Najib Kit Siang Patut Tumpu Kes Kematian Bos Ewein Bukan Altantuya



(Malaysiakini) – Bekas perdana menteri Najib Razak menggesa veteran DAP Lim Kit Siang menjelaskan mengapa dia tidak menunjukkan minat terhadap kematian pengasas Ewein Bhd, Ewe Swee Kheng.
Menerusi Facebook hari ini, Najib memuat naik respons terhadap kenyataan Kit Siang yang mencadangkan agar Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) soal siasat dua bekas anggota polis Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri.
“Kenapa ‘Uncle’ (Kit Siang) begitu berminat dengan kematian yang berlaku lebih 10 tahun lalu yang telah disiasat berkali-kali tetapi tidak berminat dengan kematian misteri pemilik syarikat terkenal?
“Dia adalah kawan kepada anak anda (dan mati) hanya sebulan sebelum dia sepatutnya memberi keterangan di mahkamah,” tulis Najib.
Ewe ditemui mati di tingkat bawah sebuah apartmen mewah pada 5 Okt tahun lepas. Ewe dan keluarganya tinggal di penthouse tingkat 17. Dia diandaikan telah terjatuh.
Isterinya Seet Chin Leng memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 Nov tahun lepas bahawa dia kali terakhir berjumpa suaminya pada hari kematiannya pada pukul 1 pagi. Ewe telah diisytiharkan mati pada 5.37 pagi.
Mahkamah akhirnya diberitahu bahawa SPRM merekodkan kenyataan daripada Ewe empat kali dan petikan kenyataan terakhirnya kepada SPRM (14 Ogos 2021) dibacakan pada 24 Mac.
Di dalamnya, Ewe berkata dia bertemu ketua menteri Pulau Pinang ketika itu Lim Guan Eng pada 2011. Ewe berkata dia mahu membangunkan sebidang tanah tambak dan berjanji untuk menghadiahkan beberapa hartanah kepada Guan Eng jika rancangan itu berjaya.
Guan Eng kini berdepan perbicaraan kerana didakwa menggunakan jawatannya sebagai ketua menteri ketika itu untuk mendapatkan rasuah RM3.3 juta sebagai pertukaran membantu syarikat milik Zarul Ahmad Mohd Zulkifli mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6.3 bilion.
Guan Eng juga menghadapi pertuduhan meminta rasuah berjumlah 10 peratus daripada keuntungan yang bakal diperolehi syarikat Zarul Ahmad.
Awal hari ini, Kit Siang telah mengeluarkan kenyataan menggesa PAC menyiasat Sirul dan Azilah memandangkan pihak berkuasa Perancis melancarkan siasatan rasmi terhadap Thales Group berhubung penjualan dua kapal selam tentera laut pada 2002 kepada Malaysia.
Mandat eksplisit PAC adalah untuk menyiasat perkara berkaitan kewangan kerajaan. Bagaimanapun, Altantuya dikaitkan dengan sekurang-kurangnya seorang yang terlibat dalam perolehan kapal selam itu.
Altantuya dibunuh pada 18 Okt 2006. Apabila Sirul dan Azilah dibicarakan atas tuduhan membunuh, terbongkar bahawa Altantuya mempunyai hubungan sulit dengan Abdul Razak Baginda, pemilik beberapa syarikat yang terlibat dalam perjanjian kapal selam scorpene.
Sirul dan Azilah telah disabitkan kesalahan. Azilah kini menunggu hukuman mati manakala Sirul telah melarikan diri ke Australia.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/04/29/najib-kit-siang-patut-tumpu-kes-kematian-bos-ewein-bukan-altantuya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Why Drag Tun Razak S Name To Attack Me Najib Lambasts Kit Siang

Why Drag Tun Razak S Name To Attack Me Najib Lambasts Kit Siang

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 153 hits
Former prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak criticised Iskandar Puteri MP Lim Kit Siang for dragging his late father s name into the Scorpene purchase scandal and the murder of Mongolian Altantuya Shaariibuu This uncle is repulsive for...
Najib Kini Tertekan Siasat Sirul Azilah Untuk Bongkar Kes Scorpene Dan Altantuya

Najib Kini Tertekan Siasat Sirul Azilah Untuk Bongkar Kes Scorpene Dan Altantuya

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 168 hits
Malaysia perlulah menjadi ahli komuniti antarabangsa yang bertanggungjawab dengan menyelesaikan dua skandal korup besar pertamanya skandal kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keduanya skandal 1MDB Semalam saya telah...
Imbas Kembali Kes Altantuya Sd Dan Keterangan Mahkamah

Imbas Kembali Kes Altantuya Sd Dan Keterangan Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 103 hits
Imbas kembali kes Altantuya SD dan keterangan mahkamah PANDUANKINI Kes pembunuhan wanita warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu kembali mencuri perhatian Ini susulan pendedahan mengejutkan bekas polis elit Azilah Hadri yang mendakwa pemb...
76 Lagi Kematian 32 800 Kes Baru Covid 19

76 Lagi Kematian 32 800 Kes Baru Covid 19

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 155 hits
nbsp BERITADiterbitkan nbsp nbsp Mar 12 2022Sebanyak 32 800 kes jangkitan baru Covid 19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah terkumpul meningkat kepada 3 774 786 Kes aktif kini berjumlah 322 701 meningkat 8 peratus berbanding 14 hari lalu K...
Badan Kehakiman Nafi Percepat Kes Najib Zahid

Badan Kehakiman Nafi Percepat Kes Najib Zahid

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 159 hits
malaysiakini comDiterbitkan Apr 21 2022 8 13 PMPejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia menafikan dakwaan bahawa Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mempercepatkan kes mahkamah terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi da...
Bicara Semula Kes Najib Dan Persoalan Bagaimana Mahu Jaga Air Muka Institusi Kehakiman

Bicara Semula Kes Najib Dan Persoalan Bagaimana Mahu Jaga Air Muka Institusi Kehakiman

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 287 hits
Oleh Sirajuddin AhmadSedang tersebar luas berkenaan kekhilafan hakim Nazlan Ghazali yang mendengari kes Najib Razak sehingga tiada pakar perundangan yang bepihak kepada Pakatan Harapan berani bicara isi kandungan kes Apa yang mereka mampu b...
Hiburan Kes Kematian Baby Adam Siti Bainun Dipanggil Polis Untuk Rakam Keterangan

Hiburan Kes Kematian Baby Adam Siti Bainun Dipanggil Polis Untuk Rakam Keterangan

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 133 hits
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah memaklumkan pihak mereka akan memanggil kembali Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahmad Razali bagi membantu siasatan inkuiri kematian bayi lelaki berusia 10 bulan iaitu Muhammad ...
Pac Should Quiz Police Commandos Over Scorpene Deal Kit Siang

Pac Should Quiz Police Commandos Over Scorpene Deal Kit Siang

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 159 hits
Veteran opposition lawmaker Lim Kit Siang said the Public Accounts Committee should consider interrogating the two former police personnel who were convicted for the murder of Mongolian national Altantuya Shaariibuu Lim said this was necess...
Kes Hakim Nazlan Sprm Didakwa Langgar Prinsip Pengasingan Kuasa

Kes Hakim Nazlan Sprm Didakwa Langgar Prinsip Pengasingan Kuasa

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 313 hits
SHAH ALAM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didakwa telah melanggar prinsip pengasingan kuasa diamalkan dalam Perlembagaan Persekutuan susulan siasatannya terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali Bekas Pengerusi Pa...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah

Dolar Berada Dalam Kawalan