Mysejahtera Aplikasi Pengawasan Covic 19
Salam guys!
Tahniah atas usaha kerajaan menangani isu Covic-19 yang melanda negara kita sekarang ini. Diam tak diam, percentage orang dicharge dah semakin menurun, begitu juga dengan kes baru. Jalinan kerjasama kita semua dapat tangani isu Covic-19. Tahniah sekali lagi. Salah satu inisiatif yang kerajaan buat sekarang ini adalah dengan mewujudkan aplikasi MySejahera. MySejahtera merupakan 1 aplikasi dimana boleh mengawasi penularan Covic-19 dalam negara
Kalau korang perasan sekarang, kalau nak naik train kena scan bar code MySejahtera ataupun barcode store itu sendiri. Bila guna MySejahtera dah tak perlu nak key in nama. Sebab details kita dah tercatat dalam aplikasi MySejahtera. Kerajaan turut menyarankan orang ramai untuk muat turun aplikasi MySejahtera ini bagi membolehkan penilaian kesihatan kendiri
Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.
Cara Mudah Muat Turun Aplikasi MySejahtera di Mobile Phone Anda!
Langkah 1: Muat turun dan pasang aplikasi MySejahtera daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGalleLangkah 2: Tekan butang "Daftar Di Sini" untuk mendaftar pengguna baharuLangkah 3: Masukkan nombor telefon bimbit dan klik "Daftar" atau klik pautan "Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar" (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)Langkah 4: Anda akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel)Langkah 5: Masukkan OTP yang diterima dan tekan "Hantar" (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pada pautan dalam emel (jika mendaftar menggunakan e-mel)Langkah 6: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang "Sahkan"Langkah 7: Anda akan mendapat mesej "Pendaftaran Berjaya". Klik pada link "Tutup" di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log MasukLangkah 8: Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik "Log Masuk"Anda berjaya mendaftar sebagi ahli MySejahtera!
Menurut Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri, berkenaan pemberiaan / kredit e-wallet sebanyak RM50 dengan muat turut aplikasi MySejahtera ini. Akan tetapi pemberian akan dilakukan secara berperingkat. Jangan assume lepas download automatik dah ada RM50 dalam e-wallet sudahlah.
Aplikasi ini banyak info juga sebenarnya, boleh tahu status dari semasa ke sama berkenaan covic, cara pencegahan. Bila buat check in boleh dapat klasifikasi diri kita yang mana dan apa jenis klasifikasi yang ada. Semua dah tertera dalam Aplikasi MySejahtera.
Okaylah, jangan lupa muat turun aplikasi MySejahtera nanti boleh dapat E-Wallet RM50
Thank you for reading
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com/2020/06/mysejahtera-aplikasi-pengawasan-covic-19.html