Najib Dilarang Ganggu Aset Bernilai As 681 Juta


hmetro.com
Ahmad Johari Mohd Ali
[email protected]


NAJIB Razak. FOTO Arkib NSTP.
Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini supaya tidak mengalihkan, melupuskan, mengendalikan atau mengurangkan nilai asetnya di dalam negara sehingga pada nilai AS$681 juta.

Berdasarkan dokumen perintah yang diperoleh media, Najib juga tidak dibenarkan mengeluarkan wang melebihi RM100,000 sebulan daripada akaunnya untuk perbelanjaan sara hidup biasa dan perbelanjaan guaman.

Perintah itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Atan Mustaffa Yussof Ahmad dalam prosiding Zoom, semalam selepas membenarkan permohonan injunksi mareva sebelah pihak yang dipohon oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya Global Diversified Investment Company Limited (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited).

Perintah itu berkuat kuasa sementara menunggu keputusan akhir kes saman sivil AS$8 bilion yang difailkan oleh 1MDB dan empat anak syarikatnya terhadap Najib dan bekas pengurusan kanan 1MDB.

Mengikut perintah itu, jika Najib memerlukan lebih daripada RM100,000 sebulan, beliau hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada peguam 1MDB dan Global Diversified yang bertindak sebagai plaintif pertama dan kelima dalam kes saman sivil berkenaan.

Jika tiada kebenaran bertulis diberikan, Najib boleh memohon dan mendapatkan kebenaran daripada mahkamah.

Perintah itu juga antara lain menyebut, Najib mestilah membuat pendedahan secara bertulis kepada 1MDB dan Global Diversified berhubung asetnya sehingga pada nilai AS$681 juta sama ada di dalam atau di luar negara, sama ada di bawah namanya sendiri atau tidak, dan sama ada milikan secara tunggal atau secara bersama defendan lain.

Beliau hendaklah memberikan nilai, lokasi dan segala maklumat aset dan maklumat itu hendaklah disahkan melalui suatu afidavit dan disampaikan kepada Peguam plaintif pertama dan kelima.

Jika keseluruhan nilai bebas daripada gadaian atau apa-apa sekuriti asetnya di negara ini melebihi jumlah AS$681 juta, Najib boleh mengalihkan atau melupuskan aset itu asalkan jumlah nilai tanpa beban kekal berjumlah tidak kurang daripada AS$681 juta.

Perintah terbabit juga menyatakan bahawa mana-mana individu dalam prosiding ini atau sebaliknya, yang dimaklumkan mengenai perintah berkenaan tidak seharusnya membantu atau membenarkan pelanggaran perintah di mana mereka boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah jika berbuat demikian.

Tuntutan saman AS$8 bilion itu adalah salah satu daripada 22 saman sivil yang difailkan untuk menuntut lebih AS$23 bilion bagi pihak 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International terhadap beberapa individu yang didakwa terbabit dalam skandal kewangan itu.
Disiarkan pada: Februari 9, 2022 @ 11:14am

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/02/najib-dilarang-ganggu-aset-bernilai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Beri Najib 14 Hari Bagi Dedahkan As 681 Juta Aset 1mdb

Mahkamah Beri Najib 14 Hari Bagi Dedahkan As 681 Juta Aset 1mdb

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 309 hits
Hidir Reduan Abdul RashidNajib Razak diberi masa 14 hari dari tarikh penyampaian injunksi Mareva untuk membuat pendedahan bertulis kepada 1MDB mengenai lebih AS 681 juta dalam aset Bagaimanapun sehingga hari ini tidak jelas sama ada perinta...
Saya Tiada Aset As 681 Juta Kata Najib

Saya Tiada Aset As 681 Juta Kata Najib

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 286 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 10 2022 1 01 PMBekas perdana menteri Najib Razak berkata dia tidak mempunyai AS 681 juta yang dituntut oleh 1MDB dan anak syarikatnya Ini susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Selasa lalu yang mengel...
Pemain Sabah Fc Jackson De Souza Pertahanan Paling Mahal Liga Malaysia Bernilai Rm2 34 Juta

Pemain Sabah Fc Jackson De Souza Pertahanan Paling Mahal Liga Malaysia Bernilai Rm2 34 Juta

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 734 hits
Bekas pemain Sao Paulo perkuat benteng Sabah Sabah pertaruh otai Samba perkukuh benteng Pasukan berpangkalan di kepulauan Borneo Sabah FC memiliki pertahanan termahal dalam saingan Liga Malaysia setakat jendela perpindahan kali ini De Souza...
Apa Cita Bossku Saya Tiada Wang Aset Sebanyak Rm2 6 Bilion Najib

Apa Cita Bossku Saya Tiada Wang Aset Sebanyak Rm2 6 Bilion Najib

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 243 hits
1 Sudah musim PRN 2 Firma guaman Messrs Rosli Dahlan Saravana iaitu firma milik peguam peribadi PM8 dilantik untuk menjadi guaman 1MDB pada tahun lalu 1MDB ini adalah di bawah kawalan menteri kewangan yang dilantik PM8 3 1MDB keluarkan sama...
Kes Najib Harta Ratusan Juta Di Rampas Kes Rm700 Juta Zeti Nor Yakob Bulu Hidung Pun Tak Di Usik Lagi

Kes Najib Harta Ratusan Juta Di Rampas Kes Rm700 Juta Zeti Nor Yakob Bulu Hidung Pun Tak Di Usik Lagi

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 864 hits
Oleh Sirajuddin AhmadKhabarnya menunggu hari untuk Peguam Negara memberi go ahead dan Green Light untuk kes keluarga Zeti dan Nor Yakob di dibicarakan Cuma tahun untuk dimulakan bicara sahaja belum diketahui Mungkin tahun ini mungkin juga 1...
Didakwa Anak Orang Kaya Miliki Rumah Bernilai Lebih Rm27 Juta Jo Yihyun Beri Respon

Didakwa Anak Orang Kaya Miliki Rumah Bernilai Lebih Rm27 Juta Jo Yihyun Beri Respon

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 321 hits
Sejak All Of Us Are Dead menjadi sebutan ramai habis semua kisah mengenai pelakon utamanya menjadi bahan bualan netizen ARTIKEL BERKAITAN Terbaru kisah hidup Jo Yi hyun yang membawa watak Choi Nam ra kembali meniti di bibir ramai Sebelum in...
Tom Holland Zendaya Beli Rumah Pertama Mereka Bernilai Rm17 1 Juta

Tom Holland Zendaya Beli Rumah Pertama Mereka Bernilai Rm17 1 Juta

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 353 hits
Pasangan selebriti Hollywood Tom Holland dan Zendaya dilaporkan baru membeli sebuah rumah mewah di London Berdasarkan laporan portal hiburan antarabangsa rumah pertama pelakon utama filem Spider Man No Way Home itu berada berdekatan dengan ...
Limpa Ikan Terusan Jantan Bernilai Rm60k Untk Ubat Seks

Limpa Ikan Terusan Jantan Bernilai Rm60k Untk Ubat Seks

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 519 hits
February 4 2022 Mempunyai khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan sekilogram limpa ikan terusan jantan atau lupa ikan ditawarkan harga menyamai harga sebuah kereta Proton Persona baharu Dengan nilai RM60 000 00 sekilogram bunyinya seakan ...
Tips Lengkap Dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah

Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai 2026 Kpm

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Aktiviti Sembang Akhir Tahun 2025 Kopi Ukhwah Ppim 26 12 2025

Malaysia Gemilang Meraih Kemenangan Yang Membanggakan

Best Recipetin Beef Ribs

4fingers For Lunch

Cindy Prado S Legs And Feet In Tights


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hantar Borang Pencen

Itinerari Malam Sabtu Tahun Baharu 2026 Membeli Belah Dan Santai Di Pj Night Car Boot Sale

Kotak Kurma Eksklusif Tarikan Utama Jualan Ramadan 2026

Jalan Jalan Cari Makan

Skandal Bekas Wanita Pertama Korea Selatan Menggoncang Landskap Politik Negara

Semangat Muda Di Usia Emas Inspirasi Perjalanan Seorang Warga Emas Berusia 68 Tahun