Najib Mohon Maaf Kepada Al Jazeera Fikir Rosmah Dan Anak Disiasat Polis


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tindakannya menghentikan rakaman temu bual khas dengan Al Jazeera yang disiarkan hari ini, adalah disebabkan agensi berita antarabangsa itu tidak bersikap adil.
Menurut Najib, wartawan agensi itu, Mary Ann Jolley turut ‘menjerat’ dirinya kerana secara mendesak bertanya soalan mengenai isu kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan Jho Low yang bercanggah dengan topik asal yang dipersetujui.
“Walaupun saya sudah menjawab banyak soalan mengenai Altantuya dan 1MDB yang bukan pun di dalam skop yang dipersetujui, wartawan yang bernama Mary Ann ini tetap tidak mahu kembali kepada topik asal iaitu legasi saya dan ekonomi negara.
“Malahan, dia terus menekan tentang isu Altantuya dan 1MDB yang sedang di dalam proses pengadilan di mahkamah dan mencelah semasa saya sedang menjawab serta berulang-kali mengaitkan nama Jho Low kepada saya walaupun saya sudah jawab peranan Jho Low kepadanya dipermulaan wawancara ini,” katanya dalam entrinya di laman sosial Facebook pada Sabtu.
“Tetapi, wartawan [Mary Ann Joley] yang mengendali wawancara itu juga adalah wartawan bertanggungjawab bagi satu program mengenai pembunuhan Altantuya, dan dia bertegas mahu menyoal soalan mengenainya, di sebalik pelbagai penafian saya, di sebalik kes pembunuhan itu sudah melalui prosiding mahkamah terperinci, malah dua minggu lalu, atas permintaan saya, pegawai saya telah pun membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat semula bagi membersihkan nama saya,” ujarnya.
Justeru, beliau mengambil keputusan untuk menghentikan temu bual itu kerana tidak mengikuti apa yang telah dipersetujui dan didakwa berat sebelah kepadanya.
Najib dalam entri di Facebooknya sebelum itu, turut memohon maaf kepada Al Jazeera jika dilihat kurang sabar sehingga bertindak menghentikan temu bual berkenaan.
Bekas perdana menteri itu berkata beliau sedang memikirkan keadaan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya, Norashman dan Riza Aziz yang disoal siasat polis pada waktu yang sama.
Ditanya dalam wawancara Al Jazeera itu Najib ditanya mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006, dengan Najib berkata: “Saya benar-benar tidak bersalah terhadap kes Altantuya.”
Beliau kemudian berkata: “Bolehkah kita pergi ke ekonomi? Anda telah menghabiskan banyak masa ini (pada 1MDB), jika tidak, saya akan keluar.
Najib berdiri dan berkata, “Itu sahaja, saya sudah selesai, jika anda bercakap tentang ekonomi saya akan duduk.”
Dia kemudian kedengaran membentak: “Come on, anda tidak adil kepada saya, jika anda mahu bertanya tentang ekonomi, saya akan teruskan…”
Najib berdiri apabila disoal lagi mengenai Jho Low kemudian keluar dari temuramah dengan ditemani seorang pembantu.
Untuk rekod, wartawan Al-Jazeera Mary Ann Joley pernah diusir dari Malaysia kerana rencana berkenaan pembunuhan Altantuya Shariibuu.
Dalam wawancara yang tegang itu, Najib juga mengakui bahawa beliau tidak menyesal mengusir pengacara rancangan tersebut (Mary Ann Jolley) dari Malaysia pada 2015 kerana menulis berita mengenai pembunuhan Altantuya Shariibuu.
Najib berkata, pengusiran beliau [Mary Ann] adalah perkara yang baik kerana menganggu serta melakukan pembohongan di Malaysia.
Mary Ann pula menafikan mempunyai kepentingan politik dan membuat sebarang pembohongan namun hanya mahu menemubual Najib sambil cuba fahami perkara sebenar.
Najib kemudian memberi alasan keputusan pengusiran dilakukan oleh pihak berkuasa.
Mary Ann pula membalas dengan mendedahkan pihaknya mendapat tahu arahan itu dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri.
Untuk rekod, Shaariibuu Setev bapa kepada mendiang Altantuya telah pun berjumpa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bagi merayu agar kes pembunuhan anaknya dibuka semula manakala 2 minggu selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan, presiden Mongolia mengeluarkan kenyataan agar keadilan diberi kepada Altantuya Shaariibuu. – Majalah Review Malaysia – MRM
KLIK BACA: Arab Saudi nafi kerajaan mereka bagi derma 2.6 bilion kepada Najib
KLIK BACA: Akhirnya Najib mengaku cuma agak derma RM2.6 bilion
KLIK BACA: Berlian RM116 juta Rosmah hadiah Putera Raja – Najib
KLIK BACA: Penyokong doa moga Najib Rosmah selamat seperti para Nabi Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan Muhammad SAW.
KLIK BACA: Orang UMNO betul tak betul penyangak pencuri mereka sokong, kata Dr Mahathir
KLIK BACA: Annuar: Ramai ahli Umno termasuk saya sayang hormati Tun Mahathir
KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!
KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno
The post Najib mohon maaf kepada Al-Jazeera, fikir Rosmah dan anak disiasat polis appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/189740/najib-mohon-maaf-kepada-al-jazeera-fikir-rosmah-dan-anak-disiasat-polis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rosmah Dua Anak Disiasat Kes Berkaitan 1mdb

Rosmah Dua Anak Disiasat Kes Berkaitan 1mdb

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR 26 Okt Datin Seri Rosmah Mansor hadir di Menara KPJ Jalan Tun Razak di sini pagi ini bersama dua orang anaknya bagi memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad Loading ...
Rosmah Dua Anak Tiba Beri Keterangan Barang Kemas Kepada Polis

Rosmah Dua Anak Tiba Beri Keterangan Barang Kemas Kepada Polis

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 278 hits
Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya Norashman Najib dan Riza Aziz tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Menara KPJ Jalan Tun Razak di sini sebentar tadi Rosmah dan anak lelakinya tiba kira kira jam ...
Polis Soal Rosmah Dan Anak Mana Dapat Barang Kemas

Polis Soal Rosmah Dan Anak Mana Dapat Barang Kemas

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 326 hits
Rosmah Mansor Riza Aziz dan Norashman disoal siasat polis berkenaan barang kemas ratusan juta ringgit yang dirampas dikediaman dikaitkan dengan Najib Foto BestFBKL KUALA LUMPUR Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Polis Diraja Mal...
Polis Bertindak Jika Deepak Kaitkan Najib Rosmah Dalam Kes Altantuya Ada Sabitan

Polis Bertindak Jika Deepak Kaitkan Najib Rosmah Dalam Kes Altantuya Ada Sabitan

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 356 hits
Muhyiddin Yassin berkata polis tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor jika ada bukti mereka terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu Foto NSTP KUALA LUMP...
Kes Altantuya Polis Ambil Tindakan Jika Najib Rosmah Terbabit Muhyiddin

Kes Altantuya Polis Ambil Tindakan Jika Najib Rosmah Terbabit Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 402 hits
Polis akan mengambil tindakan sewajarnya jika ada bukti menunjukkan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya terbabit dalam pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau sudah melih...
Rosmah 2 Anak Akan Disoal Siasat Polis Jumaat Ini

Rosmah 2 Anak Akan Disoal Siasat Polis Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 227 hits
Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman akan mengambil keterangan isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor Jumaat ini Beliau dijangka hadir jam 10 pagi di Menara KPJ Jalan Tun Raz...
Najib Dedah Rahsia Sebenar Berlian Merah Jambu Rosmah Ketika Wawancara Bersama Al Jazeera

Najib Dedah Rahsia Sebenar Berlian Merah Jambu Rosmah Ketika Wawancara Bersama Al Jazeera

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 375 hits
Najib Dedah Rahsia Sebenar Berlian Merah Jambu Rosmah Ketika Wawancara Bersama Al JazeeraBekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan loket rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu yang turut dikaitkan dalam siasatan skandal...
Kalah Dan Lemah Kepada Wanita Al Jazeera Di Mana Darah Bugis Najib

Kalah Dan Lemah Kepada Wanita Al Jazeera Di Mana Darah Bugis Najib

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 367 hits
Menonton interbiu Najib Razak bersama Al Jazeera semalam suatu hakikat yang pasti ialah beliau kini dalam keadaan cukup tertekan emosi tak stabil dan seperti menyimpan banyak kemarahan dalam dirinya Daripada awal program lagi wajahnya sudah...
After Al Jazeera Interview Kit Siang Challenges Najib To Polygraph Test

After Al Jazeera Interview Kit Siang Challenges Najib To Polygraph Test

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 321 hits
Lim asked whether Najib would lodge reports with the various authorities on other international figures who are probably involved in the 1MDB scandal Former prime minister Datuk Seri Najib Razak should use a lie detector test when answering...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip