Badminton Malaysia Dan Indonesia Masters Malaysia Belum Mempunyai Wakil Di Akhir
Nampaknya episod tiadanya wakil di peringkat akhir kejohanan badminton Malaysia Masters berterusan ke Indonesia Masters. Tatkala pemain Indonesia mengorak langkah di laman sendiri dengan mempunyai 3 juara skuad negara masih tercari-cari rentak.
Langkahan terbaik adalah pada beregu lelaki (Aaron Chia/Soh Wooi Yik) dan beregu campuran (Tan Kian Meng/Lai Pei Jing) di Kejohanan Indonesia Masters manakala Lee Zii Jia serta pasangan beregu campuran no 1 negara Chan Peng Soon/ Goh Liu Ying di laman sendiri.
Tetapi wakil negara tidak mencapai konsistensi yang diharapkan. Lee Zii Jia pemain no 13 dunia yang cemerlang di Malaysia Masters tersungkur awal di pusingan pertama di tangan pemain no 26 dunia dari China. Ia amat menyedihkan tatkala sandaran untuk mendapatkan pingat di Olimpik diletakkan di bahu pemain utama negara ini.
Beregu campuran negara, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying pula menunjukkan prestasi baik namun terpaksa akur kehebatan pasangan no 1 dunia dari China.
Berbeza dengan pasukan jiran , Indonesia yang mantap dari kategori perseorangan, beregu lelaki dan wanita mereka. Sudah pasti kemenangan Anthony Sinisuka Ginting memberi amaran betapa pemain perseorangan negara berhadapan tugas berat untuk bersaing di peringkat tertinggi.
Dalam acara lain nampaknya pemain-pemain negara masih sukar untuk bersaing dengan pemain-pemain top 5 yang masih mendominasi acara badminton ini.
Sesuatu perlu diperhatikan tahap mental dan fizikal para pemain negara yang masih tercari-cari rentak untuk memungut mata ke Sukan Olimpik ini. Meskipun ada sesetengah dari mereka telah semakin hampir untuk layak tetapi prestasi perlu dipertingkatkan.
Impian untuk mencapai pingat emas agak sukar berdasarkan prestasi semasa tetapi jika ada usaha pasti akan temui jalannya. Semoga pemain negara mampu memenangi kejohanan selepas ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ligakampung.com/blog/badminton-malaysia-dan-indonesia-masters-malaysia-belum-mempunyai-wakil-di-akhir/