Najib Senarai 9 Masalah Legasi Pm Terdahulu Yang Berjaya Diselesaikan Dalam 9 Tahun Pentadbirannya



Bekas perdana menteri Najib Razak menyenaraikan 9 masalah legasi yang diperbetulkannya sepanjang 9 tahun mentadbir negara, tanpa menuding jari kepada mana-mana perdana menteri terdahulu.

Najib berkata, pentadbirannya di bawah Barisan Nasional hanya bekerja tanpa menyalahkan mana-mana pihak, dan hasilnya ekonomi negara dan eksport antara yang paling tinggi di dunia.


Loading... “Masalah legasi perjanjian penjana kuasa bebas (IPP) berat sebelah, kita selesaikan. Masalah legasi sistem percukaian ketinggalan zaman, tidak telus dan tidak berkesan hingga menyebabkan ratusan bilion mengalir keluar dari Malaysia, kita gantikan.

“Masalah legasi pembangunan tidak sama rata untuk pantai timur serta Sabah dan Sarawak, kita imbangkan. Masalah legasi lebuhraya tol PLUS paling panjang di Malaysia dengan perjanjian berat sebelah dimiliki pihak swasta, kita beli balik dan letak di bawah kerajaan dan KWSP.

“Masalah legasi Felda tidak mendapat dana yang cukup untuk penanaman semula dan menjaga warga Felda yang semakin lanjut usia, kita cari dana. Masalah legasi kita sering gaduh dengan negara-negara lain, kita perbaiki hubungan,” katanya menerusi Facebook seperti dilapor portal FMT.

Malah, kata Najib, beliau berjaya mengagihkan semula kekayaan negara kepada golongan B40 menerusi BR1M selepas wujud masalah legasi di mana jurang pendapatan terlalu besar dalam kalangan rakyat di negara ini.

“Masalah legasi cukai kereta terlalu tinggi dan rakyat hanya mampu membeli kereta tempatan, kita hapuskan banyak cukai seperti cukai import dan cukai jualan.

“Ia membolehkan ramai pada hari ini guna kereta pelbagai jenama di jalan raya. Bukan itu sahaja, masalah legasi sistem pengangkutan awam tidak menjadi pilihan ramai, kita tambah baik dan banyak lagi,” katanya.

Najib menambah, kerajaan BN sewaktu pentadbirannya tidak menipu rakyat dengan propaganda mengembalikan negara menjadi “Harimau Asia”, sedangkan Malaysia tidak pernah digelar dengan gelaran sedemikian oleh negara luar.

“Kebenarannya dalam tempoh 9 tahun ini, kadar pertumbuhan ekonomi kita lebih tinggi berbanding 4 negara yang diberi gelaran Harimau Asia, iaitu Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Korea Selatan.

“Sebaliknya, Malaysia digelar sebagai pasaran saham dengan tempoh lonjakan saham paling lama di dunia, iaitu “world longest running bull market”.

“Sehingga kita capai tahap tertinggi pada awal Mei sebelum PRU14 lalu,” katanya.

Najib bagaimana mendakwa, rakyat Malaysia lebih suka sekiranya negara diberi gelaran “world worst share market” dan kekayaan serta pertumbuhan ekonomi semakin menurun.

Menurut Najib, rakyat suka mendengar cerita dongeng seperti negara dalam bahaya, hutang negara RM1 trilion, beliau yang dituduh pembunuh Altantuya Shaariibuu, menteri kewangan paling teruk, BN menjual negara dan Malaysia menuju ke arah bankrap.

“Saya sedikit menyesal saya secara peribadi tidak menggunakan lebih banyak masa untuk menulis panjang-lebar seperti ini semasa saya menjawat tugas sebagai perdana menteri, supaya auta-auta dari PH disangkal dan diperbetulkan.

“Pada masa itu, saya dan rakan-rakan kita di BN fokus menjayakan Pelan Transformasi Negara yang kita rancangkan.

“Akibatnya, kita tewas di PRU14 kerana ramai termakan fitnah Malaysia ke arah bankrap walaupun realiti ialah sebaliknya.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/najib-senarai-9-masalah-legasi-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Berjaya Selesai 9 Masalah Legasi Pm Terdahulu

Najib Berjaya Selesai 9 Masalah Legasi Pm Terdahulu

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 255 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak menyenaraikan 9 masalah legasi yang diperbetulkannya sepanjang 9 tahun mentadbir negara tanpa menuding jari kepada mana mana perdana menteri terdahulu Najib berkata pentadbirannya di bawah Barisan Nasional ...
Tuduhan Seleweng Rm42 Juta Najib Berdepan Hukuman Penjara Maksimum Lebih 100 Tahun

Tuduhan Seleweng Rm42 Juta Najib Berdepan Hukuman Penjara Maksimum Lebih 100 Tahun

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 464 hits
BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini sedang melalui perbicaraan kes penyelewengan dana anak syarikat 1MDB Semua media kini tertumpu kepada butiran perbicaraan Ahli Parlimen Pekan itu Berdasarkan maklumat kes dan hukuman huk...
Senarai Cuti Panjang Tahun 2019

Senarai Cuti Panjang Tahun 2019

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 479 hits
Dah masuk pertengahan 2019 lambat update pasal cuti sebab mood berblogging baru datang kembali Senarai cuti panjang 2019 nampaknya cuti weekend dalam tahun 2019 banyak yang panjang Jimat cuti tahunan rancanglah cuti anda
Jokowi Disebut Bakal Meneruskan Pentadbirannya Untuk 5 Tahun Lagi

Jokowi Disebut Bakal Meneruskan Pentadbirannya Untuk 5 Tahun Lagi

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 422 hits
Terlalu banyak berita keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan mengenai keputusan pemilihan presiden Indonesia di antara Presiden Joko Widodo dan pesaingnya Probowo Subianto Walaubagaimanapun keputusan tidak rasmi telah menunjukkan bahawa Jok...
Najib Dakwa Gesaan Utamakan Umno Berjaya Halang Ahli Lompat Parti

Najib Dakwa Gesaan Utamakan Umno Berjaya Halang Ahli Lompat Parti

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 345 hits
Najib dakwa gesaan utamakan Umno berjaya halang ahli lompat parti nbsp Dikemas kini 46 minit yang lalu Diterbitkan pada 6 Ap
Aku Dah Duduk 17 Tahun Di Hutan Itu Nenek Kebayan Berjaya Ditangkap

Aku Dah Duduk 17 Tahun Di Hutan Itu Nenek Kebayan Berjaya Ditangkap

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 2444 hits
Video kelibat nenek kebayan yang viral di sebuah kawasan rekreasi dipercayai di Lata Ulu Kenas Kuala Kangsar Perak baru baru ini menimbulkan tanda tanya ramai orang BACA Nenek kebayan itu dirakam secara tidak sengaja oleh seorang ibu yang k...
Dulu Dik3cam Kini Pada Umur 12 Tahun Gadis Ini Mampu Beli Kereta Bmw Sendiri Lepas Jadi Jurumekap Berjaya

Dulu Dik3cam Kini Pada Umur 12 Tahun Gadis Ini Mampu Beli Kereta Bmw Sendiri Lepas Jadi Jurumekap Berjaya

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 887 hits
Masih ingatkah anda dulu waktu kecil terutamanya bagi budak perempuan yang diam diam mencuba barangan kosmetik milik ibu hanya untuk berdandan dan berangan dihadapan cermin Sama halnya dengan Natthanan seorang gadis cilik berasal daripada T...
Kanak Kanak Menatap Handphone Lebih Dari 2 Jam Cenderung Mengalami Masalah Kelakuan Di Usia 5 Tahun Kajian

Kanak Kanak Menatap Handphone Lebih Dari 2 Jam Cenderung Mengalami Masalah Kelakuan Di Usia 5 Tahun Kajian

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 719 hits
Kanak kanak menatap handphone lebih dari 2 jam cenderung mengalami masalah kelakuan di usia 5 tahun KajianKanak kanak yang banyak menghabiskan masa menatap skrin gajet setiap hari akan menyebabkan mereka bersikap buruk apabila mencapai usia...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Destinasi Pelancongan Yang Wajib Anda Kunjungi Semasa Ke Kelantan

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025