Najib Kekal Pengakuan Tak Bersalah Atas 3 Dakwaan Ubah Wang


Bernama Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur har ini untuk mendengar pengurusan kes 3 pertuduhan melibatka diri dalam pengubahan wang haram berhubung dana SRC International. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Najib Razak hari ini mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas 3 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta, 5 tahun lepas.

Najib, 66, yang bersut kelabu mengangguk faham selepas jurubahasa wanita membacakan setiap satu pertuduhan dan bertanya sama ada beliau mengaku bersalah atau tidak dan Najib menjawab: “Minta bicara”.

Hari ini adalah sebutan kali pertama kes itu di depan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan selepas dibenarkan dipindah dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Mengikut 3 pertuduhan itu, Najib didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima keseluruhannya RM27 juta, iaitu hasil daripada aktiviti haram dalam 3 akaun AmPrivate Banking miliknya.
Najib dituduh melakukan semua kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup mencadangkan mahkamah mengguna pakai jaminan ditetapkan Mahkamah Sesyen pada 8 Februari lalu. Mahkamah menetapkan 17 April ini untuk sebutan semula kes Najib yang diwakili peguam, Muhammad Shafee Abdullah.

Pada 8 Februari lalu, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 3 pertuduhan itu, bagaimanapun kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas pihak pendakwaan memohon kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Sementara itu, di Mahkamah Tinggi berlainan, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan Isnin ini untuk pengurusan kes Najib yang didakwa atas 7 pertuduhan melibatkan dana SRC berjumlah RM42 juta selepas Manoj memohon tarikh lain bagi sebutan kes itu hari ini.

Manoj berkata, pada tarikh berkenaan, pihaknya akan memaklumkan perkembangan 4 rayuan Najib yang didengar pada 11 Mac dan bersambung 15 Mac ini di Mahkamah Rayuan.

Rayuan itu melibatkan perintah menghalang media menyiarkan perbincangan umum berkaitan merit kes itu, penzahiran dokumen, pelantikan Sulaiman Abdullah sebagai ketua pasukan pendakwaan dan sijil pindah kes.

Pada 4 Julai tahun lalu, Najib didakwa atas 3 pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa melibatkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos tahun lalu, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 3 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama daripada dana serupa.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/najib-kekal-pengakuan-tak-bersalah-atas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingat Tukar Sawit Macam Ubah Pokok Bunga Dalam Pasu Najib

Ingat Tukar Sawit Macam Ubah Pokok Bunga Dalam Pasu Najib

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 391 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir hasrat Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Datuk Mazlan Aliman membantu kerajaan untuk menukar tanaman kelapa sawit kepada tanaman alternatif Najib berkata terdapat lebih lima juta hektar ladang kelapa...
Mujahid Beri Maklum Balas Atas Dakwaan Marina Mahathir

Mujahid Beri Maklum Balas Atas Dakwaan Marina Mahathir

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 386 hits
Berikutan dengan kritikan Datin Paduka Marina Mahathir Mujahid kini membalas semula dakwaan Marina yang mengatakan dirinya mencuba mengalih perhatian daripada menangani tuntutan wanita dengan menumpukan pada hanya satu tuntutan sebagai mema...
Guna Alasan Akaun Yang Pindah Wang Sudah Over Limit Individu Menyamar Lelaki Ini Kaut Untung Atas Angin

Guna Alasan Akaun Yang Pindah Wang Sudah Over Limit Individu Menyamar Lelaki Ini Kaut Untung Atas Angin

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 525 hits
Guna Alasan Akaun yang Pindah Wang Sudah Over Limit Individu Menyamar Lelaki Ini Kaut Untung Atas Angin Belum sembuh lara di hati selepas pemergian isteri tercinta yang baru dinikahi kurang empat bulan seorang pemuda terkejut apabila ada in...
Musa Aman Berdepan 16 Pertuduhan Tambahan Ubah Wang Haram

Musa Aman Berdepan 16 Pertuduhan Tambahan Ubah Wang Haram

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 352 hits
Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 pertuduhan tambahan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram bernilai lebih AS 37 8 juta Musa 68 yang sebelum ini didak...
Tahniah Atas Pernikahan Umno Dan Pas

Tahniah Atas Pernikahan Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 355 hits
1 Saya menyambut baik pengumuman tentang kerjasama rasmi Umno dan Pas yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno Dato Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Presiden Pas Dato Tuan Ibrahim Tuan Man pada 5 Mac 2019 yang lalu walaupun sebelum ini berula...
Rancang Miliki Anak Wanita 35 Tahun Ke Atas Jangan Tunggu 6 Bulan Gagal Hamil Mesti Dapatkan Pemeriksaan

Rancang Miliki Anak Wanita 35 Tahun Ke Atas Jangan Tunggu 6 Bulan Gagal Hamil Mesti Dapatkan Pemeriksaan

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 383 hits
Rancang kehamilan sebenarnya perlu dilakukan oleh kedua dua belah pihak Usia wanita 35 tahun ke atas disarankan dapatkan pemeriksaan segera selepas gagal hamil dalam masa 6 bulan Menurut Dr Mohan Raj Konsultan Kesuburan KPJ Damansara Specia...
Anak Panjat Belakang Tidur Atas Perut Suka Bergurau Tandanya Bonding Ayah Anak Hebat

Anak Panjat Belakang Tidur Atas Perut Suka Bergurau Tandanya Bonding Ayah Anak Hebat

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 445 hits
Seorang ayah kena banyak sabar Stamina kena tinggi kena kuat tahan sakit dan kena bijak kawal emosi Jangan pula bila di uji sedikit dah mengeluh terus melenting tak tentu pasal Jaga anak ni satu ujian Dia orang bukan peduli pun kita cakap p...
Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Investor Partnering Benefits Risks

Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambut Raya Aidiladha Di Bandar

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Hukum Dan Adab Korban Dalam Islam Panduan Lengkap Untuk Ibadah Raya Haji

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik

Selesai Urusan Pasport