Naikkan Gaji Jika Mansuh Skim Lantikan Tetap Berpencen




SHAH ALAM – Sekiranya kerajaan berhasrat memansuhkan skim lantikan tetap dan berpencen, gaji dan caruman penjawat awam perlu dinaikkan seiring dengan cabaran kehidupan serta kos sara hidup yang semakin meningkat.
Presiden Kelab Pesara Kerajaan Malaysia (Kupekmas), Datuk Omar Osman berpendapat, memandangkan gaji kakitangan awam lebih rendah berbanding swasta, kerajaan perlu menaikkan sekali ganda dan caruman pekerja pada kadar sembilan peratus untuk pekerja dan 11 peratus untuk kerajaan selaku majikan.
“Caruman ini juga perlu kelaskan mengikut kluster perkhidmatan iaitu bagi mereka yang sudah berkhidmat lebih daripada 15 tahun, caruman majikan perlu lebih.
“Ini bagi memastikan selepas penjawat awam ini pencen, mereka tidak berdepan dengan masalah kewangan kerana mempunyai simpanan mencukupi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedang mencari jalan terbaik berhubung cadangan tiada lagi lantikan baharu dalam perkhidmatan awam di bawah skim tetap dan berpencen bagi memastikan ia tidak merugikan penjawat awam.
Menurutnya, tiada sebarang keputusan dibuat berkenaan cadangan itu dan masih belum dibincangkan di peringkat Kabinet.
Omar berkata, pada 2010, kerajaan pernah mencadangkan Skim Kaedah Persaraan Bercarum seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tetapi dibantah Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
“Saya ketika itu menjadi Presiden Cuepacs membantah cadangan tersebut dan ia tidak dilaksanakan. Situasi yang berlaku hari ini sama seperti 2010 dan pada pendapat saya, skim sedia ada tidak wajar ditukar,” katanya.
Beliau menjelaskan, soal bebanan sebanyak RM28 bilion untuk bayaran pencen tidak perlu ditimbulkan kerana ia merupakan tugas kerajaan.
“Sebab itu kita ada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) ini. Kerajaan dipilih rakyat untuk mentadbir negara berdasarkan kepada janji dan pembaharuan yang dibawa.
“Penjawat awam ini ialah rakyat Malaysia, jadi kerajaan sepatutnya memudahkan mereka dan bukan menyusahkan lagi,” katanya.
Bagaimanapun, beliau masih berharap agar kerajaan meneruskan lantikan baharu dalam perkhidmatan awam di bawah skim tetap dan berpencen sebagaimana dilaksanakan selama ini sebagai menghargai mereka.
“Kalau dimansuhkan skim ini, tidak ada apa yang menarik tentang perkhidmatan awam. Rakyat Malaysia tidak akan berminat menyertainya.
“Gaji penjawat awam lebih rendah berbanding swasta, sebab itulah pencen ini diperkenalkan. Jika pencen dimansuhkan, bagaimana dengan hari tua mereka tatkala kehidupan semakin mencabar dengan peningkatan kos sara hidup, perubatan dan kediaman?” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/47219/BERITA/Nasional/Naikkan-gaji-jika-mansuh-skim-lantikan-tetap-berpencen
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/10/naikkan-gaji-jika-mansuh-skim-lantikan-tetap-berpencen/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Henti Skim Pencen Ganti Dengan Lantikan Kontrak Penjawat Awam Tahun Depan Seriuslah

Henti Skim Pencen Ganti Dengan Lantikan Kontrak Penjawat Awam Tahun Depan Seriuslah

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 454 hits
Sumber dari HeadbombSemalam Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam iaitu Datuk Seri Borhan Dolah telah mengeluarkan kenyataan berhubung cara lantikan baru bagi penjawat awam Menurut beliau bermula tahun hadapan skim berpencen akan digantikan deng...
Mansuh Skim Pencen Tindakan Zalim

Mansuh Skim Pencen Tindakan Zalim

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 389 hits
Datuk Dr Faiz Najmil Mohamed ArisKUALA LUMPUR Pengumuman Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dolah bahawa skim pencen untuk kakitangan awam akan dihentikan adalah satu tindakan yang zalim dan kejam EXCO Pergerakan Pemuda UMNO...
Hapus Skim Pencen Cuepacs Mahu Mekanisme Lantikan Baru Dibincang

Hapus Skim Pencen Cuepacs Mahu Mekanisme Lantikan Baru Dibincang

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 312 hits
Presiden Cuepacs Azih Muda berkata skim pencen sedia ada adalah terbaik kepada negara dan bertepatan dengan perlembagaan KUALA LUMPUR Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam berharap perundingan akan terus berlaku antara ke...
Pertukaran Skim Tetap Dan Berpencen Tidak Libatkan Penjawat Awam Sedia Ada Ksn

Pertukaran Skim Tetap Dan Berpencen Tidak Libatkan Penjawat Awam Sedia Ada Ksn

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 333 hits
Kuala Lumpur Cadangan menggantikan skim tetap dan berpencen tidak melibatkan penjawat awam sedia ada dan ia hanya melibatkan lantikan baharu bermula tahun hadapan kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Abu Bakar Bagaimanapun kata...
Ini Hadiah K Jaan Ph Untuk Rakyat Mansuh Skim Pencen

Ini Hadiah K Jaan Ph Untuk Rakyat Mansuh Skim Pencen

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 397 hits
JOHOR BAHRU 5 Sept Kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dolah berkenaan skim pencen mungkin tiada lagi menjelang tahun 2020 disifatkan sebagai hadiah kerajaan Pakatan Harapan untuk rakyat Ketua Pemuda UMNO Johor Mohd...
Lepas Bagi Gaji Suku Juta Ringgit Sebulan Pada Ceo Sime Darby Lantikan Dap 220 000 Hektar Ladang Pula Dijual

Lepas Bagi Gaji Suku Juta Ringgit Sebulan Pada Ceo Sime Darby Lantikan Dap 220 000 Hektar Ladang Pula Dijual

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 920 hits
Sime Darby memliki konsesi ladang sawit dengan keluasan 220 000 hektar di negara Liberia di Afrika Konsesi yang luasnya 3 kali jumlah keluasan Singapura adalah selama 63 tahun Pokok kelapa sawit mula ditanam bermula tahun 2011 Setakat ini k...
Skim Thohir 2018 Jom Berzakat Dengan Kempen Potongan Gaji

Skim Thohir 2018 Jom Berzakat Dengan Kempen Potongan Gaji

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 285 hits
Assalamualaikum Mungkin ramai yang tak tahu kita boleh juga berzakat melalui potongan gaji Jadi nanti tiadalah alasan terlupa atau tidak cukup masa bukan Kalau korang nak tahu baru baru ini Pusat Pungutan Zakat MAIWP telah melancarkan satu ...
Kerajaan Bakal Laksanakan Skim Tidak Berpencen Kontrak

Kerajaan Bakal Laksanakan Skim Tidak Berpencen Kontrak

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 461 hits
The ReporterKerajaan dijangka akan melaksanakan opsyen lantikan tidak tetap kepada penjawat awam baharu pada masa akan datang yang dapat menjimatkan bebanan kewangan sehingga RM5 bilion setahun Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk...
K Jaan Nak Tukar Skim Pencen Kepada Kwsp

K Jaan Nak Tukar Skim Pencen Kepada Kwsp

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 561 hits
Bolehkah Guan Eng Kula Pinda Perlembagaan Untuk Batalkan Pencen Posted by SnapShot at Hangat diviralkan kerajaan bercadang untuk menukar skim pencen penjawat awam kepada skim KWSP Betulker berita nie Para penjawat awam bakal pesara dan pesa...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Happy Deepavali 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sunyi Sepi Jam 2 00 Pagi Bahagia Klik Blog

Best Middle Eastern Braised Beef Recipe

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah