Naib Presiden Ldp Umum Letak Jawatan Keluar Parti


 
Jin berkata keputusan itu bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya diambil setelah membuat pertimbangan yang mendalam.
KOTA KINABALU, 25 Mar – Naib Presiden Parti Liberal Democratic (LDP), Jin Tze Vun, mengumumkan peletakan jawatannya dan mengundur diri daripada parti, berkuatkuasa serta-merta.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Jin berkata keputusan itu bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya diambil setelah membuat pertimbangan yang mendalam.
“Dengan perasaan yang bercampur baur, saya secara rasmi mengumumkan peletakan semua jawatan dalam LDP serta pengunduran diri saya sebagai ahli parti.
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada parti atas kepercayaan, bimbingan dan sokongan yang diberikan kepada saya sepanjang 15 tahun ini.

“Saya juga berterima kasih kepada semua pemimpin dan rakan seperjuangan yang telah bekerjasama dan memberikan sokongan sepanjang perjalanan politik saya,” katanya.
Turut bersama-sama beliau mengumumkan keputusan meninggalkan LDP seramai 16 pemimpin dan ahli bahagian Petagas.
Mengulas lanjut, Jin yang juga Ketua LDP Bahagian Petagas berkata parti itu bukan sekadar tempatnya memulakan kerjaya politik, tetapi juga medan yang telah membentuk dirinya menjadi pemimpin.
Katanya, pengalaman itu sangat berharga dan akan dikenang selama-lamanya.
Mengenai sebab pengunduran, beliau berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau merasa bahawa cara parti beroperasi semakin jauh daripada prinsip politik yang beliau perjuangkan.
Beliau mendakwa budaya kerja parti telah berubah secara seperti di Bahagian Klias, di mana masalah di peringkat akar umbi semakin meruncing, tetapi tidak mendapat penyelesaian sewajarnya.
Beliau mendakwa suara rakyat diketepikan, manakala tindakan sebenar digantikan dengan mesyuarat-mesyuarat formal yang tidak membawa hasil.
“Lebih mengecewakan, apabila isu-isu ini dibangkitkan, kepimpinan pusat memilih untuk mendiamkan diri dan tidak mengambil langkah pembetulan yang diperlukan.
“Saya percaya bahawa politik seharusnya menjadi platform membawa perubahan positif kepada masyarakat, bukan sekadar medan pergelutan dalaman yang tidak berkesudahan.
“Saya tidak dapat menerima cara parti dikendalikan pada ketika ini, dan saya tidak mahu semangat perjuangan saya terus terhakis dalam sistem yang semakin tidak produktif ini,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, beliau mengambil keputusan berundur dan berpegang teguh pada prinsipnya.
Jin juga berkata pengundurannya daripada LDP tidak bermakna akan berhenti berkhidmat untuk masyarakat.
Sebaliknya, beliau akan terus berusaha menyumbang kepada rakyat dengan cara yang lebih bebas, kerana khidmat yang sebenar tidak bergantung kepada jawatan dalam politik, tetapi melalui tindakan yang nyata.
“Saya berharap kepimpinan LDP melakukan refleksi mendalam, berani menghadapi realiti, dan mengambil langkah pembaharuan sewajarnya.
“Hanya dengan reformasi yang menyeluruh, parti ini dapat kembali meraih kepercayaan rakyat,” katanya.
Beliau juga menjelaskan bahawa proses pembatalan keahlian dan penyerahan tugas akan diuruskannya mengikut peraturan parti.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/03/naib-presiden-ldp-umum-letak-jawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Setiausaha Agung Pemuda Mca Umum Keluar Parti Dan Sertai Bersatu Bersama 100 Yang Lain

Bekas Setiausaha Agung Pemuda Mca Umum Keluar Parti Dan Sertai Bersatu Bersama 100 Yang Lain

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 109 hits
BENTONG Bekas Setiausaha Agung Pemuda MCA Leong Kim Soon telah keluar parti untuk menyertai BERSATU mengetuai penghijrahan kira kira 100 ahli MCA lain Dalam catatan Facebooknya Leong yang juga setiausaha politik bekas presiden MCA Liow Tion...
Hans Isaac Umum Lepaskan Jawatan Psm

Hans Isaac Umum Lepaskan Jawatan Psm

papar berkaitan - pada 18/3/2025 - jumlah : 140 hits
KUALA LUMPUR 18 MAR Datuk Hans Isaac mengumumkan beliau tidak lagi menyandang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia menerusi ciapan di media sosial miliknya Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Suka...
Bekas Pegawai Teresa Letak Semua Jawatan Dalam Dap

Bekas Pegawai Teresa Letak Semua Jawatan Dalam Dap

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 193 hits
Malaysiakini nbsp Edmund Teoh Kheng Yaik bekas pegawai naib pengerusi DAP Teresa Kok menarik diri daripada pemilihan dan meletakkan semua jawatan dalam parti Pengumuman mengejutkan itu dibuat di tengah tengah dakwaan kontroversi skandal pro...
Tempoh Jawatan Pm 10 Tahun Amk Komited Sokong Agenda Reformasi

Tempoh Jawatan Pm 10 Tahun Amk Komited Sokong Agenda Reformasi

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 135 hits
HarapandailyMarch 16 2025Langkah mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun dapat memastikan kepimpinan negara sentiasa segar dengan idea baharu Ketua Angkatan Muda Keadilan Adam Adli Abdul Halim berkata pindaan Perlembagaan...
Influencer Dari China Ini Sewa Robot Seharian Dengan Caj Rm6000 Untuk Kemas Rumah Masak Amp Keluar Dating

Influencer Dari China Ini Sewa Robot Seharian Dengan Caj Rm6000 Untuk Kemas Rumah Masak Amp Keluar Dating

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 130 hits
Seorang pempengaruh dari China membelanjakan 10 000 Yuan untuk menyewa satu robot seperti manusia untuk tujuan memasak mengemas serta keluar dating dengannya Zhang Genyuan 25 sebelum ini dikenali dan mendapat perhatian selepas muncul dalam ...
Kerja Kosong Unisza 2025 32 Jawatan Pelbagai Gred Ditawarkan

Kerja Kosong Unisza 2025 32 Jawatan Pelbagai Gred Ditawarkan

papar berkaitan - pada 26/3/2025 - jumlah : 200 hits
Jawatan Kosong Terkini UniSZA 2025 32 Jawatan Pelbagai Gred Ditawarkan Kerja Kosong UniSZA 2025 kini dibuka Ya Universiti Sultan Zainal Abidin membuka peluang kerjaya kepada seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi pelba...
The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Continuous Learning In Business

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Anaheim Car Owners Are Turning To This Hassle Free Option

Ea Raja Pips Layanan Sistem Manajemen Dalam Bisnis Trading Forex

Thomas Arya Feat Shinta Angely Berat Rindu Terpisah Chord

Rafizi Nak Tunggu Jatuh Sendiri Atau Nak Turun Dengan Hormat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Bukti Sains Dalam Al Quran Tentang Alam Semesta

Now Pkr Youth Chief Backs Nurul Izzah As Deputy President

Former Pm Ismail Sabri Late For Macc Questioning In Corruption Case

Why Is Dragon Fruit So Famous

Paip Penapis Air Cuckoo Bocor

Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik