Naikkan Ranking Atasi Isu Pemain Enggan Wakili Negara Antara 3 Misi Getir Cklamovski Kendali Hm Sukan




PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan Peter Cklamovski sebagai pengendali baharu Harimau Malaya.
Kehadiran Cklamovski adalah untuk menggantikan Pau Marti Vicente yang baru saja selesai membantu skuad kebangsaan di pentas Asia baru-baru ini.
Mengikut rekod, tugasan Vicente bersama skuad Harimau Malaya berakhir sebaik saja Malaysia tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan Piala Asean 2024.
BACA LAGI: Menang bergaya ke semifinal, fans Gergasi Merah masih belum maafkan Ronnie
BACA LAGI: Hanya TMJ tahu apa yang terbaik, saya sayang Malaysia — Bergson

Cklamovski meninggalkan FC Tokyo selepas musim J1 League tamat.
Vicente jelas bukanlah calang-calang orang selepas menjadi antara ‘individu kepercayaan’ Kim Pan-gon dalam barisan kejurulatihan Harimau Malaya.
Dengan berakhirnya tugas Pau Marti itu, kini giliran pengendali kelahiran Jepun pula bakal memimpin skuad yang pernah dikendalikan oleh Kim Pan-gon.
Oleh itu, selain sasaran untuk memperbaiki ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menuju ke kedudukan 100 terbaik dunia, misi Cklamovski adalah untuk membangunkan pemain muda sebagai tulang belakang pasukan, memupuk mentaliti kemenangan, serta mencipta strategi taktikal yang sesuai dengan kekuatan dan kelemahan Harimau Malaya.
1. Terapkan permainan menyerang
Menerapkan permainan menyerang menjadi salah satu misi getir bagi Peter Cklamovski dalam usaha membangunkan pasukan Harimau Malaya untuk bersaing di peringkat Asia.
Sebagai Ketua Jurulatih, Cklamovski perlu memastikan pasukannya tidak hanya bergantung kepada strategi bertahan, tetapi juga mampu mencipta lebih banyak peluang gol melalui serangan yang lebih agresif dan berkesan.
Ia melibatkan pengubahsuaian taktik permainan, meningkatkan kebolehan pemain dalam menyerang dan memastikan mereka dapat bersaing dengan pasukan-pasukan Asia yang terkenal dengan kekuatan serangan dan kepantasan.
Pendekatan menyerang itu adalah penting untuk membantu skuad kebangsaan mencapai kejayaan di peringkat Asia terutamanya dalam kejohanan-kejohanan utama seperti Piala Asia.

Cklamovski pernah menjadi pembantu Postecoglou selama 15 tahun.
2. Kurangkan isu pemain enggan wakili Harimau Malaya
Cklamovski juga membawa misi dengan mengurangkan isu pemain yang enggan mewakili Harimau Malaya, termasuk situasi melibatkan pemain Sabah FC seperti Dominic Tan, Stuart Wilkin, Daniel Ting, dan Darren Lok selain turut membabitkan pemain-pemain JDT.
Beberapa faktor mungkin menyebabkan pemain enggan menyarung jersi kebangsaan, antaranya ialah masalah kecergasan, konflik jadual perlawanan liga dan ketegangan dengan pihak pengurusan atau jurulatih.
Cklamovski perlu mencari jalan untuk menangani masalah itu agar tidak menjejaskan persiapan dan prestasi Harimau Malaya.
Salah satu pendekatan yang mungkin diambil ialah dengan memastikan komunikasi yang lebih terbuka dan jelas antara pemain, jurulatih dan pihak pengurusan supaya pemain merasakan mereka dihargai dan mempunyai peranan penting dalam pasukan kebangsaan.
3. Beri peluang pemain muda
Bekas pengurus FC Tokyo itu turut mempunyai misi dalam membantu Harimau Malaya dengan membangunkan generasi pemain muda yang berbakat.
Dengan memberi peluang kepada pemain muda seperti Haqimi Azim Rosli, Harith Haiqal Adam Akfar dan Nooa Laine, Cklamovski perlu berusaha mengukuhkan pasukan untuk masa depan sambil mencipta skuad yang lebih dinamik dan kompetitif.
Memberi peluang kepada pemain muda bukan sahaja meningkatkan prestasi individu mereka, tetapi juga memberikan variasi dalam gaya permainan Harimau Malaya, selaras dengan visi Cklamovski untuk mempersiapkan pasukan bagi cabaran masa depan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link
The post Naikkan ranking, atasi isu pemain enggan wakili negara antara 3 misi getir Cklamovski kendali HM – Sukan appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/naikkan-ranking-atasi-isu-pemain-enggan-wakili-negara-antara-3-misi-getir-cklamovski-kendali-hm-sukan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Terasa Bila Nama Cklamovski Diumumkan Fans Saran Pau Marti Belajar Dari Ruud Van Nistelrooy Sukan

Video Terasa Bila Nama Cklamovski Diumumkan Fans Saran Pau Marti Belajar Dari Ruud Van Nistelrooy Sukan

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 225 hits
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia secara rasmi telah melantik Peter Cklamovski sebagai pengendali baharu Harimau Malaya untuk membawa cabaran skuad kebangsaan mengharungi Kelayakan Piala Asia 2027 pada tahun depan Pengendali kelahiran Australia...
Enggan Bolos Di Ssmza Badrul Pesan Siap Siap 2 Mesin Cetak Gol Sang Penyu Kena Lebih Efektif Depan Gawang Sukan

Enggan Bolos Di Ssmza Badrul Pesan Siap Siap 2 Mesin Cetak Gol Sang Penyu Kena Lebih Efektif Depan Gawang Sukan

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 291 hits
TERENGGANU FC perlu mengekalkan pertahanan yang kukuh untuk mengelak daripada membenarkan gol dijaringkan dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2024 yang menentukan nasib mereka menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Mizan Zain...
Persatuan Berpakat Naikkan Harga Barang Sabotaj Ekonomi Negara

Persatuan Berpakat Naikkan Harga Barang Sabotaj Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 196 hits
BHarianonline nbsp KETIKA rakyat dan negara berada dalam mood selesa tenang serta reda kontroversi politik tiba tiba kita dikejutkan dengan tindakan beberapa persatuan perniagaan mahu menaikkan harga barang dan perkhidmatan menerusi media s...
Zahid Ucap Tahniah Pesilat Negara Menjuarai Kejohanan Pencak Silat Dunia

Zahid Ucap Tahniah Pesilat Negara Menjuarai Kejohanan Pencak Silat Dunia

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 141 hits
PETALING JAYA Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada pesilat negara V Thamaraj yang menjuarai Kejohanan Pencak Silat Dunia ke 20 bagi kategori bebas putera di Abu Dhabi Emiriah Arab Bersatu semalam Timbalan Perdana Ment...
Kerja Keras Kerajaan Madani Untuk Kemakmuran Negara Dan Rakyat

Kerja Keras Kerajaan Madani Untuk Kemakmuran Negara Dan Rakyat

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 268 hits
Alhamdulillah Kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan untuk terus melonjakkan ekonomi negara sepanjang tahun ini bagi melimpahkan kemakmuran berpanjangan buat rakyat dan negara Kerajaan akan terus bekerja keras di tahun tahu...
Suriname Negara Pelbagai Kaum

Suriname Negara Pelbagai Kaum

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 307 hits
Negara Suriname terletak di di Amerika Selatan yang bahagian utaranya adalah Lautan Atlantik dan bersempadan darat dengan Guyana Guyana Prancis dan Brazil Negara Suriname merupakan bekas jajahan Belanda yang merdeka pada tanggal 25 November...
Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 276 hits
BloggerBorneo com Sistem ekonomi Islam kaffah menawarkan solusi Artikel pertama kali tampil pada
Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 293 hits
BloggerBorneo com Malaysia mencetak sejarah dengan menjadi negara Artikel pertama kali tampil pada
Pekerja Warga Asing Merayu Gaji Mereka Diberikan Demi Bayar Hutang Keluarga Di Negara Asal

Pekerja Warga Asing Merayu Gaji Mereka Diberikan Demi Bayar Hutang Keluarga Di Negara Asal

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 270 hits
Lebih 200 pekerja asing di Kawaguchi Manufacturing Sdn Bhd yang menjalani kehidupan selama tujuh bulan tanpa gaji berharap mendapat kerja baharu sebelum bulan puasa bermula Februari tahun depan Kawaguchi Manufacturing Sdn Bhd yang ditubuhka...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Normalisasikan Wanita Tegur Ibu Beri Anak Makanan Belum Dibayar

Dendam Kena Paksa Belajar Pelajar Spm Mengamuk Ibu Dan Abang Jadi Mangsa

Malaysia Negara Ke 10 Paling Menakutkan Untuk Memandu

Sajikan Dengan Keaslian Jadikannya Rasa Italian Meraikan Warisan Kulinari Itali Di B I G Publika

Resepi Ayam Kukus Mudah

Sedap Rupanya Daging Berlengas Berselera Encik Suamiku Makan