Najib Melenting Tuduhan Penjenayah Pertama Vip Malaysia Oleh Tun M


 AGENDA DAILY
Datuk Seri Najib Razak melenting setelah dituduh menjadi penjenayah VIP pertama Malaysia oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mendapat pelepasan daripada mahkamah untuk ke Singapura.
Datuk Seri Najib Razak melenting susulan kenyataan bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabelnya sebagai penjenayah pertama VIP Malaysia mendapat layanan istimewa.
Kenyataan Dr Mahathir semalam dibuat susulan keputusan mahkamah membenarkan permohonan Najib mendapatkan sementara pasport untuk ke Singapura, sedangkan beliau telah disabitkan hukuman, malah kes melibatkannya sudah agak lama tertangguh beberapa kali dan sepatutnya sudah menjalani hukuman penjara.
“Keadilan yang ditangguhkan adalah penafian terhadap keadilan. Namun rayuan ini sepatutnya didengar pada bulan April, enam bulan lepas. Sekarang sudah bulan Oktober.
“Tetapi orang ini sudah kena hukum, tetapi tak masuk penjara, dan dapat escort macam VIP. Penjenayah VIP pertama di Malaysia,” kata Mahathir pada sidang media di Kuala Lumpur semalam.
Pada Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, terhadap Najib setelah didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan berkaitan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Bagaimanapun, Najib merayu hukuman itu di Mahkamah Rayuan.
Hari ini, tiga hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Najib meminda tarikh pelepasan dan pemulangan pasportnya buat sementara bagi membolehkannya melawat anaknya, Nooryana Najwa yang bakal melahirkan anak kedua di Singapura bulan depan.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan, Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonannya yang diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, meminda tarikh kepada 25 Oktober hingga 6 Disember ini.
Menjawab tuduhan Dr Mahathir, Najib berkata:
“Layanan berbeza apa? Saya mohon melalui mahkamah. Bukan minta pada kerajaan.”
Marah dengan tuduhan Dr Mahathir itu, Najib turut mengungkit kes bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkaitan banglo, tetapi digugurkan Peguam Negara ketika itu Tommy Thomas.
“Saya bukan mohon pada Peguam Negara yang dilantik korang untuk gugurkan kes selepas perbicaraan bermula seperti kes banglo Guan Eng.
“Saya mohon pasport sementara dari mahkamah. Saya bukan mohon peguam negara tarik balik pendakwaan seperti Guan Eng,” tulis Najib di facebook beliau.
Najib juga mengungkit semula kes Pulau Batu Puteh selepas Perdana Menteri Ke-7 membuat keputusan menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kes kedaulatan pulau itu serta Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 2018.
“Bukan saya yang sengaja tarik balik tuntutan dalam mahkamah beberapa hari sebelum perbicaraan bermula sehingga kita hilang Pulau Batu Puteh buat selama-lamanya sebab tempoh diberi untuk semakan sudah tamat. Sengaja mengaku kalah sebelum turun ke gelanggang,” kata Najib lagi.
Melepaskan kemarahannya kepada Dr Mahathir, bekas Presiden UMNO itu berkata beliau hanya memohon pasport untuk ke Singapura buat semnetara bukannya untuk tinggal kekal di negara itu.
“Saya mohon dapat pasport ke Singapura secara sementara. Saya bukan hadiahkan pulau (Batu Puteh) ke Singapura secara kekal. Itulah layanan berbeza masa kamu PM7. Atok nampak tak?
“Saya cuma mohon mahkamah untuk dapatkan semula pasport saya secara sementara supaya saya boleh lawat anak saya yang bersalin di Singapura.
“Yang benarkan pelepasan ke Singapura pada saya adalah Mahkamah Rayuan dengan keputusan sebulat suara ketiga-tiga hakim. Melalui proses mahkamah. Bukan kerajaan yang benarkan.
“Jika Atok tak puas hati, boleh lah kecam hakim-hakim mahkamah rayuan yang berpengalaman. Buatlah sidang media untuk kecam hakim-hakim, kita nak.
“Mereka bukan lah hakim sivil baru dilantik tanpa sebarang pengalaman kes jenayah yang tiba-tiba ditukar ke mahkamah jenayah untuk gantikan hakim bagi kes SRC saya selepas perbicaraan bermula,” kata Najib.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/najib-melenting-tuduhan-penjenayah_26.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Penjenayah Vip Pertama Malaysia Dapat Semula Pasport Tun Mahathir

Najib Penjenayah Vip Pertama Malaysia Dapat Semula Pasport Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 387 hits
inforakyat netNajib penjenayah VIP pertama Malaysia dapat semula pasport Tindakan mahkamah membenarkan pemulangan pasport beberapa bekas pemimpin bagi tujuan perubatan dan lawatan dianggap luar biasa oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahath...
Tun M Sifatkan Najib Penjenayah Vip Pertama Di Malaysia

Tun M Sifatkan Najib Penjenayah Vip Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 406 hits
By October 25 2021TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Turut persoal kes ditangguh pasport dikembalikan kepada pemimpin UMNOTUN Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan beberapa keputusan mahkamah yang membenarkan pemimpin pemimpin kanan UMNO dan mere...
Dr M Labels Najib Malaysia S First Vip Criminal

Dr M Labels Najib Malaysia S First Vip Criminal

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 413 hits
Parti Pejuang Tanahair founder Dr Mahathir Mohamad has questioned a Court of Appeal s decision to temporarily return former premier Najib Razak s passport and allow the latter s trip to Singapore Claiming the move was extraordinary Mahathir...
Najib Penjenayah Vip Dr M Persoal Kes Ditangguh Pasport Dikembalikan Kepada Pemimpin Umno

Najib Penjenayah Vip Dr M Persoal Kes Ditangguh Pasport Dikembalikan Kepada Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 289 hits
MALAYSIA NOW Dr Mahathir mempersoalkan layanan terhadap Najib Razak yang telahpun disabitkan kesalahan jenayah kewangan Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini Dr Mahathir Mohamad hari i...
Najib Mohon Gantung Prosiding Kes Saman As 8 Bilion Oleh 1mdb Ke Tahun Depan

Najib Mohon Gantung Prosiding Kes Saman As 8 Bilion Oleh 1mdb Ke Tahun Depan

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 299 hits
BERNAMA Bekas perdana menteri itu telah mengemukakan permohonan untuk menggantung prosiding di Mahkamah Tinggi semalam Najib Razak di Mahkamah Tinggi pada 18 Ogos lalu Gambar Bernama Permohonan Najib Razak untuk menggantung prosiding saman ...
Banduan Boleh Ke Singapura Jadi Pengurus Pilihan Raya Umno Tun M Sindir Najib

Banduan Boleh Ke Singapura Jadi Pengurus Pilihan Raya Umno Tun M Sindir Najib

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 358 hits
1media myon KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan situasi yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak seolah olah bebas ke sana ke mari biarpun didapati bersalah atas kesalahan pengubahan wang haram D...
Kes Mahkamah Najib Zahid Ujian Kepada Rakyat Malaysia

Kes Mahkamah Najib Zahid Ujian Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 298 hits
Ia kini bukan lagi penting apa hukuman mahkamah gelagat Pendakwa atau hujah PEGUAMBELA Berapa lama kes ini akan tamat siapa nak saman siapa berapa hari nak cuti sakit berapa kali nak kena bedah majlis Tangguh nenek masuk hospital atau sebag...
Kenapa Anak Perempuan Rosmah Dan Najib Tidak Dibawa Balik Ke Malaysia Untuk Bersalin

Kenapa Anak Perempuan Rosmah Dan Najib Tidak Dibawa Balik Ke Malaysia Untuk Bersalin

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 487 hits
Apakah sepanjang tinggal di Singapura tidak pernah balik ke Malaysia Atau apakah anak perempuan Najib dan Rosmah itu sudah menjadi warganegara Singapura Apapun sangat beruntung anak perempuan Najib dan Rosmah lazimnya suami yang temani tapi...
Najib Mengaku Politik Malaysia Tidak Stabil

Najib Mengaku Politik Malaysia Tidak Stabil

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 213 hits
UMNO perlu kembali menjadi parti tonggak sekaligus kembali memegang tampuk pemerintahan pada pilihan raya yang akan datang Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Seri Najib Razak berkata kestabilan politik negara akan dapat dikembalikan sekiranya ...
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

Lirik Lagu Aku Baik Saja Rossa

Not Giving Extension To Chief Justice Coa President Sets Dangerous Precedent That Threatens Public Trust