Najib Mengaku Politik Malaysia Tidak Stabil



(Malaysia Gazette) – UMNO perlu kembali menjadi parti tonggak sekaligus kembali memegang tampuk pemerintahan pada pilihan raya yang akan datang.
Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Seri Najib Razak berkata, kestabilan politik negara akan dapat dikembalikan sekiranya UMNO dan rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) kembali menjadi kerajaan Persekutuan.
“Pada kali ini kerajaan dipimpin oleh Datuk Seri Ismail Sabri, Naib Presiden UMNO mewakili parti UMNO. Kita ucap tahniah dan beri sokongan supaya beliau berjaya sebagai seorang Perdana Menteri mewakili UMNO kerana kejayaan beliau juga kejayaan parti UMNO.
“Perubahan kepimpinan ini perlu kita jelaskan bahawa tidak beerti kerajaan yang ada pada hari ini, kerajaan mutlak UMNO, ia masih merupakan kerajaan campuran dengan sebahagian jemaah menteri dan timbalan menteri terdiri daripada wakil-wakil Bersatu, Pas dan PBS (Parti Bersatu Sabah).
“Dalam keadaan itu maka kita tidak mungkin dapat memenuhi kesemua tuntutan kita kerana kita tidak ada majoriti mutlak dalam PRU lalu dan kini kita tidak boleh tubuh kerajaan tanpa ada dokongan dan sokongan daripada parti-parti lain.
“Sebab itulah kalau kita ingin negara kita kembali sedia kala, sebagai sebuah negara yang selama ini terkenal atau tersohor atas sebabnya kestabilan politik, yang tidak ada tolok bandingan dengan negara lain yang mengamalkan demokrasi
“Kalau kita inginkan era dan zaman tersebut berulang kembali maka kita kena pastikan dalam PRU15 UMNO akan dapat muncul sebagai parti tonggak yang menubuhkan kerajaan, kerana parti ini mempunyai bilangan kerusi terbesar,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Cawangan UMNO Pekan hari ini.
Namun bekas Perdana Menteri itu mengakui UMNO masih lagi tidak memutuskan sama ada akan bekerjasama dengan parti politik yang lain selain rakan komponen BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) atau sebaliknya.
“Sama ada kita akan ada rakan-rakan lain itu pada masa sekarang ini masih lagi tanda tanya. Saya sendiri pun agak sukar menjawab apakah bentuk kesepakatan politik yang akan muncul dalam PRU-15,” ujarnya.
Beliau berkata, UMNO tidak boleh mengharapkan sokongan daripada parti lain semata-mata sebaliknya perlu memperkuatkan parti itu untuk mampu berdiri di atas kaki sendiri dan memastikan dapat memenangi pilihan raya.
Sehubungan itu, Najib menasihatkan akar umbi parti di cawangan Pekan supaya terus memperkuatkan parti dan menunjukkan sikap baik kepada masyarakat.
Jelasnya, bukan sahaja sikap yang baik akan dapat menarik undi, dalam masa yang sama hubungan baik dengan penduduk setempat juga akan memberi sumbangan besar terhadap pilihan pengundi.
“Apa pun kita mesti melihat kekuatan dalaman kita sebagai asas kekuatan UMNO. Kita tidak boleh bergantung kepada orang lain kalau ada baguslah, kalau tidak ada UMNO mestilah berjuang atas kaki sendiri saya percaya dalam konteks Parlimen Pekan dan DUN-DUN, insya-Allah kita mampu berdiri atas kaki sendiri dan mampu menyumbang kejayaan nasional dan terbentuknya sekali lgi kerajaan BN
“Sehubungan dengan ini apakah yang perlu kita lakukan sebagai pemimpin-pemimpin akar umbi, janganlah terlalu mengharapkan kemewahan dalam segi apa juga yang kita nak dilakukan kerana kemewahan dan material bukan penentu kejayaan. Malah kalau kita lebih menunjuk, berlagak, itulah punca kekalahan orang tidak suka.
“Sebagai ketua cawangan bukan bererti kita menjaga anak buah, ahli UMNO dalam cawangan tetapi kita mesti jaga semua orang bererti kita mesti ada hubungan kerjasama yang rapat dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid, JKK, Ketua Kampung, Persatuan Belia, NGO, pegawai kerajaan dan sebagainya ini semua kumpulan sasar kita,” tambahnya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/10/16/najib-mengaku-politik-malaysia-tidak-stabil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pandora Papers Dua Ahli Politik Malaysia Didakwa Miliki Akaun Luar Pesisir

Pandora Papers Dua Ahli Politik Malaysia Didakwa Miliki Akaun Luar Pesisir

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 409 hits
BERATUS pemimpin dunia ahli politik hartawan selebriti pemimpin agama dan pengedar dadah dilapor menyembunyikan wang dan pelaburan mereka dalam hartanah kapal persiaran dan aset lain sepanjang 25 tahun lepas Ini didedahkan menerusi 12 juta ...
Revolusi Politik Sukar Berlaku Di Malaysia

Revolusi Politik Sukar Berlaku Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 366 hits
Revolusi politik sukar untuk berlaku di negara ini berikutan sistem yang diamalkan dan budaya orang Melayu tidak sama seperti negara negara lain Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung Barisan Jemaah Islamiah Se Malaysia Ir Ts Lukman Al Hak...
10 Ahli Perniagaan Malaysia Ahli Politik Yang Disebut Dalam Laporan Pandora Papers Mendedahkan Kekayaan Luar Pesisir

10 Ahli Perniagaan Malaysia Ahli Politik Yang Disebut Dalam Laporan Pandora Papers Mendedahkan Kekayaan Luar Pesisir

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 506 hits
Dari kiri Lim Kok Thay Daim Zainuddin G Gnanalingam Zafrul Aziz adalah antara rakyat Malaysia yang disebut dalam laporan Pandora Papers Pendedahan terbesar Pandora Papers 4 ahli politik M sia antara dinamakan BARU baru ini Pandora Papers at...
Najib Rosmah Buat Rakyat Muak Cara Politik Umno Memerintah Pas Membisu Jer Kan

Najib Rosmah Buat Rakyat Muak Cara Politik Umno Memerintah Pas Membisu Jer Kan

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 225 hits
Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang mempertikai mengapa Datuk Seri Najib Razak dipulangkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu menemani anak perempuannya Nooryana Najwa yang bakal bersal...
Kenapa Anak Perempuan Rosmah Dan Najib Tidak Dibawa Balik Ke Malaysia Untuk Bersalin

Kenapa Anak Perempuan Rosmah Dan Najib Tidak Dibawa Balik Ke Malaysia Untuk Bersalin

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 440 hits
Apakah sepanjang tinggal di Singapura tidak pernah balik ke Malaysia Atau apakah anak perempuan Najib dan Rosmah itu sudah menjadi warganegara Singapura Apapun sangat beruntung anak perempuan Najib dan Rosmah lazimnya suami yang temani tapi...
7 Pasangan Selebriti Malaysia Ini Adalah Sepupu Mungkin Ramai Yang Belum Tahu

7 Pasangan Selebriti Malaysia Ini Adalah Sepupu Mungkin Ramai Yang Belum Tahu

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 157 hits
Tahu tak ada di antara artis artis tanah air kita sebenarnya mempunyai bau bau bacang serta pertalian drah sesama artis Ada yang merupakan adik beradik ada yang mak saudara bapa saudara dan ada juga yang sebenarnya sepupu URTV ingin k0ngsik...
Malaysia Among 10 Top Furniture Makers In The World

Malaysia Among 10 Top Furniture Makers In The World

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 291 hits
There is great potential for the export of furniture to the Scandinavian countries Central Europe South America South Korea and South Asia KUALA LUMPUR Malaysia now ranks among the top 10 largest exporters of furniture in the world About 80...
Penyelarasan Bagi Panggilan Dan Tanda Pangkat Pegawai Kadet Remaja Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

Penyelarasan Bagi Panggilan Dan Tanda Pangkat Pegawai Kadet Remaja Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 2339 hits
Penyelarasan bagi panggilan dan tanda pangkat pegawai Kadet Remaja Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian KPM telah membuat penyelarasan berkaitan panggilan dan tanda pangkat bagi pegawai pengurusan ...
Best Medical Insurance In Malaysia

Best Medical Insurance In Malaysia

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 614 hits
Best Medical Insurance In Malaysia Medical Insurance kini sudah menjadi keperluan setiap manusia Medical Insurance membawa makna insurans atau perlindungan yang merangkumi keseluruhan atau sebahagian daripada risiko yang melibatkan perbelan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah