Anwar Terpaksa Terima Hakikat Zahid Ketua Blok Terbesar Sokong Ph Mujahid


bharian.com.my
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
[email protected]
 - Disember 3, 2022 @ 5:14pm
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. - NSTP/L MANIMARAN
IPOH: Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mujahid Yusof melihat pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai sebahagian daripada anggota Kabinet tidak akan menjejaskan perjalanan kes mahkamah membabitkan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.

Beliau berkata, secara asasnya, tiada apa-apa kaitan prasyarat kes mahkamah dan kedudukan Ahmad Zahid dalam Kabinet sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) kerana kes akan tetap berjalan.

"Apa sahaja keputusan mahkamah adalah bebas dan tidak akan terikat dengan perlantikan beliau dalam Kabinet. Segala pematuhan undang-undang terpakai kepada Ahmad Zahid sebagai implikasi apa yang akan berlaku ke atas dirinya di mahkamah nanti," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya lagi, hakikatnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menerima kenyataan bahawa Ahmad Zahid masih mengemudi BN yang menyumbang 30 kerusi Parlimen bagi menyokong kerajaan perpaduan sebagai blok kedua terbesar selepas PH.

Mengenai portfolio Menteri Kewangan dipegang Anwar, Mujahid berkata, imej pro rakyat dan bersih daripada rasuah bakal ditentukan oleh Anwar sendiri walaupun secara dasar Perdana Menteri tidak sepatutnya memegang dua portfolio yang boleh dilihat mempunyai konflik kepentingan.

Katanya, keperluan segera imej integriti pentadbiran dapat dipacu oleh Anwar sendiri dalam kedudukannya sebagai Menteri Kewangan.

"Isu pemberian kontrak dan proses pemberian yang telus serta dasar penjimatan ditentukan oleh Anwar sendiri. Siapa lebih layak meletakkan tapak perubahan struktural kewangan negara selain Anwar sendiri yang melaungkannya sejak era reformasi lagi?

"Saya yakin di atas keperluan ini, Anwar mengambil alih tugas Menteri Kewangan walaupun sepatutnya Perdana Menteri tidak memegang dua portfolio yang boleh dilihat ada konflik kepentingan," katanya.

Katanya, imej elitis pro bangsawan yang dibawa Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sewaktu menjadi Menteri Kewangan dalam pentadbiran kerajaan terdahulu juga bercanggah dengan imej pro rakyat Kabinet diterajui Anwar.

Beliau berkata, ia berbeza dengan kali ini Tengku Zafrul diberi jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang dijangka tugasnya akan membawa pelaburan luar ke dalam negara.

"Mungkinkah imej elitis pro perniagaan oleh Tengku Zafrul akan membantu? Kita akan tunggu dan lihat," kata Mujahid.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/anwar-terpaksa-terima-hakikat-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesyuarat Bn Tegang Isu Surat Sokong Anwar Mca Gesa Zahid Berundur

Mesyuarat Bn Tegang Isu Surat Sokong Anwar Mca Gesa Zahid Berundur

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 182 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 23 2022 4 46 PMPengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menjadi sasaran kecaman pada mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu malam tadi berhubung surat yang dihantarnya ke Istana Negara menurut sumber Walaupun unit ko...
Lantik Zahid Langkah Tak Popular Tapi Anwar Terpaksa Penganalisis

Lantik Zahid Langkah Tak Popular Tapi Anwar Terpaksa Penganalisis

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 174 hits
Alena NadiaPelantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri mungkin tidak popular dalam kalangan ramai orang tetapi ia adalah keputusan yang tidak dapat dielakkan kata penganalisis Penganalisis sosiopolitik Prof Awang Azman Aw...
Lantik Zahid Reformasi Terbesar Dilakukan Anwar Sindir Pemuda

Lantik Zahid Reformasi Terbesar Dilakukan Anwar Sindir Pemuda

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 220 hits
agendaily com4 12 2022Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Afnan Hamimi Taib Azamudden Laungan reformasi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokongnya tatkala dipecat daripada kerusi Timbalan Perdana Menteri dan UMNO pada 1998 menoktah ap...
Ahli Umno Lapor Polis Surat Zahid Sokong Anwar Jadi Pm

Ahli Umno Lapor Polis Surat Zahid Sokong Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 141 hits
Bekas timbalan ketua Umno Bahagian Putrajaya Tun Faisal Aziz berkata surat itu patut disiasat kerana cubaan menipu dan menghina Yang di Pertuan Agong PUTRAJAYA Bekas timbalan ketua Umno Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz meminta piha...
Zahid Mengaku Serah Surat Sokong Anwar Mca Mahu Mohamad Hasan Ganti Pengerusi Bn

Zahid Mengaku Serah Surat Sokong Anwar Mca Mahu Mohamad Hasan Ganti Pengerusi Bn

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 100 hits
FMT ReportersPETALING JAYA MCA mahu Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Mohamad Hasan menggantikan Pengerusi Zahid Hamidi selepas presiden Umno itu mengaku menyerahkan surat kepada Yang di Pertuan Agong yang mendakwa gabungan itu menyokong ...
Zahid Nafi Bn Akan Sokong Pn Tubuh Kerajaan Persekutuan Ahli Parlimen Bn Ingkar Parti Akan Auto Hilang Kerusi

Zahid Nafi Bn Akan Sokong Pn Tubuh Kerajaan Persekutuan Ahli Parlimen Bn Ingkar Parti Akan Auto Hilang Kerusi

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 214 hits
Walaupun ramai yang menggesanya meletak jawatan susulan kekalahan teruk di PRU15 Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya tidak pernah berunding dengan Gabungan Parti Sarawak untuk menyokong Perikatan Nasional membentuk kerajaan per...
Zahid Saved Anwar And Is Rewarded With The Dpm Post

Zahid Saved Anwar And Is Rewarded With The Dpm Post

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 208 hits
Like it or not Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has thrown Pakatan a lifeline for Anwar to be Prime Minister and lead the Federal government Anwar is indebted to him as without Zahid he wouldn t be there It s certainly not a per...
Laungan Undur Zahid No Dap No Anwar Bergema Di Ibu Pejabat Umno

Laungan Undur Zahid No Dap No Anwar Bergema Di Ibu Pejabat Umno

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 227 hits
hmetro com myAHLI Umno Bahagian Bukit Bintang berkumpul mendesak Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan di Menara Dato Onn FOTO Aizuddin SaadKuala Lumpur Laungan undur Zahid No DAP No Anwar bergema di ibu pejabat Umno di Menara Dato Onn di s...
Sharir Samad Kerjasama Anwar Zahid Boleh Sebabkan Tun M Tidak Senang Duduk

Sharir Samad Kerjasama Anwar Zahid Boleh Sebabkan Tun M Tidak Senang Duduk

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 130 hits
Fahmy A Rosliam hmetro com myKuala Lumpur Seorang veteran Umno menyifatkan apa yang berlaku dalam landskap politik baharu negara antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional adalah realiti politik bersandarkan keperluan semasa Tan Sri Shahri...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kopi Surat Cinta Kota Damansara

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega