Najib Khabar Angin Bukan Bukti Alahai Saja Nak Melambatkan Ke Sg Buloh Ke


 
Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram hari ini berhujah di Mahkamah Persekutuan bahawa permohonan penyerahan bukti baru Najib Razak dalam kes SRC International bernilai RM42 juta hanya berdasarkan kenyataan individu tertentu kepada SPRM.
Sithambaram berhujah bahawa Mahkamah Persekutuan harus menolak bukti itu kerana afidavit sokongan Najib berdasarkan keterangan khabar angin atau ‘hearsay’.
Di bawah undang-undang, ‘hearsay’ ialah laporan kata-kata orang lain oleh saksi, yang mahkamah biasanya tidak membenarkan ia diambil sebagai bukti semasa perbicaraan.
Bukti tambahan yang cuba diajukan Najib disokong oleh afidavitnya mengenai apa yang dikatakan oleh tiga pegawai SPRM dan dua pegawai bank kepada suruhanjaya antirasuah itu semasa siasatan.
Sithambaram memberitahu panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat bahawa afidavit Najib menunjukkan bahawa saksi yang didakwa ini tidak memberitahu Najib sendiri mengenai apa yang mereka maklumkan kepada SPRM.
“Saksi-saksi itu (apa yang mereka didakwa katakan seperti yang terkandung dalam afidavit Najib) adalah khabar angin, mereka tidak memberitahu perayu (Najib),” kata Sithambaram.
DPP menentang hujahan awal peguam bela Hisyam Teh Poh Teik berhubung bukti baru ini – yang didakwa dihantar tanpa nama dalam sampul surat kepada Najib antara 9 Mei dan 7 Julai.
Hisyam telah berhujah awal hari ini bahawa jika tidak kerana sampul surat tanpa nama ini, Najib dan pasukan pembelaan tidak akan menyedari tentang dakwaan konflik kepentingan yang melibatkan Nazlan.
Prosiding di hadapan mahkamah akan disambung semula pagi esok, dengan peguam Najib dijangka mengemukakan hujah balas terhadap penghujahan pihak pendakwaan berhubung permohonan menyerahkan bukti baru itu.
Panel hakim lain ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan P Nallini, Mary Lim Thiam Suan dan Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Melalui permohonan penyerahan bukti baru yang bertujuan untuk membatalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib dalam kes SRC, perayu mendakwa hakim perbicaraan Mohd Nazlan Mohd Ghazali berisiko berat sebelah kerana konflik kepentingan.
Pasukan pembelaan Najib mendakwa terdapat konflik kepentingan disebabkan Nazlan, yang merupakan hakim Mahkamah Tinggi ketika itu memegang jawatan sebagai peguam am di Maybank.
Perayu mendakwa bahawa bank komersial itu kemudiannya terlibat dalam pembentukan SRC, anak syarikat 1MDB ketika itu.
Walaupun secara rasmi telah menarik balik tuntutan rasuahnya terhadap Nazlan, bekas perdana menteri itu tetap menegaskan dakwaan konflik kepentingan terhadap Nazlan.
Sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak permohonan menyerahkan bukti baru, ia akan meneruskan untuk mendengar rayuan utama Najib yang bertujuan untuk membatalkan sabitan atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan jenayah pecah amanah (CBT), dan tiga pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta dana daripada SRC.
Perayu juga memohon untuk membatalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan sembilan hari mulai hari ini untuk mendengar rayuan Najib.
Pada mulanya ditetapkan selama 10 hari, namun Mahkamah Persekutuan kemudian mengurangkannya, kepada sembilan hari untuk perbicaraan dari 15 hingga 19 Ogos dan 23 hingga 26 Ogos.
Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, melalui hakim perbicaraan Nazlan, mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan jenayah membabitkan RM42 juta dana daripada SRC.
Setelah menjatuhkan hukuman itu, Nazlan bagaimanapun membenarkan permohonan pembelaan untuk penangguhan hukuman sementara menunggu proses rayuan diselesaikan. Nazlan sejak itu telah dinaikkan ke Mahkamah Rayuan.
Pada 8 Dis tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan bersalah terhadap Najib.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/najib-khabar-angin-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukti Baru Yang Dibawa Najib Hanya Hearsay Atau Khabar Angin

Bukti Baru Yang Dibawa Najib Hanya Hearsay Atau Khabar Angin

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 306 hits
DPP Dakwaan bukti baru Najib khabar anginHidir Reduan Abdul RashidTimbalan Pendakwa Raya V Sithambaram hari ini berhujah di Mahkamah Persekutuan bahawa permohonan penyerahan bukti baru Najib Razak dalam kes SRC International bernilai RM42 j...
Najib Kongsi Bukti Anak Tun M Terima Projek Kerajaan

Najib Kongsi Bukti Anak Tun M Terima Projek Kerajaan

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 581 hits
SATU bukti yang didakwa menunjukkan anak anak Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat projek bernilai ratusan ringgit dari kerajaan semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dikongsikan oleh Datuk Seri Najib Razak hari ini Ahli Parlimen Pekan...
Doa Dato Zahrain Agar Najib Bertenang Di Sungai Buloh

Doa Dato Zahrain Agar Najib Bertenang Di Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 291 hits
ZAHARIN MAT YASSINSiapa yang sebenarnya Pengkhianat Najib Razak atau mudah di sapa Mat Sakau atau saya memanggil dia Mat Pekan sudah banyak perkara dia terlupa 2 Dia ada menyebut perkataan pengkhianat dalam tulisan di bawah ini kepada Tun D...
Anak Najib Bakal Menggantikan Najib Di Pekan Tapi Najib Nak Ke Mana

Anak Najib Bakal Menggantikan Najib Di Pekan Tapi Najib Nak Ke Mana

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 473 hits
SHAH ALAM Walaupun Mahkamah Persekutuan belum mendengar rayuan terakhir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pembabitannya dalam kes syarikat SRC International Sdn Bhd namun sudah ada cakap cakap mengenai siapa bakal m...
Video Tu Dah Diedit Tak Pernah Dalam Hidup Saya Nak Bodohkan Orang Lain Najib Asaddok

Video Tu Dah Diedit Tak Pernah Dalam Hidup Saya Nak Bodohkan Orang Lain Najib Asaddok

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 428 hits
Semalam tular di media sosial sifu perniagaan Najib Asaddok dikatakan koyak dengan soalan yang diajukan oleh salah seorang netizen yang menonton live TikToknya kelmarin Najib bagaimanapun menerusi Instastory menjelaskan bahawa insiden itu t...
Bukan Nak Buat Hudud Nak Buat Hari Hudud Saja

Bukan Nak Buat Hudud Nak Buat Hari Hudud Saja

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 282 hits
MOHD SHUKRIooooo rupanya bukan nak buat hudud cuma nak buat hari hudud ja cisssss tak teransang lansongbuang masa sajakalau walaun tau dari dulu depa slurpppp puteri Umno dari dok buat musuh baik buat sedap aummmmmmhari hudud pfttt Majlis S...
Mahkamah Persekutuan Menolak Permohonan Najib Masukkan Bukti Kaitkan Hakim Nazlan

Mahkamah Persekutuan Menolak Permohonan Najib Masukkan Bukti Kaitkan Hakim Nazlan

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 277 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak memasukkan bukti tambahan membabitkan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menerusi rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC Internatio...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Mini Steam Iron Antara Barang Yang Harus Kena Ada Bila Travel

Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua