Naik Buaian Cameron Adventurous Atv Safari Tarikan Menarik Di Cameron Highlands


Memandangkan masih awal dan belum sampai masa untuk check in Hotel. Lepas singgah sebentar di Air Terjun Lata Iskandar, tempat pertama kali pergi adalah Cameron Adventurous ATV & Safari!  Motif? Nak naik buaian cantik yang tinggi atas bukit tu je sebenarnya.

Dalam banyak-banyak tempat menarik di Cameron Highlands yang kami nak pergi, Cameron Adventurous ATV & Safari ni paling jauh sikit. Jadi, kena pergi tempat ni dululah. Esok malas dah nak ke atas. Risau jem buang masa pulak.
Sebenarnya macam baru tahu je Cameron Adventurous ATV & Safari ni. Tak tahulah tarikan baru di Cameron Highlands atau saya je yang baru tahu sebab dah lama tak jejak Cameron Highlands. Rasanya dah lama kot kan sebab bila google tahun 2020 tu dah ada orang pergi. Saya je lambat sampai. Hmmm..

Nak kesana, kami guna waze je dengan keyword Cameron Adventurous ATV & Safari. Confirm sampai! Nama lain, Cameron Adventurous Kuala Terla Tea Plantation atau Ladang Teh Cameron Valley Kuala Terla

Cameron Adventurous ATV Safari PriceSafari Combo
RM18/ Dewasa
RM12/ kanak-kanak

ATV Combo
RM80/single
RM90/double (below 100kg)

Safari Park
RM8/ dewasa
RM5/ kanak-kanak
Swing Cameron Adventurous
RM5/ seorang



Kami ambil pakej Safari Combo (RM18 x 2 orang) + Swing Cameron Adventerous (RM5) untuk saya seorang je. Nak naik buai kena kurang daripada 100kg. Sama juga dengan nak naik ATV berdua dengan kurang berat 100kg. 
Teringin nak naik ATV tapi nak jadi pembonceng je. Tapi sebab kami dah terlebih berat tak dapatlah nak naik berdua. Plus, rasa macam bajet tu overprice. Yang suka ATV extreme rides tu, cubalah pengalaman naik ATV kat sini

Kami ride santai-santai naik landrover 4x4 je lah. Duduk je belakang diam-diam naik atas bukit nun. Lebih kurang 5-10 minit macam tu kejap je dah sampai atas.

Tapi tak rilek betul naik landrover 4x4, uncle tu bawa ikut lereng bukit macam drive on road. Risau betul! Nak ambil video guna phone pun gegar tak boleh bawak bincang! Nasib baik bawa GoPro, boleh juga rakam video. Itupun tak berapa nak stabil jugak. haihh..



Kalau ada banyak masa tak tahu nak buat apa, boleh je masuk Cameron Valley Tea ni tapi kena bayar lain. Tak boleh masuk terus sebab berpagar dan ada pondok pengawal tempat beli tiket. Saya perasan ada tangga sampai ke atas bukit. Mungkin view dari atas lebih menarik.

Naik landrover tu terus sampai atas ni. Ada photobooth menarik. Bolehlah bergambar sementara menunggu giliran naik buaian (Swing Cameron Adventurous). Punyalah panas kat atas ni sampai nak buka mata pun tak mampu weiii..


Jenuh juga menunggu giliran ni. Siapa nak naik cepat, kena standby lah beratur kat depan macam tu. Bukan siapa beli tiket awal dia dapat dulu. Tak! Bukan macam tu. Sementara menunggu giliran tu ambillah gambar sebanyak mana sementara bateri masih bernyawa

Tiket buaian ni boleh bayar sekali masa beli tiket kat bawah awal-awal tadi. Atau boleh terus bayar masa nak naik. Manalah tahu tiba-tiba dah sampai atas ni ada yang nak naik. Boleh bayar terus kat sini je



Untuk keselematan, kena pakai safety belt. Kang kalau jatuh naya je. Mula tu cuak jugalah. Sejak akhir akhir ni macam gayat lain macam. Pantang pergi tempat tinggi, jadi gayat tiba-tiba. Sebelum ni tak pun. 
Beranikan diri jugalah. Sekali bila dah naik, tengok bawah. Lahhhh..taklah tinggi mana. Dalam gambar macam nampak tinggi je kan. Tinggi tu taklah tinggi sangat disebabkan dia lereng bukit je

Dah naik tu, pekerja tu akan bagitahu 5 minit untuk ambil video atau gambar. Okaylah tu kan RM5 untuk 5 minit. Posing lah macamana pun. Kekok rasa nak ambil gambar berposing kat situ dengan banyak mata-mata memandang. Biasa-biasa je lah. Dengan tahan panas lagi satu hal. 


Nak naik buaian sangat kan. Jadilah sekali naik alang-alang dah sampai tu. Entah bila lagi nak sampai kan. Dah puas hati duduk atas buaian 5 minit, lepas tu tunggu landrover yang bawa penumpang naik sampai. Lepas tu dia akan bawa ke Safari Park. Macam mini zoo lah kiranya.

Betul-betul mini. Tempat dia kecil je. Pusing tak sampai 5 minit habis. Tapi tak bosan lah sebab boleh berinteraksi dengan haiwan yang ada, boleh bagi makan


Dalam ni banyak betul arnab. Gebu gebu geram je tengok tapi bau dalam ni kurang enak lah sikit. Bau macam macam binatang ada. Nak masuk kena bagi tiket dulu. Tiket yang beli awal-awal tadi


Ambillah sekeping gambar si arnab ni. Tahi arnab bersepah. Patutlah bau tempias sana sini. Nasib comel. Dekat dekat jugalah dengan dorang ni. Main-main. Hulur jari pun dorang ingat makanan. Agaknya dorang dibiarkan lapar so pengunjung boleh bagi makan



Ada kambing juga. Tapi macam kurang aktif je dorang ni. 



Ada banyak jenis ayam dan burung dalam satu sangkar besar. Ada juga burung merak. Tunggu dia mengepak macam lamberrt lagi. Ambil gambar ayam ni, unik rupa paras dia. Ada banyak lagi haiwan lain. Seronok jugalah datang Cameron Adventurous ATV & Safari


Tarikan Cameron Adventurous ATV & Safari dah tentunya Swing Cameron Adventurous tu. Untuk orang dewasa seronoklah. Semata-mata nak bergambar kat buaian tu kan. Seronok juga bawa anak-anak sebab ada Safari Park

Berbaloilah kot dengan harga tiket dan aktiviti yang ditawarkan. Okay next...Kemana kita

Cameron Adventurous ATV & SafariCameron valley tea house 3, Jalan besar Kuala terla
39000 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/07/naik-buaian-cameron-adventurous-atv.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelum Naik Cameron Highlands Singgah Sebentar Di Lata Iskandar

Sebelum Naik Cameron Highlands Singgah Sebentar Di Lata Iskandar

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 188 hits
Sempena birthday encik suami saya plan nak pergi bercuti Tapi dah nak sampai masanya masih tak tahu nak bercuti kat mana Jadi satu masalah pula sebab tak tahu nak kemana Kejap rasa macam nak pergi Melaka Kejap macam nak pergi Mersing kejap ...
Akhirnya Sampai Juga Di Cameron Highlands Flora Park

Akhirnya Sampai Juga Di Cameron Highlands Flora Park

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 329 hits
Cameron Highlands Flora Park tempat terpaling nak pergi Sebelum ni mampu update je tentang Akhirnya impian ditepati juga dapat jejak di Cameron Highlands Flora Park Tengok gambar mereka yang pernah datang semua cantik cantik Adakah indah kh...
Apa Yang Menarik Di Cameron Lavender Garden

Apa Yang Menarik Di Cameron Lavender Garden

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 404 hits
Dah sampai tempat paling jauh nak pergi Lepas tu kami orang turun ke bawah singgah di Cameron Lavender Garden Cameron Lavender Garden tempat menarik di Cameron Highlands wajib singgah Cameron Lavender Garden sangat luas kawasan dia Kalau pe...
The Coffee Bean Tea Leaf Cameron Centrum Brinchang Cameron Highlands

The Coffee Bean Tea Leaf Cameron Centrum Brinchang Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 385 hits
Cameron Centrum BrinchangThe Coffee Bean Tea LeafSekarang ni kalau korang pergi Cameron Highlands jangan terkejut Cameron dah ada Mall Shopping Complex Dalam tu macam macam kedai ada Antaranya The Coffee Bean Tea Leaf ni lah So peminat kopi...
Makan Steamboat Kat Restoran Taman Apple Cameron Highlands 2022

Makan Steamboat Kat Restoran Taman Apple Cameron Highlands 2022

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 364 hits
Assalammualaikum Dunia Yayyy Cousin depa datang jengok kita orang kat Cameron Highlands Dah sampai Taman Apple ehhh gegau plakkkMasa Nie depa tengah carik menu nak Makan Budak budak ni carik aiskrim Cousin depa dok Perak jew Jom kita Bawa c...
Minum Teh Tarik Di Ladang Teh Boh Brinchang Cameron Highlands

Minum Teh Tarik Di Ladang Teh Boh Brinchang Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 343 hits
Minum Teh Tarik di Ladang Teh Boh Brinchang Cameron Highlands Cuti Jumaat Sabtu je la masanya untuk diri sendiri luangkan masa untuk tenangkan diri dari penat kerja Aku dah book hotel awal tak sangka pulak nak demam minggu nak ke sana huhu ...
Menginap 2 Hari 1 Malam Di Hotel Avillion Cameron Highlands

Menginap 2 Hari 1 Malam Di Hotel Avillion Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 289 hits
Sehari sebelum ke Cameron Highlands kami booking Superior Studio di Hotel Avillion Cameron Highlands Salah satu hotel best Cameron Highlands terlajak laris Kalau nak booking mesti tinggal 1 2 room left Memang nak sangat stay di Avillion Cam...
25 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Terkini 2022

25 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Terkini 2022

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 493 hits
Cameron Highland dah buka full sejak PKP dan negara beralih ke fasa endemik nah ini 25 Tempat Menarik di Cameron Highland yg korang mesti pergi Syok Save the list Boleh pergi cuti nanti 1 Ladang Teh BOH Sungai Palas Alamat Brinchang 39000 B...
Black Shark 5 Naik Taraf Yang Sedikit

Black Shark 5 Naik Taraf Yang Sedikit

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 274 hits
Black Shark 5 merupakan peranti baharu untuk siri Black Shark pada tahun 2022 ini Black Shark 5 telah dilancarkan pada bulan Jun 2022 pada tanda harga permulaan RM2 229 dalam 3 variasi warna hitam putih dan kelabu Kapsyen Black Shark 5 dala...
Kemaskini S Pay Global Tukar Telefon Username Password Baru

Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

Belanja Makan Hujung Tahun Di Damas Arabic Restaurant Penang

Man With Flail Right Arm Awarded Rm850 000 For Medical Negligence

Filem Abah Saya Uncle Mike

Reka Bentuk Kotak Kreatif Untuk Hari Perayaan Panduan Praktikal

Perkeso Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2024 A Must Have For Every Housewife

Importance Of Good Manners In Life


echo '';
Siapa Ezwan Zain Ini Biodata Lelaki Yang Didakwa Sebagai Mr E Kekasih Baru Erra Fazira

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


Kompang Warisan Johor

Ocd Bila Kebersihan Jadi Obses Sampai Hidup Tak Tenang

Anna Sawai S Legs In Tights Pantyhose 5

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Wanita Maut Jatuh Tingkat 23 Kondominium