Nadamurni Sejarah Penubuhan Ahli Kumpulan Senarai Lagu
Nadamurni : Sejarah Penubuhan, Ahli Kumpulan & Senarai Lagu
Al-Arqam suatu masa dulu selain dikenali ramai dengan kepakarannya dalam bidang ekonomi, ia juga berjaya dalam bidang muzik dan hiburan sehingga tertubuhnya kumpulan nasyid seperti Nadamurni dan The Zikr.
Juster artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan latar belakang kumpulan Nadamurni dan kaitannya dengan penubuhan kumpulan nasyid popular hari ini seperti Rabbani, Hijjaz dan Raihan.
Baca juga:
Sejarah dan Bukti Kesesatan Al-Arqam
Kronologi Ops Global (GISBH)
Lokasi Restoran Ikhwan
Apa itu Nadamurni?
Nadamurni adalah sebuah kumpulan penyanyi nasyid dari Yayasan Al-Arqam yang pernah aktif di Malaysia pada era tahun 80-an.
Namun pada tahun 1994, kumpulan ini telah pun dibuburkan apabila fatwa menyatakan Al-Arqam diharamkan dan sesat.
Rabbani dan Hijjaz adalah antara kumpulan yang ahli-ahlinya pernah menyertai Nadamurni.
Sejarah dan Latar Belakang
Segalanya berasal pada era tahun 80-an, di mana sekumpulan anak-anak muda di Kampung Sungai Penchala berkumpul di sebuah gelung saluran air dan berbincang untuk kebaikan.
Sehinggakan album pertama mereka dirakamkan pun di gelung saliran air tersebut. Walaupun dengan serba kekurangan dan tiada kemudahan alat muzik serta studio rakaman, perjuangan anak muda ini tidak pernah kenal putus asa.
Kumpulan anak-anak muda ini dikenali sebagai Putera-Putera Al-Arqam. Mereka banyak membuat persembahan di majlis-majlis ceramah.
Antara lagu-lagu awal mereka yang popular sehingga hari ini adalah seperti Tanpa Agama, Di Pondok kecil, dan Di Sini Kami Berkumpul.
Hari demi hari, kemudahan mereka semakin bertambah. Mereka mula memakai jubah putih dan serban putih ketika membuat persembahan. Bahkan mereka juga mempunyai sistem audio dan studio sendiri.
Kualiti lagu-lagu mereka semakin hari semakin meningkat dengan mempelbagaikan bentuk suara seperti bass, harmoni, suara kanak-kanak dan selingan sajak oleh saudara Dinie Juri dan Pak Nora.
Persembahan mereka juga semakin kerap dipersembahkan di majlis-majlis ceramah anjuran Al-Arqam. Dan ketika inilah Arwah Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) membuat penampilan sulungnya dengan menjadi vokalis utama kumpulan nasyid Putera-Putera Al-Arqam Malaysia ini.
Mereka juga menggunakan nama Syukhbah Kebudayaan Al-Arqam dan lagu-lagu tersebut menjadi siulan pemuda-pemuda Al-Arqam di seluruh dunia.
Oleh kerana minat yang begitu mendalam, nama Putera-Putera Al-Arqam Malaysia ditukar dengan nama Nadamurni. Nadamurni menggunakan kepakaran mereka dalam kompang dan alat muzik tradisional lainnya untuk membuat persembahan.
Nadamurni juga telah diletakkan di bawah syarikat rakaman Ova Production, milik Al-Arqam sendiri. Syarikat ini juga memperkenalkan artis dan kumpulan nasyid lain seperti The Zikr, Shaoutussofwa, Nada Athirah, Qatrunnada, dan sebagainya.
Dengan perkongsian idea dari Farihin Abd Fatah bersama Waharp Yusof, Sohibul Fadhil, Dinie Juri dan lain-lain, lagu-lagu Nadamurni mula diterima masyarakat dan kerap kedengaran di dalam radio dan televisyen.
Seperti kebanyakkan kumpulan nasyid yang lain, ahlinya pasti silih berganti. Nadamurni memperkenalkan kehadiran vokalis kedua mereka iaitu Munif Ahmad (Hijjaz). Kehadiran Munif Hijjaz memberikan peluang kepada Nadamurni untuk menerima jemputan persembahan dengan lebih banyak kerana mereka mampu mengagihkan kumpulan kepada dua orang vokalis utama.
Kejayaan Nadamurni pada ketika itu tiada tandingan dan tidak mampu disaingi oleh mana-mana kumpulan nasyid lain.
Namun pada tahun 1994 sejurus selepas Al-Arqam diharamkan oleh kerajaan Malaysia, Nadamurni telah berpecah dan membentuk kumpulan nasyid yang lain.
Daripada penampilan berjubah dan berserban putih, kini mereka mengubah cara penampilan mereka dengan memakai kopiah yang beraneka corak dan warna.
Ahli Kumpulan Nadamurni
Kredit: IG Deen Nasyid Rabbani
Kumpulan Nadamurni dianggotai oleh sekumpulan ahli jemaah Al-Arqam. Antara yang terkenal ialah:
(Asri) Mohamad Asri bin Ibrahim (meninggal)
(Isman) Ismen Nadim bin Isam
(Munif) Munif Ahmad @ Putra Aiman
(Faizal) Mohd Faizal bin Osman
Kredit: Nasyid Sedunia
Ahli kumpulan:
Berdiri dari kiri : Hamzah, Mahyuddin, Azadan, Nazim, Ust Asri, Munif, Ritaudeen, Isman, Fendi
Duduk dari kiri : Loqman, Nazrul, Aminuddin, Saiful, Faizal, Rahmat
Senarai Lagu
Berikut adalah senarai lagu dan album yang pernah dihasilkan oleh kumpulan Nadamurni:
Album Penuh Studio
Pentas Satu – Kelahiran
Asmaul Husna
Asmaul Anbiya’
Sifatullah
Nasyid Al-Arqam I & II
Musafir Kelana
Seruan Perjuangan
Engkau Menjelang Tiba
Tholaal Badru Alayna
Amalan Salafussoleh
Maulana Ya Rasulullah
Ilmu itu Cahaya
The Light of Truth
Munajat (bersama The Zikr)
Cahaya di Ufuk Timur
Soul of Islam
Love & Care
Malaysiaku Indah
Di Mana Kasih Di Mana Sayang
Balada Makkatul Mukarramah
Pulanglah Abuya
Untukmu Rasulullah Vol. 1 & Vol. 2
Falsafah Haji
Album Rakaman Langsung (Live)
Konsert Bergerak Serambi Mekah
Malam Sinar Maulidurrasul Vol. 1 & 2
NadaMurni “Live” Album
Konsert Kebudayaan Islam II: Bila Nur Melimpah di Hati (menampilkan The Zikr, Nahwan Nur & Al-Anwar)
Album Bertemakan Ramadan & Syawal
Lambaian Syawal
Bisikan Aidilfitri
Nur Aidilfitri
Potret Aidilfitri
Kemesraan di Aidilfitri
Ramadhan-Syawal: Neraca Taqwa
Album Kompilasi
Yang Dirindu (bersama Putri Muslimah)
Keinsafan
Koleksi Top Hits
Kompilasi Keharmonian Aidilfitri (menampilkan The Zikr, Soutus Sofwa, Anugerah & Nada Athirah)
Kompilasi Hari Raya: Aidul Mubarak
Pak Ku Shadat bersama NadaMurni
Menongkah Gerbang Syawal (penampilan Asri Ibrahim dan Munif Ahmad secara solo bersama Anugerah, Nahwan Nur & Bangsar Boyz)
Rakaman persembahan secara langsung (live) melalui VHS antaranya:-
Malam Sinar Maulidurrasul
Malam Kebudayaan Islam
Malam Mesra bersama NadaMurni di Pesta Colek ’92
Malam Kebudayaan Islam (Indahnya Hidup Bersama Tuhan) di Dewan Sivik MPPJ
Majlis Isra’ Mikraj
Islamic Fest & NadaMurni’s Concert Tour, United Kingdom
Konsert Malam Malaysia Indah ’94
Lagu-Lagu Popular:
Asmaul Husna
Di Pondok Kecil
Suwaru fil Quran
Sepohon Kayu
Selimut Putih
Tholaal Badru Alayna
Kasih Ibu Bapa
Welcome to Darul Arqam
Seruan Jihad
Islam Yang Telah Berkembang
Al Hijrah
Sifat 20
Mati
Muhammad Rasulullah (Your Face is Bright)
Assalamualaikum
Kegelapan Malam
Pemuda Pemudi
Muslimin Muslimat
Di Sini Kami Berkumpul
Jasa Petani
Huru Hara
Marilah Berkasih Sayang
Di Mana Ketenangan Di Mana Kebahagiaan
Kota Mekah
Nabi Ibrahim Bina Kaabah
Haji Menuju Allah
Maulana Ya Rasulullah
Anta Ya Rahman
Ahmad Ya Habibi
Khairul Bariyyah
Ya Nabi Salam Alayk
Adam & Hawa (Peristiwa Padang Arafah)
Bila Nur Melimpah Di Hati
Mana Milik Kita
Munajat
Mara Menuju Cita
Sunnah Berjuang
Nun di Sana
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Hikmah Ramadhan
Hari Raya Hanya di Syurga
Penubuhan Kumpulan Hijjaz, Rabbani dan Raihan
Pembubaran Nadamurni pada tahun 1994 dulu telah menyebabkan penubuhan beberapa kumpulan nasyid lain iatu Rabbani, Hijjaz, dan Raihan (The Zikr).
Hijjaz ditubuhkan pada 10 Januari 1997 dan pernah menganggotai kumpulan Nadamurni selama 10 tahun. Gaya penampilan yang eksklusif, Hijjaz mudah dikenali melalui pemakaian kopiah Hijjaz mereka yang cantik dan bercorak seperti mahkota.
Kumpulan Hijjaz terdiri seramai 4 orang anggota iaitu :
Munif bin Ahmad (Munif Hijjaz/Putra Aiman)
Isman Nadim bin Isam (Isman/Manis Helma/Manis Alia)
Mohd Faizal bin Osman (Faizal/Abai Os)
Mohd Salleh bin Ramli (Soleh) – Meninggal dunia dan diganti oleh Ariffin
Muhammad Ariffin bin Ahmad Rahim (Ariffin)
Kumpulan Hijjaz
Kumpula Raihan ditubuhkan oleh Farihin Abdul Fatah pada tahun 1996. Anggota asal kumpulan ini ialah Azahari Ahmad (Allahyarham; 24 September 1968 – 29 September 2001), Nazrey Johani, Abu Bakar Md Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim.
Nama Raihan harum dipersada dunia apabila muncul membuat persembahan di Royal Albert Hall England.
Raihan muncul sebagai fenomena luar biasa pada era 90-an dengan album Puji-Pujian yang terjual lebih dari 700,000 unit!
Kumpulan Raihan
Kumpulan Rabbani pula ditubuhkan pada 1 Mac 1997. Antra ahli kumpulannya yang terkenal adalah seperti Arwah Ustaz Asri Ibrahim, Azadan bin Abdul Aziz, Mohd Asri bin Ubdaidullah, dan lain-lain.
Banyak lagu dan karya Rabbani telah merangkul anugerah dari dalam dan luar negara.
Kumpulan Rabbani
Kejayaan Raihan, Hijjaz dan Rabbani membuktikan bahawa genre nasyid islamik membawa pengaruh yang sangat baik dalam industri muzik nasyid moden.
Elemen yang dipegang oleh Nadamurni seperti mesej dakwah yang kuat, melodi yang memikat hati serta penggunaan teknologi rakaman yang maju terus diwarisi oleh kumpulan-kumpulan tersebut sehingga hari ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/nadamurni/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=nadamurni