Deepak Saman Rosmah Najib Dan Azeez Rahim Isu Tanah Dan Cukai Lhdn


Pengarah Carpet Raya Sdn Bhd, JR Deepak Jaikishan memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isteri serta seorang lagi kerana mendakwa pasangan itu bertanggungjawab membayar cukai hasil dikenakan ke atas syarikatnya ketika ahli perniagaan itu menjadi ejen dan proksi kepada mereka.
Semua plaintif iaitu Deepak, Carpet Raya Sdn Bhd dan adiknya, J Rajesh, yang juga pengarah syarikat berkenaan, memfailkan saman semalam menerusi Tetuan David Gurupatham & Koay dengan menamakan pasangan tersebut dan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutan, Deepak mendakwa antara 2004 hingga 2010, beliau dan syarikat itu bertindak sebagai ejen dan proksi kepada Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam transaksi penjualan dan pembelian tanah serta perniagaan bawah arahan pasangan suami isteri berkenaan.
Transaksi tersebut memberi manfaat dan keuntungan kepada Najib dan Rosmah, katanya.
Dakwa Deepak, defendan ke-3 (Azeez) pula menjadi ejen kepada Najib dan Rosmah bagi melaksanakan transaksi berkenaan dan menjadi orang perantaraan antara pasangan itu dengan plaintif ke-2 iaitu Carpet Raya.
Namun, Deepak mendakwa, akibat daripada transaksi berkenaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menghantar surat bertarikh 2 Mac 2018 kepadanya supaya menyelesaikan tunggakan cukai Carpet Raya dan cukai individunya berjumlah lebih RM6 juta, tidak termasuk kenaikan cukai penalti dan faedah.
Plaintif mendakwa mereka juga dikehendaki membayar tunggakan cukai itu secara ansuran selama 24 bulan bermula Januari 2018 sehingga Disember 2019 selaras dengan keputusan Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 21 Sept 2017.
Dakwa Deepak, perkara itu berlaku selepas hubungan antara beliau dengan pasangan itu menjadi tegang sekitar 2012 berikutan kengganannya untuk mengikut arahan Najib dan Rosmah dalam kes saman sivil membabitkan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.
Azeez juga tahu perkara berkenaan, katanya.
Semua plaintif mendakwa Najib dan Rosmah juga mengarahkan tindakan guaman diambil oleh LHDN terhadap Carpet Raya dan satu petisyen penggulungan difailkan terhadap syarikat itu pada 22 Mac 2017 oleh LHDN dan petisyen berkenaan disiarkan di dalam surat khabar.
Plaintif mendakwa akibat petisyen penggulungan itu, perniagaan dan reputasi semua plaintif terjejas dan Deepak turut dilarang keluar negeri selain mendakwa kemudahan urusan perniagaan mereka ditarik balik oleh Maybank dan kontrak syarikat itu bersama Ikea dibatalkan.
Sehubungan itu, semua plaintif menuntut pengisytiharan mahkamah bahawa Najib dan Rosmah adalah pihak bertanggungjawab untuk membayar tunggakan cukai yang dikenakan terhadap syarikat berkenaan.
Turut dituntut ganti rugi berjumlah RM500,000 yang dibayar kepada Maybank, ganti rugi berjumlah RM47 juta untuk ketidakupayaan syarikat itu dalam memenuhi kewajipan kontrak dan jualan, ganti rugi RM74 juta untuk pembatalan kontrak syarikat berkenaan bersama Ikea, ganti rugi berjumlah RM200 juta atas dakwaan memfitnah dan ganti rugi RM37 juta akibat kerugian disebabkan salah laku oleh Najib.
Plaintif juga menuntut ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM100 juta. – Bernama
KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok di restoran, warung
KLIK BACA: Najib mesti pakai baju lokap SPRM mesti ada saiz – Kadir Jasin
KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah
KLIK BACA: Dr Mahathir bukan seperti dulu, pegawai kerajaan rindu, nasihat Khir Toyo
KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid
KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil
KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid
KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak kasino – Zaid Ibrahim bengong!
The post Deepak saman Rosmah, Najib dan Azeez Rahim isu tanah dan cukai LHDN appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/190283/tak-mampu-bayar-cukai-deepak-saman-rosmah-najib-dan-azeez-rahim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Deepak Saman Najib Rosmah Berhubung Cukai Hasil

Deepak Saman Najib Rosmah Berhubung Cukai Hasil

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 195 hits
KUALA LUMPUR Pengarah Carpet Raya Sdn Bhd JR Deepak Jaikishan memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isteri serta seorang lagi kerana mendakwa pasangan itu bertanggungjawab membayar cukai hasil dikenakan ke atas syarikatnya ke...
Najib Dan Rosmah Di Saman Syarikat Carpet

Najib Dan Rosmah Di Saman Syarikat Carpet

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 336 hits
Orang UMNO nanti boleh berdemo lagi di depan Mahkamah Kaki hisap isu seperti Lokman Adam dah boleh pikir dah sampai bila nak jadi tukang cuci tahi orang lain dan itukah maruah yang ada pada pejuang UMNO KUALA LUMPUR 16 Nov Pengarah syarikat...
Lokman Adam Lapor Polis Farid Kamil Dedah Cuba Dirasuah Rm5 Juta Maafkan Najib Rosmah

Lokman Adam Lapor Polis Farid Kamil Dedah Cuba Dirasuah Rm5 Juta Maafkan Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 323 hits
Lokman Adam pembela Umno dan Najib Razak membuat laporan kepada polis ekoran dakwaan Farid terhadap amalan rasuah melibatkan kerajaan BN sebelum ini Foto CelotehSaje Blog Presiden Pemantau Malaysia Baharu Datuk Lokman Noor Adam membuat lapo...
Khairy Tempelak Najib Isu 1mdb Punca Kekalahan Bn Pru 14

Khairy Tempelak Najib Isu 1mdb Punca Kekalahan Bn Pru 14

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menempelak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa punca kekalahan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 adalah disebabkan oleh penipuan fitnah dan janji ja...
Jangan Terlalu Harap Najib Rosmah Akan Ke Penjara

Jangan Terlalu Harap Najib Rosmah Akan Ke Penjara

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 274 hits
ULASAN Kemana pun saya pergi sekarang soalan yang kerap ditanya adalah mengapa bekas perdana menteri Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Mohd Najib Abdul Razak tidak dipakaikan kemeja T oren lokap ...
Farid Kamil Kata Ditawar Rasuah Rm5 Juta Untuk Maafkan Najib Dan Rosmah

Farid Kamil Kata Ditawar Rasuah Rm5 Juta Untuk Maafkan Najib Dan Rosmah

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 692 hits
PELAKON terkenal Farid Kamil mendakwa beliau pernah ditawar wang rasuah RM5 juta untuk memaafkan Najib dan Rosmah Beliau mendedahkan perkara itu dalam satu temubual dalam program Sila duduk jangan lari terbitan TV Al Hijrah Dia kata ambil d...
Isu Jualan Tanah Dbkl Sprm Tahan Tengku Adnan

Isu Jualan Tanah Dbkl Sprm Tahan Tengku Adnan

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 351 hits
14 Nov 2018 Bekas Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini Utusan Malaysia Online yang memetik sumber melaporkan Tengku ...
Najib Tak Pernah Sakau Duit Cukai Rakyat

Najib Tak Pernah Sakau Duit Cukai Rakyat

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 202 hits
Semalam ada urusan di sebuah bank Harimau Dalam sibuk sibuk berurusan tu dengar perbualan antara 2 pekerja bank dengan salah seorangnya berkata Najib sakau duit cukai aku kerajaan baru pulangkan lepas itu keduanya ketawa macam student dungu...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Jkt48 Heavy Rotation Chord

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Macc Nabs Three Senior Govt Agency Officers In Kelantan

Th Jamin 31 600 Jemaah Haji Berpeluang Ziarah Raudah

Memang Sibuk Wehh

Nak Tau 5 Langkah Menjadi Insan Hebat