Najib Beritahu Juruaudit Buang Bahagian Sensitif Laporan 1mdb Mahkamah Diberitahu


Ho Kit YenNajib Razak menegaskan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB perlu dikaji semula sebelum disiarkan kepada pencetak, kata seorang saksi kepada Mahkamah Tinggi.KUALA LUMPUR: Bekas ketua setiausaha sulit Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa bekas Perdana Menteri itu mengarahkannya untuk memaklumkan juruaudit agar tidak memasukkan kandungan “sensitif” dalam laporan audit 1MDB.
Shukry Mohd Salleh, yang berkhidmat dengan Najib pada 2015 hingga 2016, berkata perbualan itu berlaku di Pejabat Perdana Menteri pada 26 Feb 2016.
“Beliau berkata “Shukry, beritahu Audit (Jabatan Audit Negara) bahawa isu sensitif termasuk Jho Low (Low Taek Jho), tidak dimasukkan dalam laporan. Jika diketahui pembangkang, ia akan menjadi isu,” katanya.
Selepas itu, Shukry berkata, beliau menghubungi bekas Pengarah Sektor Audit Kerajaan Saadatul Nafisah Bashir Ahmad dan memaklumkannya mengenai arahan Najib.
Katanya, sebelum itu pada Feb 2016, Najib telah mengarahkannya untuk mendapatkan laporan audit 1MDB daripada JAN, sambil menyatakan bahawa ia “perlu diperiksa sebelum dicetak”.
“Perdana Menteri bimbang laporan itu mengandungi perkara yang bukan kebiasaan,” kata Shukry.
Saksi terbabit memberitahu mahkamah, beliau menghubungi bekas Ketua Audit Negara Ambrin Buang untuk menyampaikan arahan Najib.
“Pada mulanya beliau enggan, sambil menyatakan laporan itu perlu dicetak segera untuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” katanya.
Mahkamah turut mendengar bahawa Ambrin dan beberapa pegawainya melaksanakan audit 1MDB bermula 9 Mac 2015 hingga 4 Mac 2016.
Shukry berkata, Najib bertegas bahawa laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB perlu diteliti dan beliau memaklumkan Ambrin mengenai perkara itu.
“Saya menerima bungkusan daripada Saadatul pada 20 Feb 2016 yang mengandungi laporan itu,” katanya.
“Saya tidak membaca laporan itu tetapi memaklumkan Perdana Menteri mengenai bungkusan terbabit. Saya mencadangkan supaya beliau meminta Arul Kanda (Kandasamy) melihat laporan itu dan beliau bersetuju.”
Shukry berkata, beliau bertemu Arul Kanda beberapa hari kemudian di pejabatnya dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif itu memaklumkan “beberapa fakta perlu dipinda”.
“Dia memberitahu yang dia bertemu dengan Ambrin berhubung kandungan dalam laporan audit dan banyak dokumen tiada dengan 1MDB.
“Saya mencadangkan kepada Arul Kanda untuk bercakap dengan Ambrin dan dia (Arul Kanda) turut memberikan beberapa kertas penilaiannya mengenai laporan itu,” katanya.
Shukry berkata beliau dan Ambrin bertemu Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Ali Hamsa pada 23 Feb 2016. Ali berkata beliau telah mengatur satu mesyuarat pada hari berikutnya dan menjemput pegawai kanan kerajaan daripada Jabatan Perbendaharaan, Pejabat Peguam Negara dan Arul Kanda untuk membincangkan perkara itu.
“Saya memberitahu Ali dan Ambrin bahawa 1MDB adalah ‘krisis yang perlu ditangani segera’ kerana syarikat itu telah menjadi perbualan di dalam dan luar negara,” kata Shukry.
Apa yang diberitahu Shukry dalam mesyuarat pada 24 Feb 2016
Mahkamah sebelum ini diberitahu bahawa Ambrin dan beberapa pegawainya menghadiri mesyuarat dipengerusikan Ali pada 24 Feb 2016.
“Pada dua salinan laporan kewangan, saya memaklumkan dalam mesyuarat bahawa perkara ini mempunyai kesan terhadap keyakinan pelabur terhadap kita,” kata Shukry.
“Ini boleh menggambarkan bahawa syarikat milik kerajaan seperti 1MDB boleh dimanipulasi.”
Katanya, Ali telah meminta bekas Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Isa Hussain untuk membuat laporan polis berhubung dua penyata kewangan itu.
Selepas mesyuarat berkenaan, juruaudit kerajaan bersetuju untuk mengeluarkan empat perkara – dua salinan penyata kewangan dan rujukan terhadap Low dan penerbitan bon – daripada laporan akhir.
Shukry berkata beliau turut membangkitkan permintaan Yang di-Pertuan Agong ketika itu untuk menggantung penerbitan Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) ketika Najib menghadap Baginda pada 27 Mei 2009.
Laporan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa Najib bersetuju dengan cadangan Agong untuk menggantung penerbitan bon terbabit tetapi maklumat itu tidak disampaikan kepada Jemaah Menteri pada hari yang sama.
“Komen juruaudit menunjukkan Perdana Menteri cuba menyembunyikan sesuatu. JAN bersetuju untuk mengeluarkannya selepas mendengar nasihat Dzulkifli Ahmad (wakil Pejabat Peguam Negara),” katanya.
Najib dibicarakan atas tuduhan menyalahguna kuasa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk mendapatkan imuniti tindakan undang-undang dan meminta laporan akhir audit 1MDB sebelum ia dibentangkan dalam mesyuarat PAC.
Arul Kanda dituduh bersubahat dengannya.
Pendengaran di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan akan bersambung pada 20 Oktober depan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/najib-beritahu-juruaudit-buang-bahagian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Siasat Laporan Najib Berkaitan Lhdn Masa Zaman Lim Guan Eng

Polis Siasat Laporan Najib Berkaitan Lhdn Masa Zaman Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 201 hits
Polis Diraja Malaysia mengesahkan satu kertas siasatan dibuka terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri susulan laporan yang dibuat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd...
Najib Bertegas Tak Salah Dalam Skandal 1mdb Tak Dimaklum Ada Tak Kena

Najib Bertegas Tak Salah Dalam Skandal 1mdb Tak Dimaklum Ada Tak Kena

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 179 hits
Ismail Sabri Yaakob dan Najib Razak baru baru ini dikatakan mengadakan pertemuan untuk membolehkan ahli parlimen Pekan itu kepada perdana menteri Ia menimbulkan kemarahan beberapa pihak yang memberi alasan bahawa Najib terlibat dalam skanda...
Najib Insists Faultless In 1mdb Scandal Top Firms Didn T Raise Red Flags

Najib Insists Faultless In 1mdb Scandal Top Firms Didn T Raise Red Flags

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 249 hits
A recent meeting between Prime Minister Ismail Sabri Yaakob and his predecessor Najib Abdul Razak purportedly for the latter to give caused public outrage given his involvement in the 1MDB scandal which cost taxpayers billions of ringgit De...
Peguam Najib Mohon Soal 5 Pegawai Lhdn Bakal Jadikan Lhdn Kluster Mahkamah

Peguam Najib Mohon Soal 5 Pegawai Lhdn Bakal Jadikan Lhdn Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 197 hits
Oleh Sirajuddin AhmadMungkin ini natijahnya apabila sebuah agensi tidak buat kerja secara amanah sebaliknya membuat kerja ikut telunjuk pihak tertentu yang mahu mengenakan musuh politiknya Selain menghadapi pertuduhan dimahkamah Lima Pegawa...
Najib Told Auditors To Drop Sensitive Parts In 1mdb Audit Court Told

Najib Told Auditors To Drop Sensitive Parts In 1mdb Audit Court Told

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 196 hits
Najib Razak insisted that the auditor general s report on 1MDB needed to be reviewed before it went to the printers a witness told the High Court KUALA LUMPUR A former principal private secretary to Najib Razak told the High Court today the...
Bekas Setiausaha Sulit Najib Dedah Arahan Berhubung Audit 1mdb

Bekas Setiausaha Sulit Najib Dedah Arahan Berhubung Audit 1mdb

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 418 hits
agendadaily com30 9 2021Datuk Seri Najib Razak berdepan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad Tan Sri Shukry Mohd Salleh yang juga bekas Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pendedahan berhubun...
Isu Pindah Rm13 Juta Ke Kanada Buat Laporan Atau Minta Maaf Mukhriz Beritahu Sanusi

Isu Pindah Rm13 Juta Ke Kanada Buat Laporan Atau Minta Maaf Mukhriz Beritahu Sanusi

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 203 hits
September 22 2021 Bekas Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir berkata disebabkan kenyataan Muhammad Sanusi Md Nor ramai beranggapan beliau di sebalik pemindahan RM13 juta ke akaun bank Kanada ALOR SETAR Mukhriz Mahathir menuntut Menteri Besa...
Radzi Buat Laporan Polis Terhadap Pemilik Akaun Facebook

Radzi Buat Laporan Polis Terhadap Pemilik Akaun Facebook

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 182 hits
BERNAMA Ia berhubung satu hantaran Facebook yang tular bersama sekeping gambar yang menunjukkan seolah olah tiada penjarakan fizikal Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin membuat laporan polis terhadap se...
Rilis Laporan Keberlanjutan 2021 Tetra Pak Soroti Pangan Dan Iklim Demi Capai Ekonomi Sirkular

Rilis Laporan Keberlanjutan 2021 Tetra Pak Soroti Pangan Dan Iklim Demi Capai Ekonomi Sirkular

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 244 hits
Tetra Pak merilis Laporan Keberlanjutan 2021 guna memperkuat ambisi dan komitmen dalam melindungi makanan manusia dan planet Bumi demi masa depan yang lebih berkelanjutan
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Apabila Sang Profesor Datang Melawat



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11