Najib Kongsi Cara Kuburkan Dap



PETALING JAYA – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa terdapat cara untuk “kuburkan” DAP, salah satu parti komponen Pakatan Harapan (PH), yang sebelum ini terpalit dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Najib berkata, ia boleh dilakukan dengan mengesahkan kertas siasatan SPRM berhubung isu konsesi terowong dan projek pembangunan hartanah bernilai RM30 bilion di Pulau Pinang yang dibongkar pada awal tahun lalu.

“Dari masa kertas itu terbongkar sehingga kerajaan mereka tumbang, PH tidak pernah sekalipun nafi, sama ada di luar atau di dalam Dewan Rakyat, bahawa kertas siasatan itu sahih. Tidak pernah sekalipun.

“Rakyat juga hendak tahu jika kertas siasatan serta pengakuan itu sahih atau tidak sahih,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Pada Mac tahun lalu, SPRM mengesahkan membuka 6 kertas siasatan berkaitan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

SPRM memaklumkan, kertas siasatan pertama dibuka pada Julai 2017, manakala 5 lagi dibuka pada Januari 2018.

Menurut Najib, 5 kertas siasatan SPRM untuk skandal ini sudah selesai disiasat dan masih berada di Pejabat Peguam Negara.

“Jika wartawan ada peluang berjumpa mereka, cuba tanya Chow Kon Yeow (ketua menteri Pulau Pinang), Lim Guan Eng ataupun P Ramasamy (timbalan ketua menteri II Pulau Pinang). Adakah kertas siasatan terowong yang dibongkar itu sahih atau tidak?” katanya.

Sebelum ini, pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, dalam siri artikel yang dikatakan berdasarkan kertas siasatan SPRM, mendakwa Guan Eng, dan 4 exco kerajaan Pulau Pinang terbabit rasuah berhubung projek bernilai RM6.3 bilion itu.

Guan Eng bagaimanapun berkata, dakwaan tersebut adalah satu penipuan dan mengarut kerana projek terowong dasar laut berkenaan dibuat menerusi proses tender terbuka, sekali gus tidak memungkinkan wujud unsur rasuah dalam pelaksanaannya.

Beberapa hari lepas, Guan Eng berjaya mendapatkan penghakiman ingkar dalam tuntutan saman fitnah yang difailkannya terhadap penulis blog, Raja Petra.

Saman itu adalah berhubung artikel membabitkan dakwaan rasuah projek terowong dasar laut oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Peguam Kok Yuen Lin yang mewakili Guan Eng berkata, hakim Mahkamah Tinggi Rohani Ismail membenarkan ahli Parlimen Bagan itu mendapatkan penghakiman ingkar selepas Raja Petra tidak menjawab tuntutan saman berkenaan. – FMT


MR :  Kuburkan DAP dan khadamnya AMANAH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/najib-kongsi-cara-kuburkan-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakai Mask Saja Tak Cukup Dr Amalina Kongsi Cara Terbaik Cegah Virus Covid 19

Pakai Mask Saja Tak Cukup Dr Amalina Kongsi Cara Terbaik Cegah Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 402 hits
Berikutan dengan penularan COVID 19 sesetengah negara telah pun berjaya memulihkan rakyat mereka yang dijangkiti virus tersebut Walau bagaimanapun langkah langkah pencegahan haruslah diketahui oleh orang ramai agar virus ini tidak terus mer...
Selepas 70 Tahun Nestle Kongsi Cara Nak Bancuh Secawan Milo Yang Sempurna

Selepas 70 Tahun Nestle Kongsi Cara Nak Bancuh Secawan Milo Yang Sempurna

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 708 hits
Semua tahu sarapan pagi adalah waktu makan yang tidak boleh ditinggalkan Di Malaysia ada macam macam juadah sarapan pagi yang kita boleh cuba Antara yang menjadi pilihan untuk mengalas perut dipagi hari sudah tentulah nasi lemak atau roti c...
Selalu Lupa Keluarkan Lauk Beku Bila Nak Masak Ibu Ini Kongsi Cara Cepat Nak Cairkan Pakai Microwave Je

Selalu Lupa Keluarkan Lauk Beku Bila Nak Masak Ibu Ini Kongsi Cara Cepat Nak Cairkan Pakai Microwave Je

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 331 hits
Ibu yang bekerja memang banyak benda nak fikir Maklum sahajalah rutin yang bermula seawal 5 pagi setiap hari ada pelbagai agenda yang perlu diuruskan sebelum keluar ke pejabat Kadang sampai lupa nak keluarkan lauk pauk dalam peti sejuk beku...
Nak Gigi Anak Cantik Doktor Gigi Ni Kongsi Cara Nak Mula Jaga Sebelum Bayi Tumbuh Gigi Lagi

Nak Gigi Anak Cantik Doktor Gigi Ni Kongsi Cara Nak Mula Jaga Sebelum Bayi Tumbuh Gigi Lagi

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 504 hits
Seawal usia enam bulan bayi anda mungkin sudah ada yang tumbuh gigi Selari dengan umur mereka yang kini sudah boleh diperkenalkan dengan makanan sebenar Tapi ada juga sesetengah bayi yang sebaik sahaja dilahirkan sudah mempunyai gig namun p...
Want To Bury Dap Here S How Najib Tells Muhyiddin

Want To Bury Dap Here S How Najib Tells Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 253 hits
Najib Razak has given the new Muhyiddin Yassin led government a tip on how it can bury DAP In a Facebook post the former prime minister said the new government only has to confirm the authenticity of leaked Malaysian Anti Corruption Commiss...
Mufti Wp Kongsi Salah Satu Cara Menghilangkan Wabak

Mufti Wp Kongsi Salah Satu Cara Menghilangkan Wabak

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 261 hits
Dunia pada hari ini diselubungi kebimbangan terhadap wabak COVID 19 yang memperlihatkan angka kematian terus meningkat Malaysia juga tidak terkecuali apabila bilangan kes juga semakin meningkat namun setakat ini masih lagi ditangani dengan ...
Cara Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadhan Dan Puasa Sunat 6 Syawal

Cara Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadhan Dan Puasa Sunat 6 Syawal

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 670 hits
Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pd 19 Januari 2020 jam 10 36 PM Puasa ganti atau qadha adalah bg menggantikan kembali
Cara Politik Tun Mahathir Yang Harus Diteladani

Cara Politik Tun Mahathir Yang Harus Diteladani

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 409 hits
Dalam ramai ramai ahli politik pada pandangan aku Tun M adalah ahli politik yang paling berprinsip yang wajar dicontohi segenap lapisan masyarakat Walaupun beliau pernah banyak kali menyandang jawatan tertinggi dalam kerajaan dan parti poli...
Cara Guna Dan Cuci Waterproof Bedsheet Elak Tilam Basah Jika Anak Kencing Malam

Cara Guna Dan Cuci Waterproof Bedsheet Elak Tilam Basah Jika Anak Kencing Malam

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 619 hits
hi there cara guna dan cuci WATERPROOF BEDSHEET elak tilam basah jika anak kencing malam Sebagai seorang mommy memang haru biru apabila anak anak yang berusia sekitar 5 tahun dan ke atas mempunyai masalah kencing malam di tilam selain kena ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa