Pertukaran Skim Tetap Dan Berpencen Tidak Libatkan Penjawat Awam Sedia Ada Ksn


Kuala Lumpur : Cadangan menggantikan skim tetap dan berpencen tidak melibatkan penjawat awam sedia ada, dan ia hanya melibatkan lantikan baharu bermula tahun hadapan, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ismail Abu Bakar.
Bagaimanapun katanya, perkara berkenaan masih dalam peringkat kajian, dan masih belum diputuskan.
”Mungkin tahun depan baru dapat keputusan, untuk melaksanakan cadangan berkenaan atau memerlukan penambahbaikkan.
”Kita sedia maklum bahawa tentera dan polis semua adalah perkhidmatan awam yang memerlukan kesinambungan, sama ada mereka terlibat atau tidak (pertukaran skim tetap dan berpencen) atau perkhidmatan awam sahaja yang terlibat,” katanya kepada pemberita ketika lawatan kerja KSN di Unit Tindak Khas Polis Diraja Malaysia, di Lapang Sasar Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am Cheras, di sini.
Pada Rabu lepas, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dolah berkata mulai tahun depan (2020), lantikan baharu dalam perkhidmatan awam mungkin tidak lagi dibuat di bawah skim tetap dan berpencen, sebaliknya digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambah baik.
Langkah itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa khas pembaharuan perkhidmatan awam pada Oktober 2018, yang mahukan perkhidmatan awam dikecilkan secara berfrasa dan lantikan berdasarkan keperluan, selain mengurangkan bebanan pencen yang kini mencecah RM28 bilion.
Sementara itu, ditanya mengenai cadangan kenaikan gaji anggota polis, beliau berkata perkara berkenaan masih dalam kajian dan bergantung kepada kemampuan kewangan negara.
”Selain itu, penstrukuran elaun pasukan anggota keselamatan negara akan juga ditambah baik dari semasa ke semasa dan dilihat secara keseluruhan,” katanya.
Sementara itu, mengulas insiden Mej Mohd Zahir Armaya terkena tembakan maut, ketika membuat aksi gimik pada Pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, pada Sabtu lepas, Ismail berkata penggunaan peluru hidup tidak dapat dielakkan.
“Apa yang penting sebagai anggota elit, mereka memang memerlukan latihan menggunakan peluru hidup untuk memberanikan diri bagi mengambil tindakan sebenar,” katanya.
Mohd Zahir, 36, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Lok Kawi, Sabah.
Allahyarham Mohd Zahir, anak kepada pelakon serta pelawak veteran A.R Badul, dilapor meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi, di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah selepas dimasukkan ke Unit Kecemasan.
Sumber : Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/08/pertukaran-skim-tetap-dan-berpencen-tidak-libatkan-penjawat-awam-sedia-ada-ksn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cadangan Henti Skim Pencen Penjawat Awam Masih Di Peringkat Kajian Azizah

Cadangan Henti Skim Pencen Penjawat Awam Masih Di Peringkat Kajian Azizah

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 627 hits
KUALA LUMPUR Cadangan untuk menghentikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam bagi lantikan baharu bermula tahun hadapan masih dalam peringkat kajian kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail Saya difahamkan ia akan dibawa dan...
Yew Yin Sambut Baik Cadangan Skim Kontrak Penjawat Awam

Yew Yin Sambut Baik Cadangan Skim Kontrak Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 331 hits
Ahli perniagaan Koon Yew Yin yang sebelum ini mencadangkan kakitangan awam dikurangkan menyambut baik cadangan tiada lagi lantikan baharu dalam perkhidmatan awam di bawah skim tetap dan berpencen Menurutnya beliau gembira kerana kerajaan ak...
Henti Skim Pencen Ganti Dengan Lantikan Kontrak Penjawat Awam Tahun Depan Seriuslah

Henti Skim Pencen Ganti Dengan Lantikan Kontrak Penjawat Awam Tahun Depan Seriuslah

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 400 hits
Sumber dari HeadbombSemalam Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam iaitu Datuk Seri Borhan Dolah telah mengeluarkan kenyataan berhubung cara lantikan baru bagi penjawat awam Menurut beliau bermula tahun hadapan skim berpencen akan digantikan deng...
Tamat Skim Pencen Hadiah Istimewa Ph Kepada Penjawat Awam

Tamat Skim Pencen Hadiah Istimewa Ph Kepada Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 339 hits
Mohd Hairi Mad Shah KUALA UMPUR Pergerakan Pemuda UMNO Johor mencabar Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dollah meninggalkan apa yang dinikmatinya kini kepada skim kontrak yang akan dipraktikkan Ketuanya Mohd Hairi Mad Shah ...
Skim Pencen Penjawat Awam Bakal Dipotong Untuk Kurangkan Beban Kerajaan

Skim Pencen Penjawat Awam Bakal Dipotong Untuk Kurangkan Beban Kerajaan

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 497 hits
Demi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan Pakatan Harapan satu mekanisme baharu dijangka dilaksanakan bagi menggantikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam pada tahun depan membabitkan lantikan baharu dalam sektor itu Ketua P...
Kerajaan Bakal Laksanakan Skim Tidak Berpencen Kontrak

Kerajaan Bakal Laksanakan Skim Tidak Berpencen Kontrak

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 402 hits
The ReporterKerajaan dijangka akan melaksanakan opsyen lantikan tidak tetap kepada penjawat awam baharu pada masa akan datang yang dapat menjimatkan bebanan kewangan sehingga RM5 bilion setahun Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk...
Skim Pencen Baharu Perkhidmatan Awam Bermula Tahun 2020

Skim Pencen Baharu Perkhidmatan Awam Bermula Tahun 2020

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 799 hits
Mulai tahun depan lantikan baharu dalam perkhidmatan awam mungkin tidak lagi dibuat dibawah skim tetap dan berpencen sebaliknya digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambahbaik kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borha...
Tiada Skim Pencen Hilanglah Keistimewaan Kakitangan Awam

Tiada Skim Pencen Hilanglah Keistimewaan Kakitangan Awam

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 523 hits
05 September 2019 5 35 PMGARA gara mahu berjimat dalam pengurusan dan pentadbiran kerajaan skim pencen akan dilupuskan dan diganti dengan skim kontrak Skim kontrak ini dipercayai akan menjimatkan lebih kurang RM5 bilion kos setiap tahun Nam...
Isu Penjawat Awam Kerajaan Ph Hentikanlah Buat Preskripsi Salah

Isu Penjawat Awam Kerajaan Ph Hentikanlah Buat Preskripsi Salah

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 301 hits
Berhentilah buat preskripsi salah Perkhidmatan Awam adalah antara yang UMNO dan kita semua perjuangkan sejak sebelum merdeka Kita mengambilnya kembali dari penjajah Inggeris dan jadikan hak kita dari kita dan untuk kita Kita pasak ia dalam ...
The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Kes Tuntutan Palsu Rm450 Juta Datuk Dicekup Lagi

Continuous Learning In Business

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Suplemen Pesakit Ckd Dan Ihd

Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang Undang Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan

Anaheim Car Owners Are Turning To This Hassle Free Option


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kesan Data Non Farm Payroll Kepada Pasaran Saham Emas Kripto

Cara Belajar Anak Rita Rudaini Diiktiraf Pakar Teknik Jeda Belajar Untuk Lebih Ingat

20 Sebab Dan Perkara Medical Card Tak Cover

Tetamu Tamak Ambil Makanan Dan Tetamu Tidak Diundang

Sbdj Siri 225 Penunggu Bilik

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik