Najib Cabar Dap Serah Notis Kepada Tpm Uae Ambil Alih Kapal Layar Mewah


Najib Razak mencabar 2 pemimpin DAP supaya menyerahkan notis pengambilalihan kapal layar mewah “Topaz” yang dibeli dengan dana dikaitkan dengan 1MDB kepada timbalan perdana menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Ini selepas setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng dan setiausaha publisiti parti itu, Tony Pua menuntut supaya Putrajaya merampas kapal layar bernilai AS$688 juta itu.
Bagaimanapun Najib berkata mereka “tidak berani” memberitahu orang ramai daripada siapa mereka mahu kerajaan merampas kapal layar tersebut.
Katanya, mereka juga tidak berani memberitahu siapakah yang didakwa menyalahgunakan wang 1MDB untuk membayar kapal layar itu.
Bekas perdana menteri itu berkata, DoJ dengan jelas menyatakan kapal layar itu dimiliki oleh Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan, pengerusi International Petroleum Investment Co (IPIC).
Sheikh Mansour juga anggota keluarga diraja Abu Dhabi dan pemilik kelab bola sepak Manchester City. Beliau adalah abang tiri presiden UAE sekarang.
“Saya mahu lihat Guan Eng dan Tony dihantar untuk menyerahkan notis pengambilalihan kapal layar kepadanya,” katanya dalam catatan Facebook, malam ini.
Baru-baru ini, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mengesahkan “Topaz” dibeli dengan dana dikaitkan dengan 1MDB.
Akhbar Singapura Straits Times (ST) melaporkan DoJ mengesahkan kapal layar itu, yang kini dikenali sebagai A+, dibeli menggunakan dana dikaitkan dengan 1MDB.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan jika DoJ akan memohon untuk kapal layar itu dijadikan sebahagian usahanya dalam merampas aset 1MDB.
Najib mendesak Lim dan Pua menjelaskan kepada penyokong mereka mengapa mereka mendakwa beliau mencuri wang 1MDB, sedangkan orang yang membeli dan memiliki kapal layar mewah itu adalah individu dari negara lain.
Ahli Parlimen Pekan itu turut menuduh kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengabaikan kerugian yang ditanggung disebabkan penjualan kapal layar mewah, “Equanimity” yang dilaporkan dibeli dengan dana 1MDB sebelum.
Kerajaan sebelum ini menjual kapal layar itu dengan harga AS$125 juta, walaupun kos asalnya ialah AS$250 juta, menyebabkan kerajaan kerugian sehingga AS$125 juta.
Najib berkata, inilah sebabnya kerajaan pimpinannya dahulu menandatangani perjanjian penyelesaian dengan kerajaan Abu Dhabi pada 2017 untuk memberi mereka masa hingga 31 Disember tahun ini untuk mengembalikan setiap sen yang “disyaki hilang daripada 1MDB”.
Bagaimanapun, kerajaan PH sengaja cuba membatalkan perjanjian itu dengan menyaman kerajaan Abu Dhabi di Mahkamah Tinggi London.
Katanya, dengan berbuat demikian kerajaan PH mahu mengubah status wang 1MDB daripada “menunggu untuk dilunaskan” menjadi “hilang”, walaupun pada hakikatnya ia bermaksud Malaysia akan mendapat jumlah wang jauh lebih rendah berbanding dengan jumlah yang dapat dikembalikan berdasarkan perjanjian penyelesaian.
“Keutamaan mereka bukan untuk kepentingan negara melainkan menganiaya saya dan Barisan Nasional (BN).
“Jika perjanjian penyelesaian dipersetujui dan semua wang diperoleh semula berdasarkan perjanjian penyelesaian maka kerajaan PH tidak akan dapat menuduh saya di mahkamah,” katanya. FMT
The post Najib cabar DAP serah notis kepada TPM UAE ambil alih kapal layar mewah appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/18/najib-cabar-dap-serah-notis-kepada-tpm-uae-ambil-alih-kapal-layar-mewah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Razak Cabar Kerajaan Dap P Pinang Saman Jika Kenyataan Beliau Ini Fitnah

Najib Razak Cabar Kerajaan Dap P Pinang Saman Jika Kenyataan Beliau Ini Fitnah

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 428 hits
Najib RazakSaya tuduh kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng telah selesai membayar RM120 435 623 08 bagi kos kajian kebolehlaksanaan pada tahun 2015 untuk projek Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utaramenghubungkan Tanjung Bungah da...
Dewan Rakyat Tak Terima Notis Cabar Pelantikan Speaker

Dewan Rakyat Tak Terima Notis Cabar Pelantikan Speaker

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 316 hits
Tun Mahathir 4 Ahli Parlimen fail tindakan undang undang KUALA LUMPUR Dewan Rakyat tidak menerima sebarang notis daripada Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat Ahli Parlimen lain yang memfailkan tindakan undang undang bag...
Dap Sarawak Tekan Cabar Anwar Ibrahim Sadis

Dap Sarawak Tekan Cabar Anwar Ibrahim Sadis

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 356 hits
Kasihan sama itu anwar ibrahim Selepas kehilangan azmin kehilangan rafizi PKR ibarat dah jadi gelap gelita Walaupun menjadi parti paling ramai MP yang menang masa PRU14 PKR hanya dipermainkan dan diperkudakan atok Berat mata memandang berat...
Azhar Sulaiman Bangga Kejayaan Anak Anak Sukses Miliki Lesen Memandu Ujian Lesen Bawa Kapal Layar

Azhar Sulaiman Bangga Kejayaan Anak Anak Sukses Miliki Lesen Memandu Ujian Lesen Bawa Kapal Layar

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 302 hits
Pelakon senior Azhar Sulaiman berbangga terhadap kejayaan anak anaknya iaitu Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona Kongsinya anak gadisnya itu telah berjaya mendapatkan lesen memandu JPJ manakala anak lelakinya pula difahamkan lulus ujia...
Najib Sedia Membantu Dap

Najib Sedia Membantu Dap

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 265 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini secara sinis berkata beliau sedia membantu menyangkal propaganda Umno dan BN terhadap Dap kononnya Dap tidak demokratik kerana Lim Kit SIang menjawat sebagai pemimpin tertinggi parti sejak tahun 1969 sehi...
Tony Pua Gesa Kerajaan Sita Kapal Layar A Dibeli Guna Dana Dikaitkan 1mdb

Tony Pua Gesa Kerajaan Sita Kapal Layar A Dibeli Guna Dana Dikaitkan 1mdb

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 247 hits
A yang dahulu dikenali sebagai Topaz dikatakan bernilai RM2 93 bilion PETALING JAYA Ahli Parlimen Damansara daripada DAP menggesa Putrajaya mengemukakan tuntutan antarabangsa untuk merampas sebuah kapal layar mewah yang dibeli menggunakan d...
Lim Guan Eng And Tony Pua Again Demonstrate Why Dap Is Unfit To Be In Government Najib Tun Razak

Lim Guan Eng And Tony Pua Again Demonstrate Why Dap Is Unfit To Be In Government Najib Tun Razak

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 337 hits
Najib Tun Razak They ask the government to seize the US 688 million yacht Topaz but they do not dare tell you who they want the government to seize it from or who the DOJ had alleged to have misappropriated 1MDB money to pay for the yacht T...
Ada Yang Goyang Dengan Melayu Dap

Ada Yang Goyang Dengan Melayu Dap

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 288 hits
Pada 10 Julai 2020Oleh Ghafar NSSejak kebelakangan ini cybertroopers dan mereka yang tidak suka DAP sering meninggalkan komen berbunyi DAP jual muka Melayu atau DAP guna Melayu Dua jenis komen yang berbunyi iri kerana makin ramai wajah pimp...
Skandal Terowong Bagaimana Dap Menipu Rakyat

Skandal Terowong Bagaimana Dap Menipu Rakyat

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 311 hits
oleh Lau Chin Kok TEROWONG DASAR LAUT BAGAIMANA MEREKA MENIPU RAKYAT Kertas siasatan SPRM projek terowong terbongkar yang mengandungi pengakuan pemilik syarikat terowong mengaku bahawa akauntan gagal seorang itu dah janji projek diberi kepa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah