Najib Perlu Ikut Jejak Nazri Bersara Bukan Bercita Cita Jadi Pm Semula


agendaily.com04/06/2022
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz. - Gambar Agenda Daily
Tindak-tanduk Datuk Seri Najib Razak yang masih aktif mencatur politik seolah-olah masih mengejar cita-cita peribadi mahu menjadi Perdana Menteri (PM) semula perlu dihentikan, sewajarnya peluang diberikan kepada pelapis baharu.

Najib sepatutnya mengikut jejak veteran UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz yang mengumumkan persaraan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti dan bukannya masih menaruh cita-cita dapat menjadi PM sekali lagi.

Berdepan puluhan kes mahkamah dan sudah disabitkan hukuman melibatkan kes pertuduhan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Najib sudah tidak lagi mempunyai asas moral untuk terus berharap dapat menjadi PM sekali lagi.

Sudah cukup kerosakan dilakukan oleh Najib sepanjang menjadi PM, ratusan juta hutang 1MDB yang terpaksa ditanggung kerajaan dan rakyat bukanlah satu pencapaian yang sepatutnya dibanggakan oleh bekas PM tersebut.

Bagaimanapun, Najib yang perasan dirinya popular dan terpesona dengan kata-kata pengampu sekelilingnya masih menaruh harapan untuk menjadi PM semula jika diberikan peluang.

Sepatutnya Najib mengikut jejak Nazri yang bertegas tidak akan bertanding pada PRU-15 dan secara tidak langsung bersara daripada politik.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu konsisten dan tidak akan membuat pusingan U berhubung keputusan persaraannya, namun kesetiaannya bersama UMNO masih kekal utuh dan akan terus menyokong parti daripada luar.

“Zaman seangkatan saya sudah berakhir dengan naiknya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri. Jadi, apa yang saya sebut sebelum ini, tiada perubahan lagi dan saya sudah fikir masak-masak.

“Namun, saya tetap memberi sokongan selagi boleh dan apabila ahli UMNO kembali menjadi Perdana Menteri, itu sudah menjadi kelegaan untuk saya.

“Dengan persaraan saya, tidak bermakna saya terus berhenti memberikan pandangan. Walaupun bukan ahli Majlis Tertinggi (MT), saya akan terus bersuara selagi yang saya sebut ini masuk akal, mempengaruhi Kabinet untuk buat seperti disarankan,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Nazri antara yang lantang mempertahankan Ismail Sabri, disamping menjadi pendukung utama kepada pelantikan Ismail Sabri sebagai PM. Malah, Nazri juga antara yang paling lantang membidas Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa krisis politik sebelum ini yang menyaksikan Ismail Sabri diangkat menjadi PM Kesembilan.

Tidak dinafikan, Nazri memainkan peranan sebagai pelobi utama kepada Ismail Sabri.

Senario dihadapi Nazri dengan Najib adalah berbeza sama sekali, umum mengetahui sekiranya Najib tidak kembali ke tampuk kuasa berkemungkinan pintu penjara Sungai Buloh akan terbuka luas dan ia pastinya menyeramkan bagi seorang yang berstatus bangsawan seperti anak PM Kedua, Tun Abdul Razak itu.

Jadi, tidak menghairankan Najib cuba menjustifikasikan popularitinya dikalangan rakyat bagi memastikan pertuduhan yang dihadapinya di mahkamah dapat dikaburi dengan imej menjadi mangsa penganiayaan.

Telahan Najib kononnya rakyat mempercayainya kerana dianiaya terlalu dangkal kerana keterangan saksi di mahkamah adalah jelas menunjukkan siapa sebenarnya dalang disebalik salahguna kuasa dan rasuah yang berlaku semasa pentadbirannya.

Bukan sahaja Nazri yang tahu tempoh yang sesuai untuk bersara daripada politik, malahan beberapa pemimpin politik pembangkang dan UMNO yang lain juga sudah mengumumkan persaraan mereka.

Antara ahli Parlimen lain memutuskan tidak mempertahankan kerusi termasuk, Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming (DAP), 47, Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 97, (Pejuang); Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, 81, (DAP); Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed, 56, (UMNO); Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah, 74, (UMNO).

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, 85, (UMNO) pula masih berteka-teki sama ada mahu menjadi calon atau menarik diri daripada pilihan raya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat dilaporkan mungkin tidak bertanding di kawasannya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/najib-perlu-ikut-jejak-nazri-bersara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Terkejut Jika Najib Dibebaskan Atau Dibicara Semula

Jangan Terkejut Jika Najib Dibebaskan Atau Dibicara Semula

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 220 hits
Oleh Sirajuddn Ahmad Jangan terkejut jika Najib dibebaskan atau dibicara semula Perkembangan terkini berkenaan kes membabitkan Datuk Seri Najib Razak semakin menarik Semalam pada sidang media bersama wartawan Peguam DSNR Tan Seri Shafie tel...
Video Jawaban Lengkap Polda Metro Soal Pemuda Gagal Ikut Pendidikan Bintara Polisi

Video Jawaban Lengkap Polda Metro Soal Pemuda Gagal Ikut Pendidikan Bintara Polisi

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 122 hits
Zulpan menjelaskan pada 2019 hingga 2020 Fahri tidak lolos seleksi karena pada tahap pemeriksaan kesehatan dengan diagnosa buta warna parsial
Jangan Ikut Mokhtar Senik Lagi Dia Tunjuk Kote Pada Pompuan

Jangan Ikut Mokhtar Senik Lagi Dia Tunjuk Kote Pada Pompuan

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 181 hits
Mokhtar Dup palahotak ang buat hukum sendiri apa hukum tunjuk criket kt pompuan bukan muhrim kah3natammmmmmmmmCrdits HussinAlMala alA lam
Tuuu Dia Macam Malaikat Nak Ambik Nyawa Aihhh Dasyat Sungguh Nak Bubar Parlimen Pun Ikut Stail Malaikat Maut

Tuuu Dia Macam Malaikat Nak Ambik Nyawa Aihhh Dasyat Sungguh Nak Bubar Parlimen Pun Ikut Stail Malaikat Maut

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 137 hits
Saya tidak akan lewatkan walau sesaat bubar Parlimen Ismail SabriHasimi MuhamadJun 1 2022 16 33 MYTPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri beliau bersetuju untuk membincangkan dengan Top Five UMNO bagi menentukan tarikh pembubaran Parlimen ...
Kakak Tak Sedar Adik Ikut Bayi 1 Tahun 4 Bulan Maut Dilanggar Bas Sekolah

Kakak Tak Sedar Adik Ikut Bayi 1 Tahun 4 Bulan Maut Dilanggar Bas Sekolah

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 163 hits
Sekelip mata berlaku dan tanpa disedari ahli keluarga Itu yang berlaku pada seorang bayi perempuan apabila maut dilanggar bas sekolah dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Taman Anggerik Bandar Baru Salak Tinggi Sepang pada Khamis Ketua...
Tak Payah Pakai Kicap Ayam Nasi Ayam Lagi Sedap Cantik Ikut Cara Ni

Tak Payah Pakai Kicap Ayam Nasi Ayam Lagi Sedap Cantik Ikut Cara Ni

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 259 hits
Nasi ayam memang menjadi kegemaran anak anak kita Apa lagi disatukan dengan ayam nasi ayam yang garing dan sedap Nak cuba resipi mudah dan ayam jadi lagi sedap Resipi mudah ini mama kena cuba Simple Bila ayam Nasi Ayam tengah mandi minyak C...
Hiburan Kakak Tak Perasan Bayi Setahun 4 Bulan Maut Digilis Bas Lepas Ikut Kakak Keluar Rumah

Hiburan Kakak Tak Perasan Bayi Setahun 4 Bulan Maut Digilis Bas Lepas Ikut Kakak Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 169 hits
Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak lebih lebih lagi anak yang masih lagi berusia setahun jagung Namun begitu ada ibu bapa yang kurang bernasib baik apabila kehilangan anak pada usia muda akibat sebab sebab yang tidak dapat dielakkan Ad...
Ais Krim Paling Mahal Aku Pernah Beli

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

The Impact Of Domain Name

Emotionally Drained

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Huawei S Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cara Buat Duit Dengan Canva

Diet Kurus Yang Betul

Ideal Gifts For Chinese New Year

Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

Pegawai Azalina Lapor Polis Terhadap Kj

Los Angeles Kini Sudah Seperti Gaza