Mybrain 2 0 Peluang 500 Pelajar Terbaik Terima Penajaan
Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan akan mengembalikan program MyBrain, kali ini dikenali sebagai MyBrain 2.0.
Program MyBrain 2.0 memperuntukkan RM20 juta bagi setiap ambilan dengan sasaran penerima seramai 500 orang setahun dalam bidang yang kompetitif.
Keputusan kerajaan memperkenalkan semula program MyBrain dapat membantu pelajar khususnya yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Pengenalan MyBrain
Program MyBrain atau dikenali sebagai MyBrain15 merupakan antara produk berimpak tinggi yang pernah diperkenalkan mulai 2011 namun dihentikan pada tahun 2016.
MyBrain15 ialah program penajaan oleh kerajaan Malaysia untuk pengajian pasca siswazah di peringkat Sarjana & PhD yang diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.
Objektif program MyBrain15 adalah untuk mencapai 60,000 pemegang PhD dalam kalangan warganegara Malaysia.
Program MyMaster dan MyPhD diwujudkan di bawah MyBrain15 dan masing-masing menyasarkan pelajar Sarjana dan PhD di universiti awam (IPTA) dan institusi pendidikan swasta (IPTS). Program PhD Industri, MyMaster dan MyPhD dibuka kepada pensyarah/staf sektor awam dan swasta yang ingin melanjutkan pelajaran.
Setelah mengambil kira potensinya dan usaha kerajaan dalam melahirkan ramai golongan intelektual serta pakar bagi menyokong matlamat kesejahteraan pembangunan negara, kerajaan telah bersetuju untuk memperkenal dan melaksanakan semula program biasiswa ini pada tahun 2024.
Pengenalan semula program MyBrain 2.0 akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat tahap pendidikan yang lebih baik.
Artikel berkaitan: Permohonan Biasiswa MyBrainSc 2022 (PhD, Master & Ijazah Pertama)
Syarat permohonan
MProgam yBrain 2.0 dikhususkan untuk pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di universiti awam dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) terpilih dalam negara dengan keutamaan diberikan kepada bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
Program ini juga disasarkan dalam kalangan orang awam tidak bekerja, tidak berpendapatan tetap dan pensyarah IPTS yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah.
Pada kali ini juga, setiap pemohon yang disenarai pendek akan ditemuduga bagi memastikan hanya calon yaang benar-benar layak sahaja diberikan penajaan.
> Dapatkan multivitamin Blackmores Untuk Kesihatan Otak Anda
Permohonan MyBrain 2.0
Permohonan bagi penajaan MyBrain 2.0 ini dijangka akan dibuka pada bulan Januari 2024
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/mybrain-2-0/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mybrain-2-0