Myspp Cara Mohon Jawatan Guru





Untuk makluman kepada para pencari kerja, mulai 7 Julai 2020, semua permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan iaitu Portal mySPP di www.spp.gov.my/.

Oleh itu, pemohon sedia ada dan bakal pemohon digalakkan agar menggunakan mySPP untuk permohonan jawatan SPP.

Walau bagaimanapun, permohonan jawatan SPP melalui Portal JobsMalaysia masih boleh diteruskan dan sah sehingga 31 Julai 2020 ini.

Cara Daftar mySPPUntuk mendaftar mySPP bagi tujuan memohon jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), sila ikuti langkah seperti yang berikut:

1. Pergi Ke Laman Web Rasmi SPP

Sila pergi ke laman web rasmi mySPP melalui pautan https://myspp.spp.gov.my/myspp/login.jsp

Anda akan dibawa ke halaman seperti berikut:

2. Daftar Akaun Baharu

Klik pada ‘Daftar Akaun Baharu’

3. Isi Maklumat

Pastikan semua medan bertanda * diisi.

Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan anda.

Selepas semua medan diisi, klik butang ‘Daftar’.

4. Log Masuk

Anda boleh terus log masuk ke Portal mySPP dan menggunakan MyID dan kata laluan yang telah didaftarkan.

Setelah anda selesai mendaftar butiran dan maklumat anda sebagai pengguna SPP, anda perlu membuat permohonan pada mana-mana jawatan yang akan diiklankan dalam Portal SPP.

Jadi, anda kena sentiasa alert jika ada sebarang pengumuman / hebahan jawatan ya!

Cara Isi Borang & Membuat Permohonan Jawatan mySPP OnlinePemohon yang telah berjaya Log Masuk boleh mengisi borang mySPP.

Pemohon dinasihatkan agar membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPP sebelum memohon bagi mengelakkan memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.

Anda kena rujuk pada Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas) sebelum anda mendaftar.

Langkah-langkah mengisi borang SPP online adalah seperti yang berikut:

Log Masuk Portal mySPPKlik pada pautan MAKLUMAT PEMOHON dan isikan semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).Klik pada pautan MAKLUMAT AKADEMIK dan isikan maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).Isikan Maklumat ‘Pegawai Sedang Berkhidmat’ sekiranya berkaitan.Klik pada pautan Maklumat Tambahan dan isi butiran selengkapnya.Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “Jawatan SPP” dan sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN”.Calon hanya boleh memohon maksimum 3 jawatan SPP sahaja. Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’.Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan.Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR.Slip Akuan Pendaftaran akan dipaparkan dan ia boleh dicetak sebagai rujukan.
Cara Membuat Semakan Status PermohonanPemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan” di pautan berikut:
https://semakan.spp.gov.my/SemakanPermohonan/semak_papar.php

Pemohon boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang HANTAR dalam pengakuan pemohon.

Skrin ini akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).

Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang DitetapkanOleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian.
*Dalam perkara ini, SPP telah menetapkan hanya calon-calon yang terbaik dikalangan pemohon yang akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan


Soalan Lazim1. Apakah jawatan yang boleh saya pohon di SPP?

– Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).– Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan PPPT Gred DH41 untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk berkhidmat di mana-mana agensi di bawah KPM iaitu jawatan berikut:

Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Gred N19.Penyelia Asrama Gred N19.Pembantu Pengurusan Murid Gred N19.Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19.Pembantu Makmal Gred C19.Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19.Pembantu Operasi Gred N11.Pemandu Kenderaan Gred H11.
2. Bilakah dan bagaimanakah saya boleh memohon jawatan tersebut?
Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan sepanjang tahun. Permohonan boleh dikemukakan melalui Sistem mySPP di https://myspp.spp.gov.my

3. Bilakah iklan jawatan kosong SPP akan disiarkan?
SPP tidak mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar mahupun media massa yang lain.

SPP akan menyiarkan iklan sepanjang masa di portal rasmi mySPP.
Oleh dengan itu, pemohon juga boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain yang berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki.

Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Walau bagaimanapun, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh SPP pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.

4. Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas proses pendaftaran di JobsMalaysia?
Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses tersebut kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data SPP.

Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah SPP Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian.


Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh SPP bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.

5. Saya telah membuat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia dan SPP telah mengesahkan permohonan jawatan saya, adakah maklumat permohonan jawatan tersebut ada disimpan dalam mySPP?
Ya.
Semua maklumat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia yang telah disahkan permohonan oleh SPP akan berada dalam mySPP.
Walau bagaimanapun, anda masih perlu mendaftar akaun baharu di mySPP bagi tindakan selanjutnya.

Maklumat LanjutBagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang pendaftaran, permohonan jawatan SPP atau status semakan anda di portal mySPP, sila hubungi

Talian Hotline mySPP : 03-8893 4019 / 4020 / 4021 / 4022

Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP) sila isikan maklumbalas di SINI.

Alamat surat-menyurat: Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000 Putrajaya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2021/06/myspp-cara-mohon-jawatan-guru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mohon Jadi Guru Lebih 18000 Kekosongan Untuk Diisi

Cara Mohon Jadi Guru Lebih 18000 Kekosongan Untuk Diisi

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 339 hits
Lebih 18 000 jawatan guru bakal dibuka Kepada yang mencari kerja dan berminat jangan lepaskan peluang ni Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin dah maklumkan semalam Kementerian Pendidikan akan mengambil sebanyak 18 702 pegawai perkh...
Kenapa 18702 Kekosongan Jawatan Guru Mesti Diberi Kepada Graduan Bidang Pendidikan Sahaja

Kenapa 18702 Kekosongan Jawatan Guru Mesti Diberi Kepada Graduan Bidang Pendidikan Sahaja

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 313 hits
Isu kekurangan guru mungkin akan sedikit reda apabila pengambilan 18702 orang guru secara one off akan dilakukan sedikit masa lagi Namun pengambilan guru mestilah dari kalangan graduan pendidikan Kenapa 18702 Kekosongan Jawatan Guru Mesti D...
Cara Pindah Duit Anak Dan Sendiri Ke Tabung Haji Secara Online

Cara Pindah Duit Anak Dan Sendiri Ke Tabung Haji Secara Online

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 780 hits
Sebelum ini saya pindah duit raya anak anak ke Tabung Haji melalui Akaun lain seperti CIMB dan Maybank tapi masa nak cuba Raya 2021 tahun ini tak dapat search Lembaga Tabung Haji di bahagian Paybills CIMB Baru teringat ada THijARI yang jara...
Cara Kurus Dengan Amal Minum Air Asam Gelugur

Cara Kurus Dengan Amal Minum Air Asam Gelugur

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 317 hits
Air asam gelugor banyak khasiatnya bukan sahaja untuk kuruskan badan atau kurangkan selera makan Ia juga untuk kecutkan rahim Sesuai diminum oleh semua ibu Selain itu ia juga untuk turunkan darah tinggi Jika tiba tiba sakit kepala pun boleh...
Resipi Garlic Prawn Sedap Macam Dekat Restoran Macam Ni Cara Masaknya

Resipi Garlic Prawn Sedap Macam Dekat Restoran Macam Ni Cara Masaknya

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 366 hits
Garlic Prawn atau Udang Bawang Putih ni memang sedap Hidangan sebegini biasanya dinikmati di restoran Namun kalau nak masak sendiri di rumah apa salahnya Tak susah pun malah bahan bahannya juga mudah didapati Saudari Liza Idris ada kongsika...
Hiburan Berbaloi Hantaran Kahwin Rm91 Ribu Netizen Puji Cara Hanis Zalikha Didik Anak

Hiburan Berbaloi Hantaran Kahwin Rm91 Ribu Netizen Puji Cara Hanis Zalikha Didik Anak

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 391 hits
Keletah dan gelagat anak kepada pasangan selebriti terkenal Hanis Zalikah dan Hairul Azreen sering menjadi tumpuan peminat Bukan saja comel Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah juga pintar dan bijak meskipun baru melangkah umur hanya beberapa ta...
Cara Buat Page Break Dalam Word

Cara Buat Page Break Dalam Word

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 224 hits
Salam Jenuh nak ingat balik cara untuk buat page break dan tajuk header bagi setiap bab dalam buku Boleh guna step dibawah Baru buku cantik dan professional Configure headers and footers for different sections of a 1 Click or tap the page a...
Diketepi Dari Mkn Menteri Tegur Cara K Jaan Kendali Vaksin Ppv

Diketepi Dari Mkn Menteri Tegur Cara K Jaan Kendali Vaksin Ppv

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 195 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Md Yusof mendakwa dia tidak lagi diundang ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Bercakap kepada Malaysiakini anggota parlimen Bersatu itu juga mempersoalkan cara kerajaan menangani wabak Covi...
Ni Cara Nak Setting Youtube Supaya Anak Tak Buka Video Berunsur Sensitif

Ni Cara Nak Setting Youtube Supaya Anak Tak Buka Video Berunsur Sensitif

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 347 hits
Zaman sekarang dah tak sama macam zaman kita dibesarkan dulu dulu Ibaratanya penggunaan gajet pada masa kini sebagai satu keperluan dan semakin meluas digunakan bukan sahaja kepada yang bekerja tetapi anak anak pun perlu disebabkan proses p...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih