah mahu tegakkan adalah kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.
“Tidak ada seorang pun – bahkan tokoh politik paling berkuasa dan pemimpin negara – kebal undang-undang,” katanya.
Nazlan berkata, pensabitan Najib atas semua 7 tuduhan salah guna kedudukan, pecah amanah dan pengubahan wang adalah pengkhianatan mutlak.
Atas sebab itu, katanya, beliau menganggap pensabitan salah guna kedudukan bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai kesalahan paling serius antara ketiga-tiga kesalahan itu memandangkan kedudukannya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan ketika kesalahan itu dilakukan.
Nazlan berkata, semua kesalahan yang disabitkan secara jelas melibatkan perancangan dan pertimbangan dalam tempoh masa tertentu.
Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana penyalahgunaan kuasa dan 10 tahun bagi setiap 3 tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang.
Bagaimanapun, hakim mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak, bermakna Najib hanya dipenjarakan 12 tahun.
Nazlan membenarkan permohonan pasukan pembelaan menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara memandangkan jumlah tinggi denda yang dikenakan.
Najib mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan sementara pihak pendakwaan membuat rayuan balas atas alasan hukuman tidak memadai. FMT
MACAM MANA NAK MENYESAL KALAU TAK BERSALAH. PENING BETUL
The post Najib tak menyesal selepas didapati bersalah, kata hakim appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/09/najib-tak-menyesal-selepas-didapati-bersalah-kata-hakim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Rakyat Yang Punya Bukan Warisan Punya Kata Najib

Sabah Rakyat Yang Punya Bukan Warisan Punya Kata Najib

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 397 hits
Najib Razak hari ini mempersoalkan adakah Sabah milik rakyat atau Warisan Ini adalah kerana Warisan didapati meletakkan lambang besar parti mereka di hadapan pejabat pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah Cuba kita bayangkan di hadapan Pejabat P...
Manila Tak Pernah Tuntut Sabah Ketika Bn Berkuasa Kata Najib

Manila Tak Pernah Tuntut Sabah Ketika Bn Berkuasa Kata Najib

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 338 hits
Najib Razak menasihatkan kerajaan tidak melayan tuntutan secara tiba tiba oleh Filipina ke atas Sabah Beliau berkata Manila tidak pernah membuat tuntutan ke atas Sabah pada zaman pemerintahan Barisan Nasional Masa saya jadi PM negara Filipi...
Muhyiddin Sama Saja Dengan Najib Kata Mahathir

Muhyiddin Sama Saja Dengan Najib Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 256 hits
mykmu netAmal politik wang kerajaan sekarang sama dengan kerajaan Najib kata Dr MahathirTun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional hari ini yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin sama dengan kerajaan yang dipimpin Datuk...
Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 691 hits
Annuar Musa berkata dengan adanya badan pengurusan air sendiri Wilayah Persekutuan boleh menguruskan konsesi air sendiri dan membeli air mentah atau memproses air PUTRAJAYA Badan pengurusan air akan diwujudkan di Wilayah Persekutuan bagi me...
Kewibaan Muhyiddin Hasil Sejarahnya Dalam Umno Kata Penganalisis

Kewibaan Muhyiddin Hasil Sejarahnya Dalam Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 275 hits
freemalaysiatoday September 7 2020 9 37 AMMinggu lalu Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata tiada pemimpin yang lebih berwibawa daripada Muhyiddin untuk menjadi perdana menteri sama ada dari Umno PAS atau PPBM PETALING JAYA Kewibawaan Muhyid...
Megawati Heran Pdip Tak Disukai Warga Sumbar Ini Kata Pengamat

Megawati Heran Pdip Tak Disukai Warga Sumbar Ini Kata Pengamat

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 458 hits
Pengamat masalah politik Karyono Wibowo menilai pernyataan Ketua Umum PDI Perjuangan Megawati Sukarnoputri yang mempertanyakan mengapa rakyat Sumatra Barat tidak menyukai partai itu mencerminkan sejumlah kondisi Dia mengatakan bahwa pernyat...
Dah Kata Jangan Tinggalkan Power Bank Dalam Kereta

Dah Kata Jangan Tinggalkan Power Bank Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 533 hits
The ReporterSebuah kereta MPV Perodua Alza terbakar 30 peratus di bahagian dalamnya akibat letupan alat pengecas mudah alih Kejadian itu berlaku di kawasan tempat letak kereta di Hospital Tumpat Kelantan Menurut sumber power bank yang dilet...
Jangan Ikut Ph Polemik Kedudukan Pm Tumpu Bantu Rakyat Kata Umno Pas

Jangan Ikut Ph Polemik Kedudukan Pm Tumpu Bantu Rakyat Kata Umno Pas

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 383 hits
PETALING JAYA Pemimpin Umno dan PAS mengambil sikap terbuka terhadap kenyataan bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa tiada pemimpin yang lebih berwibawa daripada Muhyiddin Yasssin untuk menjadi perdana menteri pada masa ini Naib ...
Saya Lebih Selesa Bersama Umno Dan Pas Daripada Anwar Kata Azmin

Saya Lebih Selesa Bersama Umno Dan Pas Daripada Anwar Kata Azmin

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 411 hits
Selepas berdekad bersama sama Presiden PKR Anwar Ibrahim bekas timbalan presiden parti itu Azmin Ali berkata dia kini lebih selesa bekerjasama dengan Umno dan PAS Dia yang merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata sepe...
Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next

Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Ditching The Vinegar Burn With These Expertly Crafted Keto Gummies Full Of Apple Flavor

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


20 Idea Kerja Dari Rumah 2025 Edition

Especial Construcci N En Madera

Don T Let Voters Feel Sidelined Announce Projects Early Says Tapah Mp

Set Aside Agenda Outgoing Kl Tower Operator Told

Saravanan Calls On Hindus Not To Listen To Firdaus Wong Who Continues Attacks On Illegal Temples

Gambar Random Hari Raya