Nada Suara Yang Meyakinkan Daripada Al Sultan Abdullah



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Nada suara yang meyakinkan daripada Al-Sultan AbdullahESOK, Selasa, 30 Julai 2019, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Pahang akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Daulat Tuanku.
Dalam temu ramah dengan akhbar The Star yang disiarkan Ahad, 28 Julai, Al-Sultan Abdullah, melahirkan harapan untuk melihat Malaysia yang bersatu, aman, stabil dan harmoni sepanjang pemerintahan baginda.
Namun begitu, baginda mengakui bahawa harapan tersebut mungkin tidak tercapai dalam masa yang singkat.
Bagi diri saya, walaupun saya kritikal terhadap tindak-tanduk dan kelakuan sesetengah raja Melayu, namun saya amat yakin bahawa seorang raja yang adil dan bijaksana boleh membantu menjadikan Malaysia bersatu, aman, stabil dan harmoni.
Sekiranya hari ini negara kita tidak mencerminkan ciri-ciri yang Al-Sultan Abdullah sebutkan itu maka boleh jadi sebahagian disebabkan oleh tindak-tanduk dan kelakuan sebilangan kecil raja-raja kita juga.
Justeru itu saya amat yakin sekiranya Al-Sultan Abdullah menunaikan tanggungjawab baginda seperti yang baginda janjikan dan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, kebimbangan baginda yang Malaysia menjadi kacau-bilau akan dijauhkan Tuhan.

Insya Allah jika baginda dan raja-raja Melayu yang lain boleh memberi kerjasama kepada kerajaan pilihan rakyat jelata, ekonomi negara akan pulih dan kesejahteraan rakyat jelata, khususnya yang memerlukan pembelaan, akan menjadi bertambah baik.
Sebab itulah saya selalu berkata bahawa tempat raja adalah di atas takhta dan bukan dalam bilik lembaga atau dalam hutan belantara mencari balak dan emas suasa.
Saya telah sebutkan banyak kali dan saya ulang sekali lagi iaitu raja-raja tidak boleh berniaga, bersaing dengan rakyat jelata dan diseret ke mahkamah macam orang biasa.
Tidak mengapa kalau kerajaan pusat dan negeri hendak mengkaji semula peruntukan di-raja supaya raja-raja kita boleh hidup selesa tanpa keperluan berniaga atau membuat kerja-kerja yang merendahkan martabat istana.
Begitu jugalah kalau perbelanjaan raja terlalu besar dan mewah seperti memiliki istana gergasi atau jet peribadi yang memerlukan belanja penyelenggaraan yang besar kerajaan berhak mengehadkannya.
Al-Sultan Abdullah yakin kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir mampu memulihkan ekonomi negara dan kebajikan rakyat jelata.
Di sini, saya amat yakin, raja-raja Melayu boleh memainkan peranan menasihati pemimpin politik agar menumpukan perhatian kepada tugas yang diamanahkan dan bukan membuat kerja-kerja yang dilarang.
Berkenaan ulasan Al-Sultan Abdullah berkaitan serangan ke atas istana dalam media sosial, saya rasa serangan yang tidak berasas dan melampau wajib disekat dan ditangani mengikut lunas undang-undang.
Saya berkata begitu kerana saya sendiri sudah dua kali disiasat oleh polis berikutan aduan orang ramai ke atas tulisan saya mengenai raja-raja walaupun saya berhati-hati dengan fakta dan bahasa.
Bercakap bagi pihak Istana Pahang, Al-Sultan Abdullah berkata, keluarga di-raja tidak berbeza daripada institusi atau istana lain yang sentiasa diperhatikan oleh rakyat jelata.
Amat tepat kata Al-Sultan Abdullah iaitu istana akan dikecam hebat apabila dilihat cuba mempolitikkan sesuatu.
Al-Sultan Abdullah berkata, baginda sentiasa diingatkan tentang perlunya institusi raja kekal relevan dalam suasana politik negara yang lebih terbuka dan demokratik sekarang.
Saya juga tertarik dengan komen baginda bahawa jika (raja-raja) berasa bahawa mereka adalah bahan muzium maka mereka akan berakhir dalam muzium.
Tetapi jika kehadiran (raja-raja) adalah untuk berkhidmat kepada rakyat jelata dan berada bersama mereka, baginda yakin rakyat jelata tahu bagaimana menghargainya.
Kesimpulannya, saya amat yakin kita akan melalui zaman yang lebih tenteram dan membanggakan di bawah pemerintahan Al-Sultan Abdullah berbanding dengan zaman pemerintahan raja sebelum ini.
Insya Allah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/07/nada-suara-yang-meyakinkan-daripada-al.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Istiadat Pertabalan Sultan Abdullah Tunku Azizah Jadi Tumpuan Hari Ini

Istiadat Pertabalan Sultan Abdullah Tunku Azizah Jadi Tumpuan Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 561 hits
Malaysia hari ini sekali lagi akan menjadi tumpuan rakyat dan masyarakat luar negara apabila berlangsungnya Istiadat Pertabalan Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah sebagai Yang di Pertuan Agong ke 16 Istiadat yang akan be...
Pertabalan Tengku Abdullah Sultan Pahang Sebagai Agong Ke 16

Pertabalan Tengku Abdullah Sultan Pahang Sebagai Agong Ke 16

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 2399 hits
PERTABALAN AGONG KE 16 DAN HARI ULANG TAHUN BAGINDA KE 60Merafak Sembah dan Setinggi Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Al...
Kejutan Buat Al Sultan Abdullah Sempena Hari Keputeraan Ke 60

Kejutan Buat Al Sultan Abdullah Sempena Hari Keputeraan Ke 60

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR Nyanyian lagu Allah Selamatkan Tuanku berkumandang di Istana Negara malam tadi sebagai kejutan bagi meraikan Hari Keputeraan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang ke 60 Kejutan itu be...
Berderau Darah Terkepit Kaki Sultan Abdullah

Berderau Darah Terkepit Kaki Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 428 hits
Berderau darah terkepit kaki Sultan Abdullah Baru setahun bekerja sudah buat silap besar
Sultan Abdullah To Be Installed As 16th Yang Di Pertuan Agong Today

Sultan Abdullah To Be Installed As 16th Yang Di Pertuan Agong Today

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 481 hits
The installation of Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah as the 16th Yang di Pertuan Agong is set to take place today in a ceremony steeped in royal Malay customs and tradition at Istana Negara a historic event under the c...
Al Sultan Abdullah Beri Peringatan Jangan Berpecah Belah

Al Sultan Abdullah Beri Peringatan Jangan Berpecah Belah

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 371 hits
KUALA LUMPUR Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengingatkan semua pihak agar jangan sekali kali berfikir untuk berpecah belah kerana pemikiran negatif seumpama itu akan merosakkan negara Dalam wawancara khas sempena Har...
Al Sultan Abdullah Tunai Solat Jumaat Di Masjid Saiyidina Abu Bakar Bangsar

Al Sultan Abdullah Tunai Solat Jumaat Di Masjid Saiyidina Abu Bakar Bangsar

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 284 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Sikap Keprihatinan Al Sultan Abdullah Sentuh Perasaan Media

Sikap Keprihatinan Al Sultan Abdullah Sentuh Perasaan Media

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 426 hits
KUALA LUMPUR Sikap prihatin yang amat sinonim dengan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Al Mustafa Billah Shah turut dirasa sendiri petugas media yang mewawancara Seri Paduka sempena Istiadat Pertabalan Yang di Pertuan Agong ke 16 di ...
Syiling Peringatan Khas Pertabalan Agong Ke 16 Al Sultan Abdullah

Syiling Peringatan Khas Pertabalan Agong Ke 16 Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 675 hits
Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling khas sempena Istiadat Pertabalan Yang di Pertuan Agong ke 16 pada 30 Julai ini Ketiga tiga syiling khas itu diukir dengan potret Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Bill...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids