Nahas Trak Fru Saya Berada Di Atas Rakan Rakan Kami Saling Bertindih


Nahas trak FRU, “Saya berada di atas rakan-rakan, kami saling bertindih,” demikian luahan Koperal Nizam Tarmizi, 38, salah seorang mangsa yang terselamat dalam tragedi kemalangan membabitkan konvoi kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada 13 Mei lalu yang meragut sembilan nyawa.
Nahas Trak FRU, “Saya Berada Di atas Rakan-rakan, Kami Saling Bertindih” Menurut Nizam, beliau hanya tersedar selepas terdengar bunyi hentaman kuat dan mendapati dirinya terbaring di atas tubuh rakan-rakan seperjuangan.
Nizam menunjukkan gambar rakan-rakan yang meninggal dunia ketika mereka sedang bertugas sempena perayaan Chitrapournami di Teluk Intan.  
“Ketika itu, kami sedang berehat di dalam trak. Tiba-tiba saya terasa satu hentakan yang sangat kuat.
“Saya terdengar rakan-rakan menjerit ‘Allahuakbar’ sebelum saya tidak sedarkan diri. Apabila tersedar, saya lihat ramai rakan terbaring tidak bergerak, termasuk arwah Koperal Amiruddin Zabri yang kelihatan lemah dan wajahnya dipenuhi darah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuarters FRU Unit 5, Sungai Senam, pada Khamis.
Nizam menjelaskan bahawa penglihatannya agak kabur ketika dikeluarkan dari kenderaan oleh anggota lain yang datang membantu.
“Saya duduk di bahagian belakang trak, mungkin itu yang menyelamatkan nyawa saya. Di hadapan, rakan-rakan saya tertindih sesama sendiri kerana trak itu membawa seramai 18 anggota.
“Satu tubuh yang menghempap pun sudah cukup berat, apatah lagi jika bertindih beramai-ramai. Sebab itu ramai yang mengalami kecederaan parah,” ujarnya.
Beliau memaklumkan bahawa mereka berangkat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak sekitar jam 8.30 pagi selepas selesai tugasan kawalan sempena perayaan Chitrapournami, namun tidak menyangka perjalanan itu berakhir dengan tragedi.
Nizam juga berkongsi kenangan terakhir bersama rakan-rakan yang terkorban, yang masih jelas dalam ingatannya.
“Arwah Konstabel Akmal Wafi sempat merakam video dalam trak. Saya sempat berseloroh dengan arwah Koperal Mohd Pozli Jaudin, kata rakam gambar banyak-banyak sebab lepas ni mungkin susah nak keluar sama-sama dengan pasukan C.
“Mereka bertiga juga sempat bermain bola tampar pada pagi kejadian. Kawan-kawan sempat bergurau, katanya macam tanda-tanda nak pergi,” katanya sayu.
Nizam menunjukkan uniform yang dipakai pada hari kejadian kemalangan mengorbankan sembilan rakan setugasnya. Tambah Nizam, kehilangan rakan-rakan yang aktif dalam aktiviti sukan amat dirasai, apatah lagi mereka sering bermain bola tampar bersama setiap hari.
“Sekarang bila tengok video tu, memang terasa kehilangan. Tak ada lagi yang akan ajak saya main bola tampar. Dulu siang malam kami main,” ujarnya dengan nada sebak.
Beliau yang kini masih dalam cuti sakit, telah berkhidmat di FRU Unit 5 sejak 2015, selepas bertugas di Kelantan bermula tahun 2006.
Nizam berasal dari Changkat Lada, Perak Tengah dan tinggal bersama isteri, Zanani Azma Abdullah, 39, serta tiga anak yang berumur antara dua hingga 15 tahun.
Kejadian berlaku sekitar jam 8.50 pagi apabila trak FRU yang membawa 18 anggota dari Unit 5 Sungai Senam menuju ke Ipoh bertembung dengan sebuah lori bermuatan batu kerikil.
Lapan anggota disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Bainun (HTI). Lapan anggota lain mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital yang sama.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Nahas Trak FRU, Anak-anak Rindukan Koperal Syed Isfan, Tertanya-tanya Bila Papa Akan Pulang
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Nahas Trak FRU, “Saya Berada Di atas Rakan-rakan, Kami Saling Bertindih” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nahas-trak-fru-saya-berada-di-atas-rakan-rakan-kami-saling-bertindih/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nahas Trak Fru Pemandu Lori Direman Empat Hari

Nahas Trak Fru Pemandu Lori Direman Empat Hari

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 368 hits
TELUK INTAN Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan semalam direman selama empat hari bermula hari ini Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata per...
Nahas Trak Fru Anak Anak Rindukan Koperal Syed Isfan Tertanya Tanya Bila Papa Akan Pulang

Nahas Trak Fru Anak Anak Rindukan Koperal Syed Isfan Tertanya Tanya Bila Papa Akan Pulang

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 247 hits
Nahas trak FRU anak anak rindukan Koperal Syed Isfan tertanya tanya bila papa akan pulang Sejak Koperal Syed Isfan Syed Mohammad mengalami kecederaan serius dalam kemalangan di Kilometer 15 Jalan Chikus Sungai Lampam Teluk Intan pada Selasa...
Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 371 hits
ASLIZA MUSAKeadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan terbabit TELUK INTAN Sekurang kurangnya lapan anggota Unit Simpanan Persekutuan maut dalam kemalangan dengan lori muatan batu di Jalan Sungai Lampam Teluk Intan di sini sebentar ta...
Nahas Fru Pemandu Lori Ditahan Semula Kes Curi Lembu Di Hutan Melintang

Nahas Fru Pemandu Lori Ditahan Semula Kes Curi Lembu Di Hutan Melintang

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 195 hits
IPOH Pemandu lori yang menghadapi pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan ditahan semula berkaitan kes curi lembu sebaik diikat jamin hari ini Ketua Polis Daerah Bagan Da...
Nahas Fru Wafi Sepatutya Balik Kampung Jumpa Keluarga Hari Ini

Nahas Fru Wafi Sepatutya Balik Kampung Jumpa Keluarga Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 246 hits
Hati seorang ayah luluh apabila anak yang sepatutnya pulang hari ini rupa rupanya pergi buat selamanya Anuar Yusof 55 memaklumkan bahawa anaknya Konstabel Akmal Wafi Anuar 27 sepatutnya pulang ke rumah bersama adik perempuannya pada hari in...
Nahas Trak Pru Pemandu Lori Batu Kerikil Ada Pelbagai Rekod Jenayah Lampau Kebanyakannya Berkaitan Dadah

Nahas Trak Pru Pemandu Lori Batu Kerikil Ada Pelbagai Rekod Jenayah Lampau Kebanyakannya Berkaitan Dadah

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 240 hits
Pemandu lori muatan batu kerikil yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau Menurut Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin pemandu itu berusi...
Nahas Fru Masih Tiada Pihak Bayar Jaminan Pemandu Lori Kekal Di Lokap Polis

Nahas Fru Masih Tiada Pihak Bayar Jaminan Pemandu Lori Kekal Di Lokap Polis

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 214 hits
TELUK INTAN 17 Mei Masih tiada pihak tampil membayar jaminan untuk pemandu lori yang didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan setakat hari ini Timbalan Ketua Polis Perak DCP ...
Nahas Fru Pemandu Lori Ke Penjara Majikan Tak Muncul Bantu Bayar Ikat Jamin Rm6 000

Nahas Fru Pemandu Lori Ke Penjara Majikan Tak Muncul Bantu Bayar Ikat Jamin Rm6 000

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 164 hits
Pemandu lori muatan batu kerikil akan ditempatkan di penjara selepas gagal membayar wang jaminan berjumlah RM6 000 atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan Selasa l...
Nahas Fru Hilang Anak Dan Suami Dalam Tempoh Tak Sampai Dua Tahun

Nahas Fru Hilang Anak Dan Suami Dalam Tempoh Tak Sampai Dua Tahun

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 245 hits
Nahas FRU hilang anak dan suami dalam tempoh tak sampai dua tahun Isteri Koperal Nurit Pandak 34 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan yang maut dalam kemalangan tragis menerima ketentuan takdir kehilangan suami dan anak dalam tempoh kurang ...
Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Firdaus Cerita Gunting Rambut

Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Teruskan Bersabar Nona

Macam Mana Filem Ni Boleh Dapat Nama Badak Pengarah Dah Jelaskan

Punca Guru Bersara Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu

777 40 777 Top 59 By May Punpro777 Bar 30 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masa Dia Buat Rawatan Serangan Jantung Datang Ameng Kongsi Keadaan A Aida Darah Beku Di Jantung Amp Paru Paru

Masalah Dadah Di Tanah Rancangan Felda Tumpu Usaha Benteras Tokan Bukan Sekadar Kutip Penagih Semata Mata

Amat Memalukan Fam 7 Pemain Warisan Digantung 12 Bulan Didenda Fifa

Raja Muda Selangor Titip Ucapan Romantik Buat Bakal Isteri

300 000 Anggota Tentera Dan Polis Mula Nikmati Inisiatif Budi95 Tengah Malam Ini

House Jacaranda By Ram N Esteve Estudio Lights Shadows And Stone In Valencia