Najib Bertegas Tak Salah Dalam Skandal 1mdb Tak Dimaklum Ada Tak Kena



ICIJ & Malaysiakini
Diterbitkan: Oct 5, 2021 11:02 AM

Ismail Sabri Yaakob dan Najib Razak baru-baru ini dikatakan mengadakan pertemuan untuk membolehkan ahli parlimen Pekan itu memberi nasihat ekonomi kepada perdana menteri.

Ia menimbulkan kemarahan beberapa pihak yang memberi alasan bahawa Najib terlibat dalam skandal 1MDB yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit wang pembayar cukai.

Najib menegaskan bahawa dia tidak bersalah dalam skandal itu meskipun ketika itu dia merupakan pengerusi 1MDB, perdana menteri dan sekali gus menteri kewangan.

Malah, dalam keadaan begitu Najib berkata dia mungkin akan bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang.

Mendakwa dikelirukan oleh penasihatnya, Najib mendakwa dia bergantung kepada firma kewangan dan undang-undang terkemuka seperti Goldman Sachs, KPMG, Ambank dan Wong and Partners serta lembaga 1MDB untuk memberi amaran sekiranya ada berlaku sesuatu yang tidak kena.

"Saya tidak bimbang kerana firma-firma ini adalah syarikat yang mempunyai nama besar dan mereka seharusnya memberitahu saya atau lembaga pengarah 1MDB jika ada yang tidak kena.

"Namun, saya tidak pernah menerima amaran seumpamanya,” kata Najib.

Bekas perdana menteri itu menjawab pertanyaan daripada Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ) - yang berpangkalan di Washington - dan Malaysiakini mengenai penglibatannya bersama firma undang-undang antarabangsa Baker McKenzie dan sekutu tempatan, Wong and Partners, dalam skandal 1MDB.

Ia adalah sebahagian daripada laporan ICIJ dan sekutu mengenai Pandora Papers, iaitu sejumlah dokumen yang mendedahkan penggunaan tabung amanah dan akaun luar pesisir (offshore) oleh orang kaya dan berkuasa, serta syarikat-syarikat lain yang terbabit.
Syarikat-syarikat itu termasuk Baker McKenzie, firma undang-undang antarabangsa terkemuka, dan entiti tempatannya Wong and Partners dan B&M Consultancy Services, yang menyediakan perkhidmatan undang-undang dan korporat untuk 1MDB.

Dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan Lim Poh Seng B&M adalah setiausaha syarikat bagi 1MDB dan anak syarikatnya, SRC International Sdn Bhd (SRC) ketika skandal itu.

Tidak ada janji temu penyedia perkhidmatan

Bagaimanapun, Najib berkata dia tidak terlibat dalam pelantikan Baker McKenzie, Wong and Partners, dan B&M Consultancy Services.

Najib mendakwa lembaga pengarah Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang membuat pelantikan itu.

"Syarikat-syarikat tersebut dipilih oleh lembaga pengarah TIA setelah dibincangkan oleh para pengarah dan seperti yang disarankan oleh pihak pengurusan kanan bersama dengan Goldman Sachs, Ambank dan KPMG.

"Ini sebelum TIA diletakkan di bawah kerajaan pusat dan saya terlibat dalam 1MDB.

"Semua tetapan ini bermula ketika syarikat itu masih bernama TIA dan diteruskan oleh pengurusan kanan dan lembaga 1MDB," tambahnya.

TIA dinamakan semula sebagai 1MDB dan berada di bawah kerajaan persekutuan pada 2009 setelah pemerolehannya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan). Perkembangan itu berlaku setelah Najib menjadi perdana menteri keenam.

Walaupun Najib tidak terlibat secara rasmi dalam TIA, Jho Low - yang merupakan kenalan rapat Najib dan keluarganya serta dianggap watak utama dalam skandal 1MDB - terlibat dalam penukaran TIA (yang merupakan tabung amanah negeri) kepada 1MDB, tabung pelaburan kerajaan persekutuan.

Low adalah "penasihat" yang menyarankan pengurusan tertinggi TIA untuk menjual bon bernilai RM5 bilion terhadap syarat yang ditetapkan oleh lembaga TIA - yang membawa kepada pemerolehan oleh kerajaan persekutuan, demikian dimaklumkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Selain itu, melalui dana yang dikaitkan dengan Low, wang tunai yang diperoleh melalui bon 1MDB yang disokong kerajaan diserahkan, yang sebahagiannya dimasukkan ke akaun Najib, menurut siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Goldman Sachs, AmBank dan KPMG bayar penyelesaian mahkamah

Namun, Najib menegaskan bahawa dia dikelirukan oleh penasihatnya dan tidak pernah melakukan urusan langsung dalam urusan 1MDB.

"Tidak pernah berhubung. Sekali pun tak pernah. Saya tidak berurusan dengan 1MDB atau firma yang terlibat dengan 1MDB dan bergantung kepada pengurusan kanan dan lembaga pengarah untuk menjalankan tugas mereka,” katanya.

Najib secara konsisten menafikan mengetahui adanya salah laku dalam skandal 1MDB.

Najib berkata dia tidak perlu membayar denda membuktikan bahawa dia tidak mendapat keuntungan daripada skandal 1MDB atau merupakan dalang skandal itu.

Sebaliknya, denda dan penyelesaian dibayar oleh Goldman Sachs, Ambank dan KPMG.

Dia juga menegaskan bahawa dana yang terdapat di dalam akaun banknya - yang menurutnya merupakan sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi - telah pulangkan.

"Dana yang digelar 'RM2.6 bilion' dan dipercayai berkaitan dengan 1MDB dipulangkan kepada pengirim empat bulan setelah diterima," tambahnya.

Pada Jan 2016, peguam negara ketika itu Mohamed Apandi Ali berkata Najib memulangkan AS$620 juta daripada AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya sebagai "sumbangan politik".
Yakin dengan rayuan SRC

Najib yakin sabitan bersalahnya atas tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa yang berkaitan dengan SRC akan dibatalkan melalui rayuan yang dibuatnya.

Katanya mahkamah mendapati dia tidak serta-merta menghabiskan hasil pengubahan wang, sebaliknya menunggu empat tahun, dan seterusnya menggunakan dana berkenaan bukan untuk dirinya sendiri, tetapi untuk "kerja amal dan tujuan politik".

"Saya dituduh dan disabitkan menyalahgunakan kuasa saya dengan terlibat atau (mengambil bahagian) dalam keputusan kabinet untuk meluluskan jaminan kerajaan sebanyak RM4 bilion untuk SRC pada 2011.

"Saya tidak dituduh mencadangkan atau meluluskan pinjaman SRC.

"Saya kemudian dituduh melakukan pengubahan wang haram apabila sejumlah RM42 juta (atau 1.0 peratus jaminan) dari SRC dimasukkan ke akaun di bawah nama saya secara berperingkat empat tahun kemudian antara akhir 2014 dan pertengahan 2015 yang hakim kemudiannya mengesahkan ia digunakan untuk membayar pelbagai kerja amal dan politik - bukan untuk kegunaan peribadi saya.

"Ringkasnya, ini bererti saya dinyatakan bersalah dalam kes SRC kerana menunggu empat tahun dan memenangi pilihan raya umum serta pemilihan parti Umno pada 2013 untuk menerima 1.0 peratus jaminan tersebut secara berperingkat yang saya tidak gunakan secara peribadi,” tambahnya.

Najib didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 27 Julai 2020 kerana penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, dan pengubahan wang haram yang melibatkan dana RM42 juta dari SRC.

SRC adalah bekas anak syarikat 1MDB sebelum dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc).

Najib ketika itu menjadi pengerusi lembaga penasihat 1MDB, penasihat emeritus SRC dan juga menteri kewangan.

Dia menafikan penglibatan dan sebarang pengetahuan mengenai RM42 juta itu. Najib mengemukakan rayuan atas kesalahan tersebut.

Dia juga sedang menghadapi perbicaraan atas empat tuduhan penyalahgunaan kuasa untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.28 bilion dari 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.

Pasukan pembelaan Najib berpendapat bahawa bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman bertindak bersama-sama dengan Jho Low dan rakan-rakannya untuk mengelirukan bekas perdana menteri itu.

[Baca laporan asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/najib-bertegas-tak-salah-dalam-skandal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Setiausaha Sulit Najib Dedah Arahan Berhubung Audit 1mdb

Bekas Setiausaha Sulit Najib Dedah Arahan Berhubung Audit 1mdb

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 457 hits
agendadaily com30 9 2021Datuk Seri Najib Razak berdepan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad Tan Sri Shukry Mohd Salleh yang juga bekas Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pendedahan berhubun...
Najib Told Auditors To Drop Sensitive Parts In 1mdb Audit Court Told

Najib Told Auditors To Drop Sensitive Parts In 1mdb Audit Court Told

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 224 hits
Najib Razak insisted that the auditor general s report on 1MDB needed to be reviewed before it went to the printers a witness told the High Court KUALA LUMPUR A former principal private secretary to Najib Razak told the High Court today the...
Najib Insists Faultless In 1mdb Scandal Top Firms Didn T Raise Red Flags

Najib Insists Faultless In 1mdb Scandal Top Firms Didn T Raise Red Flags

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 283 hits
A recent meeting between Prime Minister Ismail Sabri Yaakob and his predecessor Najib Abdul Razak purportedly for the latter to give caused public outrage given his involvement in the 1MDB scandal which cost taxpayers billions of ringgit De...
Najib Terima Maklumat Tentang Salah Guna Kuasa Penjawat Awam

Najib Terima Maklumat Tentang Salah Guna Kuasa Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 293 hits
Oleh Sirajuddin AhmadAhli politik yang menjawat tugas Menteri atau tugas sesuatu jabatan berhak mengetahui urusan jabatan yang berada didalam bidang kuasa mereka Tapi jika ianya melampau batas sehingga masuk campur dalam cara cara jabatan d...
Bukit Aman Siasat Lhdn Selepas Najib Dakwa Salah Guna Kuasa

Bukit Aman Siasat Lhdn Selepas Najib Dakwa Salah Guna Kuasa

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 276 hits
Najib Razak mempertikaikan tindakan kerajaan meminjam RM11 5 bilion dalam tempoh terlalu singkat PETALING JAYA Bukit Aman sedang menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penggunaan dokumen palsu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri susulan lap...
Lagi Isu Kerajaan Malaysia Terpaksa Membayar Pampasan Akibat Membatalkan Projek Najib Salah Siapa

Lagi Isu Kerajaan Malaysia Terpaksa Membayar Pampasan Akibat Membatalkan Projek Najib Salah Siapa

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 634 hits
TAK KESAH JIKA PERLU BAYAR PAMPASAN RATUSAN JUTA SELEPAS USAHASAMA DENGAN SINGAPURA DALAM PROJEK HSR TERBATAL KERANA YANG PENTING KRONI MESTI DIUTAMAKAN Tarikh deadline untuk memuktamadkan keputusan berkenaan hala tuju perjanjian projek ker...
Najib Beritahu Juruaudit Buang Bahagian Sensitif Laporan 1mdb Mahkamah Diberitahu

Najib Beritahu Juruaudit Buang Bahagian Sensitif Laporan 1mdb Mahkamah Diberitahu

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 242 hits
Najib Razak menegaskan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB perlu dikaji semula sebelum disiarkan kepada pencetak kata seorang saksi kepada Mahkamah Tinggi KUALA LUMPUR Bekas ketua setiausaha sulit Najib Razak memberitahu Mahkamah Tingg...
Yehaaaa Dia Salah Budjet

Yehaaaa Dia Salah Budjet

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 184 hits
MUKHLIS EDYPendirian YB SELALU SEBUT babiii Bajet DUN tak bubar boleh komplot dengan team lain Sekali DUN bubar DAN DAN keluaq ayat demi Kepentingan Melayu taktik lama daa
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket