Nadia Brian Semakin Kurus Makan Hati



KUALA LUMPUR: Perasaan cinta yang pernah subur di hatinya beransur pergi. Tiada lagi memori indah dan kuasa cinta yang memahat kenangan buat pelakon, Nadia Brian apabila rumah tangga yang dibina bersama ahli perniagaan, Muizz Nasruddin menyembah bumi.
Malah, pelakon drama Lelakimu Yang Dulu itu berasakan bebanan yang sekian lama terpikul di bahu gugur satu demi satu selepas bahtera rumah tangga berdepan dengan pertelingkahan agak panjang, sejak pertengahan tahun lalu.
Kekusutan hubungan bagaikan tidak mampu dileraikan apabila meledaknya beberapa isu berpanjangan, termasuk dakwaan kecurangan Nadia bersama lelaki lain.
Selepas hampir sembilan bulan tidak duduk sebumbung, akhirnya ikatan suami isteri terlerai pada 2 April lalu lalu. Muizz melafazkan talak luar mahkamah dengan disaksikan dua saksi di kawasan perumahan sekitar Puchong, Selangor.
Keputusan dibuat berikutan mahkamah syariah lambat menetapkan tarikh perceraian, selain tidak mahu membiarkan isu ini berlarutan tanpa ada keputusan terbaik.
“Saya bersyukur kerana ia berakhir dan dipermudahkan. Alhamdulillah, doa ibu dan ahli keluarga melembutkan hati bekas suami. Usaha mempercepatkan urusan lafaz cerai dilakukan di luar mahkamah. Lama menunggu saya, tertekan juga.
“Jiwa pun tidak tenteram kerana menunggu pengakhiran ini. Kesakitan ditanggung terhadap benda yang tidak dilepaskan cukup perit.
“Bagaimanapun, siapa berkahwin mahu mengakhiri dengan perpisahan. Bukan ini tujuan perkahwinan saya. Namun, saya akur dalam kehidupan bukan semua tersusun seperti dimahukan.
“Nasib baik kami belum dikurniakan anak. Soal status janda, bukan benda menyeronokkan. Apakan daya, jodoh tidak panjang,” katanya kepada BH Online.
Mengulas apakah dirinya reda apabila melalui perkahwinan tidak membahagiakan, malah mencalarkan nama, Nadia berkata, soal reda terlalu berat untuk diungkapkan.
“Nampak senang sahaja dituturkan, tetapi susah nak memahami hati kita sebagai manusia biasa. Ini soal kahwin, bukan soal main-main.
“Apa yang berlaku adalah satu keputusan besar. Pasti ada hikmah. Namun, apabila ibu saya reda dengan apa terjadi, saya juga harus menerimanya dengan lapang dada.
“Siapa sangka saya dihambat kontroversi peribadi selepas berkahwin. Bekas suami mengeluarkan kenyataan dan kemudiannya, ditokok tambah orang luar hingga pelbagai fitnah dilemparkan.
“Bagaimanapun, saya selalu melihat ibu sebagai contoh terbaik. Dia adalah ibu tunggal kepada cahaya mata. Namun, ibu akur dengan suratan hidup dan mampu membesarkan anaknya tanpa bantuan suami,” katanya.
Nadia berkata, dia belum terlintas ke arah mencari jodoh, buat masa ini.
“Saya nak cari rezeki dan bantu keluarga terlebih dahulu. Namun, saya tak mampu menolak pada masa akan datang. Jika diizinkan Allah, ada jodoh adalah… Biarlah, ia lebih baik.
“Saya pasti berkahwin sebab fitrah manusia hidup berpasangan. Saya tidaklah sampai tahap trauma dan membenci lelaki. Ada yang cuba mendekati dalam Instagram (IG), tetapi hati saya belum membuka ruang ini,” katanya.
Diajukan pertanyaan badan semakin langsing, Nadia berkata, ramai yang menegurnya kelihatan semakin kurus.
“Mungkin juga disebabkan makan hati hingga tiada selera. Tetapi, saya memang menjaga badan dengan bersenam.
“Jadi, semua faktor ini mendorong saya menjadi lebih bersemangat mahu jaga badan. Lagipun, saya seorang pelakon, jadi kenalah jaga penampilan.
“Sekarang, saya sibuk dengan penggambaran filem Rumah Maduku Berhantu arahan Datuk Prof A Razak Mohaideen bergandingan dengan Zizan Razak dan Rita Rudaini,” katanya.
Nadia dan Muizz mendirikan rumah tangga pada 9 November 2019 dan tidak dikurniakan anak.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Nadia Brian, Muizz sah cerai

The post Nadia Brian semakin kurus ‘makan hati’ appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/18/muizz-nasruddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Mahu Segera Move On Bekas Suami Nadia Brian Akui Lafaz Cerai Luar Mahkamah

Hiburan Mahu Segera Move On Bekas Suami Nadia Brian Akui Lafaz Cerai Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 296 hits
Muiz Nasruddin yang merupakan bekas suami kepada pelakon Nadia Brian tampil membuat pengakuan bahawa dia mengambil keputusan untuk melafazkan cerai terhadap pelakon wanita itu kerana enggan menunggu lama View this post on InstagramAdvertise...
Hiburan Netizen Dakwa Nadia Brian Langgar Hukum Iddah Sakan Berjalan Setelah Bercerai

Hiburan Netizen Dakwa Nadia Brian Langgar Hukum Iddah Sakan Berjalan Setelah Bercerai

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 257 hits
Rasanya ramai yang dah tahu bahawa pelakon Nadia Brian sudahpun bercerai dengan bekas suaminya Muizz Nasruddin selepas mendirikan rumah tangga pada November 2019 Semalam Nadia Brian membuat satu perkongsian di akaun Instagram miliknya yang ...
Nadia Brian Saya Dah Cerai Alhamdulillah Syukur

Nadia Brian Saya Dah Cerai Alhamdulillah Syukur

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 447 hits
Kemelut rumah tangga pelakon Nadia Brian 31 dan suaminya Muizz Nasruddin berakhir apabila mereka sah bercerai talak satu pada 4 April Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi menerusi Instagramnya melahirkan perasaan lega deng...
Laf4z Luar M4hkam4h Seperti Diminta Teka Teki Terjawab Nadia Brian Dedah Hubungan Dengan Muizz Nasruddin

Laf4z Luar M4hkam4h Seperti Diminta Teka Teki Terjawab Nadia Brian Dedah Hubungan Dengan Muizz Nasruddin

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 436 hits
SELEPAS beberapa bulan berdepan isu pergolakan rumah tangga akhirnya pelakon Nadia Brian mengesahkan dia dan suami iaitu Muizz Nasruddin sah bercer4i talak satu pada Sabtu lalu Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi 31 membe...
Netizen Mahu Nadia Brian Zizan Razak Bercinta

Netizen Mahu Nadia Brian Zizan Razak Bercinta

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 257 hits
Baru baru ini pelakon Nadia Brian dilihat ada memuat naik beberapa keping gambar bersama pelakon dan pelawak Zizan Razak Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mengusik mengatakan kedua mereka serasi serta s...
Nadia Brian Suami Sah Bercerai

Nadia Brian Suami Sah Bercerai

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 261 hits
Kemelut rumah tangga pelakon Nadia Brian dan suami Mu izz Nasruddin bertemu titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu kelmarin Perkara itu didedahkan oleh Nadia kepada Kosmo sebentar tadi Meluahkan rasa syukur Nadia berkata ...
Malu Sikit Sis Baru Je Cer4i Tindakan Terbaru Nadia Brian Dipertikai Netizen

Malu Sikit Sis Baru Je Cer4i Tindakan Terbaru Nadia Brian Dipertikai Netizen

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 444 hits
Ramai tahu baru baru ini pelakon jelita Nadia Brian baru sahaja sah bercer4i bersama bekas suami Muizz Nasruddin 30 dengan tal4k satu Mungkin ingin menghiburkan hati semalam pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi itu memuat naik sebuah vi...
Hiburan Setelah Beberapa Lama Gantung Tanpa Tali Akhirnya Saya Sudah Bercerai Nadia Brian

Hiburan Setelah Beberapa Lama Gantung Tanpa Tali Akhirnya Saya Sudah Bercerai Nadia Brian

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 204 hits
Kontroversi rumahtangga pelakon Nadia Brian dan suami Muizz Nasruddin akhirnya selesai apabila mereka sah bercerai talak satu kelmarin Memetik laporan penceraian dilafazkan di luar mahkamah sebagaimana yang diminta bekas suami BACA Advertis...
Tak Mahu Dikaitkan Bersama Dengan Bekas Suami Nadia Brian Dedahkan Pula Ada Pihak Yang Cuba Kritik Tentang Dirinya

Tak Mahu Dikaitkan Bersama Dengan Bekas Suami Nadia Brian Dedahkan Pula Ada Pihak Yang Cuba Kritik Tentang Dirinya

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 402 hits
Baru baru ini difahamkan sama seperti bekas suami yang enggan nama mereka dikaitkan bersama Nadia Brian telah meminta semua pihak agar tidak mengguna atau mencantumkan gambarnya bersama bekas suami iaitu Muizz Nasruddin dalam sebarang bentu...
Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Kesilapan Penggunaan Kad Kredit Yang Ramai Orang Buat

So Apa Sudah Jadi Malaysia

Smk Panggung Jaya Tempat Pertama Program Anjuran Th

Resipi Tauhu Goreng Crispy Cicah Sambal Kicap Sedap

Basic Structure Should M Sia Not Revert Its Position

12 Taman Taman Negara Di Sarawak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengertian Dari Mesin Slot Online

Sle Autoimmune Disease

2 Koleksi Baru Louis Vuitton M A D Editions Yang Bakal Hebatkan Pengembaraan Anda

Saya Tak Pernah Kena Cakar Atau Terajang Adira Tepis Dakwaan Liar Bekas Madu Suruh Tanya Sendiri

Berita Basi Di Ayer Kuning

Dituduh Jadi Pembelot Bangsa Syahredzan Amp Rara Akan Saman Adun Kuala Sentul