Myspp Online Daftar Login Cara Permohonan


mySPP ONLINE :DAFTAR,LOGIN & CARA PERMOHONAN

Berdasarkan pengumuman Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan anggota perkhidmatan pendidikan akan menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP).
Tujuan pelancaran mySPP adalah untuk memastikan semua permohonan jawatan bagi anggota perkhidmatan pendidikan dapat diselaraskan di bawah satu sistem permohonan sahaja.
Walau bagaimanapun, permohonan jawatan melalui Portal Jobs Malaysia masih diteruskan namun hanya sehingga 31 Julai 2020 sahaja.
Oleh itu, bagi individu yang ingin memohon jawatan sebagai anggota perkhidmatan pendidikan khususnya selepas 31 Julai 2020, mereka hanya boleh membuat permohonan melalui sistem mySPP sahaja.
APA ITU SPP
Untuk pengetahuan, SPP yang ditubuhkan pada 1 Januari 1974 merupakan badan yang dipertanggungjawabkan untuk anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.
SPP menjalankan fungsi tersebut adalah mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.
DAFTAR mySPP KALI PERTAMA

Bagi pengguna yang ingin mendaftar di dalam sistem mySPP untuk kali pertama, adalah dinasihatkan untuk menggunakan Google Chrome Version 48.0.2564 ke atas, Mozilla Firefox 45.0 ke atas atau Internet Explorer (IE) 11.0.9600.18499 dengan resolusi minima skrin 1024 x 768.
Pengguna juga diingatkan perlu mengaktifkan javascript di pelayar web yang digunakan.
Pendaftaran kali pertama di dalam sistem mySPP boleh dilakukan melalui langkah-langkah berikut:
-Layari laman web mySPP iaitu https://myspp.spp.gov.my/
-Klik pada butang ‘Daftar Akaun Baru’.
-Pemohon perlu memasukkan maklumat-maklumat berikut:
i) Maklumat asas- No. kad pengenalan, nama penuh, no. telefon bimbit, dan alamat emel.
ii) Soalan keselamatan- Nama ibu dan negeri kelahiran pemohon.
iii) Maklumat kata laluan
iv) Kod keselamatan
-Setelah kesemua maklumat tersebut diisi, klik butang ‘Daftar.’
-Jika pengguna ingin mengisi semula maklumat, klik butang ‘Semula.’
-Pemohon akan menerima paparan ‘Tahniah! Pendaftaran Berjaya!’ yang merujuk kepada pendaftaran telah berjaya dilakukan.
-Namun, pemohon mungkin mendapat beberapa paparan lain iaitu:
i) ‘Kata Laluan dan Sahkan Kata Laluan Tidak Sama:’ Kata laluan yang diberikan adalah tidak sama dengan pengesahan.
ii) ‘Kod Keselamatan Salah:’ Kod keselamatan perlu dimasukkan dengan betul kerana kod tersebut adalah case-sensitive.
iii) ‘Maaf! No K/P atau nama tidak tepat. Sila masukkan No K/P dan nama seperti yang tertera di Kad Pengenalan:’ No Kad Pengenalan tidak dimasukkan dengan betul.
iv) ‘Maaf pendaftaran tidak berjaya. Sila hubungi Hotline SPP atau SISPAA-SPP:’ Pemohon bukan warganegara atau pemastautin tetap atau telah meninggal dunia atau maklumat tidak sah oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
CARA KEMASKINI MAKLUMAT PEMOHON mySPP ONLINE
Setelah pemohon berjaya untuk mendaftar di dalam mySPP, pemohon boleh mula mengemaskini maklumat peribadi di dalam portal tersebut
Langkah-langkah mengemaskini maklumat peribadi adalah seperti berikut:
Login portal mySPP dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan. Pada paparan maklumat pemohon, sila masukkan semua maklumat peribadi yang diperlukan. Setelah selesai memasukkan semua maklumat peribadi, tekan butang ‘Simpan’ di bawah. Kemudian, tekan di bahagian ‘Maklumat Akademik’ di kiri paparan. Pemohon perlu memasukkan semua keputusan peperiksaan yang pernah diambil pemohon merangkumi:
i) PT3/PMR/SRP/LCE
ii) SPM/MCE/SPM(V)
iii) Peperiksaan Tambahan
iv) STPM/STP/HSC
v) Pengajian Tinggi
vi) Profesional
Pemohon yang mengisi butiran setiap peperiksaan perlu menakan butang ‘Simpan’ di bawah paparan. Kemudian, pada bahagian ‘Sukan dan Persatuan,’ isikan maklumat sukan dan persatuan yang pernah disertai oleh pemohon di setiap peringkat dan klik ‘Simpan.’ Pada bahagian ‘Rekacipta / Pencapaian’ isikan jenis reka cipta dan pencapaian khas pemohon jika ada dan kemudiannya klik ‘Simpan.’ Kemudian, menu akan dipaparkan iaitu“Adakah anda sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam/Kerajaan Tempatan/Badan Berkanun/Polis?” Jika jawapan pemohon ialah ‘Ya,’ pada bahagian ‘Pegawai Sedang Berkhidmat’ klik sub-menu ‘Pengalaman Bekerja di Sektor Awam’ dan isikan maklumat diperlukan dan kemudian klik ‘Simpan.’ Pada bahagian ‘Maklumat Tambahan’, pemohon perlu mengisi pada makuma-maklumat berikut:
i) Bakat/Kebolehan Bahasa
ii) Bekas Tentera/Polis (jika berkenaan)
iii) Penerima Bantuan/Kurang Upaya (jika berkenaan)
Pemohon perlu menekan butang ‘Simpan’ di setiap bahagian terbabit setelah selesai mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan.
CARA PERMOHONAN JAWATAN mySPP ONLINE
Setelah melengkapkan maklumat pemohon, pemohon boleh memohon jawatan yang ditawarkan.
Berikut merupakan langkah-langkah untuk memohon jawatan di dalam portal mySPP:
Klik pada bahagian ‘Jawatan Dimohon’, dan klik sub-menu ‘Jawatan SPP’ dan klik sub-menu ‘Jawatan PDRM/LAIN.’ Pilih jawatan pada ruang ‘Jawatan Yang Layak Dipohon,’ klik ‘>>’ bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’ Jika pemohon ingin membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, sila pilih jawatan tersebut di ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’ dan tekan butang ‘<<.’ Pemohon perlu memilih Pusat Temuduga / Ujian Khas daripada senarai yang diberikan. Kemudian tekan butang ‘Simpan’ untuk menyimpan maklumat yang telah diisi. Klik pada bahagian ‘Pengakuan Pemohon’ dan pastikan semua maklumat yang telah diisi adalah betul. Klik pada kotak ‘Saya setuju’ dan tanda ‘√’ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan. Kemudian, klik butang ‘Hantar.’ Pemohon dibenarkan memohon seberapa banyak jawatan yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, pemohon dinasihatkan supaya memilih jawatan yangbersesuaian dengan kelayakan akademik yang dimiliki serta berminat dengan jawatan yang dipilih. SEMAKAN PERMOHONAN mySPP ONLINE
Pemohon yang ingin menyemak permohonan mereka boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
Klik pada bahagian ‘Semakan Permohonan.’ Skrin akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan. Sekiranya paparan ‘Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan,’ ini bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar. Jika paparan yang dipaparkan “Tidak Melepasi Syarat-Syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan atau Kementerian. Jika berminat, anda juga boleh baca :
CARA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG BOMBA 2020
PERMOHONAN JAWATAN PENYELIA/PEMBANCI SAMBILAN BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020
SOALAN LAZIM mySPP ONLINE
Berikut adalah Soalan Lazim mySPP :
Saya telah mendaftar tetapi sehingga kini masih belum menerima emel daripada pihak SPP untuk mengaktifkan akaun dan kata laluan?
Pendaftaran mySPP tidak memerlukan pengaktifan melalui emel. Alamat emel hanya digunakan untuk pengumuman SPP atau panggilan temu duga atau keputusan temu duga sahaja.
Saya telah berdaftar dengan Portal Jobs Malaysia, adakah ID Pengguna dan kata laluan Jobs Malaysia boleh digunakan untuk mySPP?
Tidak boleh. Pemohon perlu mendaftar akaun baharu di mySPP dan perlu menggunakan alamat emel yang sama semasa pendaftaran di Portal Jobs Malaysia.
Saya telah mendaftar di mySPP dan terdapat kesilapan maklumat semasa pendaftaran, bagaimanakah untuk memperbetulkan kesilapan tersebut?
Pemohon boleh memperbetulkan kesilapan maklumat dengan log masuk ke mySPP dan mengemas kini maklumat yang silap di bahagian ‘Maklumat Pemohon.’
Sekiranya saya telah membuat pendaftaran dan tersalah memasukkan no. kad pengenalan. Apakah yang harus saya lakukan?
Sekiranya pemohon tersilap memasukkan no. kad pengenalan semasa pendaftaran, sila adukan masalah terbabit kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP.
Bolehkah pendaftaran akaun saya dibatalkan?
Pendaftaran yang telah dibuat tidak boleh dibatalkan dan hanya boleh dikemas kini.
Jika saya membuat permohonan jawatan baharu, adakah permohonan saya yang terdahulu akan terbatal?
Ya, permohonan yang terdahulu akan terbatal sekiranya pemohon membuat permohonan baru. Namun begitu, sekiranya urusan permohonan terdahulu sedang diproses, urusan tersebut tetap akan diteruskan.
Adakah permohonan saya yang terdahulu masih sah?
Permohonan masih sah jika masih dalam tempoh sah laku pendaftaran. Sah laku pendaftaran permohonan adalah selama 1 tahun dan sekiranya tempoh sah laku telah tamat, pemohon perlu mengemas kini semula dan menghantar pengakuan pemohon sekali lagi.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Pemohon yang mempunyai pertanyaan dan info lanjut boleh menghubungi Talian Hotline mySPP di talian 03-8893 4019/4020/4021/4022.
Pemohon juga boleh memberikan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP) iaitu https://myspp.spp.gov.my/.
The post mySPP ONLINE :DAFTAR,LOGIN & CARA PERMOHONAN appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/myspp-online-daftarlogin-cara-permohonan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Geran Mikro Dan Cottage Rm1000 Cara Permohonan Online Semakan

Bantuan Geran Mikro Dan Cottage Rm1000 Cara Permohonan Online Semakan

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 378 hits
BANTUAN GERAN MIKRO DAN COTTAGE RM1000 CARA PERMOHONAN ONLINE SEMAKAN APA ITU BANTUAN GERAN MIKRO DAN COTTAGE Akibat pandemik Covid 19 yang telah mencetuskan krisis ekonomi Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan fasa kedua pakej bantuan da...
Banci 2020 Ecensus Cara Daftar Log Masuk Jawab Soalan Selidik Online

Banci 2020 Ecensus Cara Daftar Log Masuk Jawab Soalan Selidik Online

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 890 hits
BANCI 2020 eCENSUS CARA DAFTAR LOG MASUK JAWAB SOALAN SELIDIK ONLINE APA ITU BANCI 2020 Jabatan Perangkaan akan mula melancarkan Banci 2020 bermula 7 7 2020 Banci 2020 adalah yang keenam dilaksanakan semenjak penubuhan Malaysia dan ia dilak...
Pembiayaan Selangor Advanse Pks Cara Permohonan Semakan Kelulusan Online

Pembiayaan Selangor Advanse Pks Cara Permohonan Semakan Kelulusan Online

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 496 hits
PEMBIAYAAN SELANGOR ADVANSE PKS CARA PERMOHONAN SEMAKAN KELULUSAN ONLINE APA ITU PEMBIAYAAN SELANGOR ADVANSE PKS Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan inisiatif pembiayaan Selangor Advance bagi membantu Perusahaan Kecil Sederhana di...
Ebelia Iyres Cara Daftar Sistem Permohonan Pekerjaan Untuk Belia

Ebelia Iyres Cara Daftar Sistem Permohonan Pekerjaan Untuk Belia

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 533 hits
eBelia IYRES CARA DAFTAR SISTEM PERMOHONAN PEKERJAAN UNTUK BELIA Tahukah anda terdapat satu portal pelbagai manfaat yang telah dibangunkan khusus untuk membantu para belia di Malaysia baru baru ini telah membangunkan sebuah portal iaitu Por...
Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar Cara Permohonan Semakan

Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar Cara Permohonan Semakan

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 371 hits
SKIM BANTUAN ASUHAN ANAKKU PINTAR CARA PERMOHONAN SEMAKAN Melalui skim baru ini ibu bapa yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bula...
Bantuan Khas Rm600 Kepada Pemandu Bas Sekolah Cara Permohonan Semakan Kelulusan

Bantuan Khas Rm600 Kepada Pemandu Bas Sekolah Cara Permohonan Semakan Kelulusan

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 1799 hits
BANTUAN KHAS RM600 KEPADA PEMANDU BAS SEKOLAH CARA PERMOHONAN SEMAKAN KELULUSAN Kerajaan telah meluluskan bantuan khas RM600 seorang kepada 35 000 pemandu bas sekolah yang layak di seluruh negara Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Si...
Program Genius Negara Kpm 2020 Cara Permohonan Semakan Keputusan

Program Genius Negara Kpm 2020 Cara Permohonan Semakan Keputusan

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 719 hits
PROGRAM GENIUS NEGARA KPM 2020 CARA PERMOHONAN SEMAKAN KEPUTUSAN APA ITU PROGRAM GENIUS NEGARA KPM 2020 Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan untuk menyertai Program GENIUS Negara di Pusat Anak Genius Negara bagi anak ana...
Kursus Kap Penjana Cara Permohonan Insentif Rm900 Kepada Peserta

Kursus Kap Penjana Cara Permohonan Insentif Rm900 Kepada Peserta

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 656 hits
KURSUS KAP PENJANA CARA PERMOHONAN INSENTIF RM900 KEPADA PESERTA APA ITU KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK KANAK KURSUS KAP PENJANA Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak kanak yang menyediakan bayaran insentif sebanyak RM900 bagi setiap p...
Permohonan Jawatan Kosong Ptd 2020 Cara Mohon Semakan Kelayakan

Permohonan Jawatan Kosong Ptd 2020 Cara Mohon Semakan Kelayakan

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 632 hits
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PTD 2020 CARA MOHON SEMAKAN KELAYAKAN Suruhanjaya Perkhidmatan Awam memaklumkan terdapat iklan jawatan PTD atau Pegawai Tadbir Diplomatik TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PTD 2020 Tarikh tutup permohonan pada...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli

Bila Ko Tak Boleh Reply Komen

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Injection Moulding Malaysia Combining Precision And Efficiency

Destinasi Percutian Mesra Keluarga Di Malaysia