Najib Dilondehkan Sedikit Demi Sedikit
Najib Dilondehkan Sedikit Demi Sedikit. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak memberikan RM2.5 juta kepada salah seorang kenalan rapatnya untuk mengumpul risikan
Saksi Habibul Rahman berkata wang berkenaan adalah untuk "manfaat politik BN"
Wang berkenaan dikatakan disalurkan melalui cek yang diberikan kepada sebuah firma guaman
Najib Dilondehkan Sedikit Demi Sedikit. Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi: Bolehkah anda menjelaskan kenapa cek itu diberikan kepada firma guaman dan bukannya anda sendiri
Habibul: Saya sendiri minta kerana jika di bawah nama saya ia akan dianggap sebagai hasil pendapatan saya
Bukan untuk tujuan saya. Ia untuk operasi pertahanan politik, digunakan (untuk memperoleh) risikan politik
Saifuddin: Risikan untuk siapa
Habibul: Ia ada tertulis dalam sebuah senarai, semua pihak yang terima (wang). Wang itu adalah untuk bayaran balik (aktiviti) politik
(Kadang-kadang) saya perlu guna duit sendiri. Jadi saya ambil (sebahagian wang)
Najib Dilondehkan Sedikit Demi Sedikit
Rabu lalu, peguam yang mewakili Habibul, Ashraf Abdul Razak memaklumkan mahkamah mahkamah bahawa bekas firma guamannya sebelum ini menerima cek RM2.5 juta bagi anak guamnya itu
Ashraf juga berkata dia menerima arahan daripada Habibul untuk membuat beberapa bayaran, termasuk kepada anak dan isteri Habibul
Hari ini, Habibul menjelaskan bahawa wang yang diagihkan kepada keluarganya adalah bayaran balik wang yang dia sudah gunakan untuk tujuan mengumpul bahan risikan politik
Habibul juga menjelaskan bahawa Ashraf tersilap memberitahu mahkamah bahawa RM2.5 juta itu adalah bagi tujuan kontrak pertahanan
Ketika sesi pemeriksaan balas oleh peguam Shafee Abdullah, Habibul bersetuju bahawa "semua" presiden Umno menguruskan wang parti
Ketika Shafee bertanya sama ada Habibul pernah menyoal Najib tentang sumber dana itu, Habibul berkata dia percaya ia dari "sumbangan politik"
"Sejak 1984 ketika saya sertai Umno, orang sentiasa kata bila anda jadi perdana menteri, semua orang mahu beri sumbangan politik kepada anda," katanya
Najib Dilondehkan Sedikit Demi Sedikit
Shafee: Apa yang anda buat adalah operasi pertahanan politik. Adakah terlalu sensitif untuk tanya tentang perkara ini? Boleh berikan gambaran kasar apa ia sebenarnya
Habibul: Dalam politik, anda perlu pengetahuan tertentu tentang apa yang anda jangka akan berlaku, sebab itu ada risikan politik. Anda perlukan rangkaian yang akan memberikan maklumat dari semasa ke semasa. Tiada sesiapa beri maklumat secara rahsia
Shafee: Pernahkah anda terlibat dalam sebarang projek politik khusus
Habibul: Saya tak fikir yang mahu jawab soalan ini. Saya tak kata 'black ops'. (Tapi saya kata) 'special ops' (operasi khas)
Shafee: Ada melibatkan isu undang-undang
Najib Dilondehkan Sedikit Demi Sedikit. Habibul: Tiada yang melanggar undang-undang. Ideanya adalah untuk meredakan krisis politik dan menyingkirkan seteru politik. - mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/
Iklan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.addindeen.com/2019/04/najib-dilondehkan-sedikit-demi-sedikit.html