Mydigital Dijangka Buka 500 000 Peluang Pekerjaan Pm


azrulhakimieDijangkakan juga sumbang 22.6 peratus KDNK menjelang 2025 KUALA LUMPUR– Inisiatif MyDIGITAL yang dilancarkan hari ini dijangka membuka 500,000 peluang pekerjaan dalam ekonomi digital dan bakal menyumbang 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Menurutnya, inisiatif ini merupakan pelengkap kepada dasar pembangunan negara seperti Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).
“MyDIGITAL menetapkan gabungan inisiatif dan sasaran merentasi tiga fasa pelaksanaan sehingga tahun 2030.
“Menjelang tahun 2025, ekonomi digital dijangka menyumbang 22.6 peratus kepada KDNK negara,” kata beliau pada Majlis Pelancaran MyDIGITAL dan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia hari ini secara maya.
Muhyiddin menambah kerajaan juga akan mengalakkan sebanyak 875,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana menerima guna e-dagang.
Selain itu, beliau berkata bahawa inisiatif-inisiatif di bawah naungan MyDIGITAL ini juga dapat memangkinkan 5,000 syarikat peringkat permulaan atau startups dalam masa lima tahun akan datang.
Inisiatif ini akan menjadi titik tolak untuk menarik pelaburan baharu dalam sektor digital bernilai RM70 bilion dari dalam dan luar negeri, katanya.
Seterusnya, kerajaan menyasarkan tahap produktiviti sektor ekonomi meningkat 30 peratus lebih tinggi berbanding hari ini menjelang tahun 2030.
Bagi sektor awam pula, semua agensi akan menyediakan kemudahan transaksi tanpa tunai sebagai pilihan utama menjelang tahun 2022, jelas perdana menteri.
Sementara itu, untuk merancakkan inovasi dan mewujudkan sebuah ekosistem digital yang berkesan, empat jenis prasarana digital penting di bawah MyDIGITAL ini perlu dibina terlebih dahulu, kata Muhyiddin.
“Usaha pembinaan ini akan dilakukan menerusi pendekatan usahasama kerajaan dan swasta yang mana sektor swasta akan berkongsi menyumbangkan dana modal dan kemahiran.
“Pertamanya, sejumlah RM21 bilion akan dilabur sepanjang lima tahun melalui projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk memantapkan kesalinghubungan sedia ada,” kata beliau.
Muhyiddin menambah rangkaian gentian optik talian tetap ini akan meliputi hampir 100 peratus kawasan berpenduduk secara berperingkat iaitu daripada 7.5 juta premis pada akhir tahun 2022 kepada 9.0 juta premis menjelang penghujung tahun 2025.
Bersandarkan rangkaian gentian optik yang lebih luas ini, negara akan lebih bersedia untuk beralih ke teknologi rangkaian selular generasi kelima (5G) dalam masa yang terdekat.
Kedua, sejumlah RM1.65 billion akan dilaburkan oleh beberapa syarikat telekomunikasi untuk memantapkan sambungan ke jaringan kabel dasar laut antarabangsa sehingga tahun 2023.
Ini, jelas Muhyiddin akan membuka ruang untuk pemindahan data antarabangsa yang lebih cepat dan stabil, sekali gus menurunkan kos internet kepada pengguna di Malaysia.
Ketiga, sejumlah RM15 bilion akan dilaburkan sepanjang 10 tahun untuk pelaksanaan 5G ke seluruh negara dan ini akan mewujudkan lebih kurang 105,000 peluang pekerjaan.
“Usaha ini akan dilaksanakan melalui sebuah entiti khusus atau “special purpose vehicle”’ di bawah kerajaan Malaysia.
“Entiti ini seterusnya akan diberikan spektrum yang bersesuaian untuk memiliki, melaksana dan menguruskan infrastruktur 5G,” ujar beliau sambil menambah semua syarikat telekomunikasi berlesen akan mendapat akses infrastruktur yang sama rata, dalam memasarkan perkhidmatan 5G kepada pelanggan mereka.
Menjelang hujung tahun ini, teknologi 5G akan mula dinikmati oleh rakyat secara berperingkat.
Dengan ini, Malaysia akan menjadi salah satu negara pertama di rantau ini yang membina ekosistem 5G menggunakan internet dan perkhidmatan awan dalam masa sebenar (real-time) untuk membolehkan maklumat dikongsi serta-merta.
Keempat, antara RM12 billion hingga RM15 billion akan dilaburkan oleh syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan awan (Cloud Service Provider – CSP) dalam tempoh lima tahun akan datang.
Perdana menteri turut mengumumkan kerajaan setakat ini telah memberikan kebenaran bersyarat kepada empat syarikat CSP iaitu Microsoft, Google, Amazon serta Telekom Malaysia – untuk membina dan menguruskan pusat data berskala hiper (hyper-scale) dan perkhidmatan awan.
Pusat data yang berskala hiper ini serta perkhidmatan awan hibrid juga akan diwujudkan untuk menambah ruang penyimpanan data, mengurangkan kos operasi dan meningkatkan kecekapan analisis. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/mydigital-dijangka-buka-500-000-peluang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pdip Buka Peluang Revisi Uu Pemilu Tapi Uu Pilkada Tak Diubah

Pdip Buka Peluang Revisi Uu Pemilu Tapi Uu Pilkada Tak Diubah

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 196 hits
Anggota Komisi II DPR RI ini menjelaskan pengalaman Pemilu 2019 perlu evaluasi kembali sistem keserentakan pemilihan presiden DPR DPD sampai DPRD provinsi dan kabupaten kota
Bank Islam Sasar 500 000 Pelanggan Aplikasi Thenoor

Bank Islam Sasar 500 000 Pelanggan Aplikasi Thenoor

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 210 hits
BANK Islam Malaysia Bhd menyasarkan untuk meraih sehingga 500 000 pelanggan baharu menerusi pelantikannya sebagai bank rasmi untuk aplikasi TheNoor TheNoor ialah aplikasi gaya hidup Muslim yang dibangunkan oleh Noor Luminous Sdn Bhd dan tur...
Only 500 Of 11 000 Eligible Detainees Freed Says Nurul Izzah

Only 500 Of 11 000 Eligible Detainees Freed Says Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 147 hits
Nurul Izzah says there are already many clusters coming out of detention centres and putting more people into prisons for breaching SOPs would be dangerous PETALING JAYA Only 500 of the 11 000 non violent criminals eligible for early releas...
Nurul Izzah Kata Hanya 500 Daripada 11 000 Tahanan Yang Layak Telah Dibebaskan

Nurul Izzah Kata Hanya 500 Daripada 11 000 Tahanan Yang Layak Telah Dibebaskan

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 141 hits
February 13 2021 Ahli Parlimen PKR Nurul Izzah Anwar mendedahkan bahawa hanya 500 daripada 11 000 penjenayah tidak terbabit kekerasan yang layak menyertai program pembebasan awal telah dibebaskan Program itu dirangka untuk mencegah kesesaka...
Hanya 500 Hektar Diserah Kepada Agensi Persekutuan Bukan 2 000 Kata Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah

Hanya 500 Hektar Diserah Kepada Agensi Persekutuan Bukan 2 000 Kata Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 194 hits
Contoh tanah bagi tujuan persekutuan yang diwartakan dan dikekalkan bawah kerajaan negeri adalah balai polis di Tawau KOTA KINABALU Jabatan Tanah dan Ukur Sabah berkata kerajaan negeri hanya menyerahkan tanah seluas lebih daripada 500 hekta...
Pdip Buka Peluang Usung Anies Di Pilkada Dki

Pdip Buka Peluang Usung Anies Di Pilkada Dki

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 152 hits
Sekretaris Dewan Pimpinan Daerah DKI Jakarta PDI Perjuangan Gembong Warsono mengaku pihak bisa saja mengusung Anies Baswedan pada Pilkada DKI Jakarta sebagai calon petahana PDI Perjuangan di DPRD DKI Jakarta memang terkenal vokal dan kerap ...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Honor Malaysia Bakal Lancar Empat Produk Baharu Pada 22 April

Finding Your Inner Peace Buddha Statues And The Path To Mindfulness

Bayi Meninggal Dunia Selepas Diberi Makan Cahaya Matahari

Banjir Besar 5 Negara Ragut Ratusan Nyawa

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur