Najib Bos Saya Sahabat Seperti Adik Beradik Zahid


bharian.com.my
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian [email protected] 30, 2025 @ 7:14pm
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) bersama Datuk Seri Najib Razak.
BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai bos atau orang atasan selain sahabat yang dianggap seperti adik-beradik.

Ahmad Zahid berkata, rasa hormat beliau kepada Najib tidak pernah luntur biarpun sahabatnya itu menjalani hukuman penjara sementara beliau sendiri yang sebelum ini turut terpalit kes mahkamah, kini dibebas tanpa dilepaskan (DNAA).

"Kalau ikutkan, ada orang politik yang berhajat untuk Datuk Seri Najib dan saya masuk penjara sama-sama... di atas kertas memang saya patut berada di (Penjara) Kajang atau Sungai Buloh tetapi Allah SWT mengkehendaki sesuatu maka jadilah ia.

"Apa yang jadi pada Datuk Seri Najib tak berlaku pada saya. Namun tidak sedikit pun mengurangkan rasa hormat saya dan kasih saya kepada Datuk Seri Najib iaitu bos saya, sahabat saya seperti adik-beradik," katanya ketika berucap pada program Sesi Ramah Mesra dan Taklimat Projek Pembinaan Bangunan Sekolah Menengah (SM) Imtiyaz Tuminah Hamidi, di sini hari ini.

Presiden UMNO itu berkata, beliau mengakui terpaksa berdepan malu apabila difitnah serta dikenakan 87 pertuduhan di mahkamah selain menyebabkan sebahagian wangnya.

"Ketika itu saya difitnah, saya dimalukan dengan pelbagai... tidak mengapa, Allah SWT sudah menyelamatkan saya dan saya rasa Alhamdulillah kerana Allah menyelamatkan saya kerana kerja-kerja saya adalah kerja-kerja agama.

"Insya-Allah kalau kita jaga agama Allah SWT, maka Dia akan jaga kita. Itu pasti, pasti dan pasti," katanya.

Mengenai SM Imtiyaz Tuminah, Ahmad Zahid berkata pembinaannya adalah wakaf peribadi beliau atas nama arwah ibu bapanya dengan hasrat bahawa sekolah tahfiz itu sebagai antara institusi pendidikan yang akan menjadikan Bagan Datuk berkembang sebagai pusat tumpuan pendidikan.

"Sekarang yang ada adalah bangunan setingkat, (namun) yang kita akan lihat nanti di belakangnya adalah bangunan tiga tingkat yang mengandungi asrama, dewan, dan sekolah (ruang belajar).

"Wang untuk membina perkara ini sudah dibekukan (sebelum ini) apabila saya difitnah dan dikenakan 87 pertuduhan. Tetapi Allah SWT memperlihatkan Dia sebagai Tuhan Yang Maha Besar, Maha Penyayang, Maha Pengasih," katanya.

Pada Januari 2024, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, dana Yayasan Akalbudi yang dibekukan susulan kesnya di mahkamah dijangka dicairkan semula serta dipulangkan kepada beliau sebagai pemegang amanah dalam tempoh terdekat dan akan diguna bagi membiayai perbelanjaan Maahad Tahfiz.

Mahkamah Tinggi pada 4 September 2023 melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi, selepas pihak pendakwaan memberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara mahu menghentikan prosiding terhadap Ahmad Zahid itu.

Najib, 71, sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September tahun sama.

Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta, menjadikan beliau bakal bebas pada 23 Ogos 2028


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/01/najib-bos-saya-sahabat-seperti-adik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Najib Menderita Seperti Saya

Jangan Najib Menderita Seperti Saya

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 134 hits
KUALA LUMPUR JAN 21 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbas kembali masa dia dipenjara untuk mempertahankan pengurangan hukuman terhadap bekas perdana menteri Najib Razak yang didapati bersalah atas kesalahan rasuah dalam kes RM4...
Najib Layak Dapat Peluang Seperti Orang Lain Kata Ngo Antirasuah

Najib Layak Dapat Peluang Seperti Orang Lain Kata Ngo Antirasuah

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 108 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 30 2025 12 15 PMIsu mengenai titah adendum yang membolehkan Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di rumah terus mendapat perhatian apabila sebuah NGO menyatakan dia berhak diberi peluang menebus kesilap...
Hiburan Adik Beradik Pun Boleh Gaduh Inikan Pula Saya Dengan Nabil Elly Mazlein Nabil Ahmad Sudah Berbaik

Hiburan Adik Beradik Pun Boleh Gaduh Inikan Pula Saya Dengan Nabil Elly Mazlein Nabil Ahmad Sudah Berbaik

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 212 hits
Pelakon dan pengacara popular Elly Mazlein mengaku berlaku perselisihan faham di antara dia dan Nabil Ahmad ketika mereka bersama sama mengendalikan All Star Gegar Vaganza dua tahun yang lalu Menurut Elly atau atau nama sebenarnya Sharifah ...
Hati Kita Berfungsi Seperti Benteng Pertahanan Menapis Toksin Dan Menyimpan Tenaga

Hati Kita Berfungsi Seperti Benteng Pertahanan Menapis Toksin Dan Menyimpan Tenaga

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 110 hits
Hati kita berfungsi seperti benteng pertahanan menapis toksin dan menyimpan tenaga Tetapi gula Ia boleh menghancurkan semuanya perlahan lahan tanpa kita sedar Setiap kali anda mengambil gula berlebihan terutama dalam bentuk fruktosa hati an...
Malaysia To Repatriate 127 Palestinians During Gaza Ceasefire Says Zahid

Malaysia To Repatriate 127 Palestinians During Gaza Ceasefire Says Zahid

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 173 hits
A total of 127 Palestinians arrived at the Subang air base on Aug 16 2024 Of this number 40 were injured and needed medical treatment PETALING JAYA Deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi says the government will repatriate the 127 Palesti...
Solusi Air Bocor Di Bilik Air Transformasi Menjadi Cantik Seperti Hotel Bersama Epoxyrefinish

Solusi Air Bocor Di Bilik Air Transformasi Menjadi Cantik Seperti Hotel Bersama Epoxyrefinish

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 165 hits
Masalah bilik air bocor selesai Bilik air pun cantik macam hotel Masalah bilik air bocor selesai Bilik air pun cantik macam hotel by The post appeared first on
Adik Waniey Feat Rosalinda Lidoh Maruoh Kito Chord

Adik Waniey Feat Rosalinda Lidoh Maruoh Kito Chord

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 109 hits
Dm Dm Dm Gm Dm Gm Dm Dm Dm Dikir Akal Dulu Kalo Dm Kato Ayoh Dulu Niat Bodo Dm Burung Jatuh Jadi Pusaka Dm Wak Padome Kito Gm Hidup Di Dunio Dm Banyok Pecoh Roboh Dm Tengok Wi Keno Dm Langkah Jago Jago Gm C Kalu Kalu Hok Ore Tuo Pese F Kito...
5 Sekeluarga Maut Tanah Runtuh Gadis Sempat Lihat Ibu Peluk Adik Sebelum Ditolak

5 Sekeluarga Maut Tanah Runtuh Gadis Sempat Lihat Ibu Peluk Adik Sebelum Ditolak

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 97 hits
5 sekeluarga maut tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit Miri Sarawak pada Rabu dan kejadian memilukan ini sempat disaksikan anak pertama keluarga tersebut yang terselamat Memetik laporan Sinar Plus remaja bernama Nur Irsalina Syahirah 17 tah...
Lunch Di Rumah Adik

Lunch Di Rumah Adik

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 126 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah dalam pukul 10 lebih SA sampai rumah Angah lega hati tengok Angah dh makin sihat Syukur Alhamdulillah Angah dh pesan semalam jangan bawak apa apa sebab wife dia masak so inilah yang di jamu pada kami masa makan...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Mata Wang Kripto Di Luno

Doa Menghilangkan Kesedihan Gelisah Allahumma Inni A Udzubika Minal Hammi Wal Hazan

Puasa Sebagai Terapi Jiwa Menghadapi Stres Dan Cabaran Hidup

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Turun Berat Badan Di Bulan Puasa Dengan Mengelakkan 4p

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April