Najib Berjaya Batal Saman Deepak



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan tuntutan saman difailkan oleh pengarah Carpet Raya Sdn Bhd, J R Deepak Jaikishan terhadap bekas perdana Menteri, Najib Razak, isterinya, Rosmah Mansor dan ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim. Pesuruhjaya Kehakiman, Quay Chew Soon membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Najib, Rosmah dan Abdul Azeez bagi membatalkan saman yang difailkan terhadap mereka pada 2018 berhubung cukai yang dialami selepas didakwa bertindak sebagai proksi bagi pasangan itu.
Peguam David Mathews, yang mewakili Najib dan Rosmah sebagai defendan, memberitahu pemberita bahawa Pesuruhjaya Kehakiman membuat keputusan selepas mendengar permohonan itu dalam kamar.
Hadir sama peguam Prem Ramachandran dan Arwinder Kumar, yang bertindak bagi Abdul Azeez, manakala Irzan Iswat Mohd Noor dan Nasbal Harun mewakili Deepak dan 2 lagi plaintif, iaitu Carpet Raya, dan adiknya J Rajesh, yang juga pengarah syarikat itu.
Mathews berkata, mahkamah membenarkan permohonan membatalkan saman itu atas alasan kes plaintif jelas tidak dapat dikekalkan.
“Pernyataan tuntutan tidak mendedahkan alasan yang munasabah berhubung tindakan itu kerana elemen penting untuk menyokong tuntutan konspirasi merosak, misfeasans dalam kedudukan awam dan melanggar tugas tidak dapat dipertahankan,” katanya.
Peguam itu berkata, mahkamah mengarahkan plaintif membayar kos RM15,000 kepada pasangan itu dan RM10,000 kepada Abdul Azeez.
Pihak defendan mengemukakan permohonan membatalkan saman tersebut pada 24 Sept, 2019 atas alasan ia menyusahkan dan plaintif tidak mempunyai alasan untuk bertindak menyaman mereka.
Terdahulu, dalam saman yang difailkan pada 15 November 2018, Deepak mendakwa antara 2004 dan 2010, beliau dan syarikat bertindak sebagai ejen kepada Najib dan Rosmah dalam urus niaga tanah serta urusan perniagaan seperti yang diarahkan oleh pasangan itu.
Beliau juga mendakwa defendan ke-3 (Abdul Azeez) bertindak sebagai ejen untuk Najib dan Rosmah untuk menjalankan urus niaga serta bertindak sebagai perantara antara pasangan dan plaintif ke-2, Carpet Raya.
Deepak mendakwa, hasil transaksi itu, beliau menerima surat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bertarikh 2 Mac 2018 supaya menyelesaikan tunggakan cukai yang dikenakan oleh Carpet Raya dan cukai pendapatannya berjumlah lebih RM6 juta, tidak termasuk caj penalti dan faedah.
Deepak mendakwa beliau menerima surat berkenaan selepas hubungannya dengan pasangan itu menjadi keruh pada tahun 2012.
Ia berikutan keengganannya untuk mematuhi arahan mereka dalam kes sivil yang melibatkan penyiasat persendirian P Balasubramaniam.
Plaintif mendakwa Najib dan Rosmah turut mengarahkan tindakan undang-undang dibuat terhadap Carpet Raya dan petisyen penggulungan difailkan terhadap syarikat itu pada 22 Mac 2017 oleh LHDN, malah petisyen itu disiarkan di akhbar tempatan.
Mereka mendakwa akibat petisyen itu, perniagaan dan reputasi semua plaintif terjejas dan Deepak juga dilarang meninggalkan negara ini, selain kemudahan perniagaan mereka ditarik balik oleh Maybank, manakala kontrak syarikat dengan IKEA dibatalkan.
Mereka mahu mendapatkan pengisytiharan mahkamah, Najib dan Rosmah bertanggungjawab membayar tunggakan cukai yang dikenakan terhadap syarikat itu.
Mereka juga mahu ganti rugi sebanyak RM500,000 yang dibayar kepada Maybank; RM47 juta untuk ketidakupayaan syarikat untuk memenuhi kontrak dan jualannya; RM74 juta untuk pembatalan kontrak syarikat dengan IKEA; RM200 juta kerana dakwaan fitnah dan RM37 juta kerugian yang disebabkan oleh salah laku Najib.
Mereka juga mahu ganti rugi teladan sebanyak RM100 juta. - FMT




MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/najib-berjaya-batal-saman-deepak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
High Court Throws Out Deepak S Suit Against Najib Rosmah And Azeez

High Court Throws Out Deepak S Suit Against Najib Rosmah And Azeez

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 242 hits
The High Court here allowed the application by former prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak his wife Datin Seri Rosmah Mansor and Baling MP Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim to strike out a suit filed by Carpet Raya Sdn Bhd director J ...
Batal Saman Syed Saddiq Ucap Selamat Tinggal Kepada Ppbm

Batal Saman Syed Saddiq Ucap Selamat Tinggal Kepada Ppbm

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 393 hits
Syed Saddiq tarik balik saman PPBM batal keahliannya Bekas ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik balik saman sivil yang difailkan terhadap parti itu kerana melucutkan keahliannya pada akhir Mei lalu Bekas menteri belia dan...
Bila Najib Nak Saman Mahathir

Bila Najib Nak Saman Mahathir

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 403 hits
Hanya saman Mahathir dan menang itu sahaja kemuncak dan kemungkinan besar Najib boleh bersihkan dirinya dari tuduhan penyamun yang dilemparkan kepadanya lagipun itulah sahaja cara untuk heret Mahathir ke mahkamah kerana yg lainnya tin koson...
Syed Saddiq Tarik Balik Saman Ppbm Batal Keahliannya

Syed Saddiq Tarik Balik Saman Ppbm Batal Keahliannya

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 296 hits
Bekas ketua Pemuda PPBM itu berkata sayap itu bukan sekadar satu instrumen politik tetapi ia adalah keluarganya
Najib Razak Cabar Kerajaan Dap P Pinang Saman Jika Kenyataan Beliau Ini Fitnah

Najib Razak Cabar Kerajaan Dap P Pinang Saman Jika Kenyataan Beliau Ini Fitnah

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 429 hits
Najib RazakSaya tuduh kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng telah selesai membayar RM120 435 623 08 bagi kos kajian kebolehlaksanaan pada tahun 2015 untuk projek Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utaramenghubungkan Tanjung Bungah da...
Berhenti Kerja Pilih Jadi Pekebun Sepenuh Masa Gadis Puas Hati Dah Berjaya Tuai Hasil Kebunurai

Berhenti Kerja Pilih Jadi Pekebun Sepenuh Masa Gadis Puas Hati Dah Berjaya Tuai Hasil Kebunurai

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 860 hits
Mungkin ramai yang sudah mengenali gadis ini pernah tular ceritanya yang berhenti kerja sebagai pereka grafik dan penyunting foto di kota raya dan pulang ke kampung untuk menjadi petani moden Tak salah berbudi pada tanah kerana hasik yang d...
Formula Berjaya Dalam Youtube Bagi Marhaen

Formula Berjaya Dalam Youtube Bagi Marhaen

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 212 hits
1 Nak berjaya dalam Youtube ni dia takde formula yang tetap Dia macam hit or miss 2 Bagi seorang selebriti yang dah ada nama mungkin senang nak dapat audien kat Youtube sebab dah ada peminat dan dah ramai orang kenal 3 Tapi bagi orang biasa...
Impikan Anak Lelaki Hebat Berjaya Tip Didik Cara Orang Dulu Dulu Berkesan

Impikan Anak Lelaki Hebat Berjaya Tip Didik Cara Orang Dulu Dulu Berkesan

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 261 hits
Mendidik anak lelaki dan perempuan bukannya mudah Lagi lagi dalam keadaan sekarang yang cukup mencabar dan memerlukan pendekatan psikologi selain kecanggihan teknologi yang tanpa sempadan Sebagai ibu bapa anda adalah guru pertama anak sejak...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner