Najib Sekeluarga Dijemput Cuti Atas Kapal Layar Di Perancis Saksi


bharian.com
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali
[email protected]
 - Mei 9, 2022 @ 5:36pm

Najib hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, hari ini, bagi perbicaraan kes dana 1MDB yang dihadapinya. - FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak sekeluarga dijemput bercuti di atas sebuah kapal layar bernama Topaz di selatan Perancis, yang dimiliki Putera Abu Dhabi, Sheikh Mansour, pada 2013.

Bekas Pegawai Khas Najib, Datuk Wan Ahmad Shihab Wan Ismail, yang bertindak sebagai Pegawai Bertugas ketika percutian itu berkata, beliau nampak seorang pelakon Hollywood dan keluarganya turut berada di atas kapal berkenaan tetapi mereka berada di bahagian berasingan.

Wan Ahmad Shihab yang juga saksi ke-16 pendakwaan berkata, beliau dimaklumkan oleh pengurus kapal Topaz, Robert Shepherd bahawa pelakon itu adalah tetamu Sheikh Mansour, justeru beliau merasakan kehadiran mereka hanya kebetulan bersama rombongan Najib.

Wan Ahmad Shihab yang membacakan pernyataan saksinya berkata, beliau melihat salah seorang pengarah Aabar (Aabar Investments PJS Ltd), Mohamed Badawy Al-Husseiny turut berada di atas kapal bersama Robert Baker yang juga seorang jurulatih golf profesional.

Katanya, Mohamed Badawy sentiasa bersama Najib dan kenalan bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Bustari Yusuf, di atas kapal berkenaan.

"Pada malam itu, Robert Shepherd memberitahu bahawa beliau sedang bersiap menyambut Riza Aziz (anak tiri Najib) untuk datang ke kapal Topaz. Ketika Riza Aziz tiba, saya mendapati ahli perniagaan, Jho Low (Low Taek Jho), dan Joey McFarland (penerbit Wolf Of Wall Street) turut serta bersama Riza.

"Saya tidak tahu apa tujuan Jho Low dan Joey McFarland hadir bersama tetapi saya menganggap mereka hadir untuk bersama-sama menikmati percutian itu. Sepanjang berada di atas kapal, saya nampak hampir setiap masa mereka bersama dan kedengaran perbualan mereka banyak tertumpu berkaitan pembikinan filem untuk Hollywood.

"Pada hari berikutnya, iaitu 6 Julai 2013 sebelah petang, Najib memberitahu saya bahawa seorang ahli perniagaan dari Malaysia akan menjemput beliau serta ahli keluarga dan membawa mereka untuk makan malam di sebuah hotel berdekatan milik ahli perniagaan itu," katanya.

Wan Ahmad Shihab berkata, sejak itu, beliau tidak lagi nampak Jho Low atau Joey McFarland di atas kapal Topaz, serta tidak tahu bila dan ke mana mereka pergi.

Pada 2019, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Mohamed Badawy adalah salah seorang eksekutif yang dikaitkan dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan disabitkan dengan jenayah kewangan serta dijatuhi hukuman penjara di Abu Dhabi.

Terdahulu, Wan Ahmad Shihab berkata, Jho Low menghubunginya melalui aplikasi Blackberry (BBM) dan memberitahu bahawa Najib sekeluarga dijemput untuk bercuti di selatan Perancis di atas kapal Topaz, dan beliau dipilih sebagai Pegawai Bertugas ketika percutian itu.

Beliau berkata, Jho Low memberitahu bahawa seseorang bernama Eric Tan Kim Loong akan menghubunginya mengenai butiran jemputan percutian itu, dan turut memaklumkan Eric adalah sepupunya (Jho Low).

Selepas menerima maklumat daripada Jho Low, saksi itu berkata, beliau mendapatkan pengesahan daripada Najib yang kemudian mengesahkannya dan mengarahkan beliau untuk meneruskan 'arrangement' (urusan butiran jemputan).

"Pada 4 Julai 2013, rombongan percutian Najib sekeluarga bertolak dari London dengan menaiki pesawat milik kerajaan (ACJ 320) dan tiba di Lapangan Terbang Cote D'Azur, Nice, Perancis, pada jam 10 malam. Najib sebelum itu mempunyai lawatan kerja di London, oleh itu dari London beliau terus terbang ke Perancis.

"Rombongan itu terdiri daripada Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa, Nor Ashman Razak, Daniyar Kessikbayev dan Kolonel Norhayati Hassan (Pegawai Pengiring Rosmah).

"Sebelum itu, saya dan Tan Sri Bustari bersama anaknya terlebih dahulu tiba di Nice dengan menaiki pesawat komersial dari London pada jam 4 petang hari sama. Ketika rombongan Najib tiba, saya dan Robert Shepherd menyambut beliau di lapangan terbang dan terus membawa mereka ke kapal Topaz," katanya.

Wan Ahmad Shihab berkata, ketika tiba di atas kapal Topaz, mereka disambut oleh Kapten kapal dan kemudian dibawa belayar di sekitar perairan selatan Perancis.

Menjawab soalan balas oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, saksi itu berkata, pelakon Hollywood yang dinyatakan dalam pernyataan saksinya adalah Jamie Foxx.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/05/najib-sekeluarga-dijemput-cuti-atas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saksi Dedah Najib Keluarga Bercuti Naik Kapal Layar Atas Jemputan Putera Kuwait

Saksi Dedah Najib Keluarga Bercuti Naik Kapal Layar Atas Jemputan Putera Kuwait

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 304 hits
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Najib Razak dan ahli keluarganya telah bercuti atas kapal layar ke selatan Perancis perairan Greece dan Itali sejak 2009 hingga 2013 atas jemputan Putera Kuwait Putera Saudi dan Putera Abu ...
Pengeluar Kapal Selam Dibeli Malaysia Diera Najib Didakwa Rasuah

Pengeluar Kapal Selam Dibeli Malaysia Diera Najib Didakwa Rasuah

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 228 hits
Hakim Perancis mendakwa syarikat pertahanan Thales kerana bersubahat dalam rasuah berhubung penjualan kapal selam pada 2002 kepada Malaysia sumber rapat dengan siasatan kes itu memberitahu AFP pada Selasa Kes yang sudah lama berlarutan berh...
Arahan Najib Suatu Bentuk Ugutan Saksi 1mdb

Arahan Najib Suatu Bentuk Ugutan Saksi 1mdb

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 179 hits
Rakan kongsi urusan KPMG Malaysia Datuk Johan Idris menyifatkan arahan Datuk Seri Najib Razak kepada firma audit itu supaya melengkapkan dan menandatangani auditnya terhadap penyata kewangan 1Malaysia Development Berhad bagi 2013 dalam temp...
Najib Tidak Disoal Berhubung Tujuan Pemberian Cek Bernilai Rm9 5 Juta Kepada Shafee Saksi

Najib Tidak Disoal Berhubung Tujuan Pemberian Cek Bernilai Rm9 5 Juta Kepada Shafee Saksi

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 209 hits
KUALA LUMPUR Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak menyoal Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan tujuan pemberian dua keping cek bernilai RM9 5 juta kepada p...
Fiji Arah Rampas Kapal Layar Mewah Russia

Fiji Arah Rampas Kapal Layar Mewah Russia

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 159 hits
Fiji arah rampas kapal layar mewah Russia Dikemas kini 7 jam yang lalu Diterbitkan pada 3 May 2022 10 00PM
Mahathir Yang Pilih Kapal Selam Scorpene Dan Berunding Dengan Perancis

Mahathir Yang Pilih Kapal Selam Scorpene Dan Berunding Dengan Perancis

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 147 hits
Oleh Nurul Aisyah AKHIRNYA rakyat Malaysia tahu kedudukan sebenar berkaitan kapal selam Scorpene yang menjadi modal politik Pakatan Harapan selama ini dan dikitar semula lagi Anwar Kit Siang dan PH sekali lagi kitar semula propaganda kapal ...
Bawa Anak Tengok Tuntung Sungai Di Sunway Lagoon Pada Cuti Hari Raya

Bawa Anak Tengok Tuntung Sungai Di Sunway Lagoon Pada Cuti Hari Raya

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 242 hits
Aidilfitri kali ini bukan sahaja menggembirakan semua orang kerana sudah boleh pulang ke kampung halaman masing masing selepas dua tahun tidak meraikannya bersama keluarga Tetapi ia turut meraikan kepulangan populasi haiwan terancam Tuntung...
Meriah Tempat Kerja Bos2 Lambai Iring Pekerja Sebelum Balik Cuti Beraya

Meriah Tempat Kerja Bos2 Lambai Iring Pekerja Sebelum Balik Cuti Beraya

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 224 hits
Kemeriahan lebaran disambut tanpa mengira agama atau budaya Selepas keletihan bekerja inilah waktu untuk masing masing pulang ke kampung halaman bertemu dengan ahli keluarga serta sanak saudara Bagi sebuah kilang terletak di Jawa Tengah ini...
Raya Isnin Perdana Menteri Umum Hari Rabu Masih Cuti Umum Kepada Beberapa Negeri

Raya Isnin Perdana Menteri Umum Hari Rabu Masih Cuti Umum Kepada Beberapa Negeri

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 225 hits
PUTRAJAYA Hari Rabu ini masih menjadi cuti umum bagi kebanyakan negeri di negara ini Ini selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti umum Hari Pekerja yang jatuh pada Ahad lalu akan diganti pada Rabu Pada awalnya cuti Hari ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Remaja Lemas Ketika Mandi Di Sungai Kg Kamansi Bingkor Keningau

Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil