Naik Jambatan Baru Makan Di Kukup Kenangan Rumah Pak Chu


 Assalamualaikum WBT

HARI Sabtu, pi merendek naik jambatan baru, yang menghubungkan Serkat (Tanjung Piai - Tanah Penghujung Benua Asia) dan Gelang Patah. Pagi tu, dah sarapan Nasi Lemak seorang sepinggan, jadi, tengaharinya Sk tak masak. Dah petang tu, Pak Inche kata, jom pergi makan, dia nak makan seafood.. tak kisahlah kat mana, janji seafood. Sk pulak teringat, kami belum 'raso' lagi Jambatan Sungai Pulai.. bila Sk ajak tengok jambatan, Pak Inche terus cadangkan makan di New Kukup Restaurant. 

Disebabkan kurang pasti arah hendak ke jambatan, kami guna aplikasi waze dan set Jambatan Sungai Pulai. Waze menunjukkan kami akan sampai dalam tempoh 23 minit dan mengarahkan kami masuk lebuhraya Iskandar Puteri dan keluar di Tanjung Pelepas. Dari sini, kami melalui simpang Forest City dan terus menuju ke arah Tanjung Pelepas dan melalui simpang Pengkalan Marin Jabatan Laut di sebelah kanan. Ambil kiri dan terus naik jambatan. Tengok.. ramai yang berhenti ambil gambar atas jambatan walaupun telah dilarang, degil ni


Jarak dari rumah hingga pangkal jambatan, 19 minit. Dalam seminit kami betul-betul atas jambatan di mana terbentang Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sebelah kiri. Tak sampai 15 minit, dah sampai Kukup. Maknanya, dari rumah sampai Kukup dalam 35 minit aje berbanding sebelum ni hampir sejam lebih jugak nak sampai Kukup. Jadi, jika nak ke Kukup atau Tanjung Piai, masih relevan la ikut Jambatan Sungai Pulai, tapi kalau nak kupi-kupi di The Ruma Kupi Pontian atau Rumah Kopi Sogame atau lepak-lepak di Uncle Jabb's Place atau makan-makan di Iwak@Ru, atau nak ke Benut... baiklah sahaja ikut jalan biasa, sebab nanti macam kena berpatah balik


Sotong Telur Masin, RM36
Dah pesan dengan Pak Inche, jangan pesan banyak-banyak lauk. Ambil sayur, sotong, ikan, udang, cukup. Macam selalulah, mesti nak ambil Sotong Telur Masin. Sedap sangat masakan ni, sotong lembut dan mudah lumat dikunyah menandakan ia masih segar. Rasa telur masin yang lemak tanpa ditambah garam, ada rasa pedas-pedas dari cili padi merah cincang yang ditumis bersama daun kari. Walaupun dimasak kering tanpa kuah tapi masih ada rasa lembab-lembab sikit


Ikan Tebal Pipi Masam Manis, 750 gram, RM48.75
Tak ada stok ikan siakap, kakak staf cadangkan ambil ikan Tebal Pipi. Pak Inche terus tercengang sebab tak pernah dengar nama ikan tu. Sk tahu jer ikan tu, cuma tak pernah beli, kan. Kakak tu kata, untuk makan dua orang macam kami, sesuailah ambil ikan tebal pipi tu sebab saiznya tak besar sangat. Walaupun saiz tak besar, tapi isinya banyak, ialah, kalau tak, takkan namanya tebal pipi, kan.. haha. Pak Inche tanya harga kerapu, 110/100 gram. Mengenangkan 110 tu la, Pak Inche setuju ambil ikan tebal pipi. Sk mintak masakkan tiga rasa tapi rupanya, dorang masak Masam Manis. Tekstur ikan tebal pipi ni macam ikan siakap juga, sirip tepi pun sama rupa, jadi, mudahlah tekak Pak Inche yang cerewet tu nak terima, hehehe. Bagi Sk, rasa masam manis tu, biasa aje, hiasannya pun tak berapa nak menarik dan agak pucat. Nenas pula dipotong memanjang, tidak dipotong dadu. 

Baby Squid, RM30
Walaupun dah ada Sotong Telur Masin, Pak Inche nak jugak ada Baby Squid ni. Gasaklah, dia yang bayar, kan. Tapi, yang geram tu, lambat betul sampainya ke meja. Dua lauk tadi dah habis tau, tak sampai-sampai baby squid ni, malah, Sayur Kangkung Goreng Belacan pun tak nampak-nampak bayang. Tu.. sampai ke sudah, Sk beritahu, mintak cancel aje. Rupanya, pesanan tu tak masuk dalam sistem dapur. Oh, baby squid ni sedap, rangup dan manis-manis. Macam rasa jajan sotong kering tu, hahahaha


Mintak Pak Inche berhenti depan Bangunan Pejabat Imigresen Kukup untuk ambil gambar, nak tunjuk pada Fina, sepupu Sk, anak Arwah Pak Chu, adik abah. Seingat Sk, Pak Chu mula bertugas di sini pada tahun 1983 atau 1984. Sk sekeluarga pulak, tinggal di Pontian sejak Sk darjah 3, jadi, memang keraplah kami ke rumah Pak Chu. Kadang-kadang, bila cuti sekolah, dua tiga hari jugaklah duduk rumah Pak Chu. Anak-anak Pak Chu, Aop (Farouk) dan Nana (Fina) serta Ad, Ad kecik lagi sebaya Cikwa masa tu, baru 4 tahun kot. Bila dekat rumah Pak Chu ni la, dapat rasa bebas sikit, main turun naik tangga dan terbalikkan kumbang tanduk tu, hahaha. Selain tu, tak boleh keluar ya dari bangunan ni. Kadang teringin jugak nak jalan-jalan meniti jambatan kecik kat Kampung Air Masin depan tu, tapi tak berani. Siapa bagi idea, cara nak turun atau keluar dari bangunan ni ialah dengan mencampak selipar ke bawah, nanti pura-puralah turun nak ambil, haha. Salah campak, masuk dalam lumpur bakau kat bawah tu, hahaha


Yang atas sekali tu la rumah Arwah Pak Chu. Sk ingat lagi, dekat sinilah kali pertama Sk tonton filem Pontianak Gua Musang. Sk ingat jugak, hari tu, malam Jumaat dan setiap malam Jumaat ada tayangan filem seram di RTM, zaman tu, TV3 belum wujud lagi kot. Punyalah semangat semua duduk depan tv ala-ala nak tengok wayang, la kan.. sekali... keluar Pontianak tu menyergah kau, menjerit semua ketakutan. Banyak lagilah cerita yang menjadi kenangan yang masih segar dan seakan-akan baru berlalu padahal dah hampir 40 tahun. Tahun ini pun, Sk dah masuk 48 tahun. Oh, beberapa tahun kemudian, Pak Chu ditukarkan ke Terengganu dan bertugas di sana beberapa tahun sebelum ditempatkan di cawangan terakhir sebelum pencen di Pejabat Imigresen Muar. Pak Chu kemudian bermastautin di Melaka dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka. Nana sekeluarga pun dah menetap bersama Mak Chu di Melaka walaupun kahwin orang Kukup, hehehe


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/02/naik-jambatan-baru-makan-di-kukup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berat Naik Banyak Masa Hamil Baby Mungkin Besar Makan Boleh Tapi Kena Kawal

Berat Naik Banyak Masa Hamil Baby Mungkin Besar Makan Boleh Tapi Kena Kawal

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 294 hits
Ibu hamil biasanya kurang peka dengan diet sihat yang perlu diikuti sepanjang tempoh mengandung Kebanyakan ibu akan makan mengikut nafsu Akibatnya berat badan akan naik mendadak dan berpotensi untuk menghidap diabetes BERAPA BANYAK SEPATUTN...
Makan Malam Di Rumah Makan 100 Tahun Ujong Pasir Cekodok Bawang Sedap

Makan Malam Di Rumah Makan 100 Tahun Ujong Pasir Cekodok Bawang Sedap

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 279 hits
assalamualaikum bersambung kisah Sabtu lepas separuh hari di padang Izzat bersukan petangnya mr Asben belanja makan luar kami dinner awal happy la meskipun jadik tukang sorak utk Izzat penatnya bukan main penat ke manakah ke Ujong Pasir Rum...
Makan Tengah Hari Di Warung Buana Memang Benar Menggamit Kenangan

Makan Tengah Hari Di Warung Buana Memang Benar Menggamit Kenangan

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 551 hits
assalamualaikum selamat petang Ahad sebentar tadi buka laptop abah saya da 2 kali minta ringkasan jadual SPM kak Nurin asyiklah terlupa nak buatkan tu yg bila teringat tadi terus buat dah pun whatsapp ke adik di Bangi minta dia print utk ru...
Tunang Di Restoran Gadis Ini Jadi Perhatian Rumah Tak Payah Kemas Makan Dihidang

Tunang Di Restoran Gadis Ini Jadi Perhatian Rumah Tak Payah Kemas Makan Dihidang

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 153 hits
TUNANG di restoran dalam satu majlis yang ringkas gadis ini menjadi perhatian warganet Lazimnya sebelum menempuhi gerbang perkahwinan wanita akan melalui beberapa upacara seperti adat merisik meminang dan bertunang Seiring peredaran masa ad...
Marie Kondo Nyerah Untuk Beberes Rumah Usai Punya 3 Anak Kini Punya Standar Rapi Yang Baru

Marie Kondo Nyerah Untuk Beberes Rumah Usai Punya 3 Anak Kini Punya Standar Rapi Yang Baru

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 287 hits
Marie Kondo menyerah beres beres rumah kini ia lebih senang melihat rumahnya berantakan karena anaknya aktif bermain
Singgah Makan Di Pak Mat Western Penang

Singgah Makan Di Pak Mat Western Penang

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 354 hits
Singgah Makan Di Pak Mat Western Penang Finally selepas beberapa kali makan kambing perap frozen Pak Mat Western kami sampai juga ke kedai makan Pak Mat Western yang pernal viral ni Selalu juga lalu video Elisha Sandha masak kambing perap d...
6 Tahun Pemergian Kim Joohyuk Lee Yooyoung Muat Naik Foto Bersama Kekasih Baru

6 Tahun Pemergian Kim Joohyuk Lee Yooyoung Muat Naik Foto Bersama Kekasih Baru

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 148 hits
Mungkinkah Lee Yoo young sudah bertemu kekasih baru ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pelakon wanita itu dilihat telah memuat naik foto panas di akaun Instagram miliknya Dalam foto itu Lee Yoo young kelihatan sedang berbaring di atas lengan seorang...
Berat Saya Naik Han Sohee Kongsi Sudah Berhenti Makan Ramen

Berat Saya Naik Han Sohee Kongsi Sudah Berhenti Makan Ramen

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 232 hits
Semua pastinya ingin mengetahui bagaimana ingin mendapatkan badan langsing seperti Han So hee kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru sebuah entri di laman komuniti Korea berjudul Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Han So hee telah tular Dalam posting it...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025