Najib Tahu Rm42 Juta Masuk Dalam Akaun Peribadi


siti hafidah Pendakwaan berhujah ada keterangan buktikan tertuduh pecah amanah
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tahu dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta telah dimasukkan ke dalam akaun peribadinya sebagaimana yang terdapat dalam penyata bank, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini

Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Datuk V Sithambaram berkata, Najib secara peribadi memindahkan dana berkenaan dan mengeluarkan cek daripada akaunnya setiap masa

“Perlu ditegaskan bahawa semua cek yang dikeluarkan daripada akaun (berakhir dengan nombor) 906 dan akaun 898 dikeluarkan tertuduh secara peribadi dan oleh itu beliau mempunyai pengetahuan atau sepatutnya mempunyai pengetahuan mengenai jumlah cek yang besar yang dikeluarkan daripada akaun peribadinya

“Dakwaan tidak mengetahui dana yang dikreditkan dan cek dikeluarkan dari akaun tertuduh oleh pihak pembelaan tidak dapat diterima sebagai boleh dipercayai terutama kerana beliau adalah Menteri Kewangan Malaysia yang menguruskan kewangan negara ini,” katanya ketika berhujah di akhir kes pendakwaan

Sithambaram berkata, pihak pendakwaan juga berhujah bahawa ada keterangan yang membuktikan bahawa tertuduh melakukan pecah amanah jenayah (CBT) dan oleh itu, tertuduh mesti dianggap bertindak dengan tidak jujur apabila melakukan kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan

“Oleh itu, telah timbul tanggapan dan menjadi tanggungjawab tertuduh menyangkal tanggapan itu,” katanya

Sithambaram berhujah bahawa peranan tertuduh dalam pinjaman pertama dan kedua Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) serta Jaminan Kerajaan, adalah fakta yang relevan untuk membentuk motif atau pertuduhan CBT

Beliau merujuk keterangan pegawai penyiasat Rosli Husain bahawa terdapat kebarangkalian pemalsuan bukan representasi sebenar kerana beliau tidak menyiasat perkara itu dan oleh itu tidak dapat menentukan isu pemalsuan secara konklusif

Terdahulu, peguam Najib, Harvinderjit Singh berhujah bahawa pihak pendakwaan tidak dapat menunjukkan apa yang menyebabkan RM42 juta dipindahkan ke akaun anak guamnya

“Tidak dibuktikan Najib mempunyai rancangan untuk mengambil RM42 juta daripada RM2 bilion yang telah diluluskan oleh KWAP,” katanya sambil menambah deposit RM42 juta ke akaun Najib dilakukan atas arahan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan dua hari mulai hari ini untuk mendengar hujah di akhir kes pendakwaan

Najib, 66, Ahli Parlimen Pekan, berdepan tiga tuduhan pecah amanah (CBT) dan satu tuduhan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/najib-tahu-rm42-juta-masuk-dalam-akaun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Src International Tak Masuk Akal Najib Cuba Curi Rm42 Juta

Src International Tak Masuk Akal Najib Cuba Curi Rm42 Juta

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 238 hits
22 Oktober 2019 Hujah lisan dari pihak pendakwaan dan pembelaan kes perbicaraan berprofil tingggi SRC International membabitkan penyewelengan dana sebanyak RM42 juta bermula hari ini Pada 27 Ogos lalu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazal menetapka...
Saya Tak Nak Anak Saya Masuk Wad Ingat Anda Boleh Didakwa Anak Bukan Hak Peribadi Anda

Saya Tak Nak Anak Saya Masuk Wad Ingat Anda Boleh Didakwa Anak Bukan Hak Peribadi Anda

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 510 hits
Saya tak nak anak saya dimasukkan ke ward boleh ke ibu bapa bersikap seperti ini Walaupun anda merupakan ibu bapa atau penjaga yang sah bagi kanak kanak namun ia bukan bermakna anda boleh melakukan sebarang tindakan secara sesuka hati kepad...
Jennifer Aniston Buka Akaun Instagram Terima 6 Juta Follower Dalam Sehari

Jennifer Aniston Buka Akaun Instagram Terima 6 Juta Follower Dalam Sehari

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 240 hits
Siapa sangka sudah 25 tahun sejak sitcom paling popular di dunia Friends pertama kali disiarkan Sejak episod pertama siri ini telah menarik perhatian dan hati berjuta juta orang di seluruh dunia Bahkan sekarang Netflix mendapat hak tontonan...
Najib Senarai Habuan Kerajaan Rm7 3 Juta Menjelang Prktgpiai

Najib Senarai Habuan Kerajaan Rm7 3 Juta Menjelang Prktgpiai

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 204 hits
Najib Razak berkata kerajaan pusat setakat ini mengumumkan projek bernilai RM7 3 juta dalam masa kurang seminggu menjelang pilihan raya kecil Tanjung Piai bulan depan Bekas perdana menteri itu menyenaraikan tiga pengumuman projek sejak 15 O...
Bukti Resit Cek Rm2 Juta Menteri Jpm Terima Wang Najib Mengapa Tak Dakwa Bawah Amla Atau Akta Sprm 2009

Bukti Resit Cek Rm2 Juta Menteri Jpm Terima Wang Najib Mengapa Tak Dakwa Bawah Amla Atau Akta Sprm 2009

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 541 hits
Kini cek dan resit sebahagian wang RM3 5 juta kepada VK Liew didedahkan Tapi VK Liew yang menunaikan cek itu dan terlibat salah guna kuasa terhadap wang itu tidak didakwa Tiada AMLA dan Akta SPRM 2009 Mengapa malah Kawtim Setiap kali menjel...
Asiyah Binti Muzahim Istri Firaun Yang Dijamin Masuk Surga Oleh Allah

Asiyah Binti Muzahim Istri Firaun Yang Dijamin Masuk Surga Oleh Allah

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 403 hits
Asiyah binti Muzahim adalah istri dari raja Fir an yang kafir dan dzalim Asiyah lahir keluarga beriman yang taat kepada Allah namun Fir aun melakukan pemaksaan untuk menjadikannya sebagai istri Hal tersebut terjadi ketika Fir aun dalam kese...
Masuk Putrajaya Ikut Jalan Depan Umno Dan Pas Elak Bertelagah Hj Hadi

Masuk Putrajaya Ikut Jalan Depan Umno Dan Pas Elak Bertelagah Hj Hadi

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 374 hits
UMNO dan Pas akan bersama sama memastikan dapat menjadi kerajaan mengikut jalan depan Namun Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata demi memastikan usaha itu berjaya kedua dua parti perlu bersatu padu elakkan daripada berlakunya pe...
Permenkes Nomor 44 Tahun 2019 Kratom Tidak Masuk Kategori Narkotika

Permenkes Nomor 44 Tahun 2019 Kratom Tidak Masuk Kategori Narkotika

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 239 hits
Satu kabar cukup melegakan bagi para petani maupun pemilik usaha penjualan produk daun Kratom khususnya yang berada di Kabupaten Kapuas Hulu Kalimantan Barat karena dalam Peraturan Menteri Kesehatan Nomor 44 Tahun 2019 jenis endemik khas ya...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


209 Doa Para Nabi

207 Chapter Master You Words

Coretan Dari Tingkat 2 Wad 29 Katil 18 Hprz 2

Sambutan Birthday Ke 9 Nur Wardina Soffea

Puding Jagung Yang Sedap

Play88 Online Slots The Evolution Of Graphics And Sound Effects