Hanya 500 Hektar Diserah Kepada Agensi Persekutuan Bukan 2 000 Kata Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah


 
Contoh tanah bagi tujuan persekutuan yang diwartakan dan dikekalkan bawah kerajaan negeri adalah balai polis di Tawau. (Gambar etawau.com)KOTA KINABALU: Jabatan Tanah dan Ukur Sabah berkata kerajaan negeri hanya menyerahkan tanah seluas lebih daripada 500 hektar kepada agensi persekutuan dan bukannya hampir 2,000 hektar seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Pengarahnya Bernard Liew Chau Min, menjelaskan jabatan itu sudah memperincikan angka berkenaan.
“Pada 18 Feb, kerajaan negeri menyerahkan sejumlah 177 hak milik tanah kepada kerajaan pusat dengan keluasan 519.444 hektar atau 1.283.57 ekar,” katanya dalam kenyataan.
Ketika ditanya mengapa kenyataan mengenai isu berkenaan sebelum ini, yang dikeluarkan Jabatan Ketua Menteri, menyatakan tanah seluas 1,933.09 hektar diberikan kepada agensi, beliau berkata: “Angka itu disalah kira. Salah kami”.
Katanya, hak milik tanah diserahkan pada 18 Feb adalah bagi tujuan persekutuan, diperoleh melalui proses pengambilan tanah dan diluluskan sebelum 2016. Premium tanah sudah dibayar sepenuhnya.
“Kebanyakan tanah sudah pun dibina dengan sekolah, hospital dan kemudahan awam lain.
“Hak milik tanah yang diberikan kepada agensi persekutuan terutama bertujuan untuk pembangunan kemudahan awam seperti sekolah, hospital, balai polis atau pejabat pos bagi memberikan khidmat kepada masyarakat,” kata Liew.
Semalam, Ketua Pemuda Warisan Azis Jamman mengecam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dengan menyatakan tindakan “menyerahkan” tanah seluas itu amat mengejutkan dan mendakwa ia merendah-rendahkan hak rakyat Sabah.
Beliau berkata, Warisan tidak membantah pembangunan infrastruktur seperti sekolah dan hospital, tetapi intinya adalah kerajaan pusat sudah memiliki banyak tanah di Sabah.
“Kenapa kerajaan negeri semasa memberikan lebih banyak tanah sedangkan banyak kawasan diasingkan untuk agensi persekutuan terbiar bertahun-tahun?
Pembantu Menteri Kewangan Sabah Nizam Abu Bakar Titingan, membidas kenyataan Azis hari ini, dengan mendakwa mereka cuba mengelirukan orang ramai dengan berkata tanah negeri diberikan kepada agensi.
Nizam yang juga ketua PPBM Tawau berkata, Ahli Parlimen Sepanggar itu “dengan sengaja” berusaha mempolitikkan isu ini.
“Azis mengetahui sebahagian besar hak milik tanah diserahkan kepada agensi persekutuan pada 18 Feb sudah dibangunkan, dengan kemudahan awam sedia ada. Sebaliknya, dia memilih untuk memutarbelitkan fakta,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, berdasarkan alasan Azis bahawa kerajaan pimpinan Warisan sebelumnya memberikan hak tanah kepada penduduk kampung lebih dari 4,000 hektar, Nizam yang juga ADUN Apas berkata, parti itu berusaha mengejar pencapaian kerajaan sebelumnya.
“Ini hakikat bahawa hak milik tanah dikeluarkan ini ditinjau dan dipersetujui oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional dan Azis tahu tempoh diperlukan untuk memproses permohonan ini sangat lama. Oleh itu, hak milik hanya siap dikeluarkan sekitar 2019 hingga 2020”.
Beliau berkata, ia sesuatu yang memalukan apabila Aziz dan Warisan berulang kali berusaha mendapatkan kredit atas perkara itu.
Liew berkata, terdapat dua kaedah memperoleh tanah oleh agensi persekutuan – pengambilan tanah persendirian bawah Ordinan Pengambilan Tanah Sabah Cap 69 dan dengan cara permohonan tanah negeri.
Katanya, pada 2016, kerajaan negeri memutuskan semua tanah bagi tujuan persekutuan yang akan diperoleh melalui permohonan tanah tanah negeri tidak akan diberi hak milik tanah sebaliknya akan diwartakan bawah Seksyen 28 Ordinan Tanah Sabah Cap 68
“Dengan demikian tanah akan kekal bawah kerajaan negeri.
“Tanah bagi tujuan persekutuan yang diperoleh melalui proses pengambilan tanah, dan pampasan dibiayai sepenuhnya oleh agensi persekutuan, akan diberikan hak milik tanah pajakan,” katanya.
Liew berkata, contoh tanah bagi tujuan persekutuan yang sudah diwartakan dan dikekalkan bawah kerajaan negeri adalah bangunan ibu pejabat Jabatan Kastam di Jalan Sulaman dan balai polis di Tawau.
Beliau berkata, tanah bagi tujuan persekutuan dikeluarkan hak milik pegangan pajakan 99 tahun, sambil menambah agensi persekutuan harus membayar premium dan cukai tanah tahunan, sama seperti pemilik tanah lain. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/02/hanya-500-hektar-diserah-kepada-agensi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nurul Izzah Kata Hanya 500 Daripada 11 000 Tahanan Yang Layak Telah Dibebaskan

Nurul Izzah Kata Hanya 500 Daripada 11 000 Tahanan Yang Layak Telah Dibebaskan

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 175 hits
February 13 2021 Ahli Parlimen PKR Nurul Izzah Anwar mendedahkan bahawa hanya 500 daripada 11 000 penjenayah tidak terbabit kekerasan yang layak menyertai program pembebasan awal telah dibebaskan Program itu dirangka untuk mencegah kesesaka...
Mengapa Beri Lagi Tanah Sabah Kepada Agensi Persekutuan Warisan Persoal Grs

Mengapa Beri Lagi Tanah Sabah Kepada Agensi Persekutuan Warisan Persoal Grs

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 200 hits
KOTA KINABALU Warisan mempersoalkan tindakan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah menyerahkan hampir 2 000 hektar tanah negeri kepada agensi persekutuan baru baru ini Ketua Pemudanya Azis Jamman berkata tindakan menyerahkan tanah seluas itu sanga...
Only 500 Of 11 000 Eligible Detainees Freed Says Nurul Izzah

Only 500 Of 11 000 Eligible Detainees Freed Says Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 185 hits
Nurul Izzah says there are already many clusters coming out of detention centres and putting more people into prisons for breaching SOPs would be dangerous PETALING JAYA Only 500 of the 11 000 non violent criminals eligible for early releas...
Banjir Di Keerom Papua Rusak 4 500 Hektar Lahan Pertanian

Banjir Di Keerom Papua Rusak 4 500 Hektar Lahan Pertanian

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 155 hits
Akibatnya berbagai jenis tanaman yang ditanam petani rusak bahkan mati akibat terendam air kata Irwan seraya mengaku tanaman yang ditanam petani itu beraneka ragam mulai dari cabe hingga bawang merah dan sayuran
Beri Tips Rm1 000 Kepada Food Rider Wanita Hanya Mohon Doa Peroleh Zuriat

Beri Tips Rm1 000 Kepada Food Rider Wanita Hanya Mohon Doa Peroleh Zuriat

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 282 hits
Pasangan suami isteri yang sudah lama berumah tangga pastinya mengharapkan kehadiran cahaya mata sebagai penambah seri dalam keluarga Namun bukan setiap pasangan dianugerahkan rezeki anak dalam kadar segera Ada yang memakan waktu bertahun t...
Hampir 500 000 Rakyat Malaysia Telah Mendaftar Mendapatkan Vaksin Menerusi Mysejahtera

Hampir 500 000 Rakyat Malaysia Telah Mendaftar Mendapatkan Vaksin Menerusi Mysejahtera

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 337 hits
Proses pendaftaran mendapatkan vaksin untuk Program Imunisasi Covd 19 Negara dibuka semalam menerusi aplikasi MySejahtera Hari ini Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid 19 mengumumkan setakat 2 45 petang hampir 1 2 juta rakya...
Bank Islam Sasar 500 000 Pelanggan Aplikasi Thenoor

Bank Islam Sasar 500 000 Pelanggan Aplikasi Thenoor

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 247 hits
BANK Islam Malaysia Bhd menyasarkan untuk meraih sehingga 500 000 pelanggan baharu menerusi pelantikannya sebagai bank rasmi untuk aplikasi TheNoor TheNoor ialah aplikasi gaya hidup Muslim yang dibangunkan oleh Noor Luminous Sdn Bhd dan tur...
Sabah Catat Kes Covid 19 Terendah Sejak September Kata Masidi

Sabah Catat Kes Covid 19 Terendah Sejak September Kata Masidi

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 232 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun menyeru kepada semua supaya terus mematuhi SOP ditetapkan KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata Sabah hari ini mencatat kes harian Covid 19 terendah...
Jabatan Perumahan Negara Gagal Jelas Bil Air 5 000 Penghuni Ppr Putus Bekalan

Jabatan Perumahan Negara Gagal Jelas Bil Air 5 000 Penghuni Ppr Putus Bekalan

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 289 hits
Jabatan Perumahan Negara perlu menjelaskan segera tunggakan bil air Program Perumahan Rakyat Lembah Subang 2 berjumlah lebih RM100 000 bagi memboleh bekalan air disambung semula Menurut Ahli Dewan Negeri Seri Setia Halimey Abu Bakar lebih 5...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl

Terima Kasih Buat Coach