Mykad Imigresen Tunggu Siasatan Polis


fazleen safina  Gagal faham bahasa Melayu punca terbongkar kes MyKad tidak sahPUTRAJAYA – Tingkah laku seorang wanita yang hanya tersenyum setiap kali soalan diajukan kepadanya, menyebabkan pegawai Imigresen mengesyaki individu Cina yang berada di hadapannya untuk memohon passport antarabangsa Malaysia itu sebenarnya bukan rakyat tempatan

Walaupuna wanita berkenaan menyerahkan Mykad yang didakwa miliknya kepada pegawai Imigresen ketika ingin memohon pasport antarabangsa, namun dia gagal untuk menjawab soalan yang diajukannya dalam bahasa Malaysia

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, kes di pejabat imigresen di Pulau Pinang itu adalah yang pertama tahun ini, yang membawa kepada pembongkaran kegiatan pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan secara tidak sah

Bercakap kepada Bernama di pejabatnya di sini, beliau berkata, kes itu kini di bawah siasatan polis

Menceritakan bagaimana pegawainya mengesan penipuan itu, Khairul Dzaimee berkata, kejadian bermula apabila rakyat China itu datang ke kaunter Imigresen memohon untuk membuat pasport antarabangsa Malaysia dan menyerahkan MyKad miliknya untuk diteliti oleh pegawai Imigresen

“Apabila pegawai Imigresen bertanyakan soalan, dia gagal menjawab kerana tidak menguasai bahasa Malaysia…tidak boleh menjawab satu soalan (pun) yang dikemukakan, jadi timbul syak wasangka pegawai Imigresen yang bertugas,” katanya

Beliau berkata, berikutan itu pegawai Imigresen berkenaan membuat laporan kepada polis mengesyaki MyKad yang diguna oleh warga China itu diperoleh secara tidak sah

“Saya tidak boleh ulas lanjut kerana masih dalam siasatan polis, tetapi ia bermula daripada laporan yang dibuat oleh pegawai Imigresen itu,” katanya

Susulan laporan, wanita itu ditahan polis sebelum dituduh di mahkamah, dan susulan itu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis mengenai kegiatan pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan secara penipuan, yang berlaku di JPN Pulau Pinang

Polis kemudian membuat risikan dan mendapati wujud rangkaian sindiket yang didalangi beberapa individu, terbabit dalam membuat, memperolehi, menjual dan memiliki dokumen pengenalan diri serta sijil lahir palsu, bertujuan mendapatkan dokumen perjalanan bagi memudahkan perbuatan keluar masuk Malaysia oleh individu yang bukan warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis menahan 20 individu termasuk seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang disyaki terbabit dengan aktiviti pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan secara tidak sah

Mereka yang ditahan di Pulau Pinang 19 Ogos lepas, terdiri daripada 15 lelaki dan dua wanita tempatan, seorang lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang lelaki warga India, dan hari ini, Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang dan lima individu didakwa di Mahkamah Sesyen atas 32 pertuduhan berkaitan kes sijil lahir dan MyKad yang tidak sah. -Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/mykad-imigresen-tunggu-siasatan-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siasatan Terhadap Zakir Naik Selesai Kata Polis

Siasatan Terhadap Zakir Naik Selesai Kata Polis

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 204 hits
Siasatan terhadap Zakir Naik selesai kata polis Dikemas kini 4 minit yang lalu Diterbitkan pada 2 Sep 2019 10 58AM
Polis Tahan Pegawai K Jaan Bawah Sosma Didakwa Jual Mykad

Polis Tahan Pegawai K Jaan Bawah Sosma Didakwa Jual Mykad

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 275 hits
Polis menahan beberapa pegawai kerajaan berpangkat tinggi dan kakitangan jabatan kerajaan termasuk dari Putrajaya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan 2012 Harian Metro melaporkan penahanan itu berhubung dakwaan sindiket penjualan MyKad kepa...
Jpn Desak Polis Siasat Pemilik Media Sosial Fitnah Isu Mykad

Jpn Desak Polis Siasat Pemilik Media Sosial Fitnah Isu Mykad

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 449 hits
PUTRAJAYA Jabatan Pendaftaran Negara hari ini menjelaskan wanita China yang didakwa memiliki Mykad baru baru ini adalah isteri kepada seorang warga Malaysia dan sudah menetap di negara ini selama 20 tahun Wanita itu adalah pemegang status p...
Polis Tahan Dua Individu Bantu Siasatan Bendera Dipasang Terbalik

Polis Tahan Dua Individu Bantu Siasatan Bendera Dipasang Terbalik

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 273 hits
Langkawi Polis menahan dua individu petang ini bagi membantu siasatan kes bendera negeri Kedah dan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di premis mereka yang terletak di Jalan Pandak Mayah di sini Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iq...
Polis Buru Saki Baki Anggota Sindiket Mykad Sijil Lahir Tak Sah

Polis Buru Saki Baki Anggota Sindiket Mykad Sijil Lahir Tak Sah

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 324 hits
RM100 000 hingga RM600 000 dikenakan untuk miliki kad pengenalanGEORGE TOWN Polis sedang mengesan beberapa lagi anggota sindiket yang disyaki terbabit dengan aktiviti pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan secara tidak sah dipercaya...
Tiada Nombor Plat Kereta Kancil Lusuh Akhirnya Diangkut Polis

Tiada Nombor Plat Kereta Kancil Lusuh Akhirnya Diangkut Polis

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 409 hits
PENGGUNA media sosial sudah tentu ternampak sebuah kereta Kancil usang yang dipandu seorang lelaki misteri yang berpakaian lusuh berlegar legar di jalan raya Baru baru ini kereta tersebut tular selepas ianya dikesan berada di Pulau Pinang s...
Difitnah Bukan Berdarah Diraja Adinda Sultan Kelantan Buat Laporan Polis

Difitnah Bukan Berdarah Diraja Adinda Sultan Kelantan Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 227 hits
Difitnah bukan berdarah diraja adinda Sultan Kelantan buat laporan polis Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 17 Se
Polis Siasat Laporan Ugutan Bunuh Wartawan Bh

Polis Siasat Laporan Ugutan Bunuh Wartawan Bh

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 296 hits
Polis sedang menyiasat laporan seorang wartawan Berita Harian yang mendakwa beliau diugut bunuh menerusi emel baru baru ini Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Arifai Tarawe ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan daripad...
Kerana Difitnah Jpn Buat Laporan Polis

Kerana Difitnah Jpn Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 244 hits
Gambar hiasan sumber dari GoogleBaru baru tular di media sosial tentang ketularan isu seorang warga China yang mendapat taraf warganegara Malaysia iaitu MyKad Namun dipetik dari Malaysia Kini JPN menjelaskan isu berhubung warga China miliki...
Menangi Realme 13 Pro 5g Dengan Menikmati Hotpot Haidilao Sempena Tahun Baru Cina Ini

Role Of Leadership In Startups

Dividen Tabung Haji 2025 Anggaran Kadar Dividen Tarikh Pengumuman

Doktor Malaysia Bersalah Sebabkan Kematian Isteri Anak Di Hk

Exploring The Better Buds Difference Why Good Isn T Good Enough For This Dispensary

Aktiviti Sidang Media Solidariti Kes Dr Kamarulzaman Vs Hannah Yeoh Ppim 14 01 2024

Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Pasang Talian Internet

Cinta Atau Tak Cinta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Buasir Otak Tv Bila Belajar Penjodoh Bilangan Pisang

Presiden Azerbaijan Orde Baharu Dunia Sedang Dibentuk

Kaki Budak 11 Tahun Tertusuk Besi Rim Basikal

Sabun Basuh Baju Murah Dan Berkesan Sabun Dobi Malaysia

How To Keep Tiktok Ing In The Us

Silicone Mold Maker Malaysia The Key To Precision Manufacturing