Akhirnya Sampai Juga Di Cameron Highlands Flora Park


Cameron Highlands Flora Park, tempat terpaling nak pergi. Sebelum ni mampu update je tentang Cameron Highlands Flora Park. Akhirnya impian ditepati juga dapat jejak di Cameron Highlands Flora Park! 
Tengok gambar mereka yang pernah datang semua cantik-cantik. Adakah indah khabar dari rupa. Nak juga tengok in realiti macamana. Lepas singgah Cameron Lavender Garden, kami turun bawah lagi ke Cameron Flora Park.
Sebelum pergi dah suurvey dulu Cameron Flora Park :

flora park cameron highlands locationflora park cameron highlands ticket priceflora park cameron highlands opening hours
Flora Park Cameron Highlands locationCameron Highlands Flora Park Lokasinya di Brinchang dan agak ke dalam sikit. Kami guna waze je senang. 

Flora Park Cameron Highlands ticket price 2022Tiket masuk RM50. Mahal betul! Dah tahu mahal tetap juga nak pergi. Bila lagi kan? Bukan selalu dapat naik Cameron Highlands. Setahun sekali pun belum tentu. Rugi pulak rasa kalau tak singgah. Flora Park Cameron Highlands ni tempat cantik.
Selain jalan-jalan bergambar, boleh juga berkelah dalam Cameron Flora Park ni.
Harga pakej piknik di Cameron Flora ParkFamily Garden RM 238
2 tetamu, maksima 6
tambahan tetamu : RM 80/dewasa | RM 40/kanak-kanak

Sweet & Simple RM288
2 tetamu, maksima 6
tambahan tetamu : RM 100/ tetamu

Dream Deluxe RM488
4 tetamu, maksima 4

untuk maklumat lanjut : instagram Cameron Highland Flora Park
Parkir juga berbayar ye. Boleh gunakan kad touch n go atau IC(ada touch n go). In case guna IC tak boleh atau baki kad tak cukup, tap debit kad banyak kali sampai boleh. Ini dari pengalaman kami ada problem IC touch n go buat hal.
Flora Park Cameron Highlands opening hoursJumaat, Sabtu, Ahad : 9:30 pagi - 7:00 petang
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis : 9:30 pagi - 6:30 petang
Slot masa piknik2 slot masa. Setiap slot 2 jam.
Slot pertama : 10 pagi - 12 tengah hari
Slot kedua : 3 petang - 5 petang

Hati berbunga bunga dapat jejak Flora Park seiring dengan tempatnya yang banyak bunga. Kawasan parkir luas. Rasanya kalau weekend atau cuti umum mesti penuh ni. Turun kereta terus pergi tempat menunggu

Ingatkan kat sini beli tiket. Rupanya tempat menunggu transport ke Flora Park. Kena naik Four-wheel drive (4WD)


Masa kami sampai, kebetulan ada 4WD yang nak gerak dan ada lebih kurang 4 orang macam tu. Sekali jalanlah. 4WD boleh muat lebih kurang 10 orang. Agak mencabar naik bersama orang lain sebab tak ada pemegang nak dipegang

Bila lalu laluan berbukit tu rasa macam tak stabil je. Risau tercuit orang sebelah. Kalau sama jantina takpe lagi.

Lebih kurang 10 minit macam tu sampailah ke Flora Park sebenar. Mungkin sebab kat atas ni tak ada kawasan parkir yang luas dan jalan tak berapa nak elok. Sebab tu kena sediakan kenderaan. Kalau naik kenderaan sendiri jahanamlah kereta nanti



Lega bila dah sampai. Lepas dah lalu laluan bunga pink kiri kanan tu terus ke entrance Flora Park. Kat sini baru lah beli tiket. Selepas beli tiket, pekerja Flora Park akan guide dan bagi pamplet. Dia cadangkan pergi outdoor dulu baru indoor



Kami pun ikutlah cadangan tu layan taman bunga outdoor dulu. Excited nak tengok keindahan Cameron Flora Park. Sekali dah nampak Flora Park outdoor tu, mak haiihhhh..jenuh nak naik tangga oiii


Tangga dia sangat menarik macam great wall tapi versi tangga dan dinding yang unik. Biar betul nak kena naik tangga sampai atas! Nak tak nak kena naik jugalah. Rugi tiket mahal kalau tak beria enjoy dalam Cameron Flora Park ni

Kalau sakit kaki, sakit lutut sila kecewa awal. Jangan nanti dah menyesal pula bayar tiket mahal tapi tak mampu nak naik tangga sampai atas. Kami naik pun kejap kejap berhenti ambil gambar. Mana boleh jalan terus tak berhenti

Dahlah tak workout tiba tiba kena naik tangga sebegini banyak. Risau jadi kaki sotong je nanti. Lagipun berhenti tu ambil gambar sana sikit sini sikit. Kurang sikitlah rasa stress nak sampai atas tu. Macam hiking jugalah. Cuma hiking tu lagi mencabar. 

Tengok Cameron Flora Park cantik, terus lupa kepenatan. Bahagian tepi tu banyak pokok bunga hydragea (bunga Zaleha@ Siti Zubaidah). Geram je tengok sekuntum besar besar macam tu



Dalam pamplet yang diberikan ada tunjuk photobooth point. Ini photobooth point 1, berhenti bergambar kejap. Macam biasa kena tunggu giliran lah nak bergambar


Sementara menunggu giliran tu, bolehlah rehat-rehat bergambar kat sini. Bila dah sampai sini, kiranya dah separuh perjalananlah untuk sampai ke atas. Nasib baik Cameron Highlands cuaca dia sejuk sikit. Kalau tidak, berkicap juga ni. 
Nak kata sejuk sangat tu taklah. Tetap rasa panas juga. Lagipun badan tengah bakar lemak kan. Haruslah terasa panas sikit. Inilah akibatnya terlebih sayang lemak.


Cantik permandangan Cameron Flora Park dari atas ni. Macam ni taklah rasa gayat sangat



Cantiknya lah bila bunga-bunga banyak macam ni. Bunga kekwa tak silap


Akhirnya sampai juga kat atas. Wow! Rupanya dah berjaya naik 251 anak tangga. Haa tepuk



Dah penat naik tangga, boleh berehat sakan kat atas ni. Ada cafe dan photobooth point yang lain. Kami menikmati permandangan dari atas dan menunggu giliran untuk bergambar. Sambil tu rehat kejap


Nak ke tempat ni, kena lalu laluan jalan yang jarang-jarang tu boleh nampak bawah. Gap antara grill boleh tahan besar juga. Risauuuu..Tiba-tiba rasa gayat dapat tengok bawah. 


Terpaling gayat nak bergambar kat infinity stairs ni. Tak mampu weh nak habiskan langkah naik sampai atas. Cukup separuh jalan je. Photobooth point terpaling popular dan terpaling tinggi



Kat sini pun sama tinggi juga. Macam sarang burung gitu rupa paras dia. Masa jalan kat sini pun rasa bergoyang. Ke perasaan sendiri tak tahu lah. Kalau dah takut, dalam kepala tu dah fikir macam-macam. Cukup bergambar kejap je

Lutut goyang. hahaha..apesal penakut dan gayat sangat entah. Dulu hiking sampai puncak tak lah rasa segayat ini



Dekat tangga putih ni tempat wajib bergambar. Iconic Flora Park lah juga. Kena ambil dari angle yang cantik. Ini asal boleh je. Ini penghujung perjalanan outdoor kami lah. Dia dekat bawah tengah tengah Flora Park. Dah turun bawah baru pergi sini


Patutlah dia cadangkan jalan-jalan outdoor dulu, rupanya kena naik tangga dan explore sepuas-puasnya baru layan taman bunga indoor. Lepas tu kami layan premandangan bunga-bunga indoor pula. Ada banyak jenis-jenis bunga. Banyak yang unik dan tak pernah tengok

Almaklumlah, bunga di Cameron Highlands ni bunga kayangan, nak duduk tempat sejuk je baru hidup elok. Bawa balik turun bawah jadi puteri lilin



Salah satu spot bergambar yang wajib ambil. Dah tak tahu nak posing macamana dah. Penat berjalan tu takleh nak let go sangat. Dah penat, mood bergambar pun lari.

Bunga matahari mexico kalau tak silaplah. Ke pokok bunga lain. Ada siapa tahu


Dah keletihan, jomlah kita balik. Sementara menunggu 4WD pick up, bolehlah bergambar selagi handphone bernyawa



Berbaloi tak masuk sini? Berbaloi kalau jenis suka bergambar dan explore habis-habisan dengan tiket RM50 tu. Kalau tak cukup kuat nak naik tangga sampai atas atau kurang sihat, disarankan jangan masuk. Rugi kalau tengok dari bawah je

Harga tiket setandinglah dengan apa yang ditawarkan. Dengan kenderaan 4WD lagi. Kira okay lagilah tu. Dalam Cameron Flora Park ni ada juga cafe. Bolehkan makan dan minum. Layan kopi ke, aiskrim ke

Things to do in Cameron HighlandsMandi manda di Lata IskandarNaik buaian, ATV di Cameron Adventurous ATV & Safari ParkCameron Lavender Garden Cameron Flora ParkCameron Centrum Brinchang



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/07/cameron-highlands-flora-park.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minum Coffee Kat Old Town White Coffee Dan Marilah Turun Dari Cameron Highlands

Minum Coffee Kat Old Town White Coffee Dan Marilah Turun Dari Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 170 hits
Assalammualaikum Dunia Selepas berjimba jimba puas puas kan keluar dari Holiday Park dan sebelah nya ada deretan kedai Apa lagi masuk Old Town White Coffee mengopi sambil chit chat Lepak lepak dulu bohhSantai githew ngopi ko Budak budak nie...
Makan Steamboat Kat Restoran Taman Apple Cameron Highlands 2022

Makan Steamboat Kat Restoran Taman Apple Cameron Highlands 2022

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 361 hits
Assalammualaikum Dunia Yayyy Cousin depa datang jengok kita orang kat Cameron Highlands Dah sampai Taman Apple ehhh gegau plakkkMasa Nie depa tengah carik menu nak Makan Budak budak ni carik aiskrim Cousin depa dok Perak jew Jom kita Bawa c...
Cameron Holiday Park Mood Happy

Cameron Holiday Park Mood Happy

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 259 hits
Assalammualaikum Dunia Lepas sarapan dan mengisi perut memasing Pagi nie sarapan nasi lemak dan roti canai made Cameron Highlands Habis kan makanan like roti biskut cake dan makanan lain sebab nanti nak turun kasi beg ringan sikit Kita sera...
The Coffee Bean Tea Leaf Cameron Centrum Brinchang Cameron Highlands

The Coffee Bean Tea Leaf Cameron Centrum Brinchang Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 381 hits
Cameron Centrum BrinchangThe Coffee Bean Tea LeafSekarang ni kalau korang pergi Cameron Highlands jangan terkejut Cameron dah ada Mall Shopping Complex Dalam tu macam macam kedai ada Antaranya The Coffee Bean Tea Leaf ni lah So peminat kopi...
Menginap 2 Hari 1 Malam Di Hotel Avillion Cameron Highlands

Menginap 2 Hari 1 Malam Di Hotel Avillion Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 288 hits
Sehari sebelum ke Cameron Highlands kami booking Superior Studio di Hotel Avillion Cameron Highlands Salah satu hotel best Cameron Highlands terlajak laris Kalau nak booking mesti tinggal 1 2 room left Memang nak sangat stay di Avillion Cam...
Sebelum Naik Cameron Highlands Singgah Sebentar Di Lata Iskandar

Sebelum Naik Cameron Highlands Singgah Sebentar Di Lata Iskandar

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 183 hits
Sempena birthday encik suami saya plan nak pergi bercuti Tapi dah nak sampai masanya masih tak tahu nak bercuti kat mana Jadi satu masalah pula sebab tak tahu nak kemana Kejap rasa macam nak pergi Melaka Kejap macam nak pergi Mersing kejap ...
Minum Teh Tarik Di Ladang Teh Boh Brinchang Cameron Highlands

Minum Teh Tarik Di Ladang Teh Boh Brinchang Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 339 hits
Minum Teh Tarik di Ladang Teh Boh Brinchang Cameron Highlands Cuti Jumaat Sabtu je la masanya untuk diri sendiri luangkan masa untuk tenangkan diri dari penat kerja Aku dah book hotel awal tak sangka pulak nak demam minggu nak ke sana huhu ...
Naik Buaian Cameron Adventurous Atv Safari Tarikan Menarik Di Cameron Highlands

Naik Buaian Cameron Adventurous Atv Safari Tarikan Menarik Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 441 hits
Memandangkan masih awal dan belum sampai masa untuk check in Hotel Lepas singgah sebentar di tempat pertama kali pergi adalah Cameron Adventurous ATV Safari Motif Nak naik buaian cantik yang tinggi atas bukit tu je sebenarnya Dalam banyak b...
Pengalaman Menginap Di 147 Armenian Park Guesthouse Pulau Pinang

Pengalaman Menginap Di 147 Armenian Park Guesthouse Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 284 hits
PENGALAMAN MENGINAP DI 147 ARMENIAN PARK GUESTHOUSE PULAU PINANG Macam nak sambung lagi menginap kat sini setelah seharian menghadap jem yang panjang Ini adalah tempat kedua penyinggahan kami setelah menginap di The Face Suite Studio KL Dar...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah