Najib Akhirnya Didengar Di Mahkamah Tinggi



PUTRAJAYA: Rayuan Datuk Seri Najib Razak terhadap tindakan pendakwaan menarik balik sijil pindah kes bagi tujuh tuduhan membabitkan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd dihadapinya, umpama membuat kecoh dalam perkara remeh-temeh.

Peguam Negara, Tommy Thomas, dalam hujahan berkata ia adalah kerana semua pihak sedia maklum perbicaraan kes pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram terhadap Najib akhirnya perlu didengar di Mahkamah Tinggi.

Katanya, apa yang menjadi pertikaian dalam rayuan itu adalah berhubung laluan yang diambil pihak pendakwaan dalam proses membawa kes itu dari Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

“Pertikaian dalam perkara ini hanya laluan yang kami ambil ke destinasi sama iaitu akhirnya Mahkamah Tinggi,” katanya ketika berhujah terhadap tiga rayuan interlokutori dikemukakan Najib di Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.

Tommy berkata, Peguam Negara mempunyai kuasa tersurat mengikut peruntukan undang-undang untuk mengemukakan sijil memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi dan kuasa tersurat untuk menarik balik sijil berkenaan.

Sementara itu, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, berhujah anak guamnya sepatutnya dilepas tanpa dibebaskan selepas sijil pindah kes itu ditarik balik pendakwaan. Katanya, tindakan pendakwaan menarik balik sijil itu menyebabkan tuduhan terhadap anak guamnya tidak wujud lagi. “Mungkin disebabkan oleh ego, pendakwaan tidak memohon di Mahkamah Tinggi untuk memulakan semula (pendakwaan),” katanya.

Seorang lagi peguam Najib, Harvidnerjit Singh berkata dakwaan berhubung perbelanjaan melalui kad kredit dan cek anak guamnya terkandung dalam ucapan pembukaan pendakwaan pada hari pertama perbicaraan kes SRC International itu semalam, bukan sebahagian daripada tuduhan yang dikenakan terhadap Najib.

Beliau berkata, pernyataan pembukaan itu dilaporkan secara meluas oleh media tempatan dan antarabangsa, dan ia menyebabkan prejudis terhadap anak guamnya.

Katanya, ia adalah rasional di sebalik permohonan pihaknya untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya media dan orang awam dilarang daripada membicarakan mengenai merit kes tertuduh.

Bagaimanapun, Tommy berkata bukan tugas mahkamah untuk menyediakan arahan terbabit kepada media dan orang awam bagi pihak peguam bela.

Najib merayu dalam permohonannya mendapatkan perintah melarang media dan orang ramai daripada membincangkan dan menerbitkan kenyataan mengenai merit tujuh tuduhan kesnya; perintah mendapatkan beberapa dokumen tambahan termasuk pernyataan saksi sebelum perbicaraan bermula; dan rayuan mengenai tindakan pendakwaan menarik balik sijil pindahan kes daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Prosiding di hadapan panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum bersambung esok

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hablulyuzi.blogspot.com/2019/04/najib-akhirnya-didengar-di-mahkamah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tolak Penangguhan Najib Semakin Hampiri Sungai Buluh

Mahkamah Tolak Penangguhan Najib Semakin Hampiri Sungai Buluh

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 307 hits
Kes perbicaraan SRC International Sdn Bhd terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak dijangka bermula tidak lama lagi Ini susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mendapati bahawa Mahkamah Rayuan yang mengeluarkan perintah membenarka...
Mahkamah Tolak Penangguhan Kes Src Najib Bermula Tak Lama Lagi

Mahkamah Tolak Penangguhan Kes Src Najib Bermula Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 436 hits
Kes perbicaraan SRC International Sdn Bhd terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak dijangka bermula tidak lama lagi Ini susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mendapati bahawa Mahkamah Rayuan yang mengeluarkan perintah membenarka...
Perbicaraan Najib Mahkamah Diberitahu Src Hanya Ada Modal Rm1 Juta

Perbicaraan Najib Mahkamah Diberitahu Src Hanya Ada Modal Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 405 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa syarikat SRC International Sdn Bhd yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 7 Jan 2011 mempunyai modal terbitan sebanyak RM1 juta Penolong Pendaftar SSM Muhamad Akmal...
Clare Gembira Dapat Lihat Najib Dibicarakan Di Mahkamah

Clare Gembira Dapat Lihat Najib Dibicarakan Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 346 hits
Clare yang mendedahkan skandal 1MDB turut hadir di mahkamah mengikut perbicaraan Najib Foto Wan Zahari MalaysiaDateline KUALA LUMPUR Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown akan memantau perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd ke atas...
Najib Duduk Kandang Tertuduh Tersenyum Keluar Mahkamah Pada Perbicaraan Hari Pertama

Najib Duduk Kandang Tertuduh Tersenyum Keluar Mahkamah Pada Perbicaraan Hari Pertama

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 405 hits
Najib Razak disambut penyokongnya yang melaunngkan BoosKu ketika hadir perbicaraan hari pertama Foto BBC News KUALA LUMPUR Seorang penyokong bekas perdana menteri Najib Razak membuat kecoh di hadapan bilik bicara Mahkamah Tinggi Jenayah di ...
Permohonan Najib Semak Pembatalan Perintah Tangguh Bicara Didengar Khamis

Permohonan Najib Semak Pembatalan Perintah Tangguh Bicara Didengar Khamis

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 355 hits
Permohonan Najib semak pembatalan perintah tangguh bicara didengar Khamis Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 2
Najib Kelihatan Tenang Berdoa Sebelum Masuki Mahkamah

Najib Kelihatan Tenang Berdoa Sebelum Masuki Mahkamah

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 321 hits
Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini untuk perbicaraan kes dana SRC International Sdn Bhd Berpakaian biru gelap dan ditemani anaknya Ashman bekas perdana menteri dilihat menadah tangan dipercay...
Kes Src Najib Mahkamah Sediakan 100 Pas Untuk Media

Kes Src Najib Mahkamah Sediakan 100 Pas Untuk Media

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 426 hits
Sebanyak 100 keping pas telah disediakan untuk pengamal media tempatan dan antarabangsa yang akan membuat liputan perbicaraan kes yang dihadapi bekas perdana menteri Najib Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi ...
Sultan Melaka Bebas Daripada Pertuduhan Di Mahkamah Tinggi Melaka

Sultan Melaka Bebas Daripada Pertuduhan Di Mahkamah Tinggi Melaka

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 308 hits
Noor Jan Tuah seorang ahli perniagaan atau lebih dikenali dengan Sultan Melaka dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Melaka apabila keputusan itu dikekalkan seperti apa yang diputuskan Mahkaah Sesyen tahun lalu Ini juga menunjukkan kegagalan piha...
Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded

Setiausha Agong Veteran Umno

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ranking Terkini Bola Sepak Malaysia 2025

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Berjaya Buka Kelas Silat Di Sekolah

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Terbeli Aviary Jacquard Beaded Handle Bag Charles Keith