Najib Berhentilah Kelirukan Rakyat Dan Lebih Baik Banyak2 Bertaubat




Meskipun sudah lebih sebulan didakwa di mahkamah berkaitan  penggubahan wang haram kerana menerima sejumlah RM2.6 bilion melalui akaun bank peribadinya, Najib Razak masih cuba mengeluh secara terbuka mengenai nasib yang menimpa dirinya.


Bukankah ketika ini beliau seharusnya menumpukan sepenuh perhatian untuk membela dirinya di mahkamah saja?


"Bila saya dapat RM2 bilion saya didakwa, bila saya pulangkan RM2 bilion pun saya didakwa.


"Ini agak pelik, orang pulangkan duit kena dakwa," kata beliau berhubung 21 pertuduhan penggubahan wang haram yang dikenakan terhadapnya berkaitan dana RM2.6 bilion itu.


Daripada apa yang diluahkah Najib itu, jelas beliau sekali lagi cuba mengelirukan rakyat dan menunjukkan seolah-olah dirinya suci bersih dan tidak melakukan apa-apa kesalahan.


Najib sebenarnya bukan tidak sedar mengenai salah lakunya, tetapi cuba buat-buat tak faham berhubung kemasukan dan pemulangan semula wang itu.


Untuk makluman Najib, jika kita mencuri atau menerima rasuah misalnya, kesalahan kita tidak akan terhapus hanya kerana kita memulangkan semula duit yang dicuri atau diterima secara rasuah sebelum itu.


Pencuri motorsikal tetap bersalah mencuri meskipun jika beberapa bulan kemudian memulangkan semula motorsikal yang dicurinya.


Lebih-lebih lagi dalam kes Najib itu, beliau menerima wang tersebut pada Mac 2013, namun hanya memulangkannya pada Ogos tahun yang sama.


Mengapa mesti mengambil masa lima bulan untuk memulangkannya?


Selain itu, fakta mengenai jumlah yang disebut Najib juga tidak tepat sebenarnya.


Jumlah wang yang dikatakan derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi yang diterima Najib adalah berjumlah RM2.6 bilion tetapi yang dipulangkan cuma RM2.3 bilion atau dalam dolar AS, wang diterima berjumlah AS681 juta, manakala yang dipulangkan hanya AS$620 juta saja.


Kenapa jumlah yang dipulangkan berkurangan dan ke mana selebihnya ia digunakan?


Mengapa Najib tidak pernah menyebut mengenai kekurangan jumlah wang yang dipulangkannya itu?


Yang lebih menghairankan, malah seluruh dunia pun tahu dan pelik dengannya, jika benar wang RM2.6 bilion itu didermakan oleh keluarga Diraja Arab Saudi, mengapa ia dimasukkkan melalui Tanore Finance yang dipunyai oleh Jho Low bersama Eric Tan Kim Loong?


Malah, ketika memulangkannya pun Najib memasukkan semula RM2.03 bilion itu kepada Tanore Finance semula?


Mengapa tidak dipulangkan terus kepada anak Raja Arab yang memberi derma itu?


Kenapa mesti dipulangkan kepada syarikat kepunyaan Jho Low juga?


Yang lebih-lebih menghairankan lagi ialah berhubung hasil siasatan DOJ Amerika Syarikat pada 2017 yang mendapati sebahagian daripada wang yang dipulangkan itu telah digunakan oleh Jho Low untuk menghadiahkan barangan kemas kepada Rosmah Mansor dan gambar kepada pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio.


Dilaporkan Jho Low telah membelanjakan AS$27.3 juta daripada wang AS$620 juta yang dipulangkan Najib itu untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat bewarna merah jambu untuk diberikan kepada "isteri MO1" serta sekeping gambar berharga AS$750 ribu sebagai hadiah kepada DiCaprio.


Bagaimana Jho Low boleh membelanjakan wang yang dipulangkan Najib itu jika benar ia dipulangkan kepada anak Raja Arab?


Dalam hal ini, kerana amalan "cash is king"  yang digemarinya, Najib mungkin masih mempunyai penyokong taksub, buta dan tuli yang percaya segala apa yang diperkatakannya.


Tetapi, beliau harus sedar beliau kini bukan lagi Perdana Menteri dan rakyat telah pun menghumbannya daripada puncak kuasa menuju perjalanan ke penjara berikutan skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang dikaitkan dengannya itu.


Maka, lebih baiklah beliau banyak-banyak  bertaubat dan meluangkan lebih masa di atas tikar sembahyang, sambil menumpukan perhatian kepada kesnya di mahkamah yang terus bertali arus daripada tidak habis-habis  mencipta khayalan untuk mengelirukan orangramai. (ShahbudinHusin 24/10/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/10/najib-berhentilah-kelirukan-rakyat-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Eksport Sawit Teresa Mahu Najib Henti Kelirukan Rakyat

Eksport Sawit Teresa Mahu Najib Henti Kelirukan Rakyat

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 270 hits
Gambar BernamaKUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu berhenti mengelirukan orang ramai kononnya terdapat perubahan mendadak dalam trend eksport minyak sawit Malaysia selepas pilihan raya umum ke 14 kata Menteri ...
Membaca 700 Peratus Lebih Baik

Membaca 700 Peratus Lebih Baik

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 307 hits
Assalamualaikum wbt Seorang eksekutif The Reading Agency Sue Wikinson berkata masih ramai lagi orang yang menyedari tentang faedah dan manfaat membaca Wikinson berkata membaca terbukti 68 peratus lebih baik dalam mengurangkan tahap stres da...
Lebih Baik Hospital Pasir Gudang Dari Jambatan Bengkok Tmj

Lebih Baik Hospital Pasir Gudang Dari Jambatan Bengkok Tmj

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 403 hits
Lebih baik bina Hospital Pasir Gudang TMJ Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ismail berpendapat kerajaan perlu meneruskan pembinaan Hospital Pasir Gudang berbanding meneruskan pembinaan jambatan bengkok TMJ membuat kenyataan itu meneru...
Berita Ucapan Bajet 2019 Pakatan Harapan Tun Mahathir Lebih Baik

Berita Ucapan Bajet 2019 Pakatan Harapan Tun Mahathir Lebih Baik

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 398 hits
Berita Ucapan Bajet 2019 Pakatan Harapan oleh Tun Mahathir Lebih baik Pembentangan Bajet 2019 semakin dekat Semuanya tertunggu apa dasar dan perancangan kerajaan untuk 12 bulan seterusnya lebih lebih lagi di bawah kerajaan baru Pakatan Hara...
Najib Kena Buli Di Dewan Rakyat

Najib Kena Buli Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 476 hits
Najib Kena Buli Di Dewan Rakyat Lain kali saya tulis di FB sudah kata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sejurus selepas beliau menyampaikan ucapan pada sesi pertama sidang Dewan Rakyat hari ini Terdahulu Najib berucap semasa memb...
Guan Eng Jangan Tipu Rakyat Untuk Puji Diri Sendiri Najib

Guan Eng Jangan Tipu Rakyat Untuk Puji Diri Sendiri Najib

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 399 hits
Datuk Seri Najib Razak menempelak tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang dikatakan menipu rakyat semata mata untuk memuji diri sendiri berkenaan situasi kewangan negara Najib menjelaskan corak hasil dan perbelanjaan kerajaan Pusat tida...
Menjadikan Masjid Lebih Baik Dari Gereja Dalam Khidmat Masyarakat

Menjadikan Masjid Lebih Baik Dari Gereja Dalam Khidmat Masyarakat

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 292 hits
Masjid berkunci dan gereja memberi bantuan bukan perkara asing hari ini Dua perkara ini sebenarnya petanda jelas akan masalah kemasyarakatan yang kita hadapi Menghukum pencuri duit atau barangan masjid bukan jalan terbaik dalam mendidik uma...
Mybrain Lebih 10000 Orang Terjejas Najib

Mybrain Lebih 10000 Orang Terjejas Najib

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 225 hits
Rugi Lebih 10 000 orang terjejas MyBrain telah banyak bantu pelajar pelajar kita ramai berpotensi tinggi Bab pendidikan memang sentiasa Kerajaan BN dulu titikberatkan dalam Bajet tahunan biasanya bidang pendidikan diberi keutamaan lebih Unt...
5 Pengajaran Dari Surah Yusuf Mampu Membantu Kita Hidup Lebih Baik

5 Pengajaran Dari Surah Yusuf Mampu Membantu Kita Hidup Lebih Baik

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 501 hits
Surah Yusuf adalah surah yang kedua belas dalam Al Quran dan mempunyai 111 ayat Surah Yusuf adalah surah yang berbentuk naratif iaitu penceritaan yang sarat dengan pengajaran 1 Iri Hati Dapat Memutuskan Silaturahim ketika saudara saudara Yu...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pukul Oku Di Kemaman Cemar Imej Islam

Tewas Akhirnya

Khasiat Dan Kelebihan Halba Untuk Kesihatan

Himpunan Anti Rasuah Jelaskan Motif

Egg Stra Ong Maryybrown Menu Sempena Tahun Baru Lunar

Nak Hidup Tenang Cuba Tengok Perkongsian 32 Tip Untuk Hidup Tenang